Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Disember 15, 2010

Bersama Pro Canselor UiTM TS Arshad Ayub

saya diberi tanggungjawab sebagai 'jaga' semasa icfc 2010. saya jaga tempat letak kereta. saya jaga lift. saya jaga pintu. saya jaga vvip.

pada pagi hari pertama, saya diminta menjaga kereta vvip. kemudiannya saya diminta menjaga vvip. vvip utama icfc 2010 adalah tan sri arshad ayub (tsaa). tsaa sekarang adalah pro canselor uitm. beliau adalah bekas pengarah itm. utk sesi pagi hari pertama tugas saya mengiring tsaa sehingga sesi pagi tamat. kereta ke ruang konferens. ruang konferens ke kereta. maklumlah, jaga.

di sebelah malam pula, sekali lagi saya ditugaskan menjaga vvip. dan sekali lagi vvip utama adalah tsaa. saya menunggu beliau di lobi hotel. sebelum beliau tiba di hotel, anaknya sampai dahulu. anaknya pernah bersekolah rendah bersama saya. beliau bertanya saya adakah pada mulanya saya kenal beliau sbg anak tsaa krn mata beliau spt tsaa, cengil. jadi sementara menunggu tsaa,kami berbual2 tentang sekolah rendah kami. dan apabila saya mengiring tsaa utk ke majlis makan malam, anaknya sempat bagitau tsaa,'badrul budak sri petaling'.

bukan selalu dpt bersama tsaa. maka dlm perjalanan ke dewan majlis kami berbual2 ringkas. saya bgtau saya lepasan diploma dan diploma lanjutan itm. saya baru konvo master di uitm baru2 ini. dan saya adalah seorang pensyarah di uitm. di akhir majlis, saya dapat bergambar bersama2 tsaa, vvip dan ajk icfc 2010. selepas tamat majlis, saya bersama dato tnc hep dan dekan perakaunan mengiringi tsaa ke kereta beliau. dato tnc, dekan dan pengerusi icfc 2010 amat berterima kasih dan kagum dgn komitmen berterusan tsaa kpd uitm. terima kasih tan sri arshad ayub. insyaallah kami akan terus membantu bumiputera maju melalui pendidikan di uitm.

Tiada ulasan: