Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Disember 31, 2010

Tajuk SRW655 Bermula Jan 2011

disenaraikan tajuk2 utk pelajar fsr lakukan bg laporan penyelidikan di sem 6 semasa sr221 dan sr223. tajuk2 berikut juga boleh digunakan oleh pelajar sem 5 utk kursus research proposal dan inginkan saya sebagai pensyarah penyelia. para pelajar selain sem 6 dan sem 5 sr221 dan sr223 boleh juga berjumpa dgn saya sebagai persediaan mereka utk mengambil tajuk2 tersenarai utk penyelidikan mereka. hubungi saya.

tajuk2:

1. Burnout among staff in sports and recreational organisations.
2. Leadership styles among sports and recreational officers.
3. Personality types of people in sports.
4. Job satisfaction among staff in sports and recreational organisations.
5. Financial literacy among members of sports and recreational associations.

semoga kita dapat meningkatkan lagi ilmu dlm bidang yg akan dilakukan kajian/penyelidikan di atas.

Berilah Tugas dan Tanggungjawab kepada yang Beramanah

khutbah jummat tadi di masjid ss19 subang jaya berkaitan memberi jawatan kpd mereka yg beramanah. antara contoh diberi bagaimana ada yg memegang jawatan memberi balik jawatan kerana takut tidak dapat menjalankan amanah.

siapakah mereka yg beramanah, yg boleh melakukan tugas dan tanggungjawab dgn amanah? kenapakah amanah itu penting dlm menjalankan tugas? bagaimanakah hendak menentukan seseorang itu boleh menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn amanah? ini satu tajuk yg menarik utk phd kot.

secara kasarnya, ramai drpd kita inginkan jawatan, harta dsbnya. kita lupa bahawa semua itu adalah amanah kpd kita yg perlu kita lakukan dgn baik utk dikembalikan kpd tuan pemilik sebenarnya iaitu Allah. kalau perkataan biasa kita gunakan adalah kita perlu lakukan 'accounting' utk terangkan kpd pemilik sebenar bagaimana kita jalankan tugas dan tanggungjawab kita sebagai pemegang amanah. kalau bahasa melayu lama,perakaunan bolehlah disamakan dgn 'hisab'. pandangan anda?

Mulakan dengan Penamat

mulakan sesuatu dgn penamatnya. maksud di sini, kita mulakan sesuatu perkara dgn matlamat ingin kita capai. 'begin with the end in mind'.

contohnya sasaran kerja tahunan kita. set skt 2011. apa yg ingin kita capai? bagaimana, bila, dimana, siapa boleh membantu, kenapa perlu dicapai perlu kita nyatakan atau senaraikan. ini akan memudah kita melakukan sesuatu secara berfokus. kita boleh gunakan utk kerjaya kita, pengajian kita dsbnya.

paling penting, utk kehidupan kita di dunia. jadikan tegaskanlah (affirm, and reaffirm) apakah matlamat hidup kita. bukannya jawatan tinggi, harta yg banyak, isteri2 dan anak2 yg ramai. tetapi kesejahteraan di akhirat. kerana hidup di akhirat adalah selama2nya.

dengan kemunculan 2011, kita masih ada masa utk memperbaiki cara mendapatkan bekalan utk ke akhirat. maka carilh rezeki yg halal. carilah ilmu utk mendapat rezeki yg halal.

Khamis, Disember 30, 2010

Pastikan Rezeki Halal

seperti saya katakan berkaitan khutbah jumaat pada minggu lepas, rezeki mestilah halal. tak guna kerja haram, punca rezeki haram, kemudian digunakan utk hantar orang tua pi buat haji.

tadi saya baca blog seorang peers uitm kuala pilah. yg menarik bagi saya adalah beliau meletakkan ruang utk menyemak produk halal di ruang blognya. maka saya pun gunakanlah prinsip bhw jika ianya baik utk dikongsi, maka kongsilah. insyaallah,jika kebaikan didapati kpd yg menggunakannya, maka kita mungkin dpt tempiasnya. pemilik applikasi,halal industry corporation memberi kod utk meng'akses' aplikasinya.

semoga pembaca blog saya akan memperolehi dan mendapat berkat drpd rezeki yg halal.

30 Dis 2010

apakah yg berkaitan dgn tarikh ini? saya diingatkan oleh ayah saya bhw hari ini tarikh lahir adik saya. dia bercadang utk makan malam di luar. tetapi adik saya menolak cadangannya.

saya bercadang utk selesaikan hari ini tugas2 tahun 2010. dukacita, tak dapat. cadangan asal kerana esok cuti khas. cuti kerana Malaysia menang piala aff suzuki 2010. dan akhirnya (harap2lah) skt 2010 saya dah diserah kpd dekan fsr utk penilaiannya. saya juga dah tandatangan pengesahan utk skt 2010 kedua2 staf upk.

hari ini juga dlm sejarah saya tandatangan cek bernilai >rm800ribu. tak pernah saya lakukan sebelum ini. terkejut juga apabila melihat nilai pada cek. kalau best lagi, dapat cek sebagai upah kerana berjaya menyelesaikan kes pecah amanah kerana salah guna kuasa. kalau dapat upah tu sebab berjaya membantu organisasi menangkap dan mendakwa sehingga bersalah mereka yg menipu, merompak dsbnya berkaitan kewangan dan namabaik fsr dan uitm. ada yg sudi berkongsi maklumat?

Rabu, Disember 29, 2010

Ulasan dan Alasan

alhamdulillah. tahniah malaysia.akhirnya berjaya memenangi piala aff suzuki 2010. walau pun tewas 1-2 di jakarta, nett - malaysia menang 4-2. dan sebenarnya malaysia jaring 5 gol.

saya semasa menonton tv tadi tak berapa gemar dgn ulasan yg diberi oleh pengulas. adakalanya baik toksah ulas. ada kalanya macam riak,bongkak, sombong, overconfident. mungkin fsr patut adakan kursus utk menjadi pengulas sukan. ianya dpt membantu ulasan secara lebih mantap dan sedap didengar.

selalunya kekalahan akan diiringi dgn alasan. biasalah, apabila objektif tak tercapai, maka pelbagai alasan diberi. jarang kita salahkan diri kita. saya tak terkecuali. utk skt 2010 saya, saya bg alasan knp beberapa matlamat tak tercapai. manakala perbezaan utk tahun ini pula,jika markah penilaian lebih drpd 90,kena bagi ulasan. kena bagi sebab kenapa staf dinilai wajar dpt markah >drpd 90.

apa ulasan saya utk diri saya? saya adalah exco peringkat kebangsaan persatuan kaunseling. saya ahli lembaga koperasi. saya penasihat bersama peers. dan saya patut dinilai dn diberi markah oleh lebih drpd 2bos di uitm krn saya menjalankan tugas utk keempat2 tnc, 2pnc, dekan fsr dan pengarah ined. jika ingin ulasan lagi, sila rujuk kpd mereka dan juga mereka yg telah dan sedang bekerja dgn saya.

Jika Diizinkan Allah

berulang2 kali saya nyatakan keinginan utk ke zoo melaka. ianya terletak di ayer keroh.

tadi en hisyam bgtau program ke pd dan melaka jadik. 'bila boleh nak p?' tanya en hisyam kpd saya. jika esok, boleh p dgn en suunto. kalau tak, kena p sendiri la.

dan sebelum balik ke ined dr fakulti, wakil ktyaga telefon saya. 'en bad bila nak datang ke sini?'. saya pun fikir2 jugak nak ke ayer keroh. maklumlah, ada program perlu, ada ktyaga, dan yg penting ada zoo melaka. menarik dan menggoda ni.

insyaallah, saya akan p pd hari jumaat.

Pembentangan dan Kejayaan

tahniah kpd mereka yg berjaya hadir utk pembentangan biasiswa pengajian peringkat phd di fsr hari ini. pembentangan yg dilakukan adalah satu pencapaian. keputusan ditentukan oleh Allah.

kita berusaha sebaik yg mungkin. kita berdoa semoga kita berjaya. setelah melakukan pembentangan, kita bertawakal kpd Allah. Allah shj penentu rezeki kita. jika kita berjaya dapat bisasiwa, bersyukurlah. jika kita tak berjaya, bersyukurlah juga dan berusaha lagi.

saya sempat berbincang dgn calon2 tadi utk tajuk phd saya. cadangan mereka supaya saya kaitkan dgn sukan dan/atau rekreasi. secara tersurat dan tersirat mereka menyatakan bhw mereka gembira dgn kehadiran saya sebagai rakan kerja di fsr. terima kasih. saya doakan agar pn siti aishah, cik azlina. cik maizan, ym raja firhad, en hashbullah dan en hisyam berjaya melanjutkan pengajian ke phd dgn biasiswa melalui pembentangan ta.di

Selasa, Disember 28, 2010

Berkat atau Barakah

pada khutbah jumaat minggu lepas ada dinyatakan tentang rezeki yg berkat dan barakah. ianya ada kaitan dgn rezeki yg halal. ianya berkaitan dgn karnival halal yg diadakan di kawasan masjid ssaas.

maka kita diingatkan utk mencari rezeki yg halal shj. rezeki bukan shj pendapatan, tetapi juga makan dan minum. ianya berkaitan.jika pendapatan drpd penipuan/sumber haram dan kita gunakan utk makan/minum,kita dikatakan makan/minum benda yg haram. (jika tak betul, tolong betulkan ya).

tapi kita lihat bgmana mereka yg mengaku islam tidak segan silu mencari pendapatan melalui cara yg tidak betul. cara yg ditegah oleh islam. mereka ini mencuri. mereka ini merompak. mereka ini makan rasuah. dsbnya lagi. dn mereka akan tersenyum memperlikan mereka yg tidak kaya kerana mencari rezeki yg halal shj. bg saya, saya akan tersenyum melihat mereka yg bangga dgn rezeki yg haram. mungkin sebab kasihan? Allah Jua Yang Maha Mengetahui.

Penutup dan Pembuka Tahun

tadi saya adakan mesyuarat ringkas dgn staf saya. utk hujung tahun biasanya ttg skt. saya bg contoh bgmana utk isi borang skt. saya maklumkan bhw esok saya nak bincang ttg skt mereka utk diberi penilaian. saya baru selesai sediakan skt 2010 saya. sebab format baru,lambat sikit. tak banyak, hanya 15mukasurat aje yg menyenaraikan kerja2 yg telah saya lakukan dan latihan dhadiri pada 2010.

dan spt biasa pada hujung tahun, perancangan utk tahun hadapan perlu disediakan. maka saya setelah berbincang dgn staf upk ined telah menyediakan kalender aktiviti cadangan upk utk 2011. pada hampir setiap minggu, akan diadakan aktiviti kualiti sama ada iso, aknc, kik, srr, dsbnya. saya cadangkan sehingga penghujung 2011. jika dipersetujui, setelah saya tamat tempoh sbg ketua upk, aktiviti dirancangkan diteruskan oleh ketua baru.

mengikut iso, kita perlu memenuhi keperluan pelanggan dan sentiasa melakukan penambahbaikan. dan mengikut iso juga setiap perkhidmatan atau pembuatan kerja menggunakan pdca. p=perancangan, d=buat, c=semak, dan a=tindakan penambahbaikan. maka aktiviti tahunan upk ined juga berdasarkan kpd pdca. kebanyakan p, c dan a dilakukan saya. d dilakukan oleh staf saya. itulah tanggungjawab seorang ketua/pemimpin pada setiap tahun.

Tajuk SRW 655

pada setiap sem setiap pensyarah akan diminta kp 5tajuk penyelidikan yg pensyarah bersedia utk menyelia pelajar srw600. dan saya selalunya akan beri 5 tajuk yg sama atau hampir sama pd setiap sem.

tadi seorang pelajar yg ambil srw655 pada sem akan datang berjumpa saya. esok seorang lagi pelajar. sebelum cuti bermula, iaitu selepas peperiksaan, 2pelajar telah datng jumpa saya. saya jangkakan ada beberapa pelajar lagi akan jumpa saya selewat2nya pd minggu hadapan. masa utk berjumpa saya akan dimaklumkan apabila pelajar hubungi saya.

seeloknya, kedua2 pelajar dan pensyarah boleh bekerjasama. seeloknya, kita dapat bersama meningkatkan ilmu melalui srw655. srw655 akan membawa nama saya dan nama pelajar. jadi saya amat berkira hasil srw655 pelajar saya. perjumpaan minima ditetapkan kp adalah 3kali. saya tetapkan minima berjumpa saya 7kali. memang perit dan berat pengalaman pelajar yg pernah dibawah seliaan saya. ada yg tak berani terima A utk srw655.

tajuk yg telah dipersetujui setakat ini utk pelajar srw655 sem jan2010 adalah burnout dan leadership. jadi bagi mereka yg ingin diselia oleh saya, bersedia membaca buku2 dan jurnal berkaitan psikologi, kaunseling, sosiologi dan sukan. hubungilah senior anda yg pernah diselia saya. seorang drpdnya telh mendaftar utk master sport science by research baru2 ini.

Kepimpinan Dalam Organisasi

setiap manusia adalah pemimpin. kita memimpin bergantung kpd masa, tempat dan keadaan. kita tidak boelh menjadi pemimpin pada setiap masa.

semasa saya diminta utk menjadi ahli barisan kepimpinan pada suatu masa dulu, kata yg meminta kpd saya, 'kalau u tak terima, siapa lagi yg boleh tolong'. ianya buakn soalan tetapi pernyataan. terasa bangga kerana diiktiraf. terasa berat dgn tanggunjawab yg bakal dipikul.

sebagai pemimpin, kita harapkan kita dapat menjadi pemimpin yg cemerlang. kita harapkan organisasi dan warganya akan mendapat manafaat dgn kepimpinan kiat. tapi janganalh kiat emngharapkan dan meletakkan manafaat utk diri sendiri sbg matlamat kita. itu dah jadi gila kuasa. dan boleh menyebabkan salahguna kuasa. tambah2 pula, akibat kita, organisasi merana, pelanggan merana, warga yg benar turut merana.

walau kita tidak ingin menjadi pemimpin, tetapi jika kita dieprlukan utk kebaikan organisasi, kita perlu menerimanya. berdoalah kpdNya supaya kita menjadi pemimpin yg di jalan benar.

Isnin, Disember 27, 2010

Ucapan Tahniah

jarang kita ucapkan tahniah. adakah sebab kita ni tak diajar berterima kasih? kurang dididik utk mengucapkan tahniah?

tadi semasa saya hendak ke kereta saya, saya lihat seorang kawan tersenyum lebar kpd saya. sudah lama saya tak jumpa beliau. saya lambai2kan tangan kpd beliau tanda ucapan selamat (?). apabila saya hampir dgn nya, dia ucap tahniah kpd saya. saya tak ingat saya ucapkan terima kasih atau tidak utk ucapannya. tapi saya bertanya 'kenapa'. jawabnya, 'u dpt cemerlang hari tu. tapi u tak naik pentas pergi ambil'. saya maklumkan bhw bukan saya yg dpt cemerlang. orang yg punya nama serupa.

setahu saya tak terima 'cemerlang' drpd fakulti. begitu juga drpd institut. tapi kalaulah nama saya (kalau..), saya terima anugerah drpd jabatan mana? insyaallah, di satu masa, jika rezeki yg halal utk saya.

Cita-cita

semasa kecil kita dibgtau utk bercita2 besar. punya kerja yg berpangkat tinggi. supaya bergaji tinggi. supaya mempunyai harta yg banyak.

tetapi itu tentang dunia shj. jarang yg bercerita tentang bercita2 utk mempunyai ilmu yg tinggi dan baik. dan selalunya ini jarang dikongsi oleh ibubapa, saudaramara dan sahabat2 kita. selalunya mereka yg ingin kita banyak duit di dunia supaya dpt mereka bersama2 tolong habiskan. ramai yg ingin kaya cepat. maka ramai yg sanggup lakukan apa shj krn takut tak sempat kaya utk berjoli.

jika ada yg berpesan2 dgn kebaikan. jika ada yg berpesan2 dgn kesabaran utk kebaikan dunia dan akhirat, ramai yg akan melarikan diri. maka saya bercadang utk menjadikan pengetahuan dlm bidang pengurusan harta di dunia sbg satu kursus wajib di ipt. dan kursus ini perlu mempunyai tajuk2 bekalan utk kesejahteraan diakhirat.

saya teringat kpd ayat pertama yg diturunkan kpd rasulullah s.a.w, 'bacalah...'. maka tuntutlah ilmu utk kesejahteraan, dunia dan akhirat.

Amalan Terbaik

ini saya dengar drpd radio. dan kita juga boleh dapatinya drpd bacaan kerana ianya adalah hadith nabi s.a.w. dinyatakan bhw 3 amalan yg terbaik adalah mendirikan solat pada waktunya, berbuat baik kpd kedua ibubapa, dan berjuang di jalan Allah (fissabilillah).

bagi mereka yg masih mempunyai ibubapa, mereka amat beruntung. mereka boleh melakukan antara amal terbaik dgn berbuat baik kpd kedua2 ibubapa. bagaimana? menjaga namabaik mereka. sentiasa mengutamakan kesejahteraan mereka. menurut perintah dan permintaan mereka. selagi tidak bertentangan dgn ajaran Islam.

maka sebenarnya amat mudah utk membuat antara amalan yg terbaik. kita boleh sentiasa berkongsi rezeki yg halal dgn mereka. kita sentiasa bertanyakan khabar mereka. dan lain-lain lagi. bagi kedua ibubapa mereka yg telah tiada, berdoalah semoga ruh mereka mendapat perlindungan di kubur dan akhirat. berdoalah semoga mereka mendapat kesejahteraan di akhirat. dan jadilah contoh ibubapa yg baik kpd anak2 anda.

Perompak

seorang kenalan disamun sebelum beliau ke luar negara. beliau dipukau sebelum duitnya diambil dari dlm kereta. yg peliknya, pekerja2 bengkel, kenalan dan abangnya tidak sedar mereka disamun/rompak sehingga ada yg di luar bengkel menjerit bgtau. tapi sudah terlambat, penyamun/perompak dah melarikan diri dgn motorsikal.

sebelum dirompak, tayar keretanya telah dibocorkan. maka beliau ke bengkel utk tukar tayar. rezeki ditentukan oleh Allah sahaja. ianya satu pengalaman yg pahit baginya kerana beliau akan ke luar negara. duit yg disamun utk digunakan pembayaran pengajiannya. memang penyamun/perompak tidak fikir kesan perbuatan jahat mereka.

kepada pembaca, hati2lah apabila menukarkan duit di pengurup wang. hati2 jugalah semasa mengeluarkan duit drpd bank/atm. kalau ingin keluarkan duit yg banyak, bawalah teman. dan yang penting, berdoalah kpdNya utk perlindunganNya, dan bertawakallah.

Terus Cemerlang

tahniah kpd sepupu saya mira mustafa dan suaminya khabir. nur kasih terus cemerlang. dan berjaya memenangi satu lagi anugerah.

bukan susah untuk cemerlang. bukan susah untuk terus cemerlang. adakah keupayaan menjadi cemerlang berkaitan dgn didikan kita? adakah berupaya menjadi cemerlang berkaitan dgn siapa asal kita? ada yg mengatakan ianya memerlukan kedua2nya.

maka janganlah kita bangga dgn mempunyai satu drpd duanya. usaha perlu sentiasa dilakukan. dan jangan lupa berdoa dan bertawakal kpdNya.

Tahniah Harimau Malaysia

tahniah kpd pasukan harimau malaysia. harimau malaya pula adalah satu subspesis harimau.

kemenangan boleh dicapai dgn usaha, doa dan tawakal. saya harap ahli pasukan harimau malaysia tidak lupa kpd Yang Maha Esa. janganlah dgn satu kejayaan kita lupa kpdNya.

semoga pasukan harimau malaysia berjaya memenangi piala suzuki 2011. insyaallah.

Jumaat, Disember 24, 2010

Karnival Halal di Masjid SAAS Shah Alam

hari ini 24disember sehingga 26disember 2010 (jumaat hingga ahad) berlangsung karnival halal di masjid sultan salahuddin abdul aziz shah (ssaas). masjid ssaas atau masjid biru atau lebih dikenali sebagai masjid negeri selangor

pelbagai barangan dan perkhidmatan yang diiktiraf sebagai halal sedang dipamerkan. selepas solat jumaat tadi, saya berjalan2 di sebahagian gerai2 yg ada. pengunjung ramai di gerai2 makanan untuk menikmati makanan tengahari. ada gerai drpd hotel depalma, concorde, singgahsana. ada gerai minuman juga. gerai makanan seperti makanan segera dan ringan, sejuk beku dan makanan masakan panas.

saya tidak membuat sebarang pembelian. tetapi kalau rajin, insyaallah, saya akan alwati karnival ini pada hujung minggu ni. jom kita ramai2 sokong produk dan perkhidmatan halal sebagai seorang islam.

Khamis, Disember 23, 2010

Banci

mengikut hasil bancian 2010, lelaki lebih ramai drpd perempuan di malaysia. tetapi kalau kita lihat bilangan staf dan pelajar di uitm adalah sebaliknya. maka di manakah tempat yg ramai lelaki?

banci diadakan secara kasar setiap sepuluh tahun, tak silap saya. dan semasa bancian,macam2 pengalaman diceritakan oleh pembanci. ada yg tak dapat jalankan tugas membanci krn ada orang benci dibanci. tak tahulah kenapa,masing2 ada sebabnya.

semasa berbincang dgn peserta2 kursus tadi, mereka cadangkan saya gunakan maklumat drpd bancian utk phd saya. bagus juga cadangan tu. inilah sebab kita tak boleh berlagak sombong. walaupun peserta hadir kursus utk belajar/kongsi ilmu drpd saya, ianya tidak bermakna saya serba tahu dan lebih tahu dlm semua hal berbanding dgn peserta2 yg seumpama pelajar saya.

setiap drpd kita ada kelebihan dan kekurangan. maka ahli dlm organisasi adalah melengkapkan keperluan sumber manusia dlm organisasi.

SKT

pada penghujung tahun adalah masa menghantar laporan skt - sasaran kerja tahunan utk tahun yg akan berakhir dan bersedia dgn skt utk tahun akan datang. penilaian prestasi atau pencapaian tahunan staf selalunya berdasarkn kpd skt yg dihantar kpd ketua atau penilai pertama dan penilai kedua.

selalunya, mereka yg mendapat penilaian skt yg tertinggi di ptj akan menerima anugerah khidmat cemerlang. tetapi ada yg menjadikan akc sbg hadiah yg digilir2kan atau hanya utk pihak2 tertentu shj. maka tujuan skt tidak tercapai sepenuhnya. maka ini akan mengakibatkan staf yg berprestasi tinggi dan mempunyai pencapaian cemerlang/luarbiasa akan kurang bermotivasi utk tahun2 akan datang.

bukan mudah utk menjadi ketua. jawatan dan kuasa datang bersama tanggungjawab. prof kamil pesan, markah staf bawah mencerminkan kepimpinan kita. saya yakin dgn kebolehan staf2 di upk ined. mereka memahami cara kerja saya. saya lihat bhw mereka boleh menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn cemerlang setelah saya berkongsi ilmu dgn mereka. tetapi tidak semua staf boleh mndapat anugerah cemerlang. penilai kedua akan mengimbangkan penilaian pertama.

Rabu, Disember 22, 2010

Kursus/Persidangan

secara kasarnya, saya berkursus dan sptnya bermula 20nov sehingga 23dis. saya sebagai peserta atau fasilitator atau pegawai pengiring/penceramah atau urusetia atau pemerhati atau sebagainya. lebih sebulan lamanya. ianya bermula selepas peperiksaan di uitm tamat.

bermula di klang, kemudiannya di pangkor, kemudiannya di hotel uitm shah alam, di kg gajah, di seremban, di kl sentral, di jpbsm uitm dan berakhir di hotel uitm shah alam. sama ada sbg peserta atau bukan peserta, kursus dan sptnya bg saya adalah peluang berkongsi ilmu. iaitu saya kongsikan kpd orang lain ilmu yg saya ada, dan saya dpt ilmu yg dikongsikan drpd orang lain. diharapkan setiap kehadiran di kursus dsbnya akan meningkat ilmu saya dan kenalan utk kebaikan bersama.

kursus dsbnya memberi peluang utk merapatkan silatturahim dan mewujudkan silatturahim. yg dah dikenali akan lebih dikenali. yg baru dikenali akan menambahkan kenalan saya utk kebaikan bersama. terima kasih kpd penganjur yg menganjur kursus2/ dsbnya. insyaallah saya akan terus hadir ke kursus2 dsbnya utk kebaikan diri, masyarakat dan persekitaran. dan saya harapkan saya ada masa utk bercuti sebelum tahun baru ni.

Selasa, Disember 21, 2010

Selasa Malam: Futsal

itulah agenda yg telah ditetapkan oleh sahabat2 sekolah menengah. dan sudah 5tahun kami tetapkan jadual ini. maknanya sudah 5tahun kami jadikan selasa malam rabu utk berjumpa sambil mengeratkan persahabatan yg bermula pada 1980.

tadi, setelah beberapa minggu/bulan, saya hadir ke gelanggang futsal. hanya 3 drpd 4 adik beradik saya yg hadir. yg ke4 masih jauh di luar negara. jika kami berempat hadir, selalunya kami dpt diskaun, bayar utk 3shj, yg keempat diberi permainan percuma. ianya satu cara utk menggalakkan kami berempat hadir dan meramaikan bilangan pemain dan membolehkan permainan dlm suasan yg kurang membebankan kami yg sudah menghampiri setengah abad.

telah beberapa minggu, pasukan saya bermain bersama pasukan adik saya. pasukan adik saya 10tahun lebih muda drpd usia pasukan saya. pasukan saya pernah bertanding lawan pasukan adik saya. saya tak ingat sama ada kami menang atau kalah. tetapi melihat pemain2 pasukan muda tadi, saya teringat kehebatan mereka.

saya tidak bermain tadi. saya hanya perhatikan drpd luar gelanggang. dan apabila seorang pemain pasukan muda keluar gelanggang, saya sempat berborak2 dgnnya. melihat lutut berbalut dan cara berjalan yg menunjukkan beliau dlm kesakitan, saya minta adik saya memeriksanya setelah tamat permainan. alhamdulillah, tiada kecederaan serius.

Cemerlang

semalam di dsb, penerima anugerah khidmat cemerlang uitm 2009 diraikan. saya tidak dpt bersama sbg tetamu jemputan krn menjadi fasi utk kursus audit dalam siri 3 ined. tahniah saya ucapkan kpd mereka yg layak menerima akc kerana menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn penuh amanah.

pelbagai pihak akan memberi definisi berbeza utk maksud cemerlang. ada yg akan katakan cemerlang adalah atas drpd baik. dan ianya bawah drpd gemilang. cemerlang boleh dikatakan sebagai 'excellent'. dan akc ini sepatutnya berdasarkan markah pencapaian skt.

akc diberikan berdasarkan penilaian bos terhadap orang bawahnya. tetapi baru2 ini diadakan kajiselidik utk melihat penilaian kecemerlangan berdasarkan persepsi bos, rakan setara kerja, dan anak buah/staf yg melaporkan kpd kita. saya bersetuju dgn cadangan penilaian 360 yg dicadangkan. ianya boleh mengelak atau mengurangkan penilaian berbentuk 'bias' jika bos suka kpd staf bawahan bukan berdasarkan produktiviti.

pesan staf2 saya, cebad, jangan jadi bos yg menyusahkan, yg tak disukai rakan sekerja dan staf bawahan. saya tambah, jangan pula terlampau pentingkan hubungan dgn orang lain sehinggakan tidak dpt mencapai matlamat kerja. begitu juga jangan terlampau bermatlamat utk capai objektif kerja sampai hubungan dgn staf diabaikan.

kebetulan, saya melihat ada notis kpd saya drpd ilqam. 'tahniah, anda terpilih utk menjadi pelapis kepimpinan universiti'. dan setelah saya isikan kajiselidik yg disertakan, pencapaian saya antara lain adalah, 8/10 utk hubungan dgn manusia dan 7.4/10 utk tugasan. nota drpd ilqam, 'anda bersedia menjadi pemimpin'. hmmm, maknanya?

Isnin, Disember 20, 2010

Birokrasi

birokrasi adalah berkaitan dgn tatacara bekerja yg dikaitkan dgn kerajaan. ianya selalu dikaitkan dgn banyak kerenah utk menjalankan sesuatu tugas.

maka ramai tidak ingin berurusan dgn kerajaan. ada yg sampai lakukan kesalahan kerana utk memudahkan menyelesaikan masalah bersama agensi kerajaan. maka pm menyarankan agar staf kerajaan menggunakan kreativiti dan novasi utk menjadikan urusan diantara rakyat dgn agensi kerajaan lebih cepat, cekap dan berkesan.

kemudahan ict banyakmembantu mengurangkan kerenah birokrasi. tadi saya memuji staf inde yg terlibat dgn smp(sistem maklumat pensyarah). ianya akan memudahkan pemilihan pensyarah utk program pjj dan plk. pensyarah akan dpt dinilai secara telus oleh penilai.maka ini akan dpt mengelakkan drpd berlakunya penyelewengan oleh pihak tertentu spt memilih pensyarah yg tiada atau kurang kelayakan akademik mengajar kursus kpd pelajar.

pemilih yg menyeleweng sebenarnya boleh dikategorikan sebagai perasuah. beliau telah salah guna kedudukannya. beliau telah salahberi kontrak kpd pensyarah yg tak layak mengajar. beliau mungkin terlepas drpd hukuman di dunia. tetapi beliau masih perlu menerima pengadilan di akhirat kerana Allah Maha Adil.

Hujung Tahun 2010

tahun 2010 hanya tinggal 10 hari shj lagi. dan di eropah dan negeri bersatu (us), ramai daripada rakyatnya akan bercuti bermula pada minggu ini sehingga tahun baru. mereka akan bercuti selama 1-2minggu.

kita di malaysia pun lebihkurang juga. ramai yg akan menghabiskan cuti tahunan. kebetulan pula cuti sekolah. cuma pada tahun ini 25dis dan 1jan 2011 adalah pada hari sabtu. jadi tidak dapatlah jimat hari cuti tahunan. utk bercuti selama 2minggu, bermula 18dis yg lalu, ramai yg akan ambil cuti tahunan selama 5 atau 10hari, iaitu hari bekerja.

lalulintas di lembah kelang amat kurang kesesakannya. ini kesan drpd ramai bercuti. di intekma, banyak ruang letak kereta yg kosong. tidak perlu berebut2 utk meletak kereta. begitu juga di kampus induk uitm di shah alam. suasana lengang. ramai pensyarah yg bercuti bersama keluarga.

saya mohon maaf kpd peserta kad ined siri 3 2010. walaupun ramai yg ingin bercuti, tetapi mereka terpaksa hadir utk kad di hotel uitm. upk ined terpaksa adakan pada 20-23dis 2010 utk memastikan kesemua staf ined (kecuali beberapa staf tertentu) menghadiri kad utk memudahkan kerja di 2011 dan seterusnya.

Ahad, Disember 19, 2010

Kos kehidupan Sebuah Keluarga

berapakah kos kehidupan sebuah keluarga di malaysia? banyak faktor mempengaruhi jawapan yg akan diberi. antaranya bilangan ahli keluarga, tempat tinggal, jarak ke tempat kerja, pengangkutan awam yg ada, dan pelbagai lagi.

mari kita andaikan sebuah keluarga yg memiliki sebuah kereta, sebuah rumah, terdiri drpd ayah, ibu, datuk, nenek, dan 4anak. kita andaikan mereka makan rm10 seorang sehari. maka kos makan setahun = rm10x8x365hari=rm29,200. kos pakaian adalah rm1000 seorang, maka kos setahun = rm1,000x8=rm8,000. kos rumah=rm1,000x12=rm12,000 setahun.
kos kereta=rm1,200x12=rm14,400 setahun.kos air dsbnya =rm500x12=rm6,000. kos persekolahan = rm1,000x4=rm4,000. kos setahun sehingga kini=rm73,600. ini bersamaan pendapatan minima sebanyak rm6,133.33sebulan. ianya lebih tinggi drpd pendapatan seorang pensyarah dm45. maka dlm sebuah keluarga memerlukan kedua2 ayah dan ibu bekerja.

bagaimanakah utk mengurangkan atau menyelesaikan masalah pendapatan yg rendah dan tidak dapat menampung kos kehidupan sesebuah keluarga? pada pandangan saya, kos kehidupan boleh diuruskan dgn lebih baik dgn mengawal kos makanan, kos pengangkutan dan kos perumahan. siapakah yg mampu melakukannya?

Bersama Sahabat Lama 19122010



pada jumaat lepas saya terima panggilan telefon drpd seorang sahabat lama. beliau saya mula kenali semasa belajar di kuala kangsar. beliau berasal dari sabah.

beliau mengajak saya makan tengahari bersama keluarganya. sudah lama kami tak jumpa. kebiasaannya berjumpa setahun sekali. dan setiap kali berjumpa selalunya di majlis makan. maka kami tetapkan utk berjumpa pada tengahari tadi.

kami makan tengahari di sebuah kedai makanan indonesia. di seksyen 7, shah alam. saya makan set nasi ayam bakar. dan antara makanan yg terdapat pada menu adalah nasi ayam penyet. ianya dipesan oleh isteri kawan saya. kawan saya pula hanya makan mee goreng. saya pada mulanya pesan minuman air poligami. tapi dukacita, campuran utk minuman tersebut tak cukup, jadi tak dapatlah saya merasa 'poligami'.

terima kasih mat din. insyaallah, bolehlah jamu saya makan lagi.

Sabtu, Disember 18, 2010

Pelajar UiTM Semula



alhamdulillah, tadi saya selesai mendaftar sbg pelajar uitm, sekali lagi. sebagai pelajar phd pula, program ac990.

mungkin ianya kali terakhir saya mendaftar di dsb, dewan sri budiman. dsb adalah tempat bermula sebagai pelajar uitm/itm dan tempat berakhir sebagai pelajar uitm/itm dgn konvokesyen. saya pernah menduduki peperiksaan dan ujian di dsb semasa diploma dahulu. saya masih ingat seorang kawan sekelas saya minta dia belanja saya makan setelah habis ujian. itu 25tahun dahulu.

kalau pada 1985, dan sehingga beberapa tahun seterusnya, pendaftaran mengambil masa yg lama. tadi, dgn ict, pendaftaran sekejap shj. dulu kad pelajar siap dlm masa 2minggu. sekarang di penghujung proses pendaftaran diantara 1jam ke 1.5jam, dah boleh ambil kad pelajar. tahniah uitm.

saya sempat bergambar dgn seorang beks pelajar saya yg saya selia utk laporan penyelidikan beliau semasa sarjana mudanya di fsr. alhamdulillah, beliau mendaftar utk peringkat sarjana pula. tahniah kpd sdr mursyidi. lepas tu sambung phd pula. kalau boleh, di luar negara.

kawan bgtau tadi, ada orang kata, ada diantara kita uitm bukan shj di hatiku, tetapi di sanubari. ianya kerana buat diploma, sarjana muda, sarjana dan kedoktoran di uitm. sayakah dimaksudkannya?

Jumaat, Disember 17, 2010

Cemburu Ke?

tadi semasa saya ke menara saas, saya lihat seorang kawan terburu2 berjalan ke suatu arah. saya tegur beliau,'tak cuti ke.penat nampak'.

beliau bgtau yg beliau sedang hadir seminar. sebelum ini beliau ada bengkel. selepas ini beliau ada bengkel lagi. tiada masa utk rehat. tiada masa utk bercuti. seolah2 ada pihak yg tak mahu pensyarah berehat dan bercuti. dan kawan saya bgtau dia berasa sangat penat.

maka timbullah pertanyaan, adakah pihak yg cemburu dgn kerja seorang pensyarah. malah ada bukan pensyarah yg tanpa segan silu akan bersuara tinggi dgn pensyarah. seolah2 nak menunjukkan bhw pensyarah bernilai rendah di sebuah ipt. sedangkan pensyarah adalah sumber utama menggerakkan sebuah pusat ilmu.

sy bagitau kpd kawan saya bhw beliau sebenarnya burn out. beliau berasa sedemikian kerana kurang atau tidak dihargai kehadirannya di fakultinya. beliau juga berasa demikian kerana tiada pengiktirafan terhadap usaha dan hasil yg telh beliau lakukan dan capai. beliau brsetuju dgn pandangan saya.

sepatutnya di sebuah institusi ilmu, pensyarah dan bukan pensyarah perlu bergandingan tangan bekerjasama dlm menjalankan tugas masing2 dgn penuh tanggungjawab dan amanah. jika ada yg berfikir bhw tugas seorang pensyarah adalah mudah dan ringan, tanyalah kpd mereka yg mungkin berfikiran sedemikian yg merupakan bukan pensyarah bertukar menjadi pensyarah. kita akan dapati bhw ada yg tidak mampu menanggung tugas sbg pensyarah walaupun ada sarjana. maka mereka ini hanya menunggu masa utk pencen atau lari ke tempat lain.

Daftar AC990

setelah 7 hujung minggu bertugas, di dlm dan di luar uitm, esok saya mempunyai hujung minggu utk diri saya. walau bagaimana pun, hujung minggu ini masih berkisar di uitm dan sekitar shah alam.

insyaallah, esok saya akan mendaftar sebagai pelajar ijazah kedoktoran perakaunan, fakulti perakaunan uitm (ac990). saya mula mendaftar sebagai pelajar itm pada 1985. sebagai pelajar diploma lanjutan pada 1989. sebagai pelajar program profesional pada 1992. sebagai pelajar diploma lepasan ijazah pada 1996(atau 1997 atau 1998, tak ingat). dan saya mendaftar sbg pelajar sarjana pada 2006.

tetapi program yg saya daftar sbg pelajar pada 1992 dan 1996/97/98, saya tak tamat. kalau tak, selepas nama saya akan ada spt berikut: dip accountancy (itm), adv.dip accountancy (itm), macpa, postgrad dip in system analysis (itm), master foresic accounting & financial criminology (uitm). dan sebenar bagi seorang ahli akademik, kelulusan di peringkat ijazah sarjana kedoktoran adalah kelayakan yg diimpikan.

doa dan harapan saya, di kad perniagaan saya akan tertera spt berikut:
Badrul Hisham bin Hussein
PhD Accountancy (UiTM), C.A.(M).
Insyaallah.

Jika Waktu Dunia Kita Ubah

bagaimana jika waktu dunia berdasarkan waktu mekah? kita tidak lagi mengatakan waktu bermula drpd waktu di greenwich meridian.

maka waktu di malaysia tidak lagi +8jam waktu greenwich. sebaliknya waktu malaysia akan +6jam (?) drpd masa di mekah. waktu masih 24jam sehari. cuma sekarang kita lambat 1/4 hari sahaja berbanding dahulu lambat 1/3hari. jadi kita seolah2 ketinggalan sedikit shj berbanding sekarang.

dan kita pun ubah jugalah hari pertama dalam setiap minggu. hari pertama dalam seminggu kita mulakan dgn hari ahad (bermakna satu dlm bahasa arab). maka kita secara psikologinya akan kuranglah membebel dan kurang bersemangat nak bekerja pada hari isnin. sebab enjin dah dipanaskan pada hari ahad.

kita jadikan jumaat hari cuti umum. dan solat jumaat akan dilakukan dgn lebih selesa. tiada yg lambat sampai kerana kerja di pejabat. dan tiada yg cepat keluar dari masjid krn banyak kerja di pejabat. silatturahim dapat dirapatkan lagi. sekadar pandangan saya.

Khamis, Disember 16, 2010

Riba'

apakah agaknya keadaan dunia tanpa riba'.ramai yg bersetuju bhw riba' membawa bencana dan kesusahan. tetapi masih ramai umat islam yg terlibat dgn riba'.

Allah telah dgn jelas menyatakan dlm alquran bhw riba' itu haram. dan perniagaan itu halal. tetapi perniagaan yg melibatkan urusniaga yg halal dan tiada unsur2 riba'. saya tak ingat, jadi boleh tak ingatkan saya, bolehkah kita berniaga duit/wang. adakah memberi pinjaman satu bentuk urusniaga duit?

riba'menggalakkan seseorang utk tidak berusaha. riba' adalah menzalimi orang lain. ah long adalah contoh yg terang berkaitan riba'. jadi kenapakah masih ada yg menyokong riba' dikalangan umat islam? adakah kerana mengejar kekayaan telah membuatkan lupa kpd perintah Allah? Rezeki ada di mana2. dan carilah rezeki yg halal shj utk kita dan keluarga.

The Most Beautiful Asmaul Husna (Dr. Ary Ginanjar)

ICFC 2010



alhamdulillah, icfc 2010 telah berlangsung dgn jayanya. ianya diadakan di menara ssm @kl sentral pada 14-15 dis 2010. ianya adalah anjuran bersama fakulti perakaunan dgn beberapa pihak lain.

beberapa tokok tempatan dlm bidang jenayah kewangan dan islam telah membentang ucaputama dab kertaskerja. diantaranya adalah ketua pengarah ikim dan pesuruhjaya sprm. terima kasih kpd mereka2 ini. terima kasih juga kpd para peserta yg datang dari dalam dan luar negara.

saya gunakan icfc spt konferens, seminar dan kursus2 utk bertemu sahabat lama dan baru. ada yg saya kenali di uitm. dan ada yg saya kenali di luar uitm. pengalaman pada setiap majlis ilmu spt ini saya harapkan akan meningkatkan lagi ilmu utk saya menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn lebih beramanah.

insyaallah, kita akan bertemu lagi pada icfc 2011 pada 8-9jun 2011. tempatnya masih belum ditetapkan. ianya bergantung kpd penaja. ada tak mana2 organisasi yg sudi menjadi penganjur bersama dgn menajakan tempat? sila hubungi saya atau fakulti perakaunan uitm.

Rabu, Disember 15, 2010

Pengiktirafan dan Tanggungjawab

ramai kawan2 bertanya saya,'kenapa u takde dlm meeting2 awal icfc'?. saya bgtau bhw saya hanya dimaklumkan pelantikan/pemilihan saya sbg ajk semasa saya di kg gajah, 6dis 2010 oleh prof nun,pengerusi icfc 2010.

dan seorang bgtau bhw semasa mesyuarat pada 6dis, ada ajk bertanya tentang siapakah akan menjaga vvip. dan dgn penuh keyakinan prof nun bgtau, 'i tau siapa, badrul, bekas student i'. terima kasih prof nun. kepercayaan dan keyakinan drpd seorang guru terhadap murid/bekas muridnya adalah satu pengiktirafan dan penghormatan yg besar kpd saya. dan bersamanya adalah amanah utk menjaga kepercayaan guru.

semasa icfc 2010, saya turut diminta mengiringi kp ikim ke keretanya bersama dekan perakaunan. sbelum memasuki lif utk ke bawah, saya maklumkan kpd dato' nik yg saya adalah abang ipar seorang staf beliau. setelah diminta penjelasan lanjut, beliau bertanya adakah saya anak cikgu hussein. saya jawab,'ya'. beliau kemudiannya memaklumkan kpd yg lain bhw ayah saya adalah bekas gurunya. dan beliau seterusnya menyebut nama pakcik2 saya dgn bangga. terima kasih datuk. pengiktirafan datuk terhadap ayah dan pakcik2 saya mengingatkan saya utk sentiasa menjalankan tugas dgn penuh tanggungjawab dan amanah.

dato tnc hep turut mengucapkan tahniah kpd saya di hadapan dekan perakaunan kerana amat berpuashati dgn icfc dan tanggungjawab yg telah saya lakukan. terima kasih datuk.insyaallah, saya akan terus membantu uitm melalui progrm spt program hep.

Bersama Pro Canselor UiTM TS Arshad Ayub

saya diberi tanggungjawab sebagai 'jaga' semasa icfc 2010. saya jaga tempat letak kereta. saya jaga lift. saya jaga pintu. saya jaga vvip.

pada pagi hari pertama, saya diminta menjaga kereta vvip. kemudiannya saya diminta menjaga vvip. vvip utama icfc 2010 adalah tan sri arshad ayub (tsaa). tsaa sekarang adalah pro canselor uitm. beliau adalah bekas pengarah itm. utk sesi pagi hari pertama tugas saya mengiring tsaa sehingga sesi pagi tamat. kereta ke ruang konferens. ruang konferens ke kereta. maklumlah, jaga.

di sebelah malam pula, sekali lagi saya ditugaskan menjaga vvip. dan sekali lagi vvip utama adalah tsaa. saya menunggu beliau di lobi hotel. sebelum beliau tiba di hotel, anaknya sampai dahulu. anaknya pernah bersekolah rendah bersama saya. beliau bertanya saya adakah pada mulanya saya kenal beliau sbg anak tsaa krn mata beliau spt tsaa, cengil. jadi sementara menunggu tsaa,kami berbual2 tentang sekolah rendah kami. dan apabila saya mengiring tsaa utk ke majlis makan malam, anaknya sempat bagitau tsaa,'badrul budak sri petaling'.

bukan selalu dpt bersama tsaa. maka dlm perjalanan ke dewan majlis kami berbual2 ringkas. saya bgtau saya lepasan diploma dan diploma lanjutan itm. saya baru konvo master di uitm baru2 ini. dan saya adalah seorang pensyarah di uitm. di akhir majlis, saya dapat bergambar bersama2 tsaa, vvip dan ajk icfc 2010. selepas tamat majlis, saya bersama dato tnc hep dan dekan perakaunan mengiringi tsaa ke kereta beliau. dato tnc, dekan dan pengerusi icfc 2010 amat berterima kasih dan kagum dgn komitmen berterusan tsaa kpd uitm. terima kasih tan sri arshad ayub. insyaallah kami akan terus membantu bumiputera maju melalui pendidikan di uitm.

Ahad, Disember 12, 2010

Bacalah dan Mengubah Masa Depan

semalam pendaftaran plk. hari ini pendaftaran pjj. semalam seramai 400++ pelajar. tadi seramai 800++ pelajar.

saya menyemak dokumen pelajar drpd pelbagai latar belakang. tujuan utama itm dan sekarangnya uitm adalah untuk mengubah masa depan bumiputera melalui ilmu. dan latar belakang pelajar yg mendaftar mebuktikan mereka ingin mengubah masa depan mereka dan keluarga mereka.

ada pelajar yg dah ada mba, dan mendaftar utk bacelor undang2. ada pelajar berdiploma perakaunan dan mendaftar bacelor perniagaan. ada pelajar berdiploma kejuruteraan dan mendaftar pentadbiran awam. ada pelajar yg merupakan staf di organisasi adik saya yg mendaftar utk sains sukan.

ada yg bapanya adalah tentera. ada bapanya kerja kampung. ada bapanya penoreh. ada bapanya kerja di bendang. dan ada yg bapanya telah berpisah. ada yg berpendapatan rm5000 dan ke atas. ada yg kurang drpd rm1000. ada yg terus bekerja selepas spm walau pun layak terus ke ipt selepas spm.

masing2 dgn hasrat sendiri utk melanjutkan pengajian. tetapi hampir kesemuanya memhami pentingnya mempunyai ilmu dan kelayakan akademik yg sesuai utk mengubah diri supaya lebih baik drpd sekarang. tahniah kpd 7 graduan plk sr113 yg mendaftar utk sr221. kepada semua pelajar baru uitm melalui pusat2 pengajian ined, berusahalah seikhlas yg boleh supaya mendapat rezeki yg halal.

Sabtu, Disember 11, 2010

Pendaftaran Pelajar Baru PLK UiTM

hari ini berlangsung pendaftaran pelajar baru mod pendidikan luar kampus (plk) uitm yg di uruskan oleh ined. saya bertugas di kaunter 3, memeriksa domuken pelajar.

pelajar dimaklumkan utk membawa dokumen asal utk diperiksa. bg yg tak bawa, maaf, sila datang di hari lain utk pendaftaran. seramai 400 pelajar dijangka mendaftar pd hari ini. dan berdasarkan kpd bilangan beg pendaftaran yg berbaki, dianggarkan 90% pelajar telah mendaftar pd hari ini.

seebanyak 7 kaunter disediakan. pelajar turut dibekalkan dgn roti dan sebotol minuman dlm beg pendaftaran. pelajar juga disediakan makanan tengahari utk memudahkan pergerakan dan pendaftaran pelajar. para petugas melebihi 50 orang. mereka drpd ined, pejabat keselamatan, pstmk, bendahari dan wakil2 fakulti serta ramai lagi.

terima kasih kpd semua yg menjayakan pendaftaran pelajar baru plk. bagi sebahagian besar drpd kita, esok kita bertugas utk pendaftaran pelajar baru ppjj pula.

Bergambar Untuk Konvo MFAFC

tadi saya bergambar dgn kedua ibubapa saya. saya mengambil peluang bergambar dgn mereka sebelum mereka salin pakaian setelah balik dari kenduri.

kami bergambar dgn saya memakai jubah master uitm. kami tidak dpt bergambar semasa konvo pd 25nov 2010 kerana mereka berdua berada bersama adik saya di jerman. jadi saya simpan dulu jubah uitm yg sepatutnya dihantar sehari selepas konvo. maka kesannya, denda rm30 + (rm2x hari lewat dihantar)= rm30 + rm36 (18hari lewat) = rm66. takpela, bukan tiap2 hari dpt jubah master uitm utk saya bergambar dgn kedua ibubapa saya.

ini adalah kali ketiga saya bergambar dgn kedua ibubapa saya utk konvo di itm/uitm. saya pernah bergambar dgn baju melayu penuh (dulu2 itm graduan diploma tak pakai jubah). saya dah bergambar dgn jubah itm bersongkok (diploma lanjutan). dan alhamdulillah, kali ini dgn jubah master uitm. insyaallah,saya doakan agar saya dpt bergambar dgn kedua ibubapa saya dgn berjubah phd uitm.

kedua2 mereka banyak memotivasikan saya utk mencapai kejayaan dan kelayakan tertinggi dlm akademik. terima kasih tidak terhingga kpd mereka berdua.

Jumaat, Disember 10, 2010

Pendaftaran Pelajar Baru InED

esok dan ahad, akan berlangsung pendaftaran pelajar plk dan pjj yg diuruskan ined. saya akan bertugas pada kedua2 hari, sabtu dan ahad, insyaallah. dan saya minta bantuan peers utk menjadi penunjuk arah.kebiasaan, di tempat baru dan dlm keadaan stres, kita jarang dapat fokus, baca arahan dan faham arahan.

ined diwujudkan utk memberi peluang kpd mereka yg bekerja utk melanjutkan pengajian setelah kelayakan akademik sekolah menengah. program di tawarkan sama ada secara epjj, plk, ppu dan ppb. para pelajar perlu faham bahawa mereka diberi peluang utk melanjutkan pengajian. maka lulus dan tamat pengajian dgn jayanya adalah tanggungjawab pelajar.

meskipun yuran pengajian secara plk, ppjj, ppu dan ppb adalah lebih tinggi drpd yran pengajian sepenuh masa di uitm, ini tidak bermakna pelajar mesti diluluskan oleh kami.pelajar perlu faham, kualiti tetap dijaga oleh ined. maka pelajar yg tidak jujur semasa kerjakursus/peperiksaan akhir akan menerima hukuman yg setimpal dgn risiko kpd ined dn uitm. kami tidak mahu hanya kerana nila setitik,rosak susu sebelanga. berusahalah dgn sebaik yg boleh. jangan sia2kan peluang yg diterima. semoga pelajar2 ined berjaya secara jujur dan ikhlas sebagai pelajar dan sbg bukan pelajar. tahniah kpd pelaar2 yg akan mendaftar sbg pelajar baru UiTM utk sem hadapan.

Komunikasi dan Kejayaan

komunikasi boleh menjadikan kita berjaya.komunikasi boleh menjadikan kita gagal.masalah selalunya dikaitkan dgn salah komunikasi atau tiada komunikasi.

teambuilding di kg gajah baru2 ini dikendalikan oleh syarikat yg sama mengendalikan teambuilding utk fsr. seorang fasilitator pada awal2nya terpinga2 juga melihat saya. saya harap kerana anggapan positif drpd sesi terdahulu.

semasa program dijalankan, faktor komunikasi dan kejayaan kerap diulangkata oleh fasilitator. saya setuju. dalm kaunseling, komunikasi adalah antara kemahiran terpenting. dan komunikasi berkaitan dgn ilmu. kalau tiada atau kurang ilmu, perkara yg ingin disampaikan oleh penyampai dan ingin diterima oleh penerima mungkin tidak dpt mencapai hasrat asal. kesannya, baik toksah berkomunikasi.

komunikasi adalah antara kemahiran insaniah yg ditekan oleh kpt yg mesti diterapkan kpd pelajar ipt. kalau kemahiran komunikasi kita rendah atau tiada, kejayaan di ipt dan di luar ipt akan sukar dicapai. maka utk meningkakan ilmu dlm komunikasi, jom sertai peers di uitm.

Bengkel Laporan Kendiri InQKA

setelah bertugas di desa ilmu, kg gajah, saya sambung tugasan di royale bintang, seremban. selama 3hari 2malam juga.

tempat tinggal lagi kelas. makanan lagi banyak. gim lebih kurang aje dgn desa ilmu. aktiviti tiada di luar bangunan. maka terpaksa saya melawat gim hotel. walau bagaimana pun, kesan terasa apabila saya pakai seluar baru pada hari ini. sendat di pinggang. nak solat jumaat tadi pun rasa tak selesa.

sesi bengkel adalah sebanyak 9slot. slot terakhir saya mohon kebenaran pnc utk saya balik awal sebab ada urusan di shah alam d perlu diselesaikan dgn segera. ada juga yg tak hadir atas sebab2 tertentu. ada yg kerana membentangkan kertaskerja/penyelidikan di cssr 2010. dan spt biasa, akan ada yg muncul hanya utk beberapa slot shj. muncul di awal dan di akhir bengkel. slot lain2 spt biasa menghilangkan diri.

maka dptkah maklumat dan hasil bengkel dpt disampaikan dgn sebik2nya kpd ptj nanti? bengkel laporan kendiri ni bukan macam hadir konferens dimana boleh pilih slot yg sesuai dgn ilmu yg ingin kita tambah. bengkel spt ini perlu konsentrasi dan sumbangan sepenuhnya. maka saya perlu rujuk kpd inqka jika saya ada tertinggal apa2 drpd slot terkhir yg selama 30-60minit.

Khamis, Disember 09, 2010

Bertugas Di Resort dan Hotel

Bermula dgn bertugas di Desa Ilmu, Perak 5-7 dis, saya sambung bertugas di royale bintang seremban, 8-10dis. insyaalah saya akan bertugas di le meridien, kl 13-15dis.

tugasan pertama utk teambuilding. tugasan kedua utk audit laporan kendiri. tugasan ketiga sebagai penunjuk arah tetamu konferens. dan sepatutnya pada 26-28dis saya di resort di kuala tahan, tetapi kerana majoriti ahli pasukan bercuti, terpaksa ditangguhkan.

yg berat apabila bertugas di resort dan hotel adalah badan saya. walaupun aktiviti fizikal saya cuba lakukan, tetapi input sumber tenaga lebih besar drpd output sumber tenaga. maka kesannya, berat bertambah. sebenarnya saya ada pilihan. dan keputusan di tangan saya. dan manusia akan mudah tergoda dgn nafsu. apabila melihat hidangan yg tersedia pada setiap kali waktu makan/rehat, saya tewas.

komen seorang staf, 'cebad dan naik 2inci'. maka saya perlu lebih berpeluh drpd biasa utk kurangkan berat badan. pilihan adalah utk sihat atau sebaliknya.

Selasa, Disember 07, 2010

Tahniah KTYAG

ktyag ataupun nama penuhnya kolej teknologi yayasan alar gajah adalah sebuah kolej swasta yg menawarkan program diploma uitm secara francais. kolej yg menawarkan program uitm juga dikenali sbg kolej bersekutu uitm. ktyag senang disebut sbg ktyaga.

alhamdulillah. semalam saya menerima sms drpd pn salina, ketua program uitm di ktyag yg memaklumkan bhw ktyag berjaya mendapat pensijilan iso 9001:2008. tahniah kpd pn salina, ajknya dan ktyag ke atas kejayaan ini. pengiktirafan pensijilan iso adalah utk proses pengajaran dan pembelajaran.

selain ktyag, ktt dan ktb adalah kolej2 bersekutu yg berjaya mendapat iso dgn sedikit bantuan drpd saya. selain drpd 3kolej2 ini, kptm kuantan, itp, satt telah berjaya mendapat pensijilan iso. kolej2 bersekutu telah ditetapkan oleh pengurusan uitm utk mendapatkan pensijilan iso 9001:2008 sebelum bermulanya 2011. walau bagaimana pun, atas sebab2 yg lebih diketahui oleh setiap kolej yg kemungkinan tidak akan berjaya mendapat pensijilan iso sebelum 2011, maka matlamat utk kesemua kolej bersekutu mendapatkan sijil iso selewat2nya pada 31disember 2010 tidak akan tercapai. kita merancang, Allah menentukan.

Desa Ilmu

Saya berada di Desa Ilmu 5-7Dis 2010. mengikuti program bina pasukan uhek. pada mulanya ramai tidak berminat hadir. hanya 40% jemputan shj yg hadir.

alhamdulillah, program banyak meningkatkan ilmu dan semangat berpasukan di kalangan peserta. harapan penganjur, kami yg hadir akan dapat membantu meningkatkan kualiti akademik di uitm. peserta dari hampir keseluruhan sistem uitm. dukacita tidak semua fakulti diwakili. dan ini bermakna saya mewakili ined dan fsr. 3 drpd 4 wakli ined dpt hadir dgn jayanya ke desa ilmu. walaupun bertugas 2 hari cuti am/umum, para peserta amat berpuashati dgn kandungan dan pengurusan program.

sebelum balik ke shah alam, saya buat maklumbalas kpd urusetia. saya maklumkan bhw saya kurang berpuashati kerana kami dihidang dgn hidangan sebanyak 6kali sehari. kesannya, berat badan peserta bertambah. tetapi saya juga maklumkan kpd urusetia utk tidak serik menjemput saya menghadiri program anjuran mereka. desa ilmu adalah cadangan saya utk nama baru bg pusat latihan uitm, kg gajah, perak.

Ahad, Disember 05, 2010

Pengiktirafan

semalam saya ke majlis makan malam tahunan bekas pelajar sekolah menengah saya. walau pun bekas pelajar adalah ramai, bilangan yg hadir adalah hanya sebahagian kecil shj. ini kerana saiz tempat majlis diadakan menjadi kekangan utama.

saya ke sana memenuhi undangan seorang datuk saudara. saya hadir bersama ayah dan adik saya. kami semua bekas pelajar sekolah tersebut. sebenarnya dlm keluarga saya ramai adalah bekas pelajar sekolah tersebut.2 drpd 4 adik beradik ayah. seorang sepupu ayah. 3 datuk saudara/sepupu. 2 pakcik di sebelah emak. dan ramai lagi.

sudah lama ayah tak hadir ke majlis seperti semalam. dan semalam kami duduk di meja bersama2 batch tok saudara saya, tok yak. kawn2 tok yak masih ingat ayah saya, senior mereka. mereka perkenalkan beliau sebagai hussein, footballer. ayah mendapat 'colours' utk sukan pada tahun pertama di sekolah tersebut. beliau bermain sebagai 'right winger'. saya akui, saya amat jauh ke bawah jika dibandingkan kebolehan bermain bolasepak berbanding kebolehan ayah.

pada majlis yg sama, 2 bekas guru sekolah diberi penghormatan sbg 'murid tua kehormat'. mereka adalah bukan melayu. tetapi jasa mereka kpd pelajar melayu amat tinggi dan berkesan. saya cuma sempat belajar dgn cikgu amirthalingam. beliau berkhidmat selamat 33tahun di mckk. beliau menolak tawaran kenaikan pangkat kerana ingin terus berkhidmat di mckk. terima kasih cikgu amirthalingam.

Sabtu, Disember 04, 2010

Nilai Dihargai

ada yg buat baik akan dihargai. ada yg buat tak baik pun dihargai. maka yg menghargai mencerminkan nilai penghargaan yg diberi.

penghargaan ada satu motivasi luaran. ianya akan boleh meningkatkan produktiviti jika penghargaan diberi dgn adil. ianya mencerminkan penerima dan pemberi penghargaan. ianya mencerminkan kredibiliti, kewibawaan, integriti dan profesionalisma kedua2 pihak. jika penghargaan diberi kpd yg bukan produktif, ianya akan meng-demotivasikan mereka yg menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn penuh amanah.

penilaian sekarang kebanyakan dilakukan oleh bos. maka ada yg akan kipas2 bos. didepan bos akan cakap memuji dan mengiyakan apa shj bos kata. dan bos tentulah suka. maka kemungkinan bos akan hadiahkan dgn pingat cemerlang berkhidmat kpd bos. ada bos akan hadiahkan pingat cemerlang krn usaha dan hasil yg positif kpd organisasi. maka bos manakah pilihan kita.

saya tidak bersetuju pingat cemerlang diberi secara bergilir2. ianya hanya mempermainkan anugerah pingat tersebut. pada tahun ini saya dapat 1emas, 2perak, dan 3gangsa. agak2 saya ni cemerlang ke? hampir 6hujung minggu berturut saya bertugas. agak2 saya ni akan dikira tak buat kerja ke lagi. penilaian adalah subjektif. yang Maha Adil hanyalah Allah Ta'ala.

tahniah kpd encik hisyam che mat. dah lama cemerlang. dan sentiasa cemerlang. kita kerja kerana Allah. kita tunggu pula yg lain2. kita tunggu penilaian 360 darjah.

Majlis Kenduri Kak Sad

tadi saya ke rumah kak sad. beliau mantan pa kpd dekan fsr. walau pun dah lama beliau pencen, hubungan diantara beliau dan rakan2 di fsr masih baik sebgmana semasa beliau di fsr.

kenduri kali ini utk anak sulong beliau. beberapa bulan yg lepas, utk anaknya yg kedua (?). kedua2 majlis diadakan di rumahnya di klang. saya menerima kad jemputan drpd tangan pengantin sendiri. sebab kak sad risau kot2 jika dihantar ke fsr, saya tak dpt kad. kesemua staf fsr yg kak sad kenal dijemput ke majlisnya.

ketika saya sampai di majlis, pm zul kadir dah nak habis makan. dr tan dan dua2 anaknya ada sama. graduan fsr, mejar alias dan keluarga turut hadir. begitu juga dr arzmi yaacob, dekan fsr pada 2001-2003. encik hisyam che mat hadir sekeluarga. yg lain2 drpd fsr yg ada semasa saya di sana adalah kak g dan keluarga, cik pah dan pn ruziyati serta anak2. ada roast lamb/kambing, putu piring, taper dan mcm2 lagi.

tahniah kpd pengantin dan keluarga pengantin. terima kasih krn sudi menjemput saya ke majlis yg amat bermakna kpd keluarga dan pengantin. insyaallah, tahun depan kak sad akan jadi tok puan.

Jumaat, Disember 03, 2010

Kerja Seorang Akademia Di UiTM

masih ada yg ingat seorang pensyarah akan bercuti semasa pelajar bercuti. memang ada pensyarah yg boleh bercuti seperti pelajar. tetapi ada juga pensyarah yg akan bekerja spt biasa cuma bezanya tidak memberi syarahan kpd pelajar di mengikut jadual semester.

saya antara pensyarah yg jarang2 dpt bercuti apabila pelajar bercuti. ada kerana pilihan utk tambah ilmu. ada kerana arahan utk tambah ilmu. 26-28nov mengiring pelajar ke pangkor. tiada ketidakpuasan hati kerana bersama peers utk kebaikan bersama. ianya satu tugasan yg amat menyeronokkan.

5-7dis, mula dgn hari cuti mingguan dan berakhir dgn hari cuti umum, saya diarahkan menghadiri kursus. di kg gajah, pusat latihan uitm. dah lama saya tak sana. tak ingat dah bila kali terakhir. pengalaman di pluitm amat berat. kerana makanan yg dihidangkan amat menyelerakan (kpd saya). jadi saya cuba pastikan ada sedikit senaman. utk kursus kali ini adalah berkaitan 'team-building'. maka dijangka input tenaga dan output tenaga akan seimbang. insyaallah.

Khamis, Disember 02, 2010

Kunjungan Perkenalan Delegasi UMK

pagi semalam saya menerima panggilan telefon drpd seorang bekas pelajar fsr saya. beliau sekarang bertugas di universiti malaysia kelantan (umk). beliau dan seorang kaunselor umk ingin berjumpa dgn saya. tujuannya utk mengetahui tentang peers.

saya bersetuju utk menerima kunjungan drpd mereka pada petang tadi. saya menjemput presiden peers 2010, wan dan ajkt utk turut hadir. alhamdulillah, perkenalan dan perbincangan berjaya diadakan di dw1, ined bermula jam 3.45ptg. kami tamat perbincangan hampir jam 7malam. kami rehat 10minit utk solat asar sebelum perbincangan disambung.

alhamdulillah, delegasi umk amat kagum dgn peers. mereka kagum dgn pencapaian peers. mereka kagum dgn komitmen peers. mereka kagum dgn komitmen alumni peers. mereka kagum dgn 'sense of belonging' dikalangan ahli peers dan alumni peers terhadap peers. terima kasih utk pujian umk kpd peers.

insyaallah, pada sem hadapan akan ada kunjungan rasmi drpd umk utk benchmarking terhadap peers. dan kami bercadang utk mengadakan program bersama dgn umk di kelantan pada sem hadapan. setiap benchmarking drpd luar terhadap pencapaian peers adalah pengiktirafan terhadap kewibawaan peers. terima kasih

Rabu, Disember 01, 2010

Jaringan dan Kawan

tadi, selepas habis pembentangan oleh pembentang utk sesi petang di dewan sri impian, saya hendak menjamu selera dgn minum petang. dlm perjalanan keluar dewan, saya menegur bos fakulti hotel uitm.

dah lama tak berjumpa beliau. jadi beliau ajak saya berbincang2 tentang isu2 semasa. ada tentang tajuk2 pembentangan. ada tentang taman negara. dan macam2 lagi. kami berhenti sekejap utk menjamu selera dgn murtabak yg terhidang.

seterusnya timbalan beliau turut serta dlm perbincangan kami. kemudiannya seorang sahabat drpd fspu, penasihat sebuah persatuan silat di uitm join kami. kami berkongsi tentang ilmu perubatan cina. kami belajar drpd 'trainee sifu' cara2 mengurut utk kesihatan.

saya setuju dgn bos fhtm uitm. ini pentingnya 'networking'. dan beliau akan sentiasa mengajak kawan2 utk hadir ke majlis yg dianjurkan oleh fakulti beliau. ilmu yg baik elok dikongsi utk kebaikan bersama. terima kasih bos fhtm krn memberi layanan cemerlang kpd saya walau pun saya bukan seorang datuk/profesor/prof madya/pensyarah kanan. layanan anda mencerminkan kewibawaan, integriti dan profesionalisma kita.

Pembelian Buku Melalui Internet

pada awal2 dulu saya was2 utk membeli buku melalui internet. risau buku tak dapat walau pun bayaran dah dibuat.

alhamdulillah, dah lebih setahun saya membeli buku melalui internet. dan kesemua pembelian saya diterima dgn selamat dan dlm keadaan elok. saya berjaya mendapatkan beberapa buah buku lama melalui internet spt buku2 stres oleh hans selye, burnout oleh maslach,oleh freudenberger. terkini saya menerima sebuah lagi buku klasik hasil tulisan maslach. selain drpd itu, saya menerima buku2 dlm 'fraud accounting'.

saya hanya berjaya membeli buku melalui ebay shj. cubaan utk membeli buku melalui amzaon gagal. amazon tidak menghantar pembelian ke malaysia. saya agak kecewa krn terdapat buku2 yg ditawarkan melalui amzaon tidak ditawarkan melalui ebay. insyaallah,jika ada rezeki, saya akan berjaya juga mendapat buku2 utk meningkatkan pengetahuan saya sama ada utk peribadi atau utk mendapatkan phd.

Pensyarah dan PhD

semasa saya hadir di program kpt di klia pada isnin lepas, pengerusi jawatankuasa utk projek wip menegaskan bhw seorang pensyarah mesti mempunyai phd. barulah pensyarah itu berwibawa, berintegriti dan seorang profesional.

tadi saya berjumpa seorang rakan sekursus induksi pada 2005. beliau dgn gembira menyatakan bhw beliau akan mendaftar pd 18dis ini sbg pelajar phd di uitm. tahniah kpd beliau. dan semalam saya membaca dlm fb seorang rakan yg beliau telah berjaya utk memulakan pengajian peringkat phd di upm. tahniah.

saya juga dimaklumkan oleh seorang kawan bhw beliau dlm proses menyediakan 'proposal' utk phdnya. saya maklumkan bhw saya bersedia membantunya utk tajuk2 menarik dan ebrkaitan dgn bidang beliau. seorang lagi kawan gembira krn bidang berkaitannya ditawarkan utk pengajian phd bagi pensyarah di fakultinya. seorang lagi akwan dlm proses akhir utk menyiapkan tesis phdnya di luar negara.

saya doakan agar kesemua rakan2 yg akan dan sedang melanjutkan pengajian di epringkat phd akan berjaya menamatkan pengajian dgn jayanya. tetapi phd bukanlah peringkat tertinggi atau akhir utk kita mendapatkan ilmu.

4th Tourism Outlook

bermula semalam berlangsungnya 4th tourism outlook di hotel uitm. ianya anjuran bersama fakulti perhotelan dan pengurusan pelancongan uitm dan beberapa agensi dan persatuan. konferens adalah drpd 30nov hingga 3dis.

saya hadir utk berkongsi ilmu dlm pelancongan terutamanya dlm ecotourism. seorang drpd 'keynote speaker' adalah yg sangat diiktiraf dlm pelancongan di dunia. beliau adalah penulis utk beberapa buku teks dlm pelancongan.

hanya saya shj drpd fsr. ajk konferens, termasuk dekan fhpp bertanyakan dimanakah lagi wakil drpd fsr kpd saya. saya bgtau ada yg berminat ttp tak dpt hadir krn komitmen kerja. memang menguntungkan bg yg dpt hadir kerana banyak hasil kajian dlm dan luar negara dibentangkan. bagus juga jika ada pelajar fsr yg hadir.

Selasa, November 30, 2010

Surat Tawaran AC990

alhamdulillah. ini adalah sebahagian drpd kandungan surat tawaran utk melanjutkan pengajian di peringkat phd di uitm, bermula sem akan datang.

Name /
Name : BADRUL HISHAM BIN HUSSEIN

Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengkuti program di UiTM:
We are pleased to inform you that you have been offered to study at UiTM, as below:
No Pelajar /
Student No : 2010734467
Semester /
Semester : DECEMBER 2010

No Kad Pengenalan/paspot
NRIC/Passport No : 670225035339
Mod Pengajian /
Mode of Study : S - FULL TIME

Kod Program /
Code of Programme : AC990
Kampus /
Campus : UITM SHAH ALAM

Nama Program /
Name of Programme : DOCTOR OF PHILOSOPHY OF ACCOUNTANCY


Anda dikehendaki mendaftar seperti berikut: / You are required to register as follows:
Tempat / Place : DEWAN SRI BUDIMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, 40450 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Tarikh / Date : 18/12/2010

Masa / Time : 8:30AM - 12:30PM

insyaallah, saya akan usaha untuk menamatkan pengajian saya dgn seberapa segera yg boleh.

Anugerah Persatuan Cemerlang 2011

petang semalam dan petang tadi presiden peers 2010, wan berada di pejabat saya. sebelum itu beliau di pusat kerjaya dan kaunseling bersama encik din penasihat bersama peers.

hari ini adalah hari terakhir untuk penghantaran laporan aktiviti persatuan uitm untuk anugerah persatuan cemerlang 2011. presiden peers sekarang, wan adalah sebagaimana presiden peers dulu2. komited utk mendapatkan yg terbaik bagi peers. dan wan bersama ajktnya telah bertungkus lumus utk menyediakan laporan aktiviti peers sepanjang 2010. seingat saya, sebanyak 31 aktiviti telah disertai oleh peers, sama ada sebagai penganjur, penganjur bersama, fasilitator, peserta dsbnya.

pada 2010, peers telah dinobatkan sebagai persatuan terbaik di uitm. ianya adalah hasil bersama ajkt dan ahli peers 2009, dgn sokongan alumni peers, warga pusat kerjaya dan kaunseling, dan pihak2 lain dlm dan luar uitm yg menyokong usaha peers utk membantu sesama pelajar uitm, dan masyarakat untuk kesejahteraan bersama.

saya doakan agar peers dilimpahkan Allah dgn rezeki yg setimpal dgn usaha murni yg sentiasa dijalankan peers sebagai pemimpin pelajar di uitm bersama2lah kita berdoa agar peers sentiasa cemerlang.

Isnin, November 29, 2010

WIP - Integriti

itulah akronim utk 3 elemen utk menjadikan para akademia berbudaya cemerlang. w-wibawa, i-integriti, dan p-profesionalisma.

seorang nc bercerita pengalaman beliau bertanya kpd seorang profesor cara utk berintegriti. beliau meminta diberitahu nama buku yg mampu menjadikan seorang berintegriti, terutamanya seorang staf akademik. maka profesor tersebut telah memberi satu bungkusan yg mengandungi buku yg bercerita bagaiman utk berintegriti. pesan profesor tersebut kpd nc yg bercerita, 'buka bungkusan apabila anda dlm penerbangan'.

nc tersebut mengikut arahan profesor. setelah kapalterbang berlepas, maka nc pun membuka bungkusan dgn harapan yg tinggi utk mengetahui buku yg mampu memberitahu seseorang cara utk berintegriti. setelah bungkusan dibuka, nc mendapati bhw buku yg dimaksudkan profesor kenalannya adalah sebuah kitab alquran. maka sbg umat islam,kita sebenarnya beruntung krn alquran mengandungi segala rujukan utk kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat. bacalah. amalkanlah.

Urusniaga Secara Islam

kita dimestikan berurusniaga secara islam. maka ada yg memilih utk mengambil pinjaman perumahan dan kenderaan serta peribadi yg dikatakan adalah secara islam.

bagaimana pula dgn isi kandungan perjanjian jualbeli hartanah, kenderaan dan pinjaman peribadi serta untuk pinjaman lain? adakah kontrak atau surat perjanjian utk jualbeli ini secara islam. pada pandangan saya, kebanyakannya adalah tidak mengikut islam. kenapa? sebagai contoh s&p utk hartanah, jika kita sebagai pembeli tidak berhasrat meneruskan pembelian, kemungkinan besar kita akan kehilangan 10% bayaran muka yg telah dibayar. begitu juga utk urusniaga kenderaan. ramai yg kerugian apabila 'booking fee' disapu oleh jurujual. maka mengikut perjanjian yg ada sekarang, pembeli jika lewat membayar baki harga jualan akan didenda dgn bunga sebanyak 10% setahun.

maka dimanakah keadilan utk pembeli disini? berapa banyakkah syarikat perumahan, penjual perseorangan dan terutama sekali peguam berjaya menyapu rezeki bakal atau pembeli. apakah pandangan pakar2 perundangan islam kita? bilakah peras ugut dan pengambilan deposit secara haram ini akan berakhir?bilakah pengguna dlm bentukpembeli akan diwakili dgn adil? saya percaya bhw keadilan akan terserlah jua dgn kuasa Yang Maha Adil dan Yang Maha Berkuasa.

KKDKP 2010

26-28nov 2010, saya bertugas di pulau pangkor. memenuhi tuntutan mengikuti aktiviti pelajar. saya hadir sebagai penasihat persatuan, penceramah jemputan dan pegawai pengiring utk program 'kursus kepimpinan dan kecemerlangan peers 2010'.

terima kasih kpd pihak penganjur yg menjemput saya. terima kasih kpd encik abu, pengurus ceria bogak beach campsite (?). aktiviti2 yg dijalankan semasa program membuktikan bhw peers cemerlang sebagai pemimpin dan bakal pemimpin. seramai 4mantan presiden turut hadir utk berkongsi ilmu bersama pemimpin semasa dan bakal pemimpin peers.

menjalankan tanggungjawab memang memenatkan. tapi alumni, mantan presiden peers, staf hep dan saya insyaallah tidak akan burn out apabila menjalankan tugas bersama peers. ini kerana kami sentiasa seronok apabila dijemput utk menambahbaik program peers. semoga peers terus cemerlang.

Bersama KP KPT

pagi tadi saya bersama kp kpt. saya hadir ke program anjuran kpt di hotel pan pacific klia. saya tidak pasti kp kpt perasan atau ingat saya walau pun beliau hadir semasa konvo saya pd minggu lepas. saya berdiri memberi hormat kpdnya semasa beliau keluar di penghujung majlis.

bengkel berkaitan meningkatkan wibawa,integriti dan professionalisma untuk akademik berbudaya cemerlang. seramai 60peserta dijemput drpd ipta dan ipts. kebanyakan ipt menghantar nc atau tnc. 3 orang hadir sebagai uitm. saya hadir sebagai wakil kpd wakil kpd pengarah saya. jadi saya menahan diri saya drpd memberi komen semasa bengkel krn yg memberi komen sama ada secara sukarela ataupun dijemput oleh pengerusi bengkel adalah sama ada nc ataupun tnc,

insyaallah saya kan berkongsi bersama2 kawan2 hasil bengkel tadi. dan saya juga telah dijaga dan dilayan oleh 2pelajar saya semasa makan. mereka mencari rezeki yg halal semasa cuti sem utk meneruskan pengajisan mereka. terima kasih kpd yg sudi mewakilkan saya sbg wakil uitm.

Ahad, November 28, 2010

Konvo Graduan FSR

alhamdulillah, petang tadi graduan drpd fsr berkonvo.sesi konvo adalah pada sebelah petang. dukacita, saya tak dpt turut hadir kerana bertugas di pulau pangkor.

saya suka bertanya,'semasa konvo, siapakah paling gembira?'. ada yg menjawab graduan, ada yg menjawab kedua2 ibubapa, dan pelbagai jawapan lagi. kesemuanya bg saya adalah jawapan yg betul. ramai yg menyumbang utk membolehkan seseorang bergelar sbg graduan.

setiap kejayaan yg dicapai seseorang akan mempunyai makna yg berbeza kpd mereka yg hampir dan mengenali graduan tersebut. saya berharap dan berpesan kpd diri saya semoga setiap kali kita dan mereka yg kita kenali bergraduat, bersyukurlah kpd Allah terlebih dahulu dan selalu.

tahniah kpd graduan fsr utk konvo uitm ke 73. gunakanlah ilmu yg dikongsi semasa di uitm utk kebaikan diri, masyarakat dan persekitaran. pastikan ilmu diguna utk mendapat rezeki yg halal.

Khamis, November 25, 2010

Kita Merancang

kita mampu merancang. kita mampu berusaha. keputusan hanya di tangan Allah.

semalam 2kali saya kiwi kasut hitam saya. sebaik shj balik drpd uitm. dan sebelum tidur. pagi tadi sebelum turun ke kereta, saya kiwi bhgian depan. kasut ni saya jarang2 pakai. hanya utk majlis2 khas shj. walaupun dah hampir berusia 2tahun, tag harga masih lagi terlekat pada tapak kasut.

dgn penuh semangat saya melangkah ke tingkat 5 hep utk memakai jubah, hud dan mortar board saya. setiba di tingkat 5, sebaik shj saya mengangkat kaki kiri utk langkah seterusnya, saya terdengar 'praap'. alamak, tapak kasut kiri saya tertanggal. jam 7.30pagi. kawan di pejabat di pusat kerjaya dan kaunseling masih belum sampai ke pejabat. saya melangkah ke bilik air dan sms kpd encik din,kaunselor dan penasihat bersama peers. beliau balas, 'belum sampai pejabat lagi, ada kasut spare di bilik saya,minta par tolong buka pintu'.

saya ke pejabat am pkk, tiada par, tetapi ada kaunselor en rosdi. alhamdulillah, saya pinjam kasutnya. tapi longgar. setelah saya pakai jubah, hud, dan mortar board saya keluar dr pejbat pkk. saya terserempak dgn pak su, timbalan ketua kerjaya. alhamdulillah, saya dpt pinjam kasutnya. ianya lebih padan dgn kaki saya.

kaunseling banyak membantu saya utk tidak panik dlm kecemasan.dan sekali lagi staf pkk membantu saya dlm keadaan kecemasan dan mendesak. alhamdulillah, tapak kasut tertanggal sebelum di dlm dsb. atau tidak semasa saya melangkah utk menerima skrol di atas pentas. jika tapak kasut tertanggal semasa melangkah utk mengadap ydpa, agak2 apa seeloknya saya buat?

Konvo ke 73 UiTM


alhamdulillah, selesai pada tengahari hari tadi sidang 1 konvokesyen ke 73 uitm. alhamdulillah, saya menerima master forensic accounting and financial criminology drpd YDPA Tuanku Mizan. lebih kurang pd jam 11pagi.

seramai 600++ graduan lepasan ijazah (postgrad) pada konvo kali ini. seramai 18 graduan ac773. tahniah kpd dr ameer shakir (ad) dan dr halim, (edu) pensyarah usim dan setiausaha perkama. ijazah kedoktoran kehormat pada konvo kali dianugerahkan kpd 2mantan pemimpin itm/uitm,prof datuk dr mansor salleh (pengarah itm semasa saya mengambil diploma dan diploma lanjutan) dan prof datuk ir ahmad zaidee laidin (naib canselor pertama uitm).

terima kasih kpd kedua ibubapa, ahli keluarga, para pensyarah, mereka yg membantu secara langsung dan tak langsung dlm pengajian saya utk ac773 di uitm. hanya Allah yg boleh membalas seadil2nya utk setiap bantuan dan sumbangan serta pertolongan anda semua kpd saya sehingga membolehkan saya mendapat sarjana kedua saya, dn kelayakan akademik ke3 drpd uitm.

Selasa, November 23, 2010

Tahniah Kpd Sahabat

tahniah kpd seorang sahabat. beliau adalah ahli majlis penasihat uitm. tadi majlis bermesyuarat di uitm.

seorang sahabat pernah menjadi ahli lembaga pengarah uitm. semasa beliau memegang jawatan tersebut, saya pernah ditugaskan menjaganya. sehingga ke taman negara. insyaallah saya akan membawanya ke taman negara lagi.

insyaallah, saya akan cuba membawa sahabat yg menjadi ahli majlis penasihat uitm ke taman negara juga. supaya dpt melihat stesen uitm di taman negara.

Surah Al Fatihah - Mishari Rashid Efasy - Quran : Chapter1

Bersyukur

ramai suruh berterim kasih. tidak ramai suruh bersyukur kpd Allah.

ramai yg salah faham. ramai yg sering mengingatkan orang lain supaya berterima kasih kpdnya. mereka yg sering berkata 'kau kna ingat, kalau tak sebab ku, kau tak dapat kerja ni. kau tak dapat senang kalau tak sebab aku'. begitu angkuhnya mereka ini mereka rasa bhw mereka sangat berkuasa. merekalah yg menentukan rezeki orang lain. jadi orang lain mesti hormat dan berterima kasih kpd mereka ini.

ini adalah sesuatu yg salah. mereka lupa. segala yg ada di dunia dan di langit adalah milik Allah. Allah yg menentukan rezeki makhlukNya. tiada yg upaya melainkan dgn izin Allah. jadi saya tak hairan dgn mereka yg sombong dgn ilmu yg cetek. cukuplah Allah sebagai pengawal dan pelindungku.

ingatlah. bacalah surah alfatihah. belajarlah maknanya. dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, segala pujian kpd Allah tuhan sekalian alam..

Ambil Mudah

kita selalu katakan 'taking for granted'. ianya boleh diertikan sbg ambil mudah. atau tak ambil kisah. ianya boleh dikaitkan dgn sesuatu yg enteng bagi kita. maka kita andaikan ianya sesuatu yg bukanlah kesukaran utk kita hadapi atau dapati. sehinggalah berlaku sesuatu yg memberi eksan negatif kpd kita.

antara perkara2 yg kita ambil mudah adalah kesihatan kita. perhubungan dgn ibubapa dan keluarga yg terdekat. kita jarang memikirkan tentang menjaga kesihatan kita, hubungan dgn keluarga kita. kita hanya merasai kehilangan atau kesedihan apabila kesihatan terganggu. keluarga sudah tiada lagi.

maka sentiasalah menjaga kesihatan kita. juga hubungan dgn keluarga terdekat. terutamanya ibubapa, adik beradik, pakcik makcik, sepupu, pasangan hidup, anak2 dan lain2 lagi ahli keluarga kita. jangan dilupakan sahabat2 kita. berdoalah kpd Allah semoga mereka ini termasuk kita mendapat kesejahteraan dunia dan akhirat.

Perkhidmatan dan Senyuman

senyum itu sedekah. lebih mudah utk senyum drpd memasamkan muka. dgn senyuman boleh menjadikan diri lebih positif secara emosi. senyuman itu percuma, tetapi hasilnya boleh menambahkan rm kita.

semasa majlis makan malam kik uitm kawan2 di meja vip tak puas hati dgn cara layanan oleh pelayan. kalau nama dah pelayan, maka perlulah layan pelanggan. tapi, semasa sendukkan nasi pun macam tak ikhlas. nasi berterabur. senyuma pun tak ada.

hidangan lambat diletak. permintaan utk makanan tambahan lambat. kopi dan teh serta pemanis mulut tak dihidangkan. apabila dipanggil, mengelak atau buat2 tak nampak. macam tu janganlah jadi pelayan. baik dipanggil pemasam atau pemalas layan.

inilah berlaku apabila pelanggan tak dihargai. maka tiada sokongan utk diadakan majlis di hotel yg saya hadiri utk kik uitm ke 15 di klang baru2 ini.

SKT dan Tugas

kawan2 sibuk menyiapkan borang skt (sasaran kerja tahunan) utk 2010. saya masih belum mula. ramai mengharapkan keputusan cemerlang akan hasilkan anugerah cemerlang (ac) kpd staf yg cemerlang.

saya tidak layak dapat ac. itu ada yg berkata kpd penilai saya. saya tak buat kerja. itu kata orang yg sama. mungkin sebab saya tak tikam belakang sepertinya? mungkin sebab saya bekerja dgn mematuhi prinsip dan polisi? mungkin kerana saya kelihatan bekerja berbanding dia? Allah Maha Mengetahui.

siapa bos saya? ikut masa. ikut tempat. ada kala nc. ada kala tnc hea, tnc hep, tnc R&i, tnc jim, pnc inqka, pendaftar, dekan fsr, pengarah ined, dll. siapa yg sepatutnya menilai saya? seadilnya berdasarkan tugasan diberi kpd saya.

bagaimana dgn penemuan berkaitan pecah amanah? bagaimana dgn penemuan plagiarisma? adakah ini sepatutnya diambil kira? Hanya Allah Yang Maha Adil.

Isnin, November 22, 2010

Tugas dan Amanah Tugas

semasa kik saya berbincang tentang kepentingan sumber yg mencukupi utk memastikan kuantiti diproses secara kualiti. sahabat2 yg hadir di kik bersetuju.

tadi saya jumpa seorang bos. beliau brcerita tentang staf sedang mempertikaikan integriti bosnya. bos tersebut kerap keluar dari fakulti. suka berjalan dan melawat2. jpersoalan adalah, 'apakah sebenarnya dilakukan bos kpd bos ni'. adakah saja berjalan2 utk dptkan claim?

dan ada aduan tentang bgmna ada bos atau ketua yg diberi amanah utk menjaga program akademik memilih dan membahagi2kan kerja berbayar tambahan kpd kroni shj. mereka yg layak atau lebih layak diketepikan. maka soal kualiti ditimbulkan kpd saya.

memanglah ramai yg nak berkawan dgn mereka yg boleh melimpahkan atau membesarkan periuk nasi seseorang. dan akan ada juga mereka yg tidak boleh memasak nasi kerana tiada ilmu yg berkaitan memasak akan sama ada mencuri nasi drpd periuk orang lain, atau mengalihkan beras yg sepatutnya ke periuk lain dan sebaliknya memasukkan ke dlm periuknya. yg lagi teruk, dirosakkan periuk atau beras atau nasi mereka yg berhak. jawablah di akhirat.

Kebolehan dan Kemampuan

trust dlm bahasa melayu adalah kepercayaan atau keyakinan. ianya penting dlm hubungan keluarga, sahabat dan masyarakat.

seorang staf bercerita tentang 'trust'oleh bos kpd anak buah. beliau menyarankan saya supaya mengikut contoh bos lain yg berkata kpd bos lain 'saya percaya kpd staf saya'. saya bgtau kpd staf tsbt, 'saya pun percaya kpd kebolehan dan kemampuan staf saya.' saya juga percaya kpd kerja yg dilakukan oleh staf saya. dan sbg bos, saya juga perlu menyemak kerja staf saya krn jika kerja staf saya tidak lengkap, saya bertanggungjawab.

saya percaya kpd kemampuan staf saya berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman mereka. saya percaya kpd kemampuan staf saya berdasarkan latihan dan tunjuka ajar yg saya berikan kpd mereka. dan saya percaya kpd staf saya yg tahu utk bertanya jika perlu bertanya utk dptkan penjelasan.

maka, seorang bos lain tidak boleh pertikaikan kewibawaan staf saya. kerana bos mencerminkan staf, dan staf mencerminkan bos. kepercayaan adalah penting utk esprit de corp.

Integriti dan Ilmu

selepas peperiksaan akhir maka akan berlangsung pula peperiksaan lain. ianya utk menilai sama ada pelajar dituduh melakukan kesalahan mengikut akta 174 adalah bersalah atau sebaliknya.

ada pelajar semasa ditangkap semasa melakukan peperiksaan akan mengaku bersalah dan menandatangani borang pertuduhan. dan semasa perbicaraan pelajar akan terus mengaku bersalah setelah tuduhan dibaca. ini menjimatkan masa dan kos kpd uitm. hukuman sama ada denda, digantung pengajian, gagal kursus diduduki, dibuang drpd uitm.

ada pelajar semasa ditangkap akan mengaku tidak bersalah. ada yg menyatakan bhw beliau tidak meniru. ada yg mengatakan beliau dianiaya. pernah saya hadir dlm perbicaraan, pelajar menyatakan bhw mungkin pensyarah yg menganiayakan pelajar.

semasa peperiksaan, pelajar yg kerap ke tandas atau lama ke tandas disyakki akan berlaku tidak jujur. saya akan menulis komen pada mukasurat pelajar spt,'semasa ke tandas, tiada jawapan utk kesemua soalan'. dan saya akan terangkan maksudnya kpd pelajar yg bertanya.

sedih dan kecewa apabila pelajar tidak jujur dlm mendapatkan skrol atau kelayakan akademik. mereka tidak faham bhw peperiksaan adalah penilaian tahap ilmu yg ada dlm diri mereka. ramai yg inginkan keputusan lulus atau anugerah dekan utk kerja. mereka ketepikan soal cara mendapatkannya adalah tidak halal. dan lebih sedih jika pelajar yg sedang bekerja tanpa segan silu mencemarkan nama organisasi dgn tingkahlaku mereka ini. sama ada drpd organisasi beruniform atau lain2, integriti adalah penting.

penghormatan kpd ilmu yg didapati secara halal. begitu juga penghormatan adalah kpd ilmu yg diberi secara jujur dan ikhlas serta halal. sama ada pelajar, graduan atau pensyarah, integriti sangat berkait dgn ilmu. sila letak jawatan sebelum anda dipecat.

Ahad, November 21, 2010

KIK UiTM ke 15

kik uitm ke15 berlangsung drpd 19-22nov. ianya diadakan di kelang, bukan di kelantan sbgmana rancangan asal. ini sebagai tindakan pencegahan iaitu mengelak kik menghadapi masalah akibat banjir dijangkakan di kelantan.

memang ramai yg merungut apabila keputusan dibuat sangat hampir dgn tarikh kik dicadangkan. ramai drpd penganjur tidak dpt ke kelang. dan ramai yg kecewa krn telah disediakan senarai utk dibeli di wakaf che yeh dan rantau panjang. insyaallah, boleh lagi ke kelantan utk program lain.

saya meminta supaya dpt menginap di hotel. ianya utk memudahkan pergerakan saya. lokasi hotel bersebelahan dgn sungai kelang. dan berhampiran dgn masjid terapung kelang. dan saya tersesat semasa mencari hotel pada 20112010. alhamdulillah, saya selamat sampai selepas maghrib. roommate staf dari uitm sarawak.

tadi merupakan majlis penangguhan dan penyampaian hadiah. tahniah kpd uitm pahang krn kik reach menjadi juara dan juara keseluruhan. insyaallah ined/fsr akan melawat ke jengka utk benchmark. dan tuan rumah utk kik ke 16 pd 2011 adalah uitm johor. insyaallah saya jika dijemput akan hadir. terima kasih dan tahniah kpd penganjur kik ke 15, bhgian kualiti pej pendaftar dan uitm kelantan krn berjaya menganjurkan kik ke 15 dgn cemerlang.

Sabtu, November 20, 2010

Di SUK Negeri Selangor

saya berada di suk negeri selangor tadi. saya berada di dewan jubli perak. saya memenuhi jemputan drpd hj hasnor dan hjh zaiton. mereka meraikan perkahwinan anak mereka. hjh zaiton adalah seorang drpd sifu kaunseling saya di itm dulu. hj hasnor sifu kik uitm.

majlis bermula 12tgh. saya masuk ke dewan 11.50pagi. saya sampai cepat sebab saya ingatkan majlis bermula jam 11.30pagi. tetapi semasa saya di dewan, dah ramai ahli keluarga tuan rumah. saya 'menggori' hidangan utk tetamu. kali pertama buat saya.

terima kasih kpd hj hasnor dan hjh zaiton kerana menjemput saya ke majlis yg penuh makna buat mereka. majlis spt ini juga peluang utk berjumpa kawan2 dan eknalan bekas staf uitm dan staf uitm. semoga jodoh pengantin berkekalan dgn bahagia dan sejahtera.

Nama Gelaran

nama gelaran mempunyai pelbagai maksud. ianya mungkin menunjukkan pangkat kita dlm organisasi spt profesor. ianya menunjukkan kelayakan profesional kita spt doktor (perubatan dan bukan perubatan). ianya menunjukkan pengiktirafan drpd kerajaan spt dato', dsbnya.

nama gelaran yg saya nak kongsi adalah nama gelaran yg juga dikenali sbg 'nicknames'. saay sedang membaca buku berkaitan kolej melayu. ianya ditulis sempena 100tahun mckk pada 2005. dan dlm satu bab terdapat penulisan berkaitan nama gelaran. ianya menunjukkan keakraban diantara budak kolek.

yang menarik minat saya adalah nama gelaran budu. ianya ditujukan kpd mereka yg datang kpd pantai timur. saya ingat2 lupa bagaimana nama budu diberikan kpd budak kolek v84. mungkin sebab hampir dgn nama sebenarnya? mungkin sebab dia asal dari kelate? mungkin sebab dia bawa budu semasa di kolek? ada yg boleh ingat2kan saya? nama tersebut melekat sehingga ke itm dan sekarang. komen seorang yg mengetahui tentang penggunaan naam gelaran tersebut, 'klasik nama tu'.

Majlis Sirim-Industri 2010

tadi saya di sunway resort n hotel. saya hadir ke majlis sirim-industri 2010. saya memenuhi jemputan drpd datin noriyani, ceo kolej teknologi timur (ktt) sebuah kolej bersekutu uitm.

ktt menerima sijil iso 9001:2008 nya drpd pegawai atasan sirim. ktt telah membeli sebuah meja utk majlis malam tadi. 5 drpd ktt dan 5 drpd uitm yg hadir. drpd uitm termasuklah saya, pemangku pengarh ined, timbalan pengarah ppu, mantan pengarah ined dan mantan timbalan pengarah ppu. saya bukan mantan atau timbalan pengarah atau pengarah. saya hadir sebagai ketua unit pengurusan kualiti ined.

tahniah kpd ktt kerana merupakan kolej bersekutu pertama di bawah bimbingan dan perkongsian ilmu iso bersama saya yg berjaya mendapat pensijilan iso. kejayaan memerlukan kepimpinan yg berfokus dan penglibatan kesemua staf. tahniah sekali lagi kpd ktt. terima kasih krn menjemput saya utk membulatkan diri saya.

Jumaat, November 19, 2010

Solat Jumaat Di Masjid SSAAS 19112010

alhamdulillah, tadi saya sampai di mssaas utk solat jumaat sebelum azan. dan kelihatan dlm masjid masih lengang. mungkin sebab ramai masih bercuti, sambung drpd cuti raya korban.

alhamdulillah, saya dpt saf pertama. kalau kebiasaan, saya akan cuba dptkan saf pertama tetapi selalunya setelah jemaah bangun utk solat jumaat. kali ini masih ada lagi kekosongan sebelum azan jumaat. mungkin kecil bg kebanyakan orang, tetapi jikalah hasil berada disaf pertama dibayar 'cash', tentu ramai akan ebrebut nakkan saf pertama. selepas ini kena pula rajin2 ke masjid utk solat 5waktu sebagaimana yg telah dilakukan oleh adik bongsu saya.

setelah solat jumaat, saya menuju ke bahagian gerai2 jualan di bawah bahagian belakang masjid. tujuan saya utk membeli satu kitab yg saya telah 'intai2 dua kali sebelum ini secara fizikal. semalam saya lihat iklan kitab tersebut di internet. di gerai tersebut, hanya tinggal 2 kitab shj lagi. pakcik yg menjualnya bgtau, jika habis stok ni, kena tunggu tahun depan pula. setelah saya pegang dan belek2, saya pun membelinya. kitabnya adalah Syamil Al-Quran, The Miracle : 15 in 1. insyaallah, saya doakan agar doa pakcik yg menjualnya kpd saya 'semoga kitab ini memberi berkat' akan terhasil.

Khamis, November 18, 2010

Di Tepi Sungai Kelang

jika permintaan saya dipenuhi, saya akan bertugas di tepi sungai kelang. bukan d kuala lumpur, tetapi di bandaraya kelang sendiri.

tugas berkaitan kualiti. tugas berkaitan kreativiti. tugas berkaitan inovasi. dan saya mohon dibenarkan bermalam di tepi sungai kelang utk memudahkan saya menjalankan tugas dgn cekap dan tepat. tak larat nak berulang alik. tol dan minyak juga faktor yg diambil kira. jika saya tak bermalam di tepi sungai kelang, kemungkinan saya akan melalui 2tolberulang2 kali iatu mungkin 10kali melalui 2 tol yg sama. setiap kali lalu 2tol dah lebih rm2,jika 10 kali, senang2 rm20 utk tol aje.

kalau dahulu saya ingat kelang terkenal dgn burung gagaknya. semasa ke kelang ditahun 70an, bunyi gagak adalah sinonim dgn kelang. sekarang, gagak pun banyak berhijrah macam manusia juga, ke merata2 tempat di malaysia.

Jika Tak Sengaja

jika tak sengaja saya minta maaf. jika tak sengaja saya maafkan.

tapi jika sengaja, maaflah ya, saya tak maafkan. sebab sengaja nak cari pasal. sengaja nak menyusahkan orang lain. sengaja nak rosakkan orang lain kerana pentingkan diri shj. memang tak boleh dimaafkan jika agama digadaikan. maruah bangsa dijual. memang tak boleh dimaafkan, kerana inginkan harta, inginkan kuasa, agama ditolak ke tepi.

khutbah aidil adha yg disediakan oleh jakim amat jelas. tapi mereka yg berupaya memastikan ianya dilaksanakan hanya mengangguk2 semasa khutbah shj. di luar masjid selepas khutbah raya, khutbah hanya peringatan dlm masjid shj.

jika ada yg menghina junjungan kita, janganlah kita senyum aje. jika ada yg menghina agama kita, janganlah dipeluk saja orang yg berbuat demikian. jika dipeluk orang tersebut, bermakna kita menjual agama kita. hari jumaat adalah hari yg besar bagi umat islam. cuti pada hari jumaat bukannya bermakna kita tidak ingin kemajuan. cuti pada raya bukan bermakna kita dipaksa oleh pihak tertentu. 'balik kampung tanam jagung la'. jangan nak huru harakan negeri ambo.

Oghe Samo

oghe samo bermaksud orang yg sama. bukannya orang samoa, walau pun mungkin ada di antara kami yg mirip orang samoa.

ayat penuh adalah,'oghe samo jah, tepak jah lain'. maksudnya 'orang sama aje, yg berbeza hanyalah tempat'. ungkapan orang putih adalah 'same faces, different places'. ini telah saya nyatakan semasa sambutan aidil fitri yg dulu. dan ianya berlaku apabila keluarga berkumpul utk keraian atau majlis. dan keraian kali ini adalah hari raya korban. kita akan berjumpa muka2 yg sama dan bersalaman dgn tangan2 yg sama iaitu saudara mara yg sama tapi di rumah2 berbeza.

walau pun pada raya kali ini, lebih banyak rumah mengadakan makan2 pada satu hari yg sama berbanding raya puasa, saya dan adik2 hanya sempat ke 4buah rumah. dan memang ada ahli keluarga yg berkecil hati kerana tidak ke rumah mereka semalam. bukan tidak sudi, tapi masa terhad dan ruang dlm perut dah tahap maksima isinya.

itulah antara nikmat berhari raya. dpt berjumpa dgn kaum keluarga yg ada diantaranya jarang2 dpt kita jumpa kerana sibuk bekerja. itulah juga ungkapan nenek saudara kpd saya semalam, 'baru nampak, lama dah tak nampak sebab sibuk kerja'. dan kita perlu maksimakan masa yg ada kerana masa kita bersama keluarga amatlah terhad.

Urusan Membeli Tempat Tinggal

saya mempunyai teori bhw kita hanya mampu utk beli rumah/flat/dsbnya utk kita duduki dgn harga belian bersamaan 50bulan gaji kita shj. jika kita bergaji rm2ribu sebulan, maka kita hanya mampu beli rumah berharga rm100ribu shj.

selain drpd harga rumah, ada pelbagai lagi kos. saya hanya tahu apabila saya membeli sebuah flat. kos tambahan adalah, pendaftaran di pejabat tanah, kos peguam, kos duti setem, kos penilaian rumah dll. dan kadang2 ada lagi kos tambahan yg tak wajib tetapi diada2kan.

hidup di dunia hanyalah sementara. jadi saya cuba mencari rumah yg boleh membuat saya selesa berehat bersama mereka yg hadir di rumah saya. kita merancang, Allah menentukan. selain drpd berusaha, kita juga dinasihatkan berdoa kpd Allah, Tuhan Sekelian Alam. Jom kita sama2 sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dunia dan akhirat kita.

Rabu, November 17, 2010

Aidil Adha 1431H

alhamdulillah selmat menyambut aidil adha 1431h pd hari ini.solat raya di masjid dekat rumah. sampai2 kat masjid, imam bg ucapan dan setelah duduk sekejap, solat dimulakan lebihkurang jam 8.15pagi.

kemudiannya ke kota damanasara. singgah sebentar di surau melihat ibadah korban dijalankan. selepas itu ke rumah saudara utk makan pagi - nasi dagang kelantan. sempat mencuba ipad. menarik juga.

kemudiannya ke rumah makcik utk melawat nenek. alhamdulillah, nenek makin sihat. beliau kelihatan ceria dgn kehdiran anak2, menantu2 dan cucu2. hidangan spt biasa di rumah makcik amat banyak pilihan. macam2 ada. selepas solat zohor dan rehat sekejap,ke rumah makcik yg bongsu. saya memilih soto sbg pilihan pertama utk saya nikmati.

solat maghrib di masjid wilayah/jalan duta. alhamdulillah, hampir di belakang imam, sbb tak layak di belakang imam masjid. akhir sekali ke rumah datuk saudara. menikmati nasi minyak. satu hari di hari raya yg amat membulatkan diri. terima kasih kpd semua.

Selasa, November 16, 2010

Membeli Buku di Kedai Buku UiTM

tengahari tadi saya ke kedai buku uitm lagi. ianya setelah saya makan tengahari di kafe bangunan menara saas. saya makan 'chicken chop' berharga rm7shj.

saya di kedai buku uitm lebih drpd 1jam. hampir kesemua rak buku yg ada di kedai saya tengok. tumpuan utama saya spt biasa adalah rak yg menempatkan 'clearance sale'. saya memilih beberapa buah buku utk koleksi saya drpd ruang tersebut. seterusnya saya meneliti ruang buku2 agama. saya beli koleksi 'iqra utk perbaiki bacaan alquran saya.

kali ini saya berbelanja melebihi rm100 utk 4buah buku. selain buku 'iqra, saya beli buku financial intelligence, profitable customer relationship, dan helping skills. 3buah buku ini berkaitan bidang perakaunan, pengurusan berkualiti dan kaunseling. buku paling mahal adalah buku helping skills, rm60 (hardcover). amat berbaloi bg saya, iaitu satu 'value for money'. financial intelligence juga satu belian 'value for money' bagi saya krn hanya rm30.

jom kita ke kedai buku uitm. banyak ilmu yg boleh didpti di sana.

AC773

ini adalah kod program utk master in forensic accounting dan financial criminology. saya mendaftar utk prog ini pd dis 2006, dan memulakan kuliah pada jan 2007. kerana kesibukan kerja, saya mengambil cuti satu sem.

alhmadulillah, saya telah tamat pengajian utk sarjana kedua saya pada peperiksaan apr 2010. saya mendapat keputusan tamat ac773 semasa saya berbengkel di pulau pangkor pada bulan mei 2010. insyaallah, saya akan konvo pada minggu depan, dlm bulan nov 2010. terima kasih kpd semua yg membantu saya secara langsung dan tidak langsung.

dgn ilmu yg didapati, maka lebih mudah utk membaca orang lain. saya suka melihat personaliti tersurat dan tersirat. dan saya cuba fahami knp mereka berkelakuan negatif kpd orang lain dan organisasi. saya harapkan agar pihak bertanggungjawab menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn penuh amanah.

spt kata ustaz mat tadi semasa berbincang2, 'mereka yg buat kerja secara tak amanah tidak nampak 'hasil' dihari kemudian'. saya setuju ustaz. ianya sebab mereka kurang atau tiada ilmu.

AC990

tadi saya ke atm bimb. tujuan saya utk bayar yuran konvo ac773. konvo saya pad 25nov ni. insyaallah, saya akan terima skrol saya drpd ydpa. saya terima skrol master of couseling di um drpd raja muda perak pd 2005. kejap aje 5tahun.

semasa saya menggunakan atm utk buat bayaran yuran konvo, saya dapati ada bil beserta no pelajar baru. alhamdulillah, ini bermakna saya berjaya ditawarkan utk melanjutkan pengajian di peringkat phd di uitm. pgrmnya adalah ac990 secara penyelidikan.

tajuk kajian saya cuba rangkumkan perakaunan dan kaunseling. dan saya masih lagi mencari2 tajuk spesifik. alhamdulillah, dah ramai yg sudi membantu saya. dan saya juga mencari2 bakal penyelia saya. insyaallah, saya berharap saya akan mendapat tajuk dan penyelia yg dpt membantu saya menamatkan ac990 dgn jayanya.

Hormat

hormat atau 'respect' dlm bahasa inggeris. ianya bukanlah boleh dipaksa. walaupun dlm organisasi beruniform, akan diberi arahan utk hormat kpd mereka yg lebih berpangkat.

memang dlm masyarakat kita akan menghormati mereka yg 'berpangakt'. 'berpangkat' disini selalunya mereka yg mempunyai kelebihan bernading diri kita. dan jika kita mempunyai eklebihan berbanding pihak lain, maka kita akan dihormati oelh orang lain.

tetapi seeloknya penghormatan adalah secara ikhlas. ikhlas berkaitan dgn ilmu yg dimiliki oleh mereka yg akan dihormati dan ilmu yang dimilikki mereka yg akan memberi penghormatan. jadi, bagi saya tahap ilmu adalah penting. ilmu bg saya di sini adalah ilmu yg baik. ilmu yg memanafaatkan diri dan masyarakat sekitar serta persekitaran.

jika kita hadir dlm satu masyarakat dan kurang memberi kebaikan bersama, susahlah kita akan dihormati. tetapi akan ada mereka yg ketagihan utk dihormati. mereka ini mempunyai 'low self esteem' dan juga ''inferiority complex'. kalau ikut cara organisasi barat, mereka ini akan dicarut2 bukannya dipuji dan dihormati. kasihan kpd mereka yg sedemikian dlm organisasi kita.

Isnin, November 15, 2010

MPH dan Dunia Buku

saya berada di mph midvalley selepas memilih buku utk fsr di ibfim. ianya kali pertama saya di midvalley.

memang banyak buku di mph mv. saya berasa seperti berada di 'seventh heaven'. saya memilih ke bahagian sport utk buat pilihan pertama. saya memilih buku teks dan rujukan. saya juga memilih buku am berkaitan sukan. saya turut memilih buku2 berkaitan kejayaan ahli2 sukan. saya harap pelajar fsr akan membaca buku2 pilihan saya.

seterusnya saya ke bahagian 'business' dan 'accounting'. banyak juga saya pilih buku2 di bahagian ini. dan saya terserempak dgn wakil kastam yg juga sedang memilih buku utk perpustakaannya. kami berkongsi tajuk2 buku berkaitan penipuan dlm perakaunan. ada buku yg telah saya pilih dan belum dipilihnya saya syorkan utk dibeli oleh pihak kastam. begitu juga sebaliknya.

bahagian terakhir saya buat pilihan adalah di bhgian psikologi. saya memilih buku2 psikologi dan kaunseling. kami terpaksa berhenti sebelum 'traffic jam' bermula. kami sampai di shah alam elok2 dgn hujan bermula. terima kasih kpd yg sudi membawa saya utk mencari dan menambah ilmu kpd para warga fsr dan uitm. insyaallah, saya bersedia bertugas spt tadi. anggaran pilihan saya bernilai rm50,000 pd hari ini di mph.

Mencari Buku di IBFIM

rancangan utama hari ini adalah mencari buku2 utk ptar uitm. jadi saya berpeluang melawat ke ibfim di kl.

memang banyak buku2 disediakan utk dibeli di ibfim. dan buku2 adalah berkaitan islam. saya memilih buku2 berkaitan perakaunan, perniagaan, kewangan dan lain2 berkaitan urusniaga melalui islam. saya rasa saya pilih hampir separuh drpd buku2 yg dipamerkan.

kemudiannya saya bertanya tentang kursus2 dan program2 yg ditawarkan di ibfim. antara yg menraik minat saya adalah sijil dlm perancangan kewangan secara islam. saya maklumkan kpd penolong pengurus pusat latihan ibfim, saya akan fikirkan dahulu. ianya akan diadakan di ibfim pada hari sabtu. kos dan kursus2 dianjurkan boleh dirujuk melalui laman web ibfim. jom kita pi sama2 berkursus utk meningkatkan ilmu dlm islam.

Makan Langsat di Kuala Lumpur

saya bertugas di kl tadi. rancangan ke ibfim di jln kg attap. pemandu silap ambil jalan.

sedar2 di puncak bukit. dan di sekeliling adalah kubur2 cina (jerat cina dlm cakap2 orang kelate). nasib baik di siang hari. tak pernah saya tahu rupa2nya di tengah2 kl ada satu kawasan perkuburan cina yg amat besar. lebih kurang macam saiz asal tanah perkuburan cina di cheras. sila google kalau nak tengok.

alhamdulillah, kami temui jalan keluar. papan tanda menunjukkan ke jalan bellamy. kemudiannya kami tersilap jalan pula di brickfields. dahlah sesat di kubur cina di kl, kemudiannya di kawasan little india. banyak bangunan2 lama dan tidak terjaga.

akhirnya kami sampai di banguna takaful malaysia. seronok juga pengalaman kembara di kawasan2 lama di kl. ianya kerana utk mencari ilmu di ibfim

Ahad, November 14, 2010

P.Ramlee - Nak Dara Rindu

Carefree : Belaian Jiwa (HQ Audio)

Tahniah Kpd Kolej Teknologi Bestari

kolej teknologi bestari (ktb) adalah sebuah ipts yg menawarkan program uitm secara francais. ktb terletak di setiu terengganu.

alhamdulillah, ktb telah berjaya mendapat pensijilan iso 9001:2008 drpd penilai lloyd (lrqa) pada 11nov yg lalu. penilai lrq telah menilai ktb drpd 8-11nov utk pematuhan terhadap polisi dan prosedur yg dinyatakan bg perkhidmatan p&p. tahniah kpd penggerak iso di ktb pn norwati dan ahli2 pasukan beliau. tahniah juga kpd ceo ktb dan mantan timb ceo(akademik) kerana menyokong usaha mendapatkan pensijilan iso di ktb.

saya berpeluang melawat ktb sebanyak 2kali shj. kali pertama saya menginap di resort y sejauh 45minit perjalanan ke ktb.kali kedua, saya menginap di rumah tamu kolej kediaman ktb. dan kali saya berpeluang meninap di hotel di kt utk kursus audit dalam anjuran ktb. tahniah dan terima kasih kpd semua yg terlibat dlm menjayakan pensijilan iso di ktb.

Buku dan Ilmu

esok,insyaallah saya akan berada di ibfim. saya dijemput utk melawat ibfim utk melihat koleksi buku yg ada di sana. jika ada yg sesuai, saya akan pilih utk dibeli utk ptar uitm.

sudah lama juga saya tak ke kedai buku/pesta buku utk memilih buku bg ptar. apabila saya mendapat tugasan sebegini, ianya seumpama orang mengantuk disorongkan bantal. pucuk dicita, ulam mendatang. best.

saya bukan hanya memilih buku utk dijadikan buku teks dan rujukan akademik shj. saya akan memilih buku yg dpt membantu melahirkan seorang graduan yg serba boleh. tetapi hasrat saya tidak akan tercapai jika para pelajar saya tidak ke ptar utk meminjam buku dan membacanya. dan antara nikmat sebagai seorang pensyarah adalah mempunyai akses ke sebuah perpustakaan yg dikira antara terbesar di malaysia. alhamdulillah.