Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Disember 19, 2010

Bersama Sahabat Lama 19122010



pada jumaat lepas saya terima panggilan telefon drpd seorang sahabat lama. beliau saya mula kenali semasa belajar di kuala kangsar. beliau berasal dari sabah.

beliau mengajak saya makan tengahari bersama keluarganya. sudah lama kami tak jumpa. kebiasaannya berjumpa setahun sekali. dan setiap kali berjumpa selalunya di majlis makan. maka kami tetapkan utk berjumpa pada tengahari tadi.

kami makan tengahari di sebuah kedai makanan indonesia. di seksyen 7, shah alam. saya makan set nasi ayam bakar. dan antara makanan yg terdapat pada menu adalah nasi ayam penyet. ianya dipesan oleh isteri kawan saya. kawan saya pula hanya makan mee goreng. saya pada mulanya pesan minuman air poligami. tapi dukacita, campuran utk minuman tersebut tak cukup, jadi tak dapatlah saya merasa 'poligami'.

terima kasih mat din. insyaallah, bolehlah jamu saya makan lagi.

Tiada ulasan: