Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Disember 27, 2010

Amalan Terbaik

ini saya dengar drpd radio. dan kita juga boleh dapatinya drpd bacaan kerana ianya adalah hadith nabi s.a.w. dinyatakan bhw 3 amalan yg terbaik adalah mendirikan solat pada waktunya, berbuat baik kpd kedua ibubapa, dan berjuang di jalan Allah (fissabilillah).

bagi mereka yg masih mempunyai ibubapa, mereka amat beruntung. mereka boleh melakukan antara amal terbaik dgn berbuat baik kpd kedua2 ibubapa. bagaimana? menjaga namabaik mereka. sentiasa mengutamakan kesejahteraan mereka. menurut perintah dan permintaan mereka. selagi tidak bertentangan dgn ajaran Islam.

maka sebenarnya amat mudah utk membuat antara amalan yg terbaik. kita boleh sentiasa berkongsi rezeki yg halal dgn mereka. kita sentiasa bertanyakan khabar mereka. dan lain-lain lagi. bagi kedua ibubapa mereka yg telah tiada, berdoalah semoga ruh mereka mendapat perlindungan di kubur dan akhirat. berdoalah semoga mereka mendapat kesejahteraan di akhirat. dan jadilah contoh ibubapa yg baik kpd anak2 anda.

Tiada ulasan: