Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Februari 28, 2010

Berubah

Dalam hidup kita diberi pilihan. Untuk memilih yg terbaik, kita perlukan ilmu.

Bacalah. Bacalah. Bacalah. Belajar. Buat. Ajar. Kebanyakannya pada masa yg sama kita akan belajar, buat dan mengajar. Mungkin pada awal2nya kita belajar shj. Kemudian kita kena amalkan. Kemudian kita perlu berkongsi ilmu yg ada dgn orang lain.

Dgn ilmu, kita berdoa agar kita akan berubah kpd keadaan yg lebih baik. Kita berdoa agar kita dimurahkan rezeki yg halal. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum tersebut berusaha utk berubah.

Sekali air bah, sekali pantai berubah. Setiap kali ombak menghempas pantai, pasir akan berubah. Pantai akan berubah sama ada semakin kecil atau sebaliknya. Bagi kita, setiap detik masa berlalu, semakin pendek masa yg kita ada di dunia milik Allah. Maka cepat2lah buat keputusan utk berubah kpd keadaan yg lebih mendapat keredhaan Allah. Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat.

Sabtu, Februari 27, 2010

Maulidur Rasul 1431H

26 Feb 2010 adalah bersamaan 12 Rabiul awal, iaitu tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Ianya adalah hari cuti di Malaysia.

Antara buku yang jadi bacaan saya yg diulang2 adalah tentang sirah rasulullah s.a.w. Buku yg menjadi antara pilihan saya adalah karya Martin Lings. Jika kita hayati betul2, kita akan mengeluarkan air mata apabila membaca bab yg menceritakan bgmana nabi kesayangan kita dihina oleh kaum musyrikin.

Dalam buku ada menyatakan bhw para sahabat lebih mengasihani nabi muhammad s.a.w drpd kedua ibubapa, isteri, anak2 dan lain2. Malah mereka sanggup pertaruhkan kedua ibubapa mereka utk Nabi junjungan kita. Begitu besarnya kasihsayang para sahabat kpd junjungan besar kita. Kita bagaimana?

adakah cukup sekadar perarakan tahunan? adakah cukup setahun sekali shj? antara tanda2 kasih kita kpdnya adalah meneruskan wasiat baginda. memastikan agama Islam yg didakwahkan baginda terpelihara drpd ancaman, kehinaan dsbnya. Bersamalah kita jadikan alquran dan assunnah sbg panduan hidup kita.

Khamis, Februari 25, 2010

25 Februari 2010, Khamis

pada jam 10pagi ini, saya genap berada di atas muka buki Allah 43tahun. Alhamdulillah krn memberi nikmat kpd saya utk berada dimuka bumi milik Allah sahaja.

Bermula drpd semalam, saya menerima ucapan dan doa drpd saudara dan sahabat. terima kasih kpd anda semua yg sudi berkongsi tarikh hari ini dgn saya. terima kasih kpd kesua ibubapa saya kerana membolehkan saya lahir ke dunia ini. Terima kasih kpd keluarga dan kenalan kerana sudi berkongsi kehidupan saya.

petang tadi sekembali saya dari fakulti, saya telah dihadiahkan dgn sebuah kek, sebiji pizza dan sebuah nyanyian 'Allah Selamatkan..'. terima kasih kpd para staf saya di epjabat pengarah InED. anda semua menjadikan suasana kerja di InED satu pengalaman yg amat seronok. Terima kasih kpd yg mengucapkan bhw anda sudi bekerja dgn saya dan seronok bekerja dgn saya.

terima kasih kpd kenalan yg menelefon saya pada tghmalam semalam. terima kasih kerana sudi menjadi sahabat dan kenalan saya. semoga kita semua mendapat kesejahteraan dunia dan akhirat. semoga kita dilimpah kurnia dgn rezeki yg halal sahaja.

Rabu, Februari 24, 2010

Tahniah Fren

pada petang semalam, dekan FSR secara rasminya memaklumkan bhw en Tan Chee Hian berjaya mendapat ijazah kedoktoran setelah diersetujui oleh universiti tempat beliau melanjutkan pelajarannya di peringkat ijazah kedoktoran. tahniah fren.

Dr Tan Chee Hian (fren) telah mengambil jangka masa yang bukannya sekejap utk mendapat phd beliau. kebiasaannya, ramai dah kecundang atau menyerah kalah. Bukan dr Tan. Masa bukanlah penghalang. Cita2 dikejar, halangan dan rintangan dihadapai dgn tabah. Beliau tahu bhw di sebuah ipt, kelayakan tertinggi yg dihormati adalah phd, maka phd menjadi sasarannya.

beliau berterimak kasih kpd ramai. Beliau sedar kejayaan mendapat phd bukannya hasil usaha beliau seorang. Beliau terkialn kerana kejayaan beliau tidak dpt dikongsi dgn kedua ibubapanya. Beliau amat terhutang budi kpd kedua ibubapanya.

Tahniah fren. Semoga kejayaan fren menjadi pendorong kpd saya utk menamatkan pengajian saya. menjadi pendorong kpd mereka yg ingin mendapat phd akademik.

Sabtu, Februari 20, 2010

Menguruskan Masa

Masa amat cepat berlalu. Sehari hanya ada 24jam. Kalau boleh nak lebih lagi. Tapi kita mempunyai masa yg terhad utk bersedia ke akhirat.

Antara punca stres adalah merasai kita tidak punya masa yg cukup utk lakukan apa yg ingin kita lakukan. Antara cara menguruskan stres adalah melalui pengurusan masa yg efisen dan efektif. Antara cara menguruskan masa adalah melalui perancangan masa utk digunakan.

Cubalah. Jika kita solat di awal waktu, kita akan terasa seolah2 kita mempunyai banyak masa utk lakukan perkara lain. Selalunya jika kita lambatkan2 solat, kita terasa seolah2 masa tidak cukup utk kita. Begitu juga pada waktu subuh, jika kita tidur selepas solat (lagi teruk kita tak solat subuh), kita rasa masa kita pendek shj. Sebaliknya, jika kita tidak tidur selepas subuh, kita terasa masa adalah banyak utk kita lakukan pelbagai perkara.

Prof Kamil antara insan yg suka bangun di awal pagi. Dahulunya digunakan banyak utk menulis. Sekarang lebih kpd menghambakan diri kpd Allah. Mungkin ini bukti antara cara utk mempunyai masa yg cukup utk dunia dan akhirat. Allah Maha Mengetahui. Walau puun masa itu percuma, jika kita tidak menggunakannya dgn sebaik2nya, kita akan terasa kerugian dgn masa kita yg ada.

Jumaat, Februari 19, 2010

Ganjaran Sebagai Seorang Pendidik

Ramai yg salah faham tugas seorang pensyarah. Ramai yg ingat kerja pensyarah amat mudah. P ke kelas utk bagi kuliah aje. Semasa pelajar peperiksaan dan cuti, ramai ingat pensyarah akan cuti.

Realiti adalah sebaliknya. Masa bekerja sebagai pensyarah bukan spt orang kerja pejabat, 8pagi - 5ptg, 5 hari seminggu. Penat sebagai pensyarah adalah penat berfikir. Ianya tidak sama penat secara fizikal. memberi perkhidmatan melalui pengajaran memerlukan menghadapi pelbagai kerenah manusia.

Seorang pensyarah akan berasa sedih jika pelajar yg berpotensi tidak berusaha mencapai potensinya. Seorang pensyarah akan berduka jika seorang yg diberi peluang utk memperbaiki dirinya tidak menggunakan peluang yg ada sebaik2nya.

Namun, seorang pensyarah akan gembira apabila melihat pelajar/bekas pelajarnya berjaya memahami ilmu yg ingin dikongsi dan digunakan utk manafaat diri, masyarakat dan persekitaran. Seorang pendidik akan berasa puas jika ia terus dihormati dan dikenali secara positif oleh bekas pelajarnya. Itulah perasaan saya apabila berada di MSN Johor pada 18 Feb 2010. Terima kasih kpd bekas pelajar2 saya. Saya doakan anda akan sentiasa dirahmani dan dirahimi Allah, dunia dan akhirat.

Seminggu Demi Seminggu

Semester ini begitu cepat berlalu. Sekarang dah nak masuk minggu ke lapan. Tinggal lagi 7 minggu kuliah utk sem ini.

Satu hari berlalu bagai kilat. Seminggu disedari apabila jumaat muncul kembali. Sem ini saya bertugas bagai 7 hari seminggu. Sabtu dan ahad kebiasaan di pejabat atau kuliah. Cuma pada ahad lepas aje tiada sebarang tugas kerana cuti tahun baru cina. Hari ini keluar pejabat lepas jam 9malam. itupun rasa masih banyak kerja yg tak selesai lagi.

Saya tak ingat ayat2 berikut adalah hadith atau ayat al-quran. Yang tahu sila ingatkan saya. 'bekerjalah seolah2 kamu akan hidup selama2nya. beribadatlah seolah2 kamu akan mati esok hari'. Tapi ramai orang sekarang lakukan sebaliknya, 'bekerja sekejap tapi nak kaya, dan tidak beribadat atau tangguh beribadat kerana rasa mati itu lambat lagi atau lupa kpd Allah kerana lupa bhw diri ini akan kembali kpdNya dan akan dipersoalkan bagaimana kita gunakan masa di dunia'.

'Demi masa...' Surah Al Asr'. Sentiasalah kita saling mengingati utk kebaikan bersama, dunia dan akhirat.

Khamis, Februari 18, 2010

Desaru

Saya di Desaru pd dua hari lepas. Pergi bertugas ya. Ada la makan angin, lepas buka mulut luas2.

Semasa ke desaru dari arah bertentangan kenderaan tak putus2 untuk kembali ke KL. Dan makin hampir dgn desaru, kenderaan dr desaru pula banyak. Hari pula panas terik. Sampai aje di desaru, saya flat. heatstroke kot? yang saya tahu dehydration rate saya amat tinggi dan cepat. 10jam kemudian baru recover. memang jenis kulit tak tahan panas.

Saya lupa, dlm perjalanan jauh, dan hari yg panas, sebaik2nya saya tidak pasang aircond. cermin kereta sebaik2nya diturunkan. walaupun panas cara sedemikian, kita sedar bhw kita sedang kehilangan air yg banyak. tapi jika menggunakan air cond, kadar dehydration lebih cepat kerana melalu cahaya dan suhu, dan juga melalui pendingin/pengering hawa.

Alhamdulillah, tadi perjalanan kembali dr JB cuaca mendung dan adakalanya hujan. Jadi cuaca tidaklah seperti perjalanan ke desaru. Walau bagaimana pun, insyaallah saya akan bertugas ke desaru lagi.

Selasa, Februari 16, 2010

Alhamdulillah Kerana RahmanNya

Tadi ada jamuan makan malam di sebuah rumah makcik. Semalam seorang pakcik sudi berkongsi rezekinya dgn keluarga saya dgn menjamu kami makan di pantai jeram. Terima kasih kpd kaum keluarga yg amat pemurah kpd keluarga saya.

keluarga saya selalunya akan adakan majlis makan2 secara bergilir2 dahulu. Selalunya sebulan sekali. Pada bulan ramadan, majlis berbuka puasa akan diadakan secara bergilir pada setiap hujung minggu di bulan ramadan. Oleh kerana ahli keluarga ramai, selalunya tuan rumah terhad kpd 4-5 buah rumah shj pada bulan ramadan.

Saya dipesan, jika murah rezeki, berkongsilah dgn orang lain. Seberapa yg terdaya, saya akan ikut pesanan tersebut. Tetapi saya juga memilih utk berkongsi rezeki drpd Allah. Saya seberapa yg boleh mengelak drpd memberi sedekah kpd peminta sedekah. Saya was2 samada peminta sedekah itu benar2 minta sedekah atau menipu. Bagi saya lebih baik bersedekah di masjid atau surau. Selain drpd itu, saya cuba memberi hadiah tiap2 hari melalui baacan alFatihah dan alIkhlas.

Jangan lupa utk berzakat ke atas pendapatan kita. ianya adalah tuntutan agama. pihak agama Islam yg menerima zakat kita akan mentadbirnya dgn seamanah yg boleh dan sepatutnya. Mereka akan mengagihkan zakat kita kpd mereka yg meemnuhi syarat2 utk terima zakat. Zakat membantu mereka yg memerlukan.

Ahad, Februari 14, 2010

Peluang di UiTM

Di kampus puncak alam, YAB PM meminta uitm memastikan setiap tahun seramai 5,000 pelajar miskin dan anak yatim mendapat tempat belajar di uitm. Saya sebolehnya cuba memberi peluang kepada anak yatim dan miskin belajar di FSR.

Setiap kali sesi temuduga, saya akan bertanyakan latar belakang calon. Berapa ramaikah daripada adik-beradiknya yg sedang atau telah belajar di IPT. Saya akan tanya latar belakang orang tuanya. Apakah pekerjaan mereka? Berapakah pendapatan bulanan mereka? Calon tinggal dgn siapa? Ramai diantara calon2 yg saya sokong adalah mereka yg terdiri daripada anak yatim dan/atau drpd keluarga miskin. Tanyalah kpd pelajar dan bekas pelajar saya.

UiTM memberi peluang kpd mereka yg ingin meningkatkan tahap kehidupan mereka melalui ilmu yg akan didapati di UiTM. Maka para pelajar gunakanlag sebaik mungkin. Ikhlas dan jujur semasa berada di UiTM. Jangan lupa tanggungjawab agama iaitu solat. Yang Maha Penentu adalah Allah sahaja.

Saya dimaklumkan ada yg memohon tugas dgn memberi sogokan. Betulkah? Jika betul, baiklah keluar drpd organisasi. Jika anda perlu bg sogokan utk dpt kerja, maka ianya bermakna anda tidak layak bekerja di organisasi berkenaan. Halalkah rezeki yg didapati drpd organisasi itu? Alasan utk memberi makan pasangan dan anak2 serta membayar hutang bukanlah alasan yg boleh diterima di mahkamah. Matlamat tidak menghalalkan cara.

ar Rahman ar Rahim

Rahman dan Rahim adalah antara nama2 Allah yg perlu kita tahu. Jika kita menyebut secara berkali insyaallah, kita akan mendapat manafaat daripada Nya.

Rahman bermaksud Yang Maha Pemurah. Rahim bermaksud Yang Maha Pengasihani. Allah Maha Pemurah kepada semua makhlukNya di dunia ini. Allah Maha Pengasihani kepada umat Islam di akhirat. Kita berdoa kepada Nya semasa kita solat untuk mendapat rahman dan rahimNya. Kita berdoa untuk mendapat rahmanNya di dunia ini dan kita berdoa semoga mendapat rahimNya di akhirat kelak.

Ada pepatah cina yg mengatakan bahawa jika kita memberi seseorang seekor ikan, dia akan makan sehari sahaja. Jika kita mengajar seseorang cara menangkap ikan, dia akan makan selama2nya. Ianya bermaksud, berilah ilmu kepada seseorang supaya dia dapat berdikari. Janganlah kita mengajar seseorang utk sentiasa mengharapkan makan minum daripada orang lain.

Kasih kepada seseorang adalah melalui memberinya ilmu pengetahuan. Jika kita kasihankan seseorang, kita sebenarnya menyusahkan dia dan diri kita.

Sabtu, Februari 13, 2010

Tugasan Tambahan

Tadi terima cadangan (arahan) utk tugasan baru. Selidik kes2 berkaitan penipuan berkaitan kewangan dan kos kpd organisasi.

Besar pulak skop tugasan. Kenalah tengok seksyen2 berkaitan dalam undang2. Akta pertama dirujuk adalah Penal Code (Act 574). Kemudiannya nak cari instrumen utk analisis. Yang payah sikit nak dapat pengadu2 dan bukti2 yg amat kukuh.

Insyaallah, saksi dan bukti akan didapati. Hukuman berdasarkan akta menjadi pendorong. Antara rujukan adalah peraturan2 am. Kajian lampau mesti difahami. CRIME oleh Zabihollah antara rujukan utama.

OK. Bagi mereka yg sudi membantu, silakan. Seperti biasa, kerja kita bukanlah glamour. Tapi tugas dan tanggungjawab adalah amanah bersama. Jangan nanti dipanggil makan gaji buta. Insentif lain - mungkin pesalah perlu membayar gaji yg telah diterima, denda tambahan, pencen diberi kpd penyelesai kes?

Financial Criminology

Dalam Albrecht, dll ada menyebut tentang Fraud Triangle. Ianya melibatkan 1. Pressure, 2.Opportunity, 3. Rationalisation. Ianya adalah teori berkaitan fraud.

Seseorang akan melakukan sesuatu jenayah kewangan apabila menghadapi tekanan. Terdapat pelbagai tekanan, antaranya adalah tekanan kewangan. Seseorang akan melakukan sesuatu jenayah kewangan apabila terdapat peluang baginya untuk melakukan jenayah tersebut. Dan jika tertangkap, penjenayah akan cuba memberi pelbagai alasan untuk melepaskan dirinya. Antaranya, ianya adalah kali pertama dilakukan.

Bukan mudah untuk membuktikan jenayah kewangan. Penjenayah ada peluang melepaskan diri jika tidak disedari. Maka maklumbalas adalah penting daripada mangsa atau kenalan mangsa jenayah kewangan. Bukti akan dikumpulkan setelah siasatan dilakukan. Jika keadilan di dunia tidak berlaku kepada penjenayah dan mangsanya, janganlah putus asa. Akhirat adalah tempat pengadilan untuk semua dan hakimnya adalah Yang Maha Adil dan Maha Mengetahui.

Khamis, Februari 11, 2010

Kerana Degil?

Dah berkali2 pesan.Pandai jaga diri. Jangan sombong. Nasihat utk kebaikan bersama, diri, masyarakat dan persekitaran.

Tadi semasa nak ke kuliah jam2 ptg, saya lihat manusia terbang. Siap dgn summersault lagi. Malangnya bukan acara gimnastik. Ianya adalah aksi seorang penunggang motorsikal (kemungkinan besar pelajar uitm). Beliau terbang ke langit biru (cuma capai saya anggar 10kaki aje kot). Kesannya, berlaku kesesakan lalulintas pada masa kritikal di bulatan berhampiran pintu masuk utama uitm.

Seorang pemandu yg perihatin terus memberhentikan kereta untuk memberi bantuan. masih ada yang membelok dan menukar laluan tanpa 'signal' dinyalakan. Degil. Apabila saya menghampiri penunggang tersebut saya lihat beliau terbaring di atas rumput di tepi jalan. Saya anggap dan berharap beliau terjatuh ke atas rumput bukannya ke atas jalan selepas kemalangan tadi.

Siapakah yang bersalah? Saya tidak nampak dgn jelas. Tetapi komen seorang kawan, kita sentiasa perlu mengingatkan sesama kita. Malang tak berbau. 'Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian,kecuali orang2 yang beriman dan beramal salih dan berpesan2 dgn kebenaran dan berpesan2 dgn kesabaran', Surah Al-Asr'.

Rabu, Februari 10, 2010

Siapa Kita Percaya

Saya dinasihatkan seorang kawan,'Jangan turut serta dgn satu skim yg kononnya membantu'. Saya terima nasihat belaiu kerana tugas beliau memastikan jenayah penipuan kerana ingin kaya tidak berleluasa. Sudah ramai yang terkena dan menangis tak berlagu.

Satu blog yang saya nyatakan dlm tulisan sebelum ini menggariskan halal dan haram dalam urusan perniagaan. Bagi tokay judi, dia memberi khidmat judi kerana ada yg ingin berjudi. Jadi bagi tokay judi, beliau berkhidmat kepada masyarakat. Bagi pembeli barangan curi/rompakan, beliau akan pertahankan kerjanya kononnya beliau membantu mereka yg memerlukan. Setiap orang akan biasanya mempertahankan bahawa apa yg beliau lakukan adalah benar.

Kita lihat satu profil bakal atau penjenayah. Keperluan kepada kewangan yg mendesak menyebabkan dia akan lakukan apa sahaja utk dapatkan duit. Jika dia ditangkap, dia akan merayu dan menyatakan bahawa beliau terdesak. Bagaimana dgn mangsanya? Siapa lebih berhak dikasihani dan mendapat keadilan?

Jadi, gunakanlah ilmu yang kita ada utk membuat keputusan yg tepat. Jangan kita menyesal di hari kemudian. Allah Jua Yang Maha Mengetahui.

Selasa, Februari 09, 2010

Sistem Sedekah atau Skim Cepat Kaya

Majoriti drpd kita ingin kaya. Kenapa ingin kaya? Supaya dpt memiliki apa yg kita ingini? Tapi adakah keinginan kekayaan itu membantu kita bahagia di dunia dan akhirat?

Baru2 ini saya dimaklumkan tentang satu program saling membantu melalui kutipan duit. Ianya berkonsepkan sedekah. Ianya menggunakan wang pos. Ramai kawan2 saya yg berminat. Mereka mengajak saya turut serta.

Maka saya pun lakukan sedikit penyelidikan. Sebab program tu dah banyak kali saya dengar. adacbentuk berbeza, ada bentuk atau nama hampir sama. Kita bagi rm30, kita akan dapat berganda2. rm30 adalah utk rm5 seorang yg terdahulu drpd kita. tiada pembelian barang. tiada penentuan keuntungan tetapi kita dijanjikan akan untung.

di luarnegara, ianya satu penipuan yg terkenal sbg ponzi. di negara kita dulu adalah dgn memasukkan 6 nama2 lain rm5 seorang. ianya spt satu skim piramid. yg untung adalah yg masuk awal. sila baca http://www.zaharuddin.net/content/view/878/95, komen seorang pakar syariah tentang pelaburan dan perniagaan dlm islam. rumusan beliau, skim taawon ini haram. ada elemen judi, gharar, etc.

pandangan saya kpd saudara dan sahabat, janganlah sebab tamak kekayaan di dunia, kita menerima padah di akhirat. yang haram tetap haram. cuba buat satu kiraan mudah. jika ianya satu skim piramid, yg akan rugi adalah yg paling bawah. Allah Jua Yang Maha Mengetahui.

Persona Non Grata

Selama lebih kuran 15minit saya adalah seorang persona non grata. tiada pengenalan diri. Hanya Allah Yang Mengetahui.

Saya ke jpn utk dptkan mykad yg saya buat pada bulan julai 2009. setelah tidak dapat kad atm baru, saya ke pejabat jpn, tak perlu bertangguh2 lagi. sesampai saya di jpn, saya lihat notis - offline. Angin +4 setelah pengalaman di bank tadi. PKP tidak tahu berapa lama offline. saya maklumkan bhw saya sanggup tunggu. saya berdoa agar urusan mykad saya selesai hari ini juga.

Jam 4ptg saya masukkan kp bunga raya saya ke dlm peti surat. jam 4.15ptg saya terima mykad. pegawai yg melayan saya ingat saya kerana dia telah melayan saya semasa saya lakukan permohonan pertukaran kp saya pd julai 2009. mungkin sebab saya ni muka penyangak kot? beliau komen gambar saya silau di cermin mata. dan saya boelh tukar jika saya nak. ada 3 bulan utk dpt secara percuma. saya maklumkan terima kasih, dan saya tak kisah, janji nampak mata. tapi kalau ada cadangkan tukar, saya akan p tukar.

Angin

Hari banyak betul nak kena buang angin. Bukan angin pus2. Angin kemarahan dan ketidakpuasan hati.

Saya tersilap guna kad atm pada ahad lepas. Jawabnya kena telan. Maka saya terus telefon call centre bank tersebut. Saya dimaklumkan bhw saya hanya perlu ke sebarang cawangan bank tsbt, dan saya akan dpt kad atm baru pd hari yg sama. saya juga dimaklumkan saya dpt keluarkan wang drpd akaun saya menggunakan borang dan kp saya.

Maka saya pun plah ke bank di shah alam dgn penuh motivasi. di kaunter perkhidmatan, lain pula maklumannya. saya perlu isi 2 borang disertakan dgn satu salinan kp. Angin +1. saya maklumkan bhw cc tak bgtau macam tu. nasib baik pegawai khidmat pelanggan (pkp) layan saya dan fotostat secara percuma. tapi saya hanya akan dapat dlm masa 3 hari bekerja. Angin +2. saya ke kaunter bertanya jika dpt keluarkan duit drpd akaun saya guna kp. Jawabnya tidak. Angin +3.

Saya maklumkan kpd pkp bhw 3perkara yg dimaklumkan kpd saya adalah TIDAK BETUL dan TIDAK BENAR. tapi saya tak salahkan pkp. saya keluar drpd bank dan lepaskan angin saya di luar. bukan salah staf bank tapi polisi bank yg tak dimaklumkan kpd pelanggan dgn jelas.

Isnin, Februari 08, 2010

Pencuri, Perompak

Semalam semasa saya hendak ke Melaka saya perlu menyimpan sandal saya dlm kembra saya. Saya cuba buka pintu depan sebelah penumpang dgn kunci saya. Malangnya usaha saya tidak berjaya. Saya perasan rupa2nya ruang kunci telah cuba dibuka oleh bakal pencuri atau perompak mungkin dgn skru.

Beberapa buah kereta adik2 saya pun ada kesan cubaan dibuka secara paksa. Maka kali ini giliran saya. Saya yakin cubaan tidak berlaku di uitm. Mungkinkah semasa saya letak kereta utk bersolat jumaat pd minggu lepas? atau mungkin ketika waktu malam di kawasan perumahan saya? Saya lebih yakin di kawasan perumahan saya.

Walau pun kami mempunyai pegawai keselamatan di kawasan perumahan yg dibayar setiap bulan, ianya tidak menjaminkan keselematan harta kami sepenuhnya. Maklumlah bilangan pengawal adalah terhad. Kita merancang, Allah jua yang menetukan. Alhamdulillah, setakat ini Allah tidak membenarkan cubaan untuk mencuri harta drpd kereta saya.

Saya berdoa dan bermohon kpd Allah agar Allah terus tidak membenarkan sebarang usaha untuk mencuri harta yg diamanahkan kpd saya. Saya juga berdoa agar balasan sewajarnya kepada mereka yg mencuri, merompak, merogol, menipu, pecah amanah akan mendapat pembalasan seadil2nya daripada Yang Maha Adil, di dunia dan di akhirat. Hanya Allah, Tuhan yang disembah dan dimohon pertolongan.

Ahad, Februari 07, 2010

Solat Jumaat

Pada jumaat lepas saya solat jumaat di Masjid SAAS Shah Alam. Sejak pusat Islam uitm di'renovate' 2008, masjid SAAS menjadi pilihan utk saya solat jumaat jika bukan bercuti.

Selepas solat jumaat, dlm perjalanan ke kereta saya, saya lihat dua pemuda(mungkin pelajar uitm) melihat ke kereta mereka dgn sedih/marah/etc. Saya lihat cermin belakang sisi telah dipecahkan oleh orang lain. Saya andaikan mereka kehilangan barang berharga seprti laptop kot. Dihadapan sedikit, saya lihat ada kesan cermin pecah, dan saya andaikan sebuah lagi kereta telah juga dipecahkan.

Adik saya pernah mengalami perkara yg sama. Bezanya, keretanya dipecahkan cermin sisi semasa diletakkan di hospital. Beliau kehilangan sebuah beg yg mengandungi pakaiannya. Mungkin pencuri beranggapan beg adik saya mengandungi laptop.

Saya memang geram dan marah kpd mereka yg mencuri dan merompak. Kita ke masijd utk solat jumaat, mereka mencuri. Kita ke hosipital nak bantu pesakit, mereka mencuri. Saya doakan agar tangan mereka akan terputus pada satu hari nanti. Dan adik saya berada di sisi utk memaklumkan bhw tangan mereka ini akan menyebabkan mereka sengsara sehingga akhirat.

Sabtu, Februari 06, 2010

Bengkel 1 FSR

Bermula pagi Jumaat, 5 Feb 2010 dan dijangka berakhir pada 7 Feb, Ahad tengahari, FSR mengadakan bengkel peperiksaan. Ianya diadakan di shah alam shj. Mungkin mematuhi keperluan belanja berhemah.

Alhamdulillah, saya berjaya selesaikan tugasan saya sebelum 8.30malam tadi. Kemudiannya pihak FSR mengadakan jamuan BBQ. Para peserta daripada kesemua kampus yg menawarkan program sepenuh masa FSR hadir utk menjalankan tugas dan tanggungjawab. Tanggungjawab seorang pensyarah bukan hanya mengajar di bilik kuliah tetapi juga menyediakan kertas peperiksaan.

Walau pun diadakan sama ada di shah alam atau pun di luar shah alam, akan tetap ada yg tidak hadir. Ada yg hadir pada hari pertama sahaja. Ada yg tak hadir langsung. Ada yg masih perlu habiskan tugas yg belum selesai. Ada yg dah habis tugasan. Terima kasih kpd staf pentadbiran yg menguruskan akademik yg turut sama hadir daripada pagi sehingga ke malam.

Terima kasih kpd dekan yg hadir ke fsr utk memberi sokongan kpd peserta. Tadi dekan sekeluarga hadir ke majlis BBQ. Yang tak hadir ke bengkel adakah kerana tidak menghormati dekan? Allah Jua Maha Mengetahui.

Jumaat, Februari 05, 2010

Susu Kacang Soya

Saya suka minum susu kacang soya. Ianya lebih dikenali dgn soya bean drink. Sekarang amat mudah didapati dlm kotak.Semasa saya bersekolah ditahun 70an, harga sebotol susu kacang soya yeos adalah 30sen, iaitu harga sama dgn sebotol coca cola. sekarang yeos menjual susu kacang soya dlm kotak. susu kacang soya dlm botol adalah antara minuman saya ambil drpd kedai arwah datuk saya. selain drpd minuman dlm botol dan dlm kotak (dan tin), kita juga boleh beli susu kacang soya segar atau dikenali sebagai air taufu.

untuk beberapa minggu, satu jenama minuman menjual 1liter susu kacang soya pada harga rm1.55. maka saya akan kerap ke kedai tertentu membeli beberapa kotak susu kacang soya utk minuman saya dan keluarga, saya pernah ditanya oleh seorang pekerja di kedai mini market kenapa saya membeli banyak kotak susu kacang soya. mungkin beliau anggap saya menjualnya kembali kot. jawab saya, ianya utk minuman saya dan keluarga saya.

setiap kali saya minum susu kacang soya, ianya akan mengingatkan saya ke masa2 lampau. mengingatkan kpd pelbagai kenangan. dan susu kacang soya adalah diantara minuman utk berbuka puasa pd bulan ramadan. ianya lebih enak jika dicampur dgn cincau.

Pagi Jumaat Yang Indah

Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur olehNya untuk dpt menikmati sehari lagi hidup di dunia. Gunakanlah sebaik2nya utk membuat bekalan ke akhirat. Begitu cepat masa berlalu. Dah pun bertemu satu jumaat lagi.

Hari ini sehingga ahad ada bengkel di fakulti. bermula jam 8.00 pagi hingga 10.30malam. Jadi saya berkemungkinan 'mis' majlis saudara dan sahabat pada minggu ini. Maafkan saya ye. Bukan tidak sudi, tetapi bertugas menjalankan tanggungjawab.

Pagi ini hujan turun membawa suasana nyaman. Tetapi bg kawan2 yg sangkut dlm 'jam', hujan membawa masalah. Mereka akan lambat ke pejabat. Dan ini akan mengganggu kerja2 lain pada hari ini kerana bermula dgn mood yg kurang baik.

Saya sentiasa sarankan agar hari Jumaat kita cuti umum. Maka kita dpt hadir ke solat jumaat dlm keadaan tenang dan tenteranm tanpa tergopoh2 nak pergi dan balik dari masjid. Tetapi keputusan di dunia adalah keputusan manusia yg buat. Jadi jika ada yg bermasalah kerana jumaat bukan cuti umum, pemimpin yg tanggung. Selamat melalui hari Jumaat yg mulia.

Khamis, Februari 04, 2010

Tahniah Bos *

Saya lihat tergantung di dalam bilik bos saya sepasang uniform. Ingatkan bos saya hantar unformnya utk di dry clean. Tapi setelah diperhatikan betul2, ada kelainan pula. Bukan macam biasa uniform tu.

Ada satu bintang. Dah jadi brig.jen dah bos saya. Wah.Tahniah bos. Dulu setaraf dgn kolonel. sekarang dah naik satu tahap. Tapi saya tengok dapat beret dan cap aje. Tak dapat topi keras tu. Kalau dapat topi keras tu lagi sesuai. Dah jadi satu bintang adale daun padi emas di topi.

Saya masih spt dulu. tiada paku atau bintang. sebab cara saya bekerja tidak perlukan paku atau bintang. tapi kalau dpt mcm bos, cantik juga. jadi, tak dpt uniform, dpt tolong bawa beg bos jadile. sebagai pegawai pengiring. silap2 kena kiwi kasut bos.

ini mengingatkan semasa dulu2. memang kena kiwi kasut. kalau boleh sampai nampak muka cikgu. cikgu pulak kurang cerah. maka mengkiwi kasut adalah satu tugas yg berat juga. takpe, kenangan manis, seronok.

Rabu, Februari 03, 2010

Impian Yang Murni

Selepas solat di surau sebuah kolej bersekutu di alor gajah, saya berbual2 dgn seorang pelajarnya. kali pertama saya melihatnya, saya andaikan beliau berasal drpd sebuah keluarga yg bukannya mewah. Ini berdasarkan pakaian dan tingkahlaku beliau.

Saya bertanya namanya. Beberapa saya tanya walau pun dia menjawab berkali2. Saya andaikan beliau gugup atau segan kpd saya, maka jawapannya kurang jelas. Seperti biasa, saya suka berbual2 dgn mereka yg menimbulkan persoalan kpd saya. Saya tanyakan program pengajian yg beliau ikuti. Dia tidak mengikuti program uitm, tetapi kemahiran komputer - vokasional.

Beliau dibesarkan oleh nenek dan saudara mara. Kedua ibubapa berada di negeri lain. Beliau mempunyai cita2 yg tinggi ingin membantu keluarga dgn berbekalkan ilmu yg bakal didapatinya. Saya ucapkan tahniah kpd beliau dan berdoa beliau berjaya mencapai hasrat yg murni.

Saya berdoa agar saya akan ebrjumpa dgn ramai lagi yg mempunyai niat yg jujur dan ikhlas seperti pelajar ini. Saya doakan agar saya mendapat pelajar yg ingin mendapatkan ilmu secara halal untuk mendapat rezeki yg halal. Saya doakan ahli keluarga dan sahabat saya dikurniakan eilmu dan rezeki yg halal.

Selasa, Februari 02, 2010

AWAS - Penipu Melalui Panggilan Telefon

Sedang saya makan tengahari, saya menerima satu panggilan telefon. Suara menyatakan bhwbeliau drpd sebuah bank. Dan saya mempunyai urusan kad kredit bernilai RM3ribu lebih yg belum disahkan. Tetapi yg mencurigakan adalah cara percakapan dan suara yg nampak macam sengkek aje.

Saya pun menelefon ke nombor telefon pemanggil - 603-2178-8888. Saya disambung ke khidmat pelanggan sebuah bank. Suara automatik kedengaran biasa apabila kita telefon ke bank2 dan syarikat2. Saya disambungkan kpd seorang pegawai khidmat pelanggan. Saya maklumkan panggilan telefon yg saya terima.

Saya dimaklumkan bhw panggilan yg saya terima adalah satu cara utk emndapatkan pengenalan saya. nasib baik saya tak cakap apa2 dgn sesiapa semasa panggilan pertama. Awas saudara dan sahabat saya. Di dunia ini ramai penipu. Mereka ingin hidup senang. tetapi mereka lupa keadilan di akhirat. Berdoalah semoga kita sentiasa dilindungi Allah drpd niat, angkara buruk dan kezaliman makhluk2Nya.

Kemalangan Tidak Diminta

Dalam perjalanan ke sek14 shah alam, saya terpaksa mengambil jalan yg sedikit jauh. Dipersimpangan biasa terbaring seorang penunggang motorsikal. Dan terdapat ramai yg mengerumuninya. Selepas saya kembali ke arah asal, saya lihat kasut dan motorsikalnya dan sebuah kereta yg mungkin dilanggar motorsikal.

Siapa yg salah? Saya tak tahu. tapi banyak andaian saya. Satunya, penunggang mengambil selekoh dgn laju tanpa menyalakan tanda isyarat menunjuk arah. Kedua, mungkin kereta membelok dgn laju tanpa menyalakan tanda isyarat membelok. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Saya melihat pemandu dan penunggang motorsikal ramai yg cuai dan tak kisah. Tak kisah tentang diri dan orang lain. Ikut suka aje nak pandu laju. Ikut suka aje tak nak masuk lorong motorsikal. Ikut suka aje membelok tanpa isyarat. Ikut suka aje memotong tanpa isyarat. Tapi apabila berlaku kemalangan, kita tak suka. Saya pun tak suka kemalangan kerana menyusahkan banyak pihak. Bukan aje yg kemalangan.

Isnin, Februari 01, 2010

Di Melaka 2010

Semalam saya di Melaka. Tugasan ISO untuk kolej bersekutu. cadangan asal melawat 2 buah kolej, tetapi satu meminta ditangguh kerana akan dilawat oleh APA pd minggu ini juga.

Saya bermalam di rumah tamu uitm lendu. kebanyakan hotel tidak menerima LO jika hanya seorang sahaja. Kenapa ya? Bukannya uitm takde duit. Jadi nak tak nak, rumah tamu uitm lendu jadi pilihan. saya dapat bilik no.98. bilik yg ada kenangan. walau pun saya bgtau elakkan bilik ni, saya terima kunci utk bilik ini juga. Allah Yang Menentukan.

Pada sebelah malam, semalam, saya ajak seorang sahabat lama keluar p makan malam. Dia dikenali sebagai Cik Bak, kaunselor uitm. kalau disebut oleh pelajar, boleh tertukar dgn saya Ce Bad. Nama ayah kami pun sama. cuma initial berbeza, initial beliau sama dgn initial bos no.1 uitm melaka.

Kami ke umbai - kampung terapung. kali pertama saya ke sana. niat asal ke pengkalan balak. dalam perjalanan dicadang ke serkam.akhirnya sampai di umbai terapung. alhamdulillah, ikan segar. alhamdulillah, cik bak yg belanja cebad bukan sebaliknya.minggu depan saya akan ke melaka lagi. kalau ikut arahan bos, tiap2 minggu keluar stesen. ponat esei.