Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Disember 19, 2010

Kos kehidupan Sebuah Keluarga

berapakah kos kehidupan sebuah keluarga di malaysia? banyak faktor mempengaruhi jawapan yg akan diberi. antaranya bilangan ahli keluarga, tempat tinggal, jarak ke tempat kerja, pengangkutan awam yg ada, dan pelbagai lagi.

mari kita andaikan sebuah keluarga yg memiliki sebuah kereta, sebuah rumah, terdiri drpd ayah, ibu, datuk, nenek, dan 4anak. kita andaikan mereka makan rm10 seorang sehari. maka kos makan setahun = rm10x8x365hari=rm29,200. kos pakaian adalah rm1000 seorang, maka kos setahun = rm1,000x8=rm8,000. kos rumah=rm1,000x12=rm12,000 setahun.
kos kereta=rm1,200x12=rm14,400 setahun.kos air dsbnya =rm500x12=rm6,000. kos persekolahan = rm1,000x4=rm4,000. kos setahun sehingga kini=rm73,600. ini bersamaan pendapatan minima sebanyak rm6,133.33sebulan. ianya lebih tinggi drpd pendapatan seorang pensyarah dm45. maka dlm sebuah keluarga memerlukan kedua2 ayah dan ibu bekerja.

bagaimanakah utk mengurangkan atau menyelesaikan masalah pendapatan yg rendah dan tidak dapat menampung kos kehidupan sesebuah keluarga? pada pandangan saya, kos kehidupan boleh diuruskan dgn lebih baik dgn mengawal kos makanan, kos pengangkutan dan kos perumahan. siapakah yg mampu melakukannya?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Che Bad... hanya mereka yang berani dan percaya akan Bantuan Allah akan melakukannya. InsyaAllah manusia dari zaman Nabi Adam hingga ke sekarang berjaya menempuh perkara tersebut. Ia bukan lah suatu masalah, kecuali jika kita memikirkannya sebagai masalah. Rakan kenalan saya, adik beradik 9, ibu bapa tanggung anak-beranak dengan hanya menjual buah-buahn di tepi jalan. Jangan jadikannya sebagai alasan Che' Bad. Ketahuilah bahawa insyaAllah Allah akan menambah rezeki mereka yg telah berkahwin

cebad berkata...

terima kasih atas ulasan anda. saya nak highlightkan bhw antara kos utama dlmkehidupan yg boleh dikawal adalah kos pengangkutan dan perumahan. dan pada pandangan saya, ini dpt dilakukan oleh pemerintah shj. pemerintah boleh menentukan harga dan kos pengangkutan dgn perancangan dan pelaksanaan dgn penuh amanah dan tanggungjawab.