Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Februari 11, 2010

Kerana Degil?

Dah berkali2 pesan.Pandai jaga diri. Jangan sombong. Nasihat utk kebaikan bersama, diri, masyarakat dan persekitaran.

Tadi semasa nak ke kuliah jam2 ptg, saya lihat manusia terbang. Siap dgn summersault lagi. Malangnya bukan acara gimnastik. Ianya adalah aksi seorang penunggang motorsikal (kemungkinan besar pelajar uitm). Beliau terbang ke langit biru (cuma capai saya anggar 10kaki aje kot). Kesannya, berlaku kesesakan lalulintas pada masa kritikal di bulatan berhampiran pintu masuk utama uitm.

Seorang pemandu yg perihatin terus memberhentikan kereta untuk memberi bantuan. masih ada yang membelok dan menukar laluan tanpa 'signal' dinyalakan. Degil. Apabila saya menghampiri penunggang tersebut saya lihat beliau terbaring di atas rumput di tepi jalan. Saya anggap dan berharap beliau terjatuh ke atas rumput bukannya ke atas jalan selepas kemalangan tadi.

Siapakah yang bersalah? Saya tidak nampak dgn jelas. Tetapi komen seorang kawan, kita sentiasa perlu mengingatkan sesama kita. Malang tak berbau. 'Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian,kecuali orang2 yang beriman dan beramal salih dan berpesan2 dgn kebenaran dan berpesan2 dgn kesabaran', Surah Al-Asr'.

Tiada ulasan: