Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Oktober 28, 2011

Konvo FSR dan Pro Canselor

setiap pro canselor uitm akan memberi ucapan kpd graduan dan para hadirin konvo pada penghujung setiap sesi konvo. semalam pun tak terkecuali.

semalam konvo pelajar FSR, TEKA dan hotcat (sekarang hottour). tahniah kpd para graduan.graduan fsr kumpulan terakahir terima skrol mereka. saya sempat ambil gambar dari atas pentas beberapa orang sahaja kerana tak cam ramai drpd mereka. spt biasa, sahsiah rupadiri semasa konvo amat ketara berbeza dgn semasa mereka hadir kuliah.

pro canselor bercerita tentang konvo dan kesan kpd graduan, keluarga dan pihak lain. kita ke uitm utk dpt ilmu. utk cari duit. utk hidup senang. maka tiada ilmu akan susah kita nak hidup senang. hargai dan hormati orang lain, terutama ibubapa dan para pendidik.

mendengar tan sri abdul rahman semalam mengingatkan pesan saya kpd setiap kumpulan pelajar saya. kita belajar utk dpt kerja utk cari duit utk hidup selesa. jika dah ada duit tapi hidup tak selesa kita akan sambung belajar atau tukar kerja. dan kita harapkan kita mendapat ilmu pada setiap masa utk sejahtera dunia dan akhirat.

Rabu, Oktober 19, 2011

Kos Mencari Rezeki

pengalaman menggunakan kenderaan awam. semalam masa menunggu dan perjalanan ke kl jalan imbi dari subang jaya 1.5jam dgn komuter dan monorel. masa balik hampir 2jam maka jumlah masa perjalanan = 3.5jam, dan jumlah kos termasuk parking rm2+1.6+1.6+1.6+1.6=rm8.40. hari ini hampir 1jam. perjalanan ke kl dari subang lebih sikit dari 1jam dgn lrt dari stesen taman jaya dan masa balik hampir 1.5jam = jumlah masa perjalanan hampir lebih sikit 2.5jam tapi kos parking rm19.00 depan amcorp mall, +1.60+1.60+1.60+1.60 maka jumlah kos perjalanan rm25.40. nasib baik makan free sebab pi konferens.

bayangkanlah masa dan duit ditanggung rakyat biasa pada setiap hari utk mencari rezeki yg halal. semalam ramai yg saya jangkakan terpaksa qadha solat maghrib kerana sistem pengangkutan dan sistem perumahan yg bukan berfokuskan orang biasa. saya jangkakan pada setiap hari ramai yg termiss solat maghrib kerana masih dlm perjalanan balik ke rumah dari tempat kerja pada setiap hari. dan ada yg kerana mengejar waktu nak masuk ekrja shift berkemungkinan akan termiss solat subuh.

siapakah yg akan tanggung dosa tercicir solat akibat tanggungjawab yg tak disempurnakan oleh mereka yg diberi tanggungjawab? kita selalu tanya tentang masa dan keluarga yg hilang kerana kerja.

Selasa, Oktober 18, 2011

Bersama Mr Sandwich

diantara usahawan yg dijemput berkongsi ilmu dan pengalaman pada apec yes2011 adalah mr sandwich dari thailand. beliau antara mereka yg terkenal di luar negara thailand kerana sifat keusahawannya.

pada tahun 1997 semasa kegawatan ekonomi di negara asia tenggara, mr sandwich turut terjejas. daripada seorang jutawan, beliau terpaksa menjual sandwich utk hidup. beliau menjual sandwich daripada bekas yg beliau gantung ke lehernya. beliau menjual di sebuah hospital dibangkok.

setelah 14tahun berlalu, beliau kembali berada di puncak semula. beliau kini memiliki beberapa jenama yg kebanyakannya menggunakan produk keluaran siam. pesan beliau, seorang usahawan akan sentiasa berusaha. dan semasa lama sangat tunggu lif nak turun dari hotel, saya bergambar dgn mr sandwich.

Masa dan Perjalanan

hari ni bertugas di kl. dukacita tak dapat kenderaan rasmi. maka semalam dok tengok google map utk jalan terbaik, terdekat dan tercepat.

tapi pagi tadi saya pilih naik kenderaan awam aje. dari subang jaya naik komuter. tunggu hampir setengah jam baru datang. sampai di kl sentral berjalan ke stesen monorel. sampai di imbi dan di dewan konferens setelah hampir 1 1/2jam perjalanan.

balik petang tadi memang teruk. hampir 2jam lebih. tunggu lif nak turun dari dewan 10minit lebih. tunggu monorel hampir 30minit. tunggu komuter hampir 30minit. dlm monorel dan komuter memang penuh.

masa menunggu kenderaan awam memang lama. terpaksa qada maghrib. esok cuba lrt la pulak. semoga perjalanan esok dipermudahkan.

Isnin, Oktober 17, 2011

Kena Pi Dengar Wakil Bill Gates

saya pada asalnya akan terlibat dgn konferens dan karnival kebangsaan keusahawanan (nice) 2011 apad selasa dam rabu ni. kemudiannya disambung dgn wow forum pada petang rabu.

bos bgtau kena pi melaka. kemudian alhamdulillah tak jadi kena pi kl isnin dan selasa. saya minta dikecualikan kerana ada kelas pada setiap isnin. tengahari tadi beliau minta saya ke kl juga tapi pada selasa hingga khamis. maka tak dapatlah nak menyibuk dgn menteri kpt.

tapi apabila disemak aturcara program di kl, rupa2nya dirasmikan tpm. akan ada perkongsian oleh wakil bill gates. kemudian rabu malam ada can makan dgn menteri miti. alhamdulillah, menarik juga tugasan saya ni. terima kasih bos kerana bagi peluang saya belajar berkaitan keusahawanan.

pesan bos,' i nak u kutip material utk keusahawanan utk i'. insyaallah bos. cuma apabila lambat dapat tahu tugasan pihak yg jaga kenderaan kata semua kenderaan digunakan. mungkin sebab karisma di johor. sapelah yg boleh jadi pilot saya ke kl selasa hingga khamis ni?

Ahad, Oktober 16, 2011

Perut Kita

bercerita tentang perut. bercakap tentang perut. ianya selalu perkara yg sensitif.

pada usia tertentu, bagi lelaki perut yg maju ke depan memberi pelbagai makna. selalunya makna yg negatif. secara fizikal, perut yg ke depan/boroi tanda kita tak sihat. tandanya kita kena jaga2 kesihatan kita. kena jaga pemakanan. kena lebih bersenam. perut dikaitkan dgn makan.

perut juga dikaitkan dgn emosi. seorang yg berperut besar (mengandung) akan lebih beremosi. ada kata2 'biar pecah di perut, jangan pecah di mulut'. ada juga kata2 ' dia ni tak ada isi perut ke'. kerana mulut badan binasa. tapi biasanya juga kerana perut badan binasa. sebab ramai akan lakukan apa shj utk pastikan perut berisi. spt menipu, mencuri, merompak dan pelbagai lagi.

telah lama saya berusaha utk kempiskan perut saya. seorang pensyarah rakan sefakulti bgtau, bermula usia tertentu, lebih baik besarkan dada utk 'cover' perut. saya tengok selain pemakanan dan senaman, puasa adalah antara yg boleh mengempiskan perut. ianya berkaitan nafsu kita. insyaallah

Kitaran Kerja Seorang Pensyarah UiTM

ramai beranggapan kerja sbg pensyarah senang. hanya memerlukan sedikit masa shj. banyak masa utk lepak2. ada betul. ada tidaknya.

sebelum pelajar masuk: interview bakal pelajar. sediakan nota2 kuliah. hadir kursus2 pembangunan diri dan profesion. lakukan penyelidikan dan penerbitan . lakukan khidmat masyarakat.

selepas pelajar masuk: kemaskini nota kuliah. hadir kursus. hadir konferens. lakukan penyelidikan dan penerbitan. lakukan khidmat masyarakat dalam dan luar kampus. hadir aktiviti pelajar. sediakan dan kemaskini soalan peperiksaan. berikan kuliah. beri dan semak kerjakursus pelajar. selia pelajar latihan industri dan laporan projek penyelidikan. selia peperiksaan.

selepas peperiksaan pelajar: semak kertas jawapan peperiksaan. validasi keputusan. hadir kursus. hadir konferens. lakukan penyelidikan dan penerbitan. lakukan khidmat masyarakat.

dan kitaran berterusan. ianya berganda dgn perbezaan waktu semester utk pelajar diploma dan bukan diploma. saya pernah ditanya bos lama 'bad, u bila cuti?'

kerja mudah jika kita minat, berbakat dan berkebolehan dalam bidang berkaitan. jika tidak, banyak hilang drpd hadir. maknanya, rezeki mungkin tak berkat jika tak amanah. biasalah 'rumput lebih hijau di laman rumah sebelah'. 'hujan emas di negeri orang...' sehinggalah kita dapat bandingkan sendiri. pensyarah = beramanah.

Khamis, Oktober 13, 2011

TEMAN di Perak

tadi teman di perak. teman ke perak melawat. teman ke sana utk mengenal lebih lanjut lagi teman di perak. mungkin selepas ini teman akan melawat teman di kelantan.

teman yg saya lawati adalah terminal agribiness negara di gopeng. ianya seumpama pasar borong. cuma setakat ini teman di perak tak setanding teman di kelantan. mengikut maklumbalas pakar, biasanya akan mengambil masa lebih drpd 5tahun utk capai matlamat yg ditetapkan.

bagi yg berminat utk menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan atau profesion, hubungilah teman atau agensi2 kementerian pertanian dan agrobisnes. pertanian adalah perniagaan. silap besar mereka yg mengatakan pertanian tanda kemunduran dan tak sesuai utk sebuah negara yg ingin menjadi sebuah negara maju. kalau tak boleh keluarkan makanan secukupnya utk negara sendiri ianya bermakna kita ini mengharapkan orang lain utk kita dapat makan seharian.

Rabu, Oktober 12, 2011

MPG FSR Okt 2011

alhamdulillah tadi berlangsung malam pra gradaduan fsr utn oktober 2011. ianya berlangsung di hotel de palma shah alam, di grandballroom.

mereka yg diraikan adalah pelajar sr113/5, sr113/6, sr221/6 dan sr223/6. insyaallah mereka akan berkonvokesyen pada tahun hadapan dgn canselor baru. jika diambilkira dgn ajk program, boleh dikatakan kesemua meja penuh dgn hadirin. sampaikan makanan terpaksa direfill berkali2.

saya duduk bersama pelajar sr113/6. mereka ini mengambil kursus saya semasa di sem3. memang kecoh apabila fsr bermajlis. alhamdulillah saya memenangi hadiah cabutan ke dua pada majlis tadi setelah saya memenangi hadiah cabutan pengunjung kedai buku koperasi uitm dan diambil pada petang tadi.

terima kasih kpd penganjur mpg. tahniah kpd bakal graduan fsr. terima kasih kpd pnc komunikasi korporat yg hadir sbg vvip. terima kasih kpd dekan dan staf2 fsr yg hadir iaitu lebih 20pensyarah. selamat ebrjaya kpd bakal graduan fsr. semoga mendapat kesejahteraan dunia dan akhirat dan mendapat rezeki yg halal shj.

Selasa, Oktober 11, 2011

Takut Kepada Ketua

tadi semasa kursus jabatan kesihatan selangor banyak maklumbalas saya dapat. maka ianya bukanlah perkongsian ilmu drpd saya shj. para peserta turut berkongsi ilmu melalui pengalaman mereka. terima kasih.

takut, hormat dan sayang. ianya seakan sama tetapi tidak sama. jika takut kpd bos, maka kita ikut apa kata bos selagi dia pegang jawatan. kita takut kpd kuasa yg ada kpd jawatannya. kesannya, apabila bos dah pencen, layanan yg diterima oleh bekas stafnya tiada perbezaan dgn layanan kpd orang lain. lebih teruk mungkin tak dilayan langsung.

berbeza dgn hormat kpd seseorang. jika kita hormat kpd orang lain, maka biasanya orang lain tu akan hormat juga kpd kita. dan hubungan ini adalah positif dan berpanjangan. dan pensyarah juga perlu hormat kpd pelajar serta sebaliknya. cikgu perlu hormat kpd murid. ibubapa perlu hormat kpd cikgu.

hormat bermaksud kita sanggup tegur utk kebaikan bersama. kalau kita takut, maka kita tak akan menegur utk kebaikan bersama. sebaliknya kita harapkan dgn tidak tegur seseorang yg kita hormat, akan memberi kesan buruk kpd org tersebut. maka pilih dan buat keputusan. takut atau hormat. hormat akan berkaitan dgn sayang. takut berkaitan dgn ebnci.

Isnin, Oktober 10, 2011

Bajet Kita

apakah kandungan utama dlm bajet kita? berapakah jumlah pendapatan dlm sebulan? berapakah jumlah perbelanjaan kita dlm sebulan? yg penting, adakah kita mempunyai lebihan (surplus) tunai pada setiap bulan. adakah kita punyai lebihan bg setiap tahun?

antara kos utama setiap bulan adalah makanan, tempat tinggal dan pengangkutan. kos makanan sekarang dianggarkan sehari rm10 kalau dok di lembah kelang. maka purata sebulan adalah rm300. ada yg lebih, ada yg kurang. katakanlah purata rm450 bg bukan pelajar.

kos penginapan secara kasar rm100 jika pelajar. kalau bukan pelajar dok sewa bilik mungkin rm200 ke rm300 sebulan. ada yg sampai rm500 sebulan. itu kalau bujang. belum lagi masuk kos air, api, astro dan telefon. mungkin habis rm1,000 sebulan utk tempat tinggal?

kos pengangkutan berapa? kalau pakai kancil bayar bulan rm300 aje kot. tapi ramai yg bayar bulanan kereta purata rm600 utk 7 tahun. minyak rm10 sehari. maka habislah rm300 sebulan. tol dan caj parking minima rm10 juga sehari. sebulan rm300. selenggara kereta kena simpan minima rm300 sebulan kalau kancil. jadi jumlah utk pengangkutan adalah rm 1,200.

jumlah kos makan, penginapan dan pengangkutan dah rm2,650. belum masuk bayar ptptn, pakaian, hiburan, bagi kat makayah, kaum keluarga dll. simpanan tak ambil kira lagi. gedebab gedebub senang2 habis rm3,000 sebulan dgn dok menyewa shj. kalau nak beli rumah sendiri jawabnya minima gaji kena dpt rm 3,500. itu utk hidup solo.

kalau berdua kena tambah rm500 ke rm1,000. kalau ada anak kecil sorang, kena tambah rm1,000. maka keluarga muda yg ada sorang anak lingkungan 3tahun ke bawah kena ada minima rm4,500 ke rm5,000. belum ambil kira cukai dan zakat. ini kira tahap mudah miskin ke?

Ahad, Oktober 09, 2011

Tahniah Lagi Dr Rozita dan FSR UiTM

baru2 ini dr rozita, tim dekan pjim&a fsr mendapat pengiktirafan drpd pihak luar uitm dgn pelantikan dlm satu jawatankuasa. sorila tak ingat pula secara terperinci.

tadi, di mesyuarat agung tahunan majlis paralimpik malaysia (mpm) dr rozita telah dipilih secara sebulat suara mewakili wanita sebagai seorang drpd 5 naib presiden, semoga pengiktirafan ini meningkatkan lagi namabaik fsr khasnya dan uitm amnya di mata sains sukan dan rekreasi.

pm dr anuar suun adalah antara calon utk naib presiden. walau bagaimana pun beliau tidak terpilih kerana sedikit perbezaan shj antara bilangan undi yg beliau dpti dgn mereka yg terpilih. perbezaan sebanyak 2 undi shj. insyaallah dr anuar akan turut aktif memainkan peranan di peringkat tertinggi utk meningkatkan martabat paralimpik di malaysia.

dan saya juga telah terpilih sebagai bendahari mpm. sokongan utama utk pencalonan dan terpilihnya saya mengikut presdien mpm, dr dato zainal abu zarin adalah kerana saya seorang akauntan. terima kasih kpd ahli2 mpm yg menyokong saya (sebulat suara)dan dato presiden yg mempunyai keyakinan dan kepercayaan kpd saya utk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai ebndahari. insyaallah, saya akan lakukan amanah terbaik yg mampu.

Sabtu, Oktober 08, 2011

Bajet 2012

semalam pm yg juga menteri kewangan membentangkan bajet 2012 di parlimen. ada yg gembira. ada yg tak gembira.

ramai menanti2 bajet 2012 utk membuat bajet sendiri. ramai yg berkemungkinan akan meningkatkan bajet utk perbelanjaan 2012 terutamanya kakitangan kerajaan. antara yg ramai gembira dgn bajet semalam adalah cikgu2. kesemua kakitangan awam elok bersyukur dgn cadangan bonus. di swasta bonus berdasarkan prestasi. dan bonus juga berdasarkan kpd tunai yg ada.

walau apa pun cadangan diberikan, kita tak akan dapat memuaskan semua pihak. manusia jika memiliki sebuah gunung emas akan berhajat kepada sebuah gunung emas lagi. rezeki Allah tentukan. maka kita bersyukurlah kepada Allah. dan sentiasalah berdoa utk dilimpah kurniakan Allah dgn rezeki yg halal shj kpd kita.

lagi banyak rezeki kita dapat, lagi banyak akauntabiliti kita kpd Allah.

Rabu, Oktober 05, 2011

Pemimpin Pelajar

di ipt terdapat pelbagai peringkat kepimpinan pelajar. ada di peringkat fakulti. ada di peringkat kolej kediaman. ada di peringkat persatuan hep. ada di peringkat kebangsaan. dan ada di peringkat antarabangsa.

di uitm, peringkat tertinggi sebagai pemimpin adalah sebagai wakil pelajar. setiap fakulti akan diwakili oleh 2 wakil pelajar. dan mereka ini akan dipilih oleh para pelajar di fakulti mereka. saya bertuah kerana 2 (kalau tak silap) bekas wakil pelajar telah memilih saya menjadi penyelia mereka untuk penyelidikan tahun akhir. dan kedua2nya memang sibuk sehingga mengganggu proses menyiapkan tesis mereka.

alhamdulillah, apa yg mereka lakukan sbg pelajar mereka teruskan selepas tamat pengajian bacelor. mereka tetap ikhlas, dan beramanah di mana mereka berada. tahniah. tapi ada juga mereka yg saya lihat semasa menjadi pemimpin pelajar yg sentiasa mencari jalan pintas utk berjaya. kejayaan bagi mereka ini adalah dgn memegang jawatan dan berkuasa. janji dpt apa yg diingini, walaupun tidak secara lurus. dan sifat dan sikap ini berterusan semasa bekerja.

bagi kategori yg tidak lurus, saya akan elak drpd dikaitkan sbg guru mereka. guru memberi cahaya kpd yg dlm kegelapan. saya bukannya rugu, pemberi kegelapan kpd mereka yg bercahaya. kalau cikgu kencing berdiri, anak muridnya akan kencing berlari. jauhilah drpd anda dikencing oleh mereka ini.

Perunding/Consultant

perunding lebih dikenali sbg konsultan (consultant dlm bahasa inggeris). ada yg akan perli dgn memanggil sbg seorang yg menipu dan seterusnya memperbodohkan pelanggannya. selepas kita ditipu (conned) kita diperbodohkan (insulted).

perunding atau pakar runding atau pakar rujuk. secara amnya seorang konsultan dirujuk utk membantu menyelesaikan masalah. bantuan drpd konsultan berdasarkan kpd ilmu yg ada pd konsultan dianggap atau diiktiraf sbg bernilai utk selesaikan masalah klien/pelanggan.

ada konsultan diminta menyediakan kertas projek. ada konsultan diminta melakukan penyelidikan. ada konsultan diminta melakukan pembentangan. ada konsultan diminta menjawab soalan. konsultan dipilih boleh dikaitkan dgn ilmu pelanggannya. konsultan akan mempengaruhi pandangan orang lain kpd pelanggan yg memilih dan melantik konsultan.

ada konsultan yg baik. ada konsultan yg sebaliknya. siapakah anda?

Ketua dan Jawatan

jawatan hakiki saya adalah di kategori pengurusan dan profesional. gred saya adalah gred seorang pensyarah. tetapi saya sekarang diberi amanah sebagai ketua di pejabat tnc jim&alumni. saya bukan setaraf pengarah. saya juga bukan timbalan pengarah. saya juga bukan koordinator.

tadi saya dimaklumkan bhw ada yg minat nak jadi pengarah. tak dapat jadi pengarah, jadi koordinator/penyelaras pun jadilah. supaya tak perlu mengajar banyak2 di fakulti. ish3 dah lari dah tujuan asal menjadi seorang pensyarah.

ramai kaitkan jawatan pentadbir akademik dgn kuasa. dan dikaitkan juga dgn imbuhan tambahan selain gaji bulanan. maka ada yg silap atau salah guna kuasa dgn jawatan pentadbir akademik yg diamanahkan. maka ada yg melantik diri sendiri utk tugas yg memberi imbuhan tambahan. ada yg berpakat melantik kroni utk dpt imbuhan tambahan. adakah ini rasuah? adakah ini pecah amanah? jika ianya satu tindakan yg salah dan masih lagi melakukannya, maka tunggulah pembalasan Yang Maha Adil.

Selasa, Oktober 04, 2011

ICSSR 2011

alhamdulillah tadi telah bermula icssr 2011. ianya anjuran bersama fsr dan kbs. majoriti yg hadir dari organisasi luar adalah alumni uitm, khasnya fsr.

icssr 2011 telah dirasmikan oleh tim menteri kbs. uitm diwakili tnc hep. seronok juga berjumpa alumni fsr. ada yg saya ingat. yg saya tak ingat saya minta maaf. terima kasih kerana sudi ingat dan tegur saya.

icssr 2011 akan berlangsung selama 3 hari, 4-6okt 2011. alhamdulillah, dan terima kasih kpd mereka yg telah bertungkus lumus utk menjayakan icssr 2011.

Isnin, Oktober 03, 2011

Perjalanan Yang DipermudahkanNya

tadi saya ke selayang. saya diamanahkan untuk mengambil barang yg diberi oleh kementerian pelancongan malaysia sebagai tajaan untuk icssr 2011 fsr 4-6okt ni. pada asal nya bercadang mendapatkan kenderaan rasmi tapi kerana makluman lambat diterima, saya tidak mohon kerana tidak menepati syarat menempah kenderaan.

terima kasih kpd pn rezi-anna kerana sudi ke kl utk ambil barang2 lain. maka setelah saya berjumpa dgn bos pd jam 3 dan setelah solat zohor, saya memandu kereta saya ke selayang. arah tuju saya berpandukan arahan wakil kementerian pelancongan dan peta di cetak daripada google.

alhamdulillah saya sampai di selayang pada jam 4ptg lebih sikit. pejabat tutup 4.30ptg. saya hentikan kereta dan telefon pejabat tersebut utk panduan ke tempat yg ingin dituju. walau bagaimana pun saya silap faham. maka saya tersesat. setelah diberi panduan oleh seorang lagi staf kementerian, saya berjaya sampai. tapi jam menunjukkan 4.35ptg. alhmadulillah dan terima kasih kpd peg kementerian yg sudi tunggu sehingga saya sampai. terima kasih en yahya.

saya mohon maaf kpdnya kerana sampai melebihi waktu pejabat. alhamdulillah beliau melayan saya dgn baik. sstelah selesai urusan, saya memandu kembali ke uitm. jam menunjukkan 4.55ptg. alhamdulillah, trafik di jalan ipoh ok, di jalan kucing ok, di tol jalan duta ok, di nkve ok, selepas tol damansara ok, selepas keluar tol subang ok, selepas tol batu3 ok. alhamdullah, perjalanan pergi dan balik saya tadi dipermudahkanNya. sebelum dan semasa perjalanan saya sentiasa berdoa kpdNya supaya perjalanan saya dipermudahkan. ada ketika, kenderaan berada jauh di belakang kereta saya yg memudahkan saya ke kiri atau ke kanan jalan.

hanya Engkau yg aku sembah dan hanya Engkau yg aku mohon pertolongan. Subhana allah, walhamdulillah, wa la ila ha ila allah, wa allah hu akhbar.

Hanya Sempat Sekejap Shj

saya hanya sempat masuk ke pejabat baru saya utk tugas bermula 1okt hanya 3kali shj. Kali pertama utk tengok pejabat. Kali kedua bawa masuk barang. kali ketiga utk bawa keluar barang. dlm tempoh beberapa hari shj.

tadi saya diberitahu oleh bos utk bawa barang saya masuk ke bilik baru. bilik ini memang asalnya ditawarkan kpd saya setelah dimaklumkan akan berpindah dari menara 2 ke ctss. saya mencadangkan bilik tersebut ketua lain. tetapi kerana ketua tersebut menolak pelawaan bos, maka bos minta saya masuk ke bilik tersebut.

pada asalnya saya memilih bilik yg satu lagi kerana pelajar saya akan kerap berjumpa saya. jadi saya tidak mahu mereka mengganggu kerja2 di pejabat. tambah2 lagi di ruang yg akan dilalui bos saya. tapi kerana dah rezeki saya duduk di bilik baru ini, maka saya terima arahan bos. terima kasih kpd bos krn sudi mempelawa saya menggunakan bilik tersebut. jawatan saya - ketua sumber maklumat pejabat tnc jim&alumni.

Ahad, Oktober 02, 2011

3 Piece Suit & Blazer

minggu lepas selepas seminar berkaitan keusahawanan dan makan tengahari, saya tempah sepasang pakaian 3piece suit. ia mengandungi sehelai blaze/kot, vest dan sepasang seluar. ianya berwarna hitam. ianya utk membantu saya semasa bertugas mewakili uitm.

tukang jahit atau ikut bahasa kelate 'taler' bgtau saya tempahan saya akan siap pada hari rabu. ianya setelah siap di'alter' utk sesuai dgn badan saya. saya memilih kot yg tidak berbentuk 'bodyfit'. sy bgtau kpd taler, saya perlukan ruang di pinggang saya dan di sekitar dada saya. tanya taler kpd saya 'encik kerja apa?'. beliau mungkin biasa mendapat tempahan utk kot mempunyai ruang tambahan di sekitar pinggang dan dada serta ketiak. sy bgtau ianya bertujuan utk memuatkan telefon dan kamera saya.

alhamdulillah tghari tadi setelah makan tengahari, selepas program kemahiran insaniah, saya ke kedai taler. semasa hendak buat bayaran, saya beli sehelai blazer hitam juga. ianya utk digunakan jika saya tidak ingin pakai suit. dan ruang dada dan pinggang besar sikit. komen seorang adik saya 'besar baju'.

Kemahiran Insaniah - Insan Kamil

tadi saya berceramah utk modul 5 bg pelajar ism fsr semester 3. ceramah selama 2 jam di dk1. terima kasih kpd pengurusan fsr yg mempunyai keyakinan dan memberi kepercayaan kpd saya utk memberi ceramah tadi. terima kasih juga kpd pihak urusetia yg menjalankan tugas walaupun pd hujung minggu. dan tahniah serta terima kasih kpd pelajar yg sudi berada di dk 1 tadi.

ceramah berkaitan pembentukan insan kamil. maka saya sarankan kpd para pelajar utk membaca blog prof kamil. dan di sini saya tambahkan saranan saya, bacalah juga buku2 tulisan prof kamil berkaitan haji. semoga para pelajar tadi khasnya dan pembaca blog saya ini amnya akan berjaya menjadi seorang insan yg kamil.

majoriti drpd pelajar tadi adalah pelajar yg mengambil kursus akaun dgn saya, dan majoriti drpd mereka bersemangat dan teruja dgn ceramah saya. mereka sudah biasa saya berceramah tentang diri dan kehidupan semasa kursus akaun dahulu. saya kaitkan akaun dgn integriti dan akauntabiliti. keperluan kita sebagai aset utk menghasilkan bekalan bg kesejahteraan dunia dan akhirat. dan ilmu adalah alat penting utk menjadikan kita sbg aset di dunia milik Allah ini.

Sabtu, Oktober 01, 2011

Malam Simfoni Kasih 2011

tadi saya hadir ke malam simfoni kasih 2011. ianya anjuran yayasan budiman uitm. tetamu diraja adalah tuanku canselor uitm.

kad jemputan nyatakan 8mlm ketibaan tetamu. kemudian vip diikuti ydpa. saya sampai di uitm (fsr) jam 7.05mlm. saya solat maghrib di surau fsr. 7.25 keluar dari kawasan bangunan akademik 3. lebihkurang jam 7.30mlm saya dah parking kereta saya. dekat gym fsr untuk saya mudah dan cepat balik.

msk adalah antara program utk warga uitm drpd pelbagai jabatan, fakulti dan kampus berkumpul. saya sempat berkongsi tentang program social entrepreneurship dgn tr3 uitm kelantan, wakil uitm terengganu (ustaz zahid) dan rektor n9. saya tak dpt berjumpa dgn wakil uitm pahang. seronok juga berjumpa kawan2 dari kampus dan jabatan lain. saya berjumpa kawan2 dari fakulti2 kerana mereka duduk di sebelah kiri pintu utama sedangkan saya duduk di sebelah pintu kanan.

majlis bermula jam 9malam. kami dihiburkan oleh dato siti nurhaliza, ibnor riza dan penyanyi dari dalam dan luar uitm. terdapat juga penyanyi kanak2. saya sempat ebrgambar dgn penyanyi kanak2 berbangsa cina yg mendendangkan lagu cina. beliau melawat ke meja2 dan bersalaman. penuh tertib dan pandai mempromosikan diri secara positif.

hanya 7 aje yg hadir drpd 10 di meja saya. maka makanan pun adalah lebih. dan kami turut mendapat cenderahati. lelaki dapat butang baju melayu manakala perempuan dpt brooch. insyaallah kita jumpa di msk 2012.

Ketua Jaringan

insyaallah, jawatan baru saya bermula secara rasmi pada hari ini. tapi nama penuh jawatan saya masih belum di'finalise'.

saya bertugas melaporkan terus kpd tnc jim&a (bermula 1 okt 2011, jim menjadi jim&a). dan antara tugas saya adalah merancang dan memantau lawatan tnc ke kampus cawangan uitm. insyaallah, lawatan pertama pada 12okt ke uitm negeri sembilan (kuala pilah). seterusnya akan ke uitm seri iskandar, perak. perlis, kedah dan pulau pinang mencadangkan lawatan pada bulan oktober juga. tetapi hampir setiap minggu di bulan oktober telahpun penuh jadual bos saya. lawatan pada disember akan dimulai dgn lawatan ke uitm johor. uitm melaka sedang merancang tarikh ke sana.

saya masih menanti cadangan tarikh daripada kelantan, terengganu, pahang, sabah dan sarawak. jika stiap kampus perlu dilawati pada setiap sem, maka saya jangkakan saya akan setiap melawat ke setiap kampus pada setiap minggu. tugas jaringan bukanlah sekali sekala, tetapi secara berkala.

Telefon Bimbit

sekarang telefon bimbit adalah satu keperluan dlm kehidupan. majoriti memiliki sekurang2nya 1. ramai yg ada lebih drpd 1 handset.

saya mula guna telefon bimbit pada tahun 90an. nombor pertama saya dpt drpd maklumat kawan yg bgtau nombor tersebut tidak lagi digunakan organisasinya, 013.. handset pertama saya adalah nokia. jika dibandingkan dgn saiz skrg, set sy dulu memang besar. lebihkurang saiz gagang telefon.

pada tahun 2000, saya guna nombor baru. dan saya telah milikki pelbagai model telefon bimbit tetapi kebiasaannya nokia kerana keluarga ramai yg guna nokia. senang apabila berjalan, tak perlu bawa banyak charger.

3tahun lepas saya belia sony ericson. tapi saya guna tak sampai seminggu. tak biasa dgn cara penggunaannya. saya kemudiannya kembali kpd nokia. sehinggalah dlm bbrapa bulan yg lepas sy beli jenama samsung. ianya kerana tertarik kpd iklan yg menyatakan harganya rm199. selain drpd harga, fungsinya ada seakan2 iphone. dan semalam sy beli satu lagi hp jenama samsung. pembelian semalam kerana tertarik kpd iklan dlm suratkhabar yg menunjukkan model tersebut seumpama blackberry. harganya rm199.

setelah dicuba hari ini, saya tertanya2 'apakah tujuan utama kita memilih model hp utk kita milikki. adakah kerana jenama? adakah kerana harga? adakah kerana fungsi yg memang kita mesti ada utk kegunaan harian?