Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Oktober 03, 2011

Perjalanan Yang DipermudahkanNya

tadi saya ke selayang. saya diamanahkan untuk mengambil barang yg diberi oleh kementerian pelancongan malaysia sebagai tajaan untuk icssr 2011 fsr 4-6okt ni. pada asal nya bercadang mendapatkan kenderaan rasmi tapi kerana makluman lambat diterima, saya tidak mohon kerana tidak menepati syarat menempah kenderaan.

terima kasih kpd pn rezi-anna kerana sudi ke kl utk ambil barang2 lain. maka setelah saya berjumpa dgn bos pd jam 3 dan setelah solat zohor, saya memandu kereta saya ke selayang. arah tuju saya berpandukan arahan wakil kementerian pelancongan dan peta di cetak daripada google.

alhamdulillah saya sampai di selayang pada jam 4ptg lebih sikit. pejabat tutup 4.30ptg. saya hentikan kereta dan telefon pejabat tersebut utk panduan ke tempat yg ingin dituju. walau bagaimana pun saya silap faham. maka saya tersesat. setelah diberi panduan oleh seorang lagi staf kementerian, saya berjaya sampai. tapi jam menunjukkan 4.35ptg. alhmadulillah dan terima kasih kpd peg kementerian yg sudi tunggu sehingga saya sampai. terima kasih en yahya.

saya mohon maaf kpdnya kerana sampai melebihi waktu pejabat. alhamdulillah beliau melayan saya dgn baik. sstelah selesai urusan, saya memandu kembali ke uitm. jam menunjukkan 4.55ptg. alhamdulillah, trafik di jalan ipoh ok, di jalan kucing ok, di tol jalan duta ok, di nkve ok, selepas tol damansara ok, selepas keluar tol subang ok, selepas tol batu3 ok. alhamdullah, perjalanan pergi dan balik saya tadi dipermudahkanNya. sebelum dan semasa perjalanan saya sentiasa berdoa kpdNya supaya perjalanan saya dipermudahkan. ada ketika, kenderaan berada jauh di belakang kereta saya yg memudahkan saya ke kiri atau ke kanan jalan.

hanya Engkau yg aku sembah dan hanya Engkau yg aku mohon pertolongan. Subhana allah, walhamdulillah, wa la ila ha ila allah, wa allah hu akhbar.

Tiada ulasan: