Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Februari 27, 2010

Maulidur Rasul 1431H

26 Feb 2010 adalah bersamaan 12 Rabiul awal, iaitu tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Ianya adalah hari cuti di Malaysia.

Antara buku yang jadi bacaan saya yg diulang2 adalah tentang sirah rasulullah s.a.w. Buku yg menjadi antara pilihan saya adalah karya Martin Lings. Jika kita hayati betul2, kita akan mengeluarkan air mata apabila membaca bab yg menceritakan bgmana nabi kesayangan kita dihina oleh kaum musyrikin.

Dalam buku ada menyatakan bhw para sahabat lebih mengasihani nabi muhammad s.a.w drpd kedua ibubapa, isteri, anak2 dan lain2. Malah mereka sanggup pertaruhkan kedua ibubapa mereka utk Nabi junjungan kita. Begitu besarnya kasihsayang para sahabat kpd junjungan besar kita. Kita bagaimana?

adakah cukup sekadar perarakan tahunan? adakah cukup setahun sekali shj? antara tanda2 kasih kita kpdnya adalah meneruskan wasiat baginda. memastikan agama Islam yg didakwahkan baginda terpelihara drpd ancaman, kehinaan dsbnya. Bersamalah kita jadikan alquran dan assunnah sbg panduan hidup kita.

Tiada ulasan: