Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Jun 21, 2013

Apabila Dimanjakan

tadi semasa saya hendak keluar dari tempat letak kereta saya, kereta saya telah dihalang oleh sebuah kereta. kereta tersebut meletak kereta di tempat yg jarang diletak kereta lain. ianya kerana cara meletak kereta mengganggu pengguna laluan dan kereta yg diletak di petak kereta.

saya memangil polis bantuan uitm utk membantu saya. saya dapati kereta diletak seumpama akan sampai habis waktu pejabat. siap dipasang sunshade. setelah polis bantuan sampai, saya dapati ada sekeping kertas tertera dgn no tel. tapi saya rasa pelik cara kereta tersebut diletak dan pelekat staf uitm adalah versi tahun 2012.

polis bantuan yg ada bersama saya menyemak pemilik pelekat kereta dan adakah ianya sama dgn no kenderaan. sambil semakan dilakukan, saya menelefon no yg ditinggalkan. suara seorang lelaki muda. saya jangka seorang pelajar. no kereta jarang saya lihat di ctss. dan semakan mendapati pelekat didaftar kpd staf di melaka. tidak sama no kereta didaftar dgn no kereta yg sedang pamerkan pelekat kereta.

setiba pemandu dan rakannya, polis bantuan menegur beliau. polis bantuan turut bertanya tentang pelekat kenderaan dan seterusnya merampas pelekat. kami yg berada di situ setuju bahawa jika terus dimanjakan kita hanya mengajar mereka yg tak mahu diajar untuk terus jadi kurang ajar. pelekat kereta dan kemudahan laluan ke kawasan di dalam uitm adalah berkaitan keselamatan warga uitm dan pelawat uitm. bersama2lah kita menjaga keselamatan bersama dgn mematuhi peraturan uitm.

Tiada ulasan: