Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Oktober 20, 2013

Sama dan Tak Sama

kita semua adalah manusia. maka kita adalah sama sebagai makhluk allah. tapi kita tak sama drpd secara terperinci. umur, berat, pangkat dll.

semasa mengerjakan haji dan umrah, kita diandaikan sama. kita adalah tetamu allah. terutama semasa haji di mana pakaian kita adalah sama. pangkat, kekayaan tidak dibezakan semasa di depan kaabah. walaupun ada yg mungkin cuba menunjukkan sebaliknya.

di surau dan masjid, kita adalah sama iaitu tetamu allah. yg beza mungkin siapa jadi imam, siapa jadi bilal. tiada di sejadah atau saf diletakkan tanda 'khas' utk yg kaya atau berjawatan tinggi. maka semasa solat berjemaah, dalam saf kita adalah sama. mesti sama lurus. mesti rapatkan saf. tiada yg ke depan, tiada yg jauhkan diri kerana kelebihan atau kekurangan di dunia.

Tiada ulasan: