Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Oktober 01, 2011

Malam Simfoni Kasih 2011

tadi saya hadir ke malam simfoni kasih 2011. ianya anjuran yayasan budiman uitm. tetamu diraja adalah tuanku canselor uitm.

kad jemputan nyatakan 8mlm ketibaan tetamu. kemudian vip diikuti ydpa. saya sampai di uitm (fsr) jam 7.05mlm. saya solat maghrib di surau fsr. 7.25 keluar dari kawasan bangunan akademik 3. lebihkurang jam 7.30mlm saya dah parking kereta saya. dekat gym fsr untuk saya mudah dan cepat balik.

msk adalah antara program utk warga uitm drpd pelbagai jabatan, fakulti dan kampus berkumpul. saya sempat berkongsi tentang program social entrepreneurship dgn tr3 uitm kelantan, wakil uitm terengganu (ustaz zahid) dan rektor n9. saya tak dpt berjumpa dgn wakil uitm pahang. seronok juga berjumpa kawan2 dari kampus dan jabatan lain. saya berjumpa kawan2 dari fakulti2 kerana mereka duduk di sebelah kiri pintu utama sedangkan saya duduk di sebelah pintu kanan.

majlis bermula jam 9malam. kami dihiburkan oleh dato siti nurhaliza, ibnor riza dan penyanyi dari dalam dan luar uitm. terdapat juga penyanyi kanak2. saya sempat ebrgambar dgn penyanyi kanak2 berbangsa cina yg mendendangkan lagu cina. beliau melawat ke meja2 dan bersalaman. penuh tertib dan pandai mempromosikan diri secara positif.

hanya 7 aje yg hadir drpd 10 di meja saya. maka makanan pun adalah lebih. dan kami turut mendapat cenderahati. lelaki dapat butang baju melayu manakala perempuan dpt brooch. insyaallah kita jumpa di msk 2012.

Tiada ulasan: