Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Oktober 10, 2011

Bajet Kita

apakah kandungan utama dlm bajet kita? berapakah jumlah pendapatan dlm sebulan? berapakah jumlah perbelanjaan kita dlm sebulan? yg penting, adakah kita mempunyai lebihan (surplus) tunai pada setiap bulan. adakah kita punyai lebihan bg setiap tahun?

antara kos utama setiap bulan adalah makanan, tempat tinggal dan pengangkutan. kos makanan sekarang dianggarkan sehari rm10 kalau dok di lembah kelang. maka purata sebulan adalah rm300. ada yg lebih, ada yg kurang. katakanlah purata rm450 bg bukan pelajar.

kos penginapan secara kasar rm100 jika pelajar. kalau bukan pelajar dok sewa bilik mungkin rm200 ke rm300 sebulan. ada yg sampai rm500 sebulan. itu kalau bujang. belum lagi masuk kos air, api, astro dan telefon. mungkin habis rm1,000 sebulan utk tempat tinggal?

kos pengangkutan berapa? kalau pakai kancil bayar bulan rm300 aje kot. tapi ramai yg bayar bulanan kereta purata rm600 utk 7 tahun. minyak rm10 sehari. maka habislah rm300 sebulan. tol dan caj parking minima rm10 juga sehari. sebulan rm300. selenggara kereta kena simpan minima rm300 sebulan kalau kancil. jadi jumlah utk pengangkutan adalah rm 1,200.

jumlah kos makan, penginapan dan pengangkutan dah rm2,650. belum masuk bayar ptptn, pakaian, hiburan, bagi kat makayah, kaum keluarga dll. simpanan tak ambil kira lagi. gedebab gedebub senang2 habis rm3,000 sebulan dgn dok menyewa shj. kalau nak beli rumah sendiri jawabnya minima gaji kena dpt rm 3,500. itu utk hidup solo.

kalau berdua kena tambah rm500 ke rm1,000. kalau ada anak kecil sorang, kena tambah rm1,000. maka keluarga muda yg ada sorang anak lingkungan 3tahun ke bawah kena ada minima rm4,500 ke rm5,000. belum ambil kira cukai dan zakat. ini kira tahap mudah miskin ke?

Tiada ulasan: