Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Jun 24, 2013

Macam Cuti Sekolah

hari ini terasa macam cuti sekolah. bukan sebab sekolah cuti sebab jerebu. tetapi apa yg saya makan pada hari ini.

pagi tadi sarapan pagi tolong habiskan ais kerim di peti ais pejabat. saya makan bersama empat keping roti. teringat apabila cuti sekolah dulu2 ketika balik kampung dan makan sarapan serupa tetapi ais kerim dari peti ais di kedai arwah datuk. dan tengahari (dah lepas jam 3petang sebenarnya) hanya dapat makan mee segera maggi kari utk makan tengahari. macam makan tengahari sekali sekala ketika di kampung juga masa cuti sekolah. dan semestinya maggi tu dari kedai arwah datuk.

tapi beza cuti sekolah takde jerebu. maka dapatlah bermain2 di luar sehingga ke bendang dan ke kebun getah. kadangkala bermain tenis bersama sepupu di sek men kamil. itu dulu. tahun 70an dan 80an.

Tiada ulasan: