Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Februari 03, 2010

Impian Yang Murni

Selepas solat di surau sebuah kolej bersekutu di alor gajah, saya berbual2 dgn seorang pelajarnya. kali pertama saya melihatnya, saya andaikan beliau berasal drpd sebuah keluarga yg bukannya mewah. Ini berdasarkan pakaian dan tingkahlaku beliau.

Saya bertanya namanya. Beberapa saya tanya walau pun dia menjawab berkali2. Saya andaikan beliau gugup atau segan kpd saya, maka jawapannya kurang jelas. Seperti biasa, saya suka berbual2 dgn mereka yg menimbulkan persoalan kpd saya. Saya tanyakan program pengajian yg beliau ikuti. Dia tidak mengikuti program uitm, tetapi kemahiran komputer - vokasional.

Beliau dibesarkan oleh nenek dan saudara mara. Kedua ibubapa berada di negeri lain. Beliau mempunyai cita2 yg tinggi ingin membantu keluarga dgn berbekalkan ilmu yg bakal didapatinya. Saya ucapkan tahniah kpd beliau dan berdoa beliau berjaya mencapai hasrat yg murni.

Saya berdoa agar saya akan ebrjumpa dgn ramai lagi yg mempunyai niat yg jujur dan ikhlas seperti pelajar ini. Saya doakan agar saya mendapat pelajar yg ingin mendapatkan ilmu secara halal untuk mendapat rezeki yg halal. Saya doakan ahli keluarga dan sahabat saya dikurniakan eilmu dan rezeki yg halal.

Tiada ulasan: