Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Februari 01, 2010

Di Melaka 2010

Semalam saya di Melaka. Tugasan ISO untuk kolej bersekutu. cadangan asal melawat 2 buah kolej, tetapi satu meminta ditangguh kerana akan dilawat oleh APA pd minggu ini juga.

Saya bermalam di rumah tamu uitm lendu. kebanyakan hotel tidak menerima LO jika hanya seorang sahaja. Kenapa ya? Bukannya uitm takde duit. Jadi nak tak nak, rumah tamu uitm lendu jadi pilihan. saya dapat bilik no.98. bilik yg ada kenangan. walau pun saya bgtau elakkan bilik ni, saya terima kunci utk bilik ini juga. Allah Yang Menentukan.

Pada sebelah malam, semalam, saya ajak seorang sahabat lama keluar p makan malam. Dia dikenali sebagai Cik Bak, kaunselor uitm. kalau disebut oleh pelajar, boleh tertukar dgn saya Ce Bad. Nama ayah kami pun sama. cuma initial berbeza, initial beliau sama dgn initial bos no.1 uitm melaka.

Kami ke umbai - kampung terapung. kali pertama saya ke sana. niat asal ke pengkalan balak. dalam perjalanan dicadang ke serkam.akhirnya sampai di umbai terapung. alhamdulillah, ikan segar. alhamdulillah, cik bak yg belanja cebad bukan sebaliknya.minggu depan saya akan ke melaka lagi. kalau ikut arahan bos, tiap2 minggu keluar stesen. ponat esei.

Tiada ulasan: