
pada hari ke5di sabah,kami bertolak jam 6 dari nabawan. destinasi seterusnya adalah tambunan. perjalanan 2jam lebih tanpa henti. ketibaan kami di rumah anak yatim tambunan disambut oleh timbalan pengetuanya.
rumah ini menempatkan seramai 120 penghuni drpd tahun satu sekolah rendah sehingga tingkatan 6. maka program di sini berbeza dgn program di ketiga2 sekolah kerana peers dibahagikan kpd 2 kumpulan, satu utk pelajar sekolah menengah dan satu utk pelajar sekolah rendah. ramai drpd penghuni rupa2nya sedang sakit mata. maka tidak kesemua penghuni terlibat dgn program kami.
slot pertama dgn pelajar sekolah menengah adalah bersama saya sebagai penceramah. saya kongsi tentang program mengubah destini anak bangsa melalui pengajian di uitm. kemudiannya saya bersama pelajar2 sekolah rendah. saya memerhatikan sahaja aktiviti dikendalikan oleh peers. memang peers adalah mereka yg 'all rounders'.
pesan encik abdul ghafar, penghuni2 rayt bukan shj memerlukan bantuan material tetapi yg lebih bermakna adalah kasih sayang dan perhatian. beliau amat berterima kasih krn peers sudi melawat rayt utk berkongsi masa walau pun hanya selama 4jam shj.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan