Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Februari 19, 2010

Ganjaran Sebagai Seorang Pendidik

Ramai yg salah faham tugas seorang pensyarah. Ramai yg ingat kerja pensyarah amat mudah. P ke kelas utk bagi kuliah aje. Semasa pelajar peperiksaan dan cuti, ramai ingat pensyarah akan cuti.

Realiti adalah sebaliknya. Masa bekerja sebagai pensyarah bukan spt orang kerja pejabat, 8pagi - 5ptg, 5 hari seminggu. Penat sebagai pensyarah adalah penat berfikir. Ianya tidak sama penat secara fizikal. memberi perkhidmatan melalui pengajaran memerlukan menghadapi pelbagai kerenah manusia.

Seorang pensyarah akan berasa sedih jika pelajar yg berpotensi tidak berusaha mencapai potensinya. Seorang pensyarah akan berduka jika seorang yg diberi peluang utk memperbaiki dirinya tidak menggunakan peluang yg ada sebaik2nya.

Namun, seorang pensyarah akan gembira apabila melihat pelajar/bekas pelajarnya berjaya memahami ilmu yg ingin dikongsi dan digunakan utk manafaat diri, masyarakat dan persekitaran. Seorang pendidik akan berasa puas jika ia terus dihormati dan dikenali secara positif oleh bekas pelajarnya. Itulah perasaan saya apabila berada di MSN Johor pada 18 Feb 2010. Terima kasih kpd bekas pelajar2 saya. Saya doakan anda akan sentiasa dirahmani dan dirahimi Allah, dunia dan akhirat.

Tiada ulasan: