Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Disember 17, 2010

Cemburu Ke?

tadi semasa saya ke menara saas, saya lihat seorang kawan terburu2 berjalan ke suatu arah. saya tegur beliau,'tak cuti ke.penat nampak'.

beliau bgtau yg beliau sedang hadir seminar. sebelum ini beliau ada bengkel. selepas ini beliau ada bengkel lagi. tiada masa utk rehat. tiada masa utk bercuti. seolah2 ada pihak yg tak mahu pensyarah berehat dan bercuti. dan kawan saya bgtau dia berasa sangat penat.

maka timbullah pertanyaan, adakah pihak yg cemburu dgn kerja seorang pensyarah. malah ada bukan pensyarah yg tanpa segan silu akan bersuara tinggi dgn pensyarah. seolah2 nak menunjukkan bhw pensyarah bernilai rendah di sebuah ipt. sedangkan pensyarah adalah sumber utama menggerakkan sebuah pusat ilmu.

sy bagitau kpd kawan saya bhw beliau sebenarnya burn out. beliau berasa sedemikian kerana kurang atau tidak dihargai kehadirannya di fakultinya. beliau juga berasa demikian kerana tiada pengiktirafan terhadap usaha dan hasil yg telh beliau lakukan dan capai. beliau brsetuju dgn pandangan saya.

sepatutnya di sebuah institusi ilmu, pensyarah dan bukan pensyarah perlu bergandingan tangan bekerjasama dlm menjalankan tugas masing2 dgn penuh tanggungjawab dan amanah. jika ada yg berfikir bhw tugas seorang pensyarah adalah mudah dan ringan, tanyalah kpd mereka yg mungkin berfikiran sedemikian yg merupakan bukan pensyarah bertukar menjadi pensyarah. kita akan dapati bhw ada yg tidak mampu menanggung tugas sbg pensyarah walaupun ada sarjana. maka mereka ini hanya menunggu masa utk pencen atau lari ke tempat lain.

Tiada ulasan: