Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Disember 23, 2010

SKT

pada penghujung tahun adalah masa menghantar laporan skt - sasaran kerja tahunan utk tahun yg akan berakhir dan bersedia dgn skt utk tahun akan datang. penilaian prestasi atau pencapaian tahunan staf selalunya berdasarkn kpd skt yg dihantar kpd ketua atau penilai pertama dan penilai kedua.

selalunya, mereka yg mendapat penilaian skt yg tertinggi di ptj akan menerima anugerah khidmat cemerlang. tetapi ada yg menjadikan akc sbg hadiah yg digilir2kan atau hanya utk pihak2 tertentu shj. maka tujuan skt tidak tercapai sepenuhnya. maka ini akan mengakibatkan staf yg berprestasi tinggi dan mempunyai pencapaian cemerlang/luarbiasa akan kurang bermotivasi utk tahun2 akan datang.

bukan mudah utk menjadi ketua. jawatan dan kuasa datang bersama tanggungjawab. prof kamil pesan, markah staf bawah mencerminkan kepimpinan kita. saya yakin dgn kebolehan staf2 di upk ined. mereka memahami cara kerja saya. saya lihat bhw mereka boleh menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn cemerlang setelah saya berkongsi ilmu dgn mereka. tetapi tidak semua staf boleh mndapat anugerah cemerlang. penilai kedua akan mengimbangkan penilaian pertama.

Tiada ulasan: