Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Jun 17, 2013

Jawatan Tiada Lagi

bagaimanakah perasaan ramai apabila jawatan sudah tiada lagi kita pegang? bagi mereka yang berkhidmat dgn organisasi tertentu spt berseragam, ramai akan rasa pahit. sebabnya semasa berjawatan, ramai yg manis dgn kita. tetapi setelah tiada jawatan, kita baru kenal siapa sebenarnya kawan kita. kita baru kenal sebenarnya siapa kita di mata orang lain.

saya biasa tidak diberi jawatan. saya biasa ditawarkan jawatan. saya biasa memegang jawatan selain jawatan hakiki. dan saya biasa meletak jawatan. memang seronok semasa ada jawatan. layanan diterima adakalanya sangat istimewa. kereta dinaiki akan didahului oleh motorsikal 'outrider'. dan lampu kenderaan pengiring dinyalakan secara 'flashing'. nak naik kereta, pintu dibuka orang lain. nak turun dari kereta pun pintu dibuka oleh orang lain.

bagi yg syok dgn jawatan akan amat terasa perbezaan apabila tiada jawatan lagi. alhamdulillah, walau saya seorang pensyarah (biasa), saya masih mendapat keistimewaan tertentu. daripada kawan2 dan kenalan baik. semasa di kuala tahan, walau ada yg memalingkan muka, mereka yg amsih senyum manis, mengangkat tangan dan menegur saya masih ramai. masih ramai yg sudi menegur cebad. terima kasih. dan syukur kpd allah.

Tiada ulasan: