Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Februari 20, 2010

Menguruskan Masa

Masa amat cepat berlalu. Sehari hanya ada 24jam. Kalau boleh nak lebih lagi. Tapi kita mempunyai masa yg terhad utk bersedia ke akhirat.

Antara punca stres adalah merasai kita tidak punya masa yg cukup utk lakukan apa yg ingin kita lakukan. Antara cara menguruskan stres adalah melalui pengurusan masa yg efisen dan efektif. Antara cara menguruskan masa adalah melalui perancangan masa utk digunakan.

Cubalah. Jika kita solat di awal waktu, kita akan terasa seolah2 kita mempunyai banyak masa utk lakukan perkara lain. Selalunya jika kita lambatkan2 solat, kita terasa seolah2 masa tidak cukup utk kita. Begitu juga pada waktu subuh, jika kita tidur selepas solat (lagi teruk kita tak solat subuh), kita rasa masa kita pendek shj. Sebaliknya, jika kita tidak tidur selepas subuh, kita terasa masa adalah banyak utk kita lakukan pelbagai perkara.

Prof Kamil antara insan yg suka bangun di awal pagi. Dahulunya digunakan banyak utk menulis. Sekarang lebih kpd menghambakan diri kpd Allah. Mungkin ini bukti antara cara utk mempunyai masa yg cukup utk dunia dan akhirat. Allah Maha Mengetahui. Walau puun masa itu percuma, jika kita tidak menggunakannya dgn sebaik2nya, kita akan terasa kerugian dgn masa kita yg ada.

Tiada ulasan: