Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Februari 06, 2010

Bengkel 1 FSR

Bermula pagi Jumaat, 5 Feb 2010 dan dijangka berakhir pada 7 Feb, Ahad tengahari, FSR mengadakan bengkel peperiksaan. Ianya diadakan di shah alam shj. Mungkin mematuhi keperluan belanja berhemah.

Alhamdulillah, saya berjaya selesaikan tugasan saya sebelum 8.30malam tadi. Kemudiannya pihak FSR mengadakan jamuan BBQ. Para peserta daripada kesemua kampus yg menawarkan program sepenuh masa FSR hadir utk menjalankan tugas dan tanggungjawab. Tanggungjawab seorang pensyarah bukan hanya mengajar di bilik kuliah tetapi juga menyediakan kertas peperiksaan.

Walau pun diadakan sama ada di shah alam atau pun di luar shah alam, akan tetap ada yg tidak hadir. Ada yg hadir pada hari pertama sahaja. Ada yg tak hadir langsung. Ada yg masih perlu habiskan tugas yg belum selesai. Ada yg dah habis tugasan. Terima kasih kpd staf pentadbiran yg menguruskan akademik yg turut sama hadir daripada pagi sehingga ke malam.

Terima kasih kpd dekan yg hadir ke fsr utk memberi sokongan kpd peserta. Tadi dekan sekeluarga hadir ke majlis BBQ. Yang tak hadir ke bengkel adakah kerana tidak menghormati dekan? Allah Jua Maha Mengetahui.

Tiada ulasan: