Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Februari 09, 2010

Sistem Sedekah atau Skim Cepat Kaya

Majoriti drpd kita ingin kaya. Kenapa ingin kaya? Supaya dpt memiliki apa yg kita ingini? Tapi adakah keinginan kekayaan itu membantu kita bahagia di dunia dan akhirat?

Baru2 ini saya dimaklumkan tentang satu program saling membantu melalui kutipan duit. Ianya berkonsepkan sedekah. Ianya menggunakan wang pos. Ramai kawan2 saya yg berminat. Mereka mengajak saya turut serta.

Maka saya pun lakukan sedikit penyelidikan. Sebab program tu dah banyak kali saya dengar. adacbentuk berbeza, ada bentuk atau nama hampir sama. Kita bagi rm30, kita akan dapat berganda2. rm30 adalah utk rm5 seorang yg terdahulu drpd kita. tiada pembelian barang. tiada penentuan keuntungan tetapi kita dijanjikan akan untung.

di luarnegara, ianya satu penipuan yg terkenal sbg ponzi. di negara kita dulu adalah dgn memasukkan 6 nama2 lain rm5 seorang. ianya spt satu skim piramid. yg untung adalah yg masuk awal. sila baca http://www.zaharuddin.net/content/view/878/95, komen seorang pakar syariah tentang pelaburan dan perniagaan dlm islam. rumusan beliau, skim taawon ini haram. ada elemen judi, gharar, etc.

pandangan saya kpd saudara dan sahabat, janganlah sebab tamak kekayaan di dunia, kita menerima padah di akhirat. yang haram tetap haram. cuba buat satu kiraan mudah. jika ianya satu skim piramid, yg akan rugi adalah yg paling bawah. Allah Jua Yang Maha Mengetahui.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam, kena dengar dulu penjelasan dari orang yang tahu...jangan pakai hantam keromo saja...ianya bukan ponzi jauh sekali pyramid system. dan bukan sebab TAMAK...cakap kenelah beralas sikit.. kita tak tahu tahap sensitivity seseorang itu...nasihat saya untuk siasat lagi program ini dari orang yang tahu the whole system...insya Allah...semoga kita semua dirahmati dan dilindungi subhanahu wata'ala...di dunia dan di akhirat kelak...

cebad berkata...

terima kasih.sila baca komen ustaz zaharuddin. kemudian buat kiraan mudah tentang bagaimana nak dapatrm21,000 daripada hanya rm300++.

secara kasar perlu ada sumbangan daripada 4,200 orang di malaysia. jika dibahagi 6, secara kasar perlu 700 orang utk hasilkan seorang mendapat rm21,000. penduduk di malaysia 27juta. katakan 21juta terlibat. berapakah sebenarnya akan mendapat janji rm?
Allah hu a'lam.

Tanpa Nama berkata...

anda tidak memahami d whole program.dpt rm21k dari rm300++ mungkin program lain.sekali lg dinasihatkan dptkan info dari org yg faham perjalanan of d whole system.jd sy tidak mahu argue lg dgn anda...tidak ada kesudahannya...assalamualaikum...

cebad berkata...

waalaikumsalam. terima kasih.
setiap kita akan membuat keputusan yang ditanggung sendiri. jika keputusan adalah tepat, kita bersyukur. jika keputusan tidak tepat, kita berdoa ianya sebagai pengajaran.

cebad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
cebad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
cebad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

This is just how our people are, especially our Malay people. We want to get rich, but we are not putting effort. We'll just grab the first opportunity of "get rich scheme". Seriously Tanpa Nama or whoever you are, maybe you are more knowledgeable than Ustaz Zahazan, but its better that u work harder or learn more than going into the scheme. Kadang-kala kita mudah sangat tertipu gara-gara inginkan sesuatu... yang kurang bermakna.