Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Februari 07, 2010

Solat Jumaat

Pada jumaat lepas saya solat jumaat di Masjid SAAS Shah Alam. Sejak pusat Islam uitm di'renovate' 2008, masjid SAAS menjadi pilihan utk saya solat jumaat jika bukan bercuti.

Selepas solat jumaat, dlm perjalanan ke kereta saya, saya lihat dua pemuda(mungkin pelajar uitm) melihat ke kereta mereka dgn sedih/marah/etc. Saya lihat cermin belakang sisi telah dipecahkan oleh orang lain. Saya andaikan mereka kehilangan barang berharga seprti laptop kot. Dihadapan sedikit, saya lihat ada kesan cermin pecah, dan saya andaikan sebuah lagi kereta telah juga dipecahkan.

Adik saya pernah mengalami perkara yg sama. Bezanya, keretanya dipecahkan cermin sisi semasa diletakkan di hospital. Beliau kehilangan sebuah beg yg mengandungi pakaiannya. Mungkin pencuri beranggapan beg adik saya mengandungi laptop.

Saya memang geram dan marah kpd mereka yg mencuri dan merompak. Kita ke masijd utk solat jumaat, mereka mencuri. Kita ke hosipital nak bantu pesakit, mereka mencuri. Saya doakan agar tangan mereka akan terputus pada satu hari nanti. Dan adik saya berada di sisi utk memaklumkan bhw tangan mereka ini akan menyebabkan mereka sengsara sehingga akhirat.

Tiada ulasan: