Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Mei 29, 2009

Tahniah Graduan FSR Mei 2009

Pagi tadi giliran graduan FSR terima skrol mereka drpd pro canselor. Tahniah.

Kegembiraan dan kebanggaan kelihatan pd diri graduan, keluarga dan warga uitm. kami staf akademik amat berbangga dgn mereka yg telah secara jujur dan ikhlas berjaya mendapat diploma dan ijazah sarjana muda. Walau bagaimana pun, ada yg perasan saya tidak menyambut graduasi mereka yg tertentu dgn senyuman. Ianya mungkin kerana kesangsian bhw patutkah mereka itu menerima skrol kerana makluman kwn2 mereka tentang kebiasaan tidak jujur dan ikhlas dalam mendapatkan ilmu.

Tahniah kpd John. Beliau hadir ke konvo walau pun masih belum pulih daripada kemalangan. Saya sempat berjumpa dgn beliau di masjid selepas solat jumaat.

Khamis, Mei 28, 2009

Berat Badan

Semasa muda2, saya risau kerana berat badan yg tak berat. Sekarang bila dah kurang muda, risau berat badan yg memang berat.

Ada berkata cara nak maintain berat badan melalui senaman dan pemakanan. Memang mencabar untuk melaksanakan. Senaman buat bila ada mood. Pemakanan kurang makan bila tak ada mood. Niat nak berpuasa pd tiap2 minggu memang ada. Niat ditukar kepada amalan yg belum.

Saya rasa antara cara untuk kawal berat badan adalah melalui makan sarapan pagi awal2, dan makan malam sekitar magrhib. Macam berpuasa. Ada nak buat kajian keberkesanan cara ini?

Saudara2 Saya

Saya ada dua saudara yg terlibat dgn sukan selain saya di FSR. Mereka dalam bidang perubatan sukan.

Kami akan berfutsal dgn sahabat2 saya pd selasa malam. Semasa muda2 kami hanya main bolasepak di kawasan rumah. Masa tu, bolehlah saya buli mereka. Kalau kurang skill, guna kelebihan badan. sekarang tak boleh guna kelbihan badan (perut) sebab mereka lebih besar daripada saya.

Seorang pensyarah di UM. Seorang lagi mungkin juga akan ke UM sbg pensyarah. InsyaAllah, saya jika masih diperlukan akan di UiTM.

Ada Duit Hidup Bahagia

Ini satu frasa yg suka diperkatakan. Betulke?

Ianya bergantung kepada keadaan. Bagi saya, tidak semestinya berduit kita bahagia hidup. Tapi kita perlu ada duit untuk hidup. kalau takde duit, keperluan harian mungkin tak dapat dipenuhi. Ada yg ada duit tapi hidup tak bahagia. Sebaliknya duit mendorong mereka tertentu untuk melakukan perkara2 yg menyusahkan diri dan masyarakat.

Ada hadis yg mengatakan seperti berikut, 'manusia jika ada sebuah gunung emas masih tidak akan puas, dan akan inginkan dua gunung emas'. Emas tidak boleh dibawa mati. bekalan akhirat adalah ibadah kita.

Rabu, Mei 27, 2009

Matlamat

Matlamat tak menghalalkan cara. Tapi ramai yg cuba rasionalkan tindakan yg tidak tepat dan jujur untuk mendapat rezeki.

Di ipt, memerlukan mereka yg berkelayakan dlm bidang akademik yg sesuai utk berkongsi ilmu dgn mereka yg inginkan ilmu. Sebagai ganjaran untuk motivasi menceburi bidang akademik dan mengekalkan mereka yg sedia ada, maka ganjaran amatlah lumayan. Maka ramai yg ingin menjawat jawatan sebagai seorg akademik. Malangnya, setelah menjadi staf akademik, baru sedar bukanlah mudah jika tak layak.

maka adalah yg berebut nak pegang jawatan bukan akademik untuk lari drpd dikesan tiada kompetensi sbg seorg akademik. Ada pula yg melakukan tugas secara tidak bertanggungjawab. Allah Maha Mengetahui.

Mencari Rezeki

Semasa ITEX 2009 di KLCC, saya telah dihampiri oleh seorang lelaki yg macam warga asing. Saya ditegur 'You are a very lucky man'.

Saya senyum. Tiada pujian percuma. Saya kata 'Thank you' dan menunjukkan tanda bagus. Saya terus beredar ke lain. Tetapi saya terserempak dgn beliau lagi. Lagi sekali saya dinyatakan ayat yg sama. Say bgtau, 'Can you follow me to see security?', beliau terus beredar dgn cepat. Dia adalah antara kumpulan yg cuba mendapat rezeki secara tidak jujur. mereka selalu bergerak berkumpulan.

Mungkin sebab saya berkot hari tersebut dan dianggap ada membawa barangan berharga. Awas, jangan mudah terpedaya dgn kata2 manis.

Handphone

Saya cuba guna handphone yang seberapa asas dan murah. Tapi baru2 ini saya beli yg ada kamera dan radio.

Bagaimana pun, yg dibeli minggu lepas tak sesuai dgn saya. Bila tanya2, saya diberitahu saya telah beli pd harga yg lebih tinggi drpd sepatutnya. Dua kali tak untung. Maka redha ajelah. Tiada rezeki saya. Tapi, penjual tersebut tidak melakukan urusniaga secara jujur. Rezeki ada yg halal, dan ada sebaliknya.

Saya sentiasa berdoa agar saya dikurniakan rezeki yg halal. Ada kalanya perlu diingatkan jika terlalai dan terlupa.

Selasa, Mei 26, 2009

Konvokesyen UiTM

Konvo adalah hari yg sangat dinanti2kan oleh graduan. Hari ini bermula konvo uitm ke 70.

Saya rasa yg sangat2 seronok dgn konvo adalah keluarga graduan. Mereka berbangga dgn pencapaian ahli keluarga. Ianya juga mencerminkan kejayaan keluarga. Pada pendaftaran pelajar baru dan konvo graduan, ahli keluarga selalunya dilihat lebih gembira dgn pencapaian graduan berbanding graduan.

Kepada graduan untuk konvo uitm kali ini, tahniah saya ucapkan. Kepada para pelajar, berusahalah bersungguh2 untuk tamat pengajian dgn jayanya secara halal.

Kuala Gandah 2

Saya bercadang untuk melakukan kajian di Kuala Gandah (KG). Ada yang berminat?

Tiada tiket dikenakan untuk menikmati aktiviti di KG. Tetapi jika di Sri Lanka, bayaran sebanyak pound sterling 20 (lebih kurang rm140) dikenakan untuk melakukan aktiviti bersama gajah. UiTM telah diberi kepercayaan untuk membantu perhilitan memajukan KG.

Maka saya berharap untuk dapat lebih kerap ke KG. InsyaAllah, bila berada di hutan, dapat membantu saya memahami gajah.

Isnin, Mei 25, 2009

Tahap Ilmu 1

Semalam saya ke carrefour Subang Jaya. Saja tengok2 handphone.

Saya singgah di 3 gerai yg jual handphone. Gerai pertama melayan saya dgn baik. Gerai kedua melayan saya dgn lebih baik. Gerai ketiga, di tingkat paling atas bersebelahan dgn food court pada mualnya layan saya dgn baik. Tetapi apabila saya tidak mahu beli handphone yg ditunjukkannya, beliau marahkan saya. Semasa saya berada lebihkurang 5kaki daripada gerainya, saya terdengar beliau memaki hamun saya.

Mungkin saya dah banyak berubah. Kalau dulu, saya gunakan aje 'lesen' saya. Kemudian saya berfikir, mungkin respons saya menunjukkan tahap ilmu saya.Perbuatan penjual tersebut (berkaca mata dan ada ruang diantara gigi depannya, bukan melayu) mungkin menunjukkan tahap ilmunya dan egonya.

Kuala Gandah 1


Sabtu, 23 Mei 2009, saya ke Kuala Gandah bersama kawan2 lama. Kuala Gandah adalah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (NECC).

Saya berjumpa dgn 3 pelajar daripada program Pengurusan taman dan Amneti. Anah buah En Salleh Daim, sifu pengurusan taman di UiTM. Peliknya, ketiga-tiga pelajar adalah perempuan yg menjalankan latihan industri di sini. mana perginya pelajar lelaki?

Saya sertakan gambar Jeli, seekor anak gajah yg merupakan ahli baru di Kuala Gandah.

Rabu, Mei 20, 2009

Sahabat lama

Pada 16 Mei, Sabtu KLCC, saya berjumpa dgn seorang sahabat lama. kali terakhir berjumpa pada 1983.

Saya dikejutkan dgn salam oleh beliau. Beliau dah ada phd (akademik) dalam bidang statistik. Saya lihat dia tidak banyak berubah daripada segi fizikal. Cuma ada sedikit uban, dan ada simpan janggut. Beliau bersama anak2 melawat gerai pameran isterinya di ITEX2009.

Saya bertanya jika beliau berminat menjadi seorang pensyarah. Beliau hanya tersenyum. Mungkin nak mengelak berjumpa pemegang 'phd' yg bukan akademik.

Isnin, Mei 18, 2009

Kajian di Taman

Pagi tadi ada mesyuarat dgn perhilitan. Saya dijemput hadir sbg ajk.

Antara agenda adalah pelawaan untuk lakukan kajian di taman negara. Maka uitm setuju terima cadangan perhilitan. Pakar pengurusan taman (park management) dari FSPU akan mengetuai kajian ini. Elok juga jika wakil taman FSR iaitu encik Hisyam dapat join sama.

Di peringkat pengajian U, kita dinilai berdasarkan kelayakan akademik kita. jika bukan bidang kita maka tidak elok kita mengaku sebagai pakar.

Jualan Big Bad Wolf

Semalam saya ke jualan buku lagi. Jualan Big Bad Wolf. Bukan jualan Ce Bad Wolf.

Secara purata harga buku adalah RM8 sebuah. saya beli 22 buah. Habis RM188. Sebab saya pergi dah dekat penghujung jualan, tidak banyak pilihan. Masalah simpanan buku makin bertambah.

Memang saya seronok diberi tugas membaca buku. Kalau kita tak membaca, kemungkinan kita berkongsi ilmu yg dah 'outdated'.

ITEX 2009

Tiada rezeki saya di ITEX 2009. InsyaAllah mungkin di ITEX tahun2 mendatang.

Bagaimanapun, TAHNIAH PM Dr Anuar kerana kumpulannya berjaya memenangi pingat (tak ingat perak atau gangsa). Ada juga lah wakil FSR yg dapat pingat di peringkat antarabangsa 2009. saya dah ada idea untuk IID 2010. Harapan akan dapat ke ITEX 2010.

Kita dapat merancang. Allah jua yg tentukan.

Khamis, Mei 14, 2009

Nasi Lemak

Pagi tadi saya makan nasi lemak bungkus berharga RM1 satu. Saya makan dua bungkus.

Teringat semasa belajar di sekolah rendah. Harga sebungkus nasi lemak tanpa 1/4telur rebus adalah 10sen. Kalau ada 1/4 telur rebus harganya 20sen sebungkus. Saya diberi wang saku 30sen sehari. masa tu, harga coca-cola 30sen sebotol.

Saya tak tahu berapakah wang saku murid2 sekolah sekarang. Tetapi jika harga nasi lemak 20sen dah jadi RM1, sekurang2nya wang saku adalah RM1.50. Betulke?

Rabu, Mei 13, 2009

Jam Tangan

Saya baca blog encik Hisyam bertajuk jam. Bagi saya jam mempunyai pelbagai makna.

Saya dihadiahkan sebuah jam kerana berjaya ke sekolah berasrama penuh. Mahal harganya. Di awal pengajian diploma saya di ITM, saya tidak memakai jam. Bila saya lihat seorang rakan sekelas (perempuan -lawa)saya memakai jam, saya andaikan beliau seorang daripada keluarga yg berada (memang berada). Saya gunakan alasan beliau memakai jam untuk berkomunikasi dgn beliau. Pada awalnya saya membeli jam saya (Casio) di pasar seni. Saya sanggup menaikki bas mini ke pasar seni untuk membeli jam.

Jam di tangan saya sekarang masih berjenama Casio. Praktikal untuk kerja di pejabat dan lapangan. Talinya dah kerap bertukar. Bagaimana rasanya jika dihadiahkan jam bernilai lebih drpd RM20,000? Nak terima atau sebaliknya?

Lapang Sasar

Setiap hari selasa malam, insyaAllah, saya akan berada di lapang sasar. Saya cuba 'stabilise' emosi saya di lapang sasar.

Minggu lepas cuma dua sasaran sahaja yg kena. Semalam, enam sasaran tepat. Bukan saya kira, kawan tolong kira. Selepas tamat waktu untuk stabilise emosi saya, saya minta maaf dgn kawan2 jika semasa sesi saya ter'over'. Yang pasti, latihan adalah penting supaya sasaran tepat.

Di manakah lapang sasar saya? Sunway Sports Planet.

Selasa, Mei 12, 2009

Pemimpin dan Memimpin

Saya bercadang nak masukkan dlm blog tajuk ni sebelum waktu rehat tengahari tadi. Tapi terlupa kerana hal2 lain.

Setelah makan tengahari, ada sedikit perbincangan. Antaranya, bagaimana seseorang nak jadi pemimpin jika tiada yg sudi dipimpin oleh yg berkenaan? Kalau tak ada pengikut, mana boleh jadi pemimpin. Pemimpin perlu pimpin dari depan. Tiada yg pimpin dari belakang atau tepi. Ataupun hanya pimpin dgn mengarah sahaja.

Pengiktirafan sbg pemimpin dilihat bila pengikut mengiktiraf kita. Begitu juga sebagai pendidik, pengiktirafan oleh yg kita didik adalah amat penting. Kita tak boleh iktiraf diri kita sendiri. Who are you???

Kenduri Kahwin Staf FSR

Tadi saya terima dua kad jemputan ke kenduri kahwin staf FSR. Satu di Taiping, satu di Gombak.

InsyaAllah saya cuba hadir. Tahniah kepada bakal pengantin. Jangan lupa saguhati langkah bendul. Saya doakan anda dirahmati Allah dunia dan akhirat. Berusahalah dan dikurniakan Allah rezeki yg halal untuk diri, keluarga dan sahabat.

Soalan yg selalu timbul kepada saya:'Apakah yg nak dihadiahkan kpd pengantin?'. Mereka akan menerima antara hadiah yg paling besar iaitu pasangan hidup dan amat susah untuk ditandingi.

Pemimpin Kita

Kita adalah pemimpin. Bergantung kepada masa, tempat dan keadaan akan memerlukan kita sebagai pemimpin.

Ramai yg ingin jadi pemimpin. Ramai yg sebaliknya. Jika ianya adalah satu fardhu kifayah untuk kita menjadi pemimpin, maka kita mestilah menerima tawaran tersebut. Jika kita menolak, dan orang yg tidak layak dilantik sebagai pemimpin, maka kita turut menanggung kesalahan yg tidak layak jadi pemimpin.

Pemimpin bukan lah kerja mengarah shj. Kita mesti berilmu dan dihormati kerana ilmu kita, kepakaran kita.

Tahniah Dr Anuar Suun

Masih belum terlambat . Tahniah Dr Anuar Suun.

Dr Anuar (Mantan Dekan FSR) telah dilantik sbg chief de mission untuk Malaysia ke sukan Arafura. Ada gambar dan berita pd minggu lepas. Ini lah bukti jika kita ini seorang pakar, akan diiktiraf oleh pihak luar. Dekan2 FSR sejak awal hingga sekarang adalah mereka yg berwibawa dan diiktiraf oleh pihak luar akan kepakaran mereka. Mereka sentiasa dijemput untuk memberi ceramah, berkongsi kepakaran di peringkat dalam dan luar uitm, dsbnya.

Bukan sahaja dekan dan mantan dekan FSR, malah beberapa staf akademik FSR turut diiktiraf kepakaran mereka. Contohnya, PM Hj Zul Kadir, En.Hash, YM Raja Pid, En Hisyam, En Nagoor, dan ramai lagi. Yang nyata, bukan pakar batu api atau pakar gila pangkat dan jawatan.

Isnin, Mei 11, 2009

Denggi

Saya mendapat demam denggi hanya setelah bertugas 3bulan di uitm. Pada bulan Mei 2001. Adik saya pula (seorang doktor) mengalaminya pada Oktober 2001.

Maka denggi akan kena pd manusia tanpa mengira pangkat, umur dan kerja. Syukur kpd Allah kami masih lagi dipanjangkan umur olehNya. Syukur juga ahli keluarga Encik Hisyam Che Mat telah sembuh daripada demam denggi. Cuma peringatan saya, denggi ada 4 jenis demam. Kawasan perumahan saya dahulu memang banyak berlaku demam denggi. malah ada yg membawa kpd kematian (demam denggi berdarah).

Hidup dan mati adalah di tangan Nya. Kita cuma boleh merancang dan berusaha. Allah penentu segalanya.

Kenduri Kahwin Hujung Minggu

Pada 7 Mei, seorang saudara akad nikah. 10 Mei, seorang saudara lagi sambut menantu.

Pada 10 Mei majlis bercirikan masyarakat Jawa. Herman Tino pun ada. Memang riuh majlis. Saya dimaklumkan, majlis bermula daripa hari jumaat lagi. Pada hari ahad, setelah silat sambut pengantin, saya jadi 'back-up' untuk bacaan salawat sebelum pengantin 'masuk' ke dlm rumah.

Saya lihat RELA amat aktif dlm membantu melancarkan majlis kahwin sekarang. Terima kasih RELA. Selamat Pengantin Baru kpd kedua2 pakcik saya. Semoga hidup dan mati dalam Islam dan iman.

Futsal Suku Tahunan

Mei 9, 2009. Futsal suku tahunan berlangsung seperti dirancang.

Silap strategi. Sebelum perlawanan akhir, kami mendahului daripada segi jumlah markah. Kami hanya perlu menang untuk jadi juara. Tetapi pasukan 85 telah menang 5-3. Maka kami perlu menang besar juga. Malangnya, separuh masa pertama dah ketinggalan 0-2. Pada separuh masa kedua, kami dapat jadikan 2-2. Tiada rezeki. Kami tewas 2-4 setelah wisel penamat.

Menang-kalah adalah adat permainan. jangan terlampau 'overconfident'. Adakalanya, kalau kita penat, kita perlu gunakan pemain2 lain yg ada. Tahniah dan terima kasih kpd semua yg terlibat menjayakan futsal mcoba 80's.

Jumaat, Mei 08, 2009

Selesai Apr 2009

AlhamdulIllah, dah selesai urusan pemarkahan pelajar untuk sem ini. Ada yg bagus, ada yg sebaliknya.

Petang tadi menyelesaikan pemarkahan pelajar kolej bersekutu yg mengikuti program fsr. Tak ramai. Hanya 11pelajar bg setiap kolej. Sama spt pelajar di uitm, ada yg bagus, ada yg tak bagus. Kalau usaha daripada awal, insyaAllah, keputusan lebih baik.

Minggu hadapan persediaan untuk ITEX 2009. Saya menyertai dgn satu penyertaan shj. Doakan sy mendpt keputusan yg cemerlang (emas).

Kenduri Kahwin

Semalam saya hadir ke kenduri kahwin saudara saya di sek8 shah alam. Kawasan org berada.

Lamanya nak tunggu akad nikah. Selepas itu majlis makan2. Setiap kali ada kenduri kahwin, agaknya berapalah kos? Ada yg saya tahu habis berpuluh2 ribu rm. Mampu tak apa. Tapi jangan sampai membazir.

Selalunya bukan kehendak pengantin untuk membazir atau berbelanja besar, tapi desakan atau cadangan orang lain. 'sekali sahaja, apa salahnya'. kalau membazir, salah le. Ada yg gunakan majlis yg baik untuk tunjukkan ego tersendiri.

Khamis, Mei 07, 2009

Inspektorat Dalaman

Terima kasih kepada para inspektorat dalaman uitm yg datang melawat ined pagi tadi. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

Tugas inspektorat dalaman adalah untuk menyemak penerusan aktiviti kualiti di uitm. Ini adalah lanjutan daripada uitm memenangi AKPM pada 2008. AlhamdulIllah, saya pada tahun ini dikecualikan sebagai inspektor (sebab dah naik ACP?).

Tugas diamanahkan kpd inspektor seperti auditor adalah membantu dlm penambahbaikan berterusan kualiti di uitm. Maka janganlah pula kita lari ataupun bercuti daripada menyambut kehadiran mereka di tempat kerja kita.

Rabu, Mei 06, 2009

Ego

Apa itu ego? Ada pelbagai maksudnya. Satu adalah kesombongan. Ada bermaksud takkabur.

Saya dinasihatkan sebagai manusia jangan bersifat ego. Hanyalah Allah berhak untuk sombong. Jika kita ego,kita mungkin terlalai daripada kesedaran bahawa kita adalah hamba Allah. Tidak dijadikan oleh Allah kita ini melainkan untuk beribadat kepadaNya. Jika kita ego, kita mungkin lalai daripada menghambakan diri kepadaNya.

Apak tanda2 kita ego? Ada kata apabila kita ingin menunjuk2.

500

Ini adalah catitan ke 500 dlm blog saya. Kejapnya.

Tapi berapakah yg dibaca orang lain? Saya tak tahu sebab tiada'counter' menyemak bacaan oleh pelawat blog saya. Seperti saya katakan, blog adalah seperti jurnal atau diari. Dan ianya untuk membantu mengurangkan tekanan melalui satu bentuk terapi 'blogotherapy' (perkataan saya).

Maka saya menulis dlm blog untuk lepaskan geram/marah, untuk bagi dorongan/sokongan. Syukur, ada kesan positifnya.

Selasa, Mei 05, 2009

Jika Ingin Bergaya

Ramai suka bergaya. Tidak kira miskin atau kaya.

Ada yang bergaya kerana ingin menyamar kaya. Maka keinginan untuk mendapat pelbagai perkara supaya dihormati kerana ada barang boleh digayakan. Maka ada yang sanggup melakukan pelbagai 'usaha' untuk dihormati kerana nampak kaya. Apakah yang cuba diajar kepada masyarakat? Hormat kepada benda atau kejujuran?

Sekali sekala best jugak dapat bergaya. Contohnya, dapat bawa kereta sport. Kemudian sedar bahawa gaya itu akan boleh buat kita jadi gila. Kerana kita sebenarnya tidak mampu atau layak membazir.

Hampir Selesai Tugas sem Dis2008

Tugas sebagai pensyarah sem Dis2008 dah hampir selesai. Kertas jawapan peperiksaan dah habis disemak.

Tesis hanya tinggal satu sahaja untuk dinilaikan. 2 pelajar latihan praktik dan tesis hilang tanpa berita. Markah sahaja lagi perlu di'upload'. Dan... akan selesailah tugas sebagai pensyarah sem dis2008. Tetapi tugas sbg staf uitm tiada penamatnya.

Mungkin dapat bercuti kot seminggu sebelum sem baru bermula. InsyaAllah.

Isnin, Mei 04, 2009

Jualan Gudang Buku MPH

Pada 01 Mei, selepas solat jumaat, saya ke gudang mph di pj. Apa lagi, pi cari buku untuk koleksi peribadi le.

Lebih drpd rm300 untuk belian saya hari tu. Tapi saya perasan bhw banyak buku yg pernah ditawarkan 6bulan lepas, dan dah naik harga pula. Kenapa? Cuaca memang panas. Dan kelihatan ramai pengunjung yang lupa pakai pakaian luar. Ramai yg pakai macam baju tidur atau pakaian untuk ke pantai. Mungkin sebab terlampau nak cepat ke gudang sampai terlupa pakaian di khalayak ramai?

Masa saya lebih 2jam di MPH. Terpaksa 'cut short' kerana dah lebih bajet. Kira2 target rm15 sebuah buku. Kira2 lepas balik rumah rm18 sebuah buku, 17 buah buku aje. Dah abis baca 3buah hujung minggu lepas. 1 hari, 1 buku.

Bajet

Bajet atau Budget. Dulunya Belanjawan bukannya belanja wang atau belanja kawan nama wan.

Tidak ramai suka kepada bajet. Ianya akan menunjukkan secara realistik kemampuan kita berbelanja. Mungkin antara sebab utama Budget adalah satu topik yg saya kongsi dgn pelajar saya. dan juga dgn saudara dan kawan.

Mungkinkah mereka yg berhadapan dgn masalah kewangan tidak menyediakan bajet. Adakah penjenayah adalah mereka yg tidak sediakan bajet? Satu tajuk kajian saya kot.

Peperiksaan Akhir 04052009

Pagi tadi saya mengawas peperiksaan di DSB. Kali terakhir untuk sem ini.

Pelajar FSR memang aktif berbanding pelajar fakulti lain. Ramai yg ke tandas berbanding fakulti media. Dan ramai yg keluar sebelum 11.30. Pensyarah fakulti lain berasa hairan. Saya senyum aje. Seperti biasa, ada yg tak nak ikuti peraturan peepriksaan. maka diingat2kanlah kpd mereka ini.

InsyaAllah, hasil akan berdasarkan usaha kita. Tapi janganlah harapkan hasil daripada usaha yg tak halal dan jujur.