Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Jun 29, 2013

Keluarga dan Kawan di Jamuan

tadi saya ke rumah seorang makcik. ianya majlis sempena sebelum ramadan. saya mohon maaf tak dapat hadir ke jemputan lain.

maklumlah apabila di majlis keluarga, masa bersama keluarga kejap aje terasa walaupun sebenarnya berjam2. ianya ada kaitan dgn masa kita di masa2 lain dimana kita biasanya susah nak jumpa keluarga kerana kerja dan lain2. maka apabila ada peluang sekali-sekala, peluang digunakan semaksima utk bertanya khabar, bercerita terkini dll.

jamuan keraian digunakan utk berkongsi khabar gembira. dan majlis turut berasa seronok apabila ada kawan lama turut serta. seorang kawan lama dan baik makcik saya yg juga bos saya turut hadir bersama suaminya. maka apabila beliau berjumpa dgn ahli keluarga kami yg lain, terasa masa seumpama masa belajar di tahun 80an.

terima kasih kpd tuan rumah. terima kasih kpd semua yg hadir. insyaallah kita bertemu lagi di lain kali.

Tawaran Jawatan Lagi

ada kawan tanya,'awak akan jadi bos semula ke?'. saya tanya siapa bagitau. dan jawabnya adalah kerana bos sekarang dah tak nak sambung.

hmmm..patut bos lama semasa jumpa pada minggu lepas dia bagitau seseorang tu dah tukar tempat kerja. dia tanya sama ada saya masih memegang jawatan. kemudian beliau tanya tentang phd saya.

hmmm..kalau ditawarkan jawatan semula elok ke saya terima? banyak kena fikir. bolehkah saya bekerja dgn bos semula dgn produktif. bolehkah saya bekerja dgn staf lain dgn produktif. bolehkah phd saya produktif dgn pegang jawatan ni. kita merancang. allah merancang. allah sebaik2 perancang.

Ah Leong Usahawang Lama

ah leong mula keluarga saya kenali pada tahun 70an. semasa itu beliau menjadi kuli. bukan bos. beliau tolong ayahnya dlm perniagaan kerja kontrak binaan.

sejak tahun 70an, keluarga saya sering guna khidmat ah leong. sekarang dah jadi towkay. dah ganti ayahnya lama. dan dia tetap menggunakan 'pick-up' lama sejak tahun 70an. tidak guna 4wd yg baru utk bawa barang2 kerja. selagi boleh digunakan, buat apa nak tukar.

dan dia bayar upah kpd pekerja pada penghujung hari kerja. bukan tunggu hujung bulan. maka pekerja2nya dah lama bekerja dgn dia. sebab kejujuran. sebab keihklasan kpd pekerja dan pelanggan. pada waktu tengahari beliau akan bawa makanan kpd pekerja juga.

banyak pengajaran daripada kisah ah leong bagi yg nak jadi usahawan. mula dari abwah. faham kerja yg nak diberi kpd pelanggan. pandai jaga pelanggan dan pekerja. cepat bayar upah pekerja. tak perlu kenderaan baru jika yg lama masih produktif. sentiasa tingkat pengetahuan utk seiring dgn kehendak pelanggan.

Jumaat, Jun 28, 2013

Pemimpin dan Kejayaan Organisasi

Ada kata senang jadi pemimpin. ada kata tak senang jadi pemimpin. ada nak jadi pemimpin. ada tak nak jadi pemimpin.

jadi pemimpin adakalanya macam jadi ibu atau bapa dlm keluarga. adakala berlembut. adakala perlu tegas. dan kita harap pemimpin bukan yg agresif. juga kita tak mahu pemimpin yg pasif. pemimpin akan rancang, susun, pimpin dan pantau organisasi dlm perjalanan mencapai matlamat organisasi utk kebaikan organisasi, warga organisasi, pemimpin sendiri, masyarakat luar organisasi dan persekitaran organisasi.

pemimpin yg bagus akan membangun dan memajukan organisasi. pemimpin yg cemerlang mempunyai pembantu yg cemerlang. pemimpin dan pengikut sama2 perlu berganding tangan dan tenaga serta fikiran dgn emosi yg positif dlm perjalanan mencapai objektif utk kebaikan bersama. tetapi adakalanya pemimpin perlu sedar apabila beliau bukan lagi pendorong tetapi telah menjadi penghalang kejayaan organisasi, pemimpin perlu tidak memimpin lagi. begitu juga pengikut.

Ingat Jika Ingin Ingat

ingat seperti menegur. ada yg sudi diingatkan. ada yg tak sudi diingatkan.

ada pelbagai cara nak ingat seseorang. secara langsung atau secara tersurat. secara tak langsung atau secara tersirat. secara ganjaran. secara hukuman. ingatan berkaitan ujian. maka rezeki adalah ingatan. hadiah adalah ingatan. sakit adalah ingatan. kaya adalah ingatan. miskin juga adalah ingatan. senyuman adalah ingatan. masam juga adalah ingatan.

tapi jika masih tak mahu faham. atau masih tak faham. maka ingatan hanyalah tinggal ingatan. mungkin kenangan manis atau pahit kepada pihak yg terlibat dlm ingat-mengingat. bagi saya apabila mengingatkan orang lain, kita juga mengingatkan diri sendiri.

Hutang dan Rezeki

petang semalam ke beberapa buah bank. nak cari pinjaman untuk bayar sebuah flat. nak pinjaman kurang drpd rm100ribu.

maklumat oleh sebuah pengurus bank, 'kami tak tawarkan pinjaman untuk rumah bernilai kurang rm200ribu'. di sebuah bank lain jawapan pun hampir sama. tiada pinjaman untuk rumah tidak cecah nilai ratusan ribu. dan si buah bank lain pun sama. 4 bank saya pergi. dan cadangan diberi adalah ambil pinjaman peribadi.

mungkin rupa saya menunjukkan seorang yang kurang pendapatan. mungkin pakaian saya adalah seorang yang tidak berharta untuk layak mendapat pinjaman. mungkin jawapan saya yg tiada hutang dgn bank membuat bank musykil tentang kemampuan saya membayarbalik hutang.

hutang boleh menjadi rezeki positif. hutang boleh menjadi rezeki negatif. ianya bergantung kepada tujuan kita berhutang. mungkin saya perlu berjumpa dgn seorang yg sedia membantu saya. tetapi nilai yg saya perlukan umpama 'lekat dicelah gigi beliau shj.'

Khamis, Jun 27, 2013

Cat Baru

surau dekat rumah baru dicat. semasa solat di surau boleh bau cat.

dulu2 cat baru boleh dikaitkan dgn masa dekat raya. jadi apabila bau cat di surau terasa macam nak raya. rasa keseronokan utk sambut hari kebesaran utk kita. cat baru warna putih membuatkan surau nampak baru dan bersih serta bercahaya.

nampak keceriaan juga kpd jemaah surau.

Kenapa Sambung Belajar?

ada pelbagai sebab seseorang sambung belajar. untuk lebih tahu. untuk tahu apa yg tak tahu sebelum ini.

dikalangan profesion tertentu, sambung belajar adalah kemestian. satu keperluan organisasi. ianya khusus kpd mereka di institusi pengajian tinggi. tetapi jika di sekolah, apakah tujuan melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi?

ada yg diandaikan sebab nak naik pangkat. sebab nak pegang jawatan. tak mahu lagi masuk ke kelas dan mengajar murid/pelajar. nak mengajar bukan murid dan pelajar. ada yg nak jadi bos. ada yg nak belajar cara bekerja di peringkat lain.

niat adalah penting. betulkan niat dan halatuju kita. jika nak kelayakan lebih tinggi utk jadi bos dan perintah orang lain, mungkin tak sesuai memanggil diri sebagai pendidik, jika diri sendiri tidak sudi dididik.

Rabu, Jun 26, 2013

Lantikan dan Pemilihan

10 jun 2013 saya dilantik sbg bendahari perkama international. ianya macam kenaikan pangkat. dan bersamanya adalah peningkatan tugas dan tanggungjawab.

19 jun 2013 saya dilantik semula sbg bendahari koperasi uitm. walaupun pangkat sama, tugas da tanggungjawab bertambah. jangkaan anggota kuib bertambah terhadap prestasi akan datang kuib.

lantikan dan pemilihan berkaitan kredibiliti. tadi semasa berbincang tentang program akan dijalankan fsr, kredibiliti memainkan peranan penting utk menarik peserta ke program fsr. kelayakan akademik shj tidak cukup. ramai kenalan juga tak cukup. kita perlu kelayakan akademik, pengalaman, kenalan dan pengiktirafan pihak lain utk membolehkan pihak luar berminat hadir serta membayar utk hadir ke satu program.

ianya berkaitan kepercayaan dan keyakinan. ianya berkaitan penghormatan.

Isnin, Jun 24, 2013

Wakil Kita

wakil kita adalah seseorang yg boleh mencerminkan kita kpd pihak dimana wakil akan berurusan. maka apa yg dikata atau dibuat wakil diumpama spt kita yg kata atau buat.

bertugas di sesuatu tempat sama ada di dalam atau luar organisasi sebenarnya seumpama mewakilkan bos buat atau kata di tempat wakil hadir. jika wakil buat atau kata betul seumpama bos buat atau kata betul. sebaliknya jika wakil tak 'perform' seumpama bos tak perform.

memang ada yg wakil dihantar ke tempat lain utk keharmonian organisasi dgn ketiadaan wakil di organisasi. tetapi bagi pihak dimana wakil hadir, mereka akan lihat wakil adalah kehadiran bos secara virtual/maya. jadi masalah bagi bos hanya berada di tempat lain shj. nama baik bos tetap akan terjejas.

maka kita perlu berhati2 apabila nak pilih dan ambil seseorang bekerja di organisasi. kecuali beliau sedar yg beliau tidak berfungsi secara positif kpd organisasi dan elok keluar drpd organisasi secara sukarela atau dipaksa, organisasi iaitu bos terpaksa tanggung apa yg dikata atau dibuat ahli yg tak positif dan produktif kpd organisasi.

Macam Cuti Sekolah

hari ini terasa macam cuti sekolah. bukan sebab sekolah cuti sebab jerebu. tetapi apa yg saya makan pada hari ini.

pagi tadi sarapan pagi tolong habiskan ais kerim di peti ais pejabat. saya makan bersama empat keping roti. teringat apabila cuti sekolah dulu2 ketika balik kampung dan makan sarapan serupa tetapi ais kerim dari peti ais di kedai arwah datuk. dan tengahari (dah lepas jam 3petang sebenarnya) hanya dapat makan mee segera maggi kari utk makan tengahari. macam makan tengahari sekali sekala ketika di kampung juga masa cuti sekolah. dan semestinya maggi tu dari kedai arwah datuk.

tapi beza cuti sekolah takde jerebu. maka dapatlah bermain2 di luar sehingga ke bendang dan ke kebun getah. kadangkala bermain tenis bersama sepupu di sek men kamil. itu dulu. tahun 70an dan 80an.

Ahad, Jun 23, 2013

Kereta dan Kita

syok tengok gambar kereta. gambar kereta baru dan gambar kereta lama.

tengok gambar kereta lama teringat masa2 lampau. apabila dapat memandu kereta berjenama tertentu, terasa gah. maklumlah, kalau nak beli sendiri tak mampu. harap tolong bawa kereta milik saudara mara lah. sekali sekala dapat pandu mecediz, bmw, dll lagi terasa punyalah best kalau dapat miliki sebuah.

semasa belajar ada kawan yg bawa kereta ke kampus. saya pernah bawa sekali sekala kereta ke kampus. bawa vw, ford, fiat, honda. ada kawan bawa kereta merc. melihat kereta2 lama teringat bagaimana kereta2 tu dulu menjadi idaman ramai. pernah tolong bawa kereta mazda 323 2pintu. kereta sport.

sekarang, nak bawa kereta kebal aje. sebab ramai pemandu kurang layak memandu kerana cara pemanduan membahayakan pengguna jalanraya yg lain. saya pernah hon kpd pemandu sebuah kereta berhampiran uitm kerana asyik melihat handphone semasa memandu. memang tak sepatutnya memandu kerana niat sama ada secara sengaja atau tidak membahayakan nyawa orang lain.

Sabtu, Jun 22, 2013

Senang Dan Ingatan

kita biasa ingat atau sedar siapa kita apabila kita dalam keadaan susah atau sakit. Jarang kita ingat atau sedar siapa kita semasa kita senang dan sihat. ianya satu perkara biasa bagi seorang manusia. Manusia mudah lupa.

kita biasanya akan mudah dibuai dgn kesenangan dan kesihatan yg kita miliki. maka kita akan biasanya lupa kpd mereka yg lebih susah atau kurang sihat drpd kita. kita akan dibuai dgn kesenangan dan kesihatan yg sebenarnya ujian kpd kita. ujian utk melihat adakah kita seorang yg bersyukur kpd allah dan beringat kpd mereka yg kurang drpd kita.

kita biasa leka dgn pemilikan barangan dunia yg canggih. kalau boleh kita nak ada handphone terbaru dan tercanggih. pakaian yg mahal dan berjenama. makan makanan yg mahal di tempat berjenama. dan kita lupa kpd mereka yg terpisah drpd ibubapa dan keluarga sebab kemiskinan dan kesusahan hidup. kita lupa kpd mereka yg hanya mampu memakai pakaian yg cukup utk menutup aurat shj. kita lupa kpd mereka yg terpaksa berada jauh drpd keluarga di rumah anak yatim dan miskin kerana inginkan dapat makan sekurang2nya 2kali sehari.

RM7.3juta

jika saya nak beli rumah berharga rm7.3juta, saya andaikan akan berebut2 bank utk memberi pinjaman kpd saya. wakil2 bank akan menelefon dan cuba menghubungi saya tanpa henti2.

sebaliknya jika saya hanya nak beli rumah ebrharga 1/100 drpd rm7.3juta, bank2 macam tak layan. wakil2 bank pun kurang berminat. kenapa?

mungkin ianya berkaitan nilai komisen bagi wakil bank dan keuntungan bagi pihak bank. juga mungkin diandai pembeli rumah rm7.3juta lebih mampu membayar balik pinjaman berbanding pembeli rumah rm73ribu.

kalau saya ada niat nak beli rumah nilai rm7.3juta, mungkin utk rumah sebanyak 100buah.

Jumaat, Jun 21, 2013

Apabila Dimanjakan

tadi semasa saya hendak keluar dari tempat letak kereta saya, kereta saya telah dihalang oleh sebuah kereta. kereta tersebut meletak kereta di tempat yg jarang diletak kereta lain. ianya kerana cara meletak kereta mengganggu pengguna laluan dan kereta yg diletak di petak kereta.

saya memangil polis bantuan uitm utk membantu saya. saya dapati kereta diletak seumpama akan sampai habis waktu pejabat. siap dipasang sunshade. setelah polis bantuan sampai, saya dapati ada sekeping kertas tertera dgn no tel. tapi saya rasa pelik cara kereta tersebut diletak dan pelekat staf uitm adalah versi tahun 2012.

polis bantuan yg ada bersama saya menyemak pemilik pelekat kereta dan adakah ianya sama dgn no kenderaan. sambil semakan dilakukan, saya menelefon no yg ditinggalkan. suara seorang lelaki muda. saya jangka seorang pelajar. no kereta jarang saya lihat di ctss. dan semakan mendapati pelekat didaftar kpd staf di melaka. tidak sama no kereta didaftar dgn no kereta yg sedang pamerkan pelekat kereta.

setiba pemandu dan rakannya, polis bantuan menegur beliau. polis bantuan turut bertanya tentang pelekat kenderaan dan seterusnya merampas pelekat. kami yg berada di situ setuju bahawa jika terus dimanjakan kita hanya mengajar mereka yg tak mahu diajar untuk terus jadi kurang ajar. pelekat kereta dan kemudahan laluan ke kawasan di dalam uitm adalah berkaitan keselamatan warga uitm dan pelawat uitm. bersama2lah kita menjaga keselamatan bersama dgn mematuhi peraturan uitm.

Tegur dan Terima

bukan mudah nak tegur orang lain. tegur di sini bermaksud mengingatkan. juga bermakna membetulkan.

kita pun biasa tak suka ditegur jika teguran menunjukkan kelemahan kita. kenapa? mungkin kerana rasa dimalukan. mungkin rasa diperkecil2kan. mungkin sebab rasa kita betul dan tak perlu ditegur. mungkin sebab kita dah ada kedudukan tertentu maka jangan jatuhkan kita dgn teguran.

bagaimana jiak berpandangan positif terhadap teguran diterima? tetapi adakalanya niat teguran adalah baik tetapi cara kita menegur mungkin penerima teguran rasa sebaliknya. saya banyak kali tahan drpd menegur orang. risau dikatakan macam2 kerana menegur. bagaimana nak tegur seseorang yg zip seluarnya terbuka? bagaimana nak tegur orang utk kebaikan beliau tanpa dia terkilan atau malu?

adakalanya saya akan terus tegur tanpa fikir panjang2. mungkin fikir utk kebaikan. mungkin sebab lurus bendul. dan kpd kawan2, jika utk baiki dan tolong kawan, kita perlu tegur kawan kita.

Khamis, Jun 20, 2013

Kerjasama Dengan Taman Negara

alhamdulillah, pada 2007 uitm berjaya mewujudkan sebuah stesen penyelidikan di keniam taman negara pahang. ianya tercetus pada perbincangan di persona village resort kuala tahan pada 2006.

rentetan dari kuala keniam, merapoh dan kenyir kami terokai. dan sebuah pulau di kenyir ditawarkan kpd uitm. walau bagaimana pun, ada pihak di uitm memaklumkan bhw uitm tidak sanggup menerima peluang tersebut.

alhamdulillah, pada hujung minggu lalu, di persona village resort juga, perbincangan akan menjurus kpd kerjasama antara uitm dgn taman negara johor pula. ianya untuk 2 taman di johor. ianya untuk latihan dan pengurusan bersama antara uitm dan ptnj.

permintaan utk kerjasama bagi belum dan bukit cerakah akan diusahakan juga. tapi akan tetap ada yg berkata 'apa seorang akauntan dan seorang kaunselor tahu tentang pengurusan taman?'.

Jika Kurang Ajar

kita ke sekolah dan ke ipt utk belajar. utk tambah ilmu. juga utk mengajar.

sama ada sbg cikgu atau pensyarah. sama ada sebagai murid, pelajar atau siswa. kita sama2 nak belajar. nak ilmu untuk jadi lebih baik. nak ilmu utk kebaikan diri dan orang lain. kita nak diajar. kita nak berkongsi ilmu.

jadi bagaimana jika ada yg jadi semakin kurang ilmu. atau kasarnya jadi semakin kurang ajar. siapakah yg gagal. yg mengajar? yg belajar? ibubapa? saudara mara? kawan dan kenalan? antara contoh kurang ajar adalah tak patuhi peraturan. mencuri. merompak. menipu. tidak jujur. sombong diri. dll.

kita sentiasa akan berada sama ada sbg pelajar, pengamal atau pengajar ilmu. dan kita harapkan ilmu akan memberi kita kesejahteraan dunia dan akhirat.

Rabu, Jun 19, 2013

Maaf - Minta dan Beri

budaya kita suka memulakan tuturkata dgn berkata maaf. dan adakalanya kita akhiri perbualan atau tulisan dgn perkataan maaf di ayat terakhir. maaf mungkin meminta maaf atau memberi maaf.

ada bagusnya. ada tak bagusnya. orang bangsa atau negara lain pernah bertanya kpd seorang kenalan kenapa perlu minta maaf jika tiada buat salah. adakalanya menyatakan maaf seolah2 menyatakan kita melakukan salah atau silap walau sebenarnya kita tidak salah atau silap.

ada pula berkata jika kita maafkan pihak lain walau kita tak salah adalah menunjukkan kematangan kita. tapi ada yg berkata jangan asyik suka minta maaf atau memaafkan kerana kita mungkin akan diambil kesempatan oleh pihak lain. syawal adalah masa kebiasaan kita bermaaf-maafan. semoga tutur atau tulisan maaf tidak kira masa adalah ikhlas.

Kaya dan Kita

kaya spt dikongsi ada dlm pelbagai maksud. kaya duit adalah kaya biasa kita dengar dan harapkan. kaya ada kaitan dgn rezeki.

ada yg ingin kaya pangkat. lagi banyak paku dibahu, lagi suka. ada yg suka kaya pakaian. lagi banyak pakaian ada lagi dia gembira. ada yg suka kaya kereta. lagi banyak kereta lagi lebar senyuman. malah ada yg suka kaya ilmu. suka mencari ilmu.

kaya datang dgn tanggungjawab. kaya datang dgn amanah. sebenarnya kita semua kaya. tapi dlm bentuk berbeza. yg cantik jika kita kaya dgn kesudian orang lain secara ikhlas ingin dikenali sbg kawan kita pada setiap masa.

Selasa, Jun 18, 2013

Salah faham Tentang Jawatan

ramai nak jawatan. jawatan di sini maksudnya kedudukan. dgn ada kedudukan atau 'tempat duduk khas' maka yg duduk di situ ada 'kuasa'. maka bagi yg 'gila kuasa' akan sibuk ke sana ke mari utk melobi jawatan.

tapi ramai lupa kuasa datang bersama beban. iaitu tugas dan tanggungjawab yg perlu dijalankan dan dilakukan dgn amanah dan jujur serta ikhlas. mungkin 'jawaban' tak diminta di dunia. tak diminta segera. tetapi ianya akan diminta juga.

ada yg bagitau yg ada yg sedang sibuk melobi. sama ada utk kekal di jawatan sedia ada atau utk ke jawatan lebih tinggi. ada yg melobi dgn hasil positif diri. dan ada juga yg melobi dgn kononnya 'kenegatifan' pihak lain. mungkin takut apabila dah takde jawatan, takde yg sudi tegur?

Masih Tak Patuh

apabila melihat pelajar tidak mematuhi peraturan, maka seringkali bertanya 'siapakah bertanggungjawab memastikan peraturan dipatuhi?'. dan diantara jawapan mereka yg bertanggungjawab adalah kita juga. kita (termasuk saya) mesti menegur utk mengingatkan pelajar tersebut.

saya lihat pelajar masih memandu kereta ke kawasan bangunan akademik 3 untuk meletak kereta mereka di kawasan yg telah dinyatakan bukan utk kereta /kenderaan beroda empat digunakan pelajar. saya dapati masih ada yg mereka yg meletak kereta di tempat khas utk oku, walaupun tidak tergolong sbg oku. saya lihat masih ada yg meletak kereta di perhentian bas walau pun diletakkan tanda larangan.

saya perhatikan masih ada pelajar yg tak patuhi peraturan sahsiah uitm. adakah kerana pengaruh media? adakah kerana tiada yg menegur? adakah kerana begitulah sahsiah diajar ibubapa? adakah sebab mereka ini tidak pandai membaca? memang letih menegur. tapi spt seorang budak dgn 'starfish', jika ada seorang yg berubah secara positif, kita sudah gembira. begitu juga apabila ada yg bertanya utk faham dan seterusnya berjaya secara jujur dlm pengajian, kita akan gembira dan bersyukur.

Isnin, Jun 17, 2013

Jawatan Tiada Lagi

bagaimanakah perasaan ramai apabila jawatan sudah tiada lagi kita pegang? bagi mereka yang berkhidmat dgn organisasi tertentu spt berseragam, ramai akan rasa pahit. sebabnya semasa berjawatan, ramai yg manis dgn kita. tetapi setelah tiada jawatan, kita baru kenal siapa sebenarnya kawan kita. kita baru kenal sebenarnya siapa kita di mata orang lain.

saya biasa tidak diberi jawatan. saya biasa ditawarkan jawatan. saya biasa memegang jawatan selain jawatan hakiki. dan saya biasa meletak jawatan. memang seronok semasa ada jawatan. layanan diterima adakalanya sangat istimewa. kereta dinaiki akan didahului oleh motorsikal 'outrider'. dan lampu kenderaan pengiring dinyalakan secara 'flashing'. nak naik kereta, pintu dibuka orang lain. nak turun dari kereta pun pintu dibuka oleh orang lain.

bagi yg syok dgn jawatan akan amat terasa perbezaan apabila tiada jawatan lagi. alhamdulillah, walau saya seorang pensyarah (biasa), saya masih mendapat keistimewaan tertentu. daripada kawan2 dan kenalan baik. semasa di kuala tahan, walau ada yg memalingkan muka, mereka yg amsih senyum manis, mengangkat tangan dan menegur saya masih ramai. masih ramai yg sudi menegur cebad. terima kasih. dan syukur kpd allah.

Ahad, Jun 16, 2013

Terpaksa ke Pusat Kesihatan

semasa solat maghrib tiba2 terasa panas di leher belakang. ada cubaan ke? solat diteruskan.

semasa berbual dgn mak de, sementara tunggu makan malam, badan terasa gatal. apa lagi, garulah. sedap menggaru tapi badan makin berbiji2. mak de pesan, 'jangan basuh'. tapi degil. saya ke bilik mandi dan mandi dgn sabun dan syampu. badan makin berbiji. jantung berdegup makin kencang. kepala berpinau2. setelah berbaring di katil, saya telefon dr mat. bagitau saya perlu ke klinik. badan tak sedap. dr mat, pemandu dan beberapa lagi sampai di bilik saya. saya bagitau tanda2 yg saya alami.

kami terus ke pusat kesihatan kuala tahan. mak de, pak de dan atan di kenderaan depan. saya, de mat dan pemandu di kenderaan kedua. sementara tunggu m.a, saya sempat muntah dua kali. lega rasanya. setelah m.a tiba, saya masuk ke bilik pemeriksaan. atan dan beberapa lagi ikut sama. setelah dibagitau bhw saya mungkin digigit ulat, dan melihat keadaan saya yg tidak serius, m.a memberi suntikan.

alhamdulillah. badan semakin kurang gatal, pernafasan kembali normal. pulse dan b.p. normal sebelum suntikan. keluar dari bilik pemeriksaan, saya lihat ramai rupanya yg risau dgn keadaan saya. selain dr mat, pemandu, atan, mak de, pak de, ada beberapa lagi anak2 pak de dan mak de. hampir sepuiluh orang menunggu saya di ruang menunggu. segan ada. rasa terima kasih kerana mereka prihatin terhadap kesihatan pun ada.

22 tahun ke taman negara, kecundang kpd seekor ulat. semasa terbaring di katil sebelum kawan2 sampai, saya terfikir 'adakah masa saya sudah sampai?'.

Rabu, Jun 12, 2013

Percaya dan Sejahtera

tadi berjumpa dgn seorang kenalan dan kawan yg terus ada rasa percaya kerana beliau pernah bekerja dgn mereka spt saya. berjumpa utk bincang masalah sama.

luahan dia 'saya tak tahu siapa boleh saya percaya dlm organisasi saya'. alhamdulillah saya beruntung. dlm organisasi yg saya jadi ahli, saya diberi rahmat allah utk mempunyai mereka yg saya boleh percaya. saya juga akan membawa bersama ke dlm organisasi mereka yg saya percaya. macam main bola, bila nak tendang bola tak payah tengok dah tahu akan ada kawan menyambut bola.

tahap percaya atau trust kpd orang lain berdasarkan beberapa faktor. antaranya sebab dah lama kenal. bukan hanya sekejap shj. ianya juga mungkin sebab dah biasa dgn orang yg lebihkurang sama dgn yg baru dikenali. dan juga jika tahap trust atau percaya adalah kurang atau sudah tiada, amat susah nak ditingkatkan semula (jika asalnya tinggi).

unit integriti amatlah penting. tetapi pastikan integrity utk kebaikan organisasi dan sekitar. bukan akan menyebabkan salahguna kuasa atau pecah amanah.

Budi Bahasa

budi bahasa mencerminkan kita. bahasa bukan terhad kepada lisan. bahasa juga merangkumi yg bukan lisan. seperti tingkahlaku. bahasa terucap sama ada secara tersurat atau tersirat.

kita biasanya akan geram apabila ada yg ambil hak kita. tambah2 lagi jika kita telah merancang sebaiknya utk memudahkan kita dan tidak menyusahkan orang lain. tetapi apabila orang lain tidak mahu faham atau ambil mudah menyusahkan kita, maka kita tentu akan geram. kalau kita pendam, maka kita makan hati dan kemungkinan bahasa kasar diulangi oleh pihak tersebut. maka elok diluahkan perasaan kita.

akan ada yg rasa kita tak patut luahkan ketidakpuasan kita walau pun kita yg teraniaya. sebab bagi pihak tersebut, dia rasa dia betul. ini sebenarnya berkaitan ego. jika kita tidak betul dan kita salahkan orang lain, ianya menunjukkan kita berperangai spt budak2. jika kita perangai budak2 maka tidak sesuailah memegang tugas dan tanggungjawab yg memerlukan seorang dewasa. yg bezakan budak atau dewasa adalah tahap kematangan iaitu tahap kecerdikan dan tahap pandai berbudi berbahasa. bukan jawatan, gelaran, harta, kenalan. ianya berkaitan sikap. attitude determines our altitude.

Selasa, Jun 11, 2013

Jaga Duit

saya mula dipilih menjadi pendengar laporan duit persatuan kaunseling malaysia pada 2009. ianya utk tempoh 2 tahun. pada 2011 sekali lagi dipilih sebagai pendengar (juruaudit) dalaman utk tempoh 2011-2013.

pada tahun 2011 saya juga dilantik utk majlis paralimpik malaysia sebagai jaga duit. ianya untuk tempoh 2 tahun. dan pada 2012 saya menggantikan penjaga duit koperasi uitm sebelum tempoh penuh kerana mantan mempunyai tugas hakiki yg berat dan perlu penumpuan utama. pada mat 2012 saya dipilih oleh alk lain utk terus memegang jawatan penjaga duit kuib. dan pada 2012 saya meletak jawatan sebagai penjaga duit mpm.

pada mat 2013 perkama saya dinaikkan pangkat drpd pendengar kpd penyedia dan penjaga duit utk tempoh 2013-2015. saya ucapkan terima kasih kepada yg mencadang dan menyokong saya. insyaallah saya akan cuba yg terbaik. ianya peluang utk saya amalkan apa yg saya kongsi dgn pelajar. dan ianya memberi peluang saya menjadi penjaga duit kpd persatuan sukan, koperasi dan persatuan profesional.

dgn persatuan sukan saya berpeluang hadir dimajlis sukan dan bertemu pemimpin sukan. dgn koperasi saya berpeluang hadir ke majlis koperasi dan bertemu pemimpin koperasi. manakala dgn persatuan kaunseling saya berpeluang ke majlis kaunseling dan bertemu pemimpin berkaitan wanita, keluarga dan masyarakat.

Sabtu, Jun 08, 2013

Kredibiliti dan Kita

apabila ditanya apa itu kredit akan mendapat pelbagai jawapan. hutang. lawan kpd debit. pinjaman. dll.

ianya berkaitan kebolehpercayaan. ianya berkaitan keyakinan. ianya berkaitan namabaik (goodwill). ianya berkaitan siapa kita dan persepsi orang lain terhadap kita. maka jika ada 2 pihak berbeza memberi pandangan atau keluhan, kredibiliti akan memberi pemberat sebelum keputusan dilakukan.

jika kita selalu pandai cakap tapi tak 'deliver' akan buatkan orang akan kuran percaya dan yakin dgn apa kita kata. sekali manis mulut boleh perdaya orang. manis mulut berturut tapi sebenarnya hampas akan buat orang menyampah, anggap kita macam sampah?

Jumaat, Jun 07, 2013

Excess Baggage

pagi tadi saya ditanya apa nak buat dgn 'excess baggage'. sebelum ke pejabat ayah bertanya kenapa kerajaan mempunyai ramai pekerja.

ianya berkaitan produktiviti. disektor kerajaan amat susah nak buang orang walaupun tak produktif. walaupun tak mahu beri kerjasama. walaupun tak boleh bekerja. walaupun dah tak tahu nak buat apa dgn mereka ini. jika mereka ini bijak dan sedar tentang rezeki yg halal dan berkat, mereka akan sama ada meningkatkan produktiviti, bekerja, atau tinggalkan organisasi supaya memberi peluang kepada yg ingin bekerja, yg produktif dan yg menguntungkan organisasi.

jadi ketua dlm orgnisasi bukan tugas mudah. perlu ada ilmu. dengar dan percaya kpd yg terbukti bercakap benar, jujur, ikhlas dan amanah. bukan mendengar kpd yg pandai berkata2 tapi isi kosong. ramai telah maklumkan tentang mereka yg tertentu yg cakap pandai tapi habuk takdak. perabih kan beras shj. maaf, mereka sebegini saya rasa tak layak diberi muka atau mata.

Selasa, Jun 04, 2013

Tak Boleh Tegur

ada yg bagitau yg ada orang tak boleh ditegur. walaupun yg ditegur buat tak betul. walau pun niat tegur utk kebaikan bersama. jika ditegur akan melenting. akan dimarah penegur. akan dikatakan penegur semua salah. akan dikata penegur sentiasa salah.

apabila diselidik, ciri2 yg tak boleh ditegur macam ada ciri2 sama. terasa diri sempurna sebab terasa lebih drpd orang lain. walau pun hakikat ada kekurangan. sebab manusia tidak sempurna. pasti ada yg kurang. maka yg tak bolh ditegur tidak baca atau tak faham surah al-asr. atau mungkin2 tak mahu terima kekurangan diri.

bersyukurlah bhw kita sbg hamba allah tidak sempurna. dan manusia saling memerlukan manusia lain utk sejahtera di dunia dan di akhirat. jika tak boleh ditegur maka lama2 tiada yg sudi tegur atau ambilkisah. maka akan jadi seumpama luncai dgn labunya.

Isnin, Jun 03, 2013

Sumber Utama Organisasi

lain orang lain andaian tentang sumber utama sesuatu organisasi. saya berpegang kepada sumber utama sesuatu organisasi adalah sumber manusia. orang. kata pengerusi sebuah koperasi saya 'people'.

manusia susah nak dibaca. ada yg nampak bagus, tapi kat luar aje. ada yg nampak macam tak bermaya tapi sebenarnya setia kpd organisasi. saya suka bandingkan pengurusan suatu organisasi seperti sebuah pasukan bolasepak. ketua utama adalah pengurus. dan staf adalah pemain. jika silap percaturan atau letak posisi staf, mungkin beliau tak akan cemerlang. maka ketua perlu berani (melalui ilmu) untuk menyusunatur (organise/structure) organisasi dan staf. ianya utk kebaikan bersama - organisasi, pengurus dan staf.

mungkin diberi tanggungjawab kali pertama kita akan berasa tidak yakin. ianya satu respons biasa seorang manusia. ada kalanya ketua lebih tahu kemampuan seseorang utk kebaikan organisasi. pengurus dan staf amat berharga kpd organisasi jika menjalankan tugas dgn ikhlas dan amanah.

Sabtu, Jun 01, 2013

Tipu Duit

tipu duit atau curi atau rompak atau jenayah kewangan atau pecah amanah atau rasuah atau pelbagai lagi nama. ianya berkaitan tidak jujur dgn duit orang lain. ianya berkaitan dengan tidak amanah.

tipu duit dilakukan dgn pelbagai cara. tipu duit dilakukan oleh pelbagai orang. bukan dihadkan kpd yg miskin. tak dihadkan kpd yg belajar setakat sekolah rendah aje. maka yg menipu duit boleh juga dilakukan oleh mereka yg berpendidikan tinggi dan duit banyak. tujuan tipu duit ada pelbagai. ada sebab bosan. ada sebab nak mencuba. dll.

yg susah selalunya yg kena tipu. yg susah adalah yg nak siasat. yg susah adalah yg nak menghukum. bukan semua yg tipu duit dapat pembalasan di dunia. tetapi kita yakin dan percaya bhw yg tipu duit akan dihukum seadilnya di akhirat oleh allah, tuhan yg satu, tuhan yg maha adil dan maha berkuasa.

Komunikasi dan Informasi dan Kita

komunikasi adalah perhubungan antara manusia. informasi adalah maklumat utk kegunaan manusia. kedua2 definisi ini adalah berdasarkan pemahaman saya. saya tidak pasti perkataan melayu untuk komunikasi. tetapi informasi adalah maklumat.

maka komunikasi dan informasi amatlah penting kpd seorang manusia. masalah boleh berlaku jika tiada komunikasi, atau salah komunikasi. ianya berkaitan komunikasi tentang informasi. kedua2 komunikasi dan informasi memerlukan ilmu (knowledge, intelligence, wisdom). jika tiada atau kurang ilmu, maklumat boleh jadi sesuatu yg menyusahkan kita, bertentangan dgn tujuan utk menyenangkan kita.

pengguna (penghantar dan penerima) ilmu perlu sentiasa meningkat ilmu. maka kita perlulah sentiasa membaca (belajar, buat, kongsi). maka kesemuanya adalah perlu dilakukan dgn penuh tanggungjawab kerana ianya adalah amanah.