Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Oktober 24, 2013

Perompak Akademik

ada ke perompak akademik? ada. yg merompak dlm bidang akademik.

bgmana merompak dlm akademik? plagiarisma. ambil hasil karya orang lain dan mengaku hasil kita serta mendapat ganjaran untuk pengakuan kita. mengaku pakar dlm bidang walaupun ilmu hanya sebanyak hujung jari bukan seperti di hujung jari. menumpang nama untuk kerja hasil orang lain dan nama diletak kerana inginkan kelulusan dan tak tersenarai dlm senarai hitam. mengajar atau menyelia pelajar dlm bukan bidang kita.

apakah hukuman wajar? di dunia bolehlah berdolakdalih. tapi kita claim di akhirat. pasti tugas dijalankan dgn penuh tanggungjawab. semakin diteruskan rompakan akademik, semakin berkurang rasa hormat (jika masih ada lagi rasa hormat). akhirnya meluat.

berani kerana benar. takut kerana tidak berilmu.

Ahad, Oktober 20, 2013

Integriti Pemimpin

setiap drpd kita adalah pemimpin. dan setiap drpd kita juga adalah pengikut.pengikut belajar dari pemimpin. dan pemimpin juga akan belajar drpd pengikut. jadi bersama2lah berkongsi ilmu yg betul.

saya tidak suka membuat tuntutan utk sesuatu yg saya tak berhak tuntut. ianya berkaitan integriti. ianya berkaitan kejujuran. ianya berkaitan amanah. jika kita tuntut sesuatu utk balasan perkara atau kerja yg kita tak buat, ianya bermakna kita tiada integriti, tidak jujur, tidak amanah. kita sudah makan rasuah.

saya tidak ajar pelajar saya tidak amanah. jadi janganlah suruh saya tuntut utk sesuatu yg saya tak lakukan. juga janganlah suruh saya sahkan atau luluskan tuntutan utk sesuatu yg pihak berkenaan tidak lakukan. sekali anda minta saya buat sedemikian, di lain kali saya akan curiga integriti, kejujuran dan amanah anda.

Sama dan Tak Sama

kita semua adalah manusia. maka kita adalah sama sebagai makhluk allah. tapi kita tak sama drpd secara terperinci. umur, berat, pangkat dll.

semasa mengerjakan haji dan umrah, kita diandaikan sama. kita adalah tetamu allah. terutama semasa haji di mana pakaian kita adalah sama. pangkat, kekayaan tidak dibezakan semasa di depan kaabah. walaupun ada yg mungkin cuba menunjukkan sebaliknya.

di surau dan masjid, kita adalah sama iaitu tetamu allah. yg beza mungkin siapa jadi imam, siapa jadi bilal. tiada di sejadah atau saf diletakkan tanda 'khas' utk yg kaya atau berjawatan tinggi. maka semasa solat berjemaah, dalam saf kita adalah sama. mesti sama lurus. mesti rapatkan saf. tiada yg ke depan, tiada yg jauhkan diri kerana kelebihan atau kekurangan di dunia.

Jumaat, Oktober 18, 2013

siapa lebih disayangi

Usia bukan penentu seseorang mendapat lebih kasih sayang. Ia bergantung kpd banyak perkara. Allah jua maha mengetahui.

Pada minggu lepas, seorang kawan telah kematian anaknya yg berusia 4 bulan. Kedua ibubapa telah menjangka bhw anak mereka akan pergi dahulu drpd mereka.

Pada minggu ini seorang saudara berumur hampir 70 tahun meninggal dunia. Arwah telah sakit 7 tahun berbanding bayi rakan sekerja selama hayat 4 bulan. Keluarga arwah juga tahu bhw arwah akan kembali kpdnya pada bila2 masa.

Kita tahu kita akan mati. Hanya allah yg tahu masa sebenarnya. Alfatihah kpd kesemua mereka yg telah kembali kpdnya.

Isnin, Oktober 07, 2013

T Shirt Pagoda

zaman sekolah dulu, tak dibenarkan pakai tshirt pagoda waktu bersukan. hanya yg berani lawan peraturan akan berpakaian sedemikian.

tshirt pagoda dikaitkan dgn orang tua. seorang pakcik suka pakai tshirt pagoda. tetapi saya dan ramai lagi suka juga pakai tshirt pagoda menggantikan singlet brand lain. ianya sejuk. dan pakai sbg baju tanpa kemeja luar pun selesa.

tapi harganya sekarang dah mahal. berbelas2 rm. walau bagaimana pun, kebetulan terjumpa di sebuah kedai di tg malim, saya borong semua yg sama saiz. 4 shj. tapi kos melebihi rm50. alah membeli, menang memakai.