Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Februari 02, 2010

Kemalangan Tidak Diminta

Dalam perjalanan ke sek14 shah alam, saya terpaksa mengambil jalan yg sedikit jauh. Dipersimpangan biasa terbaring seorang penunggang motorsikal. Dan terdapat ramai yg mengerumuninya. Selepas saya kembali ke arah asal, saya lihat kasut dan motorsikalnya dan sebuah kereta yg mungkin dilanggar motorsikal.

Siapa yg salah? Saya tak tahu. tapi banyak andaian saya. Satunya, penunggang mengambil selekoh dgn laju tanpa menyalakan tanda isyarat menunjuk arah. Kedua, mungkin kereta membelok dgn laju tanpa menyalakan tanda isyarat membelok. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Saya melihat pemandu dan penunggang motorsikal ramai yg cuai dan tak kisah. Tak kisah tentang diri dan orang lain. Ikut suka aje nak pandu laju. Ikut suka aje tak nak masuk lorong motorsikal. Ikut suka aje membelok tanpa isyarat. Ikut suka aje memotong tanpa isyarat. Tapi apabila berlaku kemalangan, kita tak suka. Saya pun tak suka kemalangan kerana menyusahkan banyak pihak. Bukan aje yg kemalangan.

Tiada ulasan: