Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Jun 29, 2013

Ah Leong Usahawang Lama

ah leong mula keluarga saya kenali pada tahun 70an. semasa itu beliau menjadi kuli. bukan bos. beliau tolong ayahnya dlm perniagaan kerja kontrak binaan.

sejak tahun 70an, keluarga saya sering guna khidmat ah leong. sekarang dah jadi towkay. dah ganti ayahnya lama. dan dia tetap menggunakan 'pick-up' lama sejak tahun 70an. tidak guna 4wd yg baru utk bawa barang2 kerja. selagi boleh digunakan, buat apa nak tukar.

dan dia bayar upah kpd pekerja pada penghujung hari kerja. bukan tunggu hujung bulan. maka pekerja2nya dah lama bekerja dgn dia. sebab kejujuran. sebab keihklasan kpd pekerja dan pelanggan. pada waktu tengahari beliau akan bawa makanan kpd pekerja juga.

banyak pengajaran daripada kisah ah leong bagi yg nak jadi usahawan. mula dari abwah. faham kerja yg nak diberi kpd pelanggan. pandai jaga pelanggan dan pekerja. cepat bayar upah pekerja. tak perlu kenderaan baru jika yg lama masih produktif. sentiasa tingkat pengetahuan utk seiring dgn kehendak pelanggan.

Tiada ulasan: