Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Februari 10, 2010

Siapa Kita Percaya

Saya dinasihatkan seorang kawan,'Jangan turut serta dgn satu skim yg kononnya membantu'. Saya terima nasihat belaiu kerana tugas beliau memastikan jenayah penipuan kerana ingin kaya tidak berleluasa. Sudah ramai yang terkena dan menangis tak berlagu.

Satu blog yang saya nyatakan dlm tulisan sebelum ini menggariskan halal dan haram dalam urusan perniagaan. Bagi tokay judi, dia memberi khidmat judi kerana ada yg ingin berjudi. Jadi bagi tokay judi, beliau berkhidmat kepada masyarakat. Bagi pembeli barangan curi/rompakan, beliau akan pertahankan kerjanya kononnya beliau membantu mereka yg memerlukan. Setiap orang akan biasanya mempertahankan bahawa apa yg beliau lakukan adalah benar.

Kita lihat satu profil bakal atau penjenayah. Keperluan kepada kewangan yg mendesak menyebabkan dia akan lakukan apa sahaja utk dapatkan duit. Jika dia ditangkap, dia akan merayu dan menyatakan bahawa beliau terdesak. Bagaimana dgn mangsanya? Siapa lebih berhak dikasihani dan mendapat keadilan?

Jadi, gunakanlah ilmu yang kita ada utk membuat keputusan yg tepat. Jangan kita menyesal di hari kemudian. Allah Jua Yang Maha Mengetahui.

4 ulasan:

coachzam berkata...

Masa ada kawan maklumkan yang ada ulasan bijaksana, mulanya malas melayan sebab dah mangli. tapi tergerak juga nak tengok memberi pendapat. Ulasan Ust Zaharuddin ni dah banyak diulas oleh yg lain, antaranya sebagai ulasan yg kabur tapi kita hormat pandangan beliau. Soalnya adakah itu fatwa atau ijtihad beliau. Kalau fatwa yang dibuat berdasarkan pandangan beliau, dimanakah ijmak ulamak utk memastikan fatwa tersebut sahih atau tidak tapi sekiranya itu adalah ijtihad beliau, maka itu adalah pandangan peribadi atas tafsiran beliau sendiri. Mungkin bagi beliau atau mungkin para bijaksana yang ada, tidak perlu mengkaji secara terperinci sebelum menjatuhkan hukum, kerana ilmu yang mungkin melebihi tahap tepu. Tak perlu maklumat dan fakta. Menurut ulasan Ust Zaha ni, MLM juga berunsur haram kerana ujud unsur penganiayaan, gharar dan syubhah tapi sekarang beliau terlibat dengan MLM STORMREADERS yang bagi beliau telah diubahsuai mengikut syariah. Soalnya, program wangpos yang telah diubahsuai mengikut syariat mungkin tidak perlu dikaji oleh beliau sebelum menjatuhkan hukum sebab guna wangpos. Sebut saja wangpos terus saja sama dgn semua program terdahulu. Ini mungkin pandangan para bijaksana yang melebihi tahap tepu..terlalu bijak dan berilmu utk mengkaji dan memahami..maklumlah..bijak terlampau. Hukum syariat yang hanya diulas melalui laman blog rasanya belum cukup utk difatwakan jika ujudnya khilaf dari dalil dan nas yang ada. Itu yang perlu berhati2 kerana secara tidak langsung mengelirukan umat islam tapi itulah pandangan bijak pandai yang ada...tak perlu kaji..sebab dah pandai.
TAMAK!!! Ulasan yang angkuh. Jika ketamakan tersebut dapat mengurangkan beban beberapa rumah anak yatim, mengisi keperluan ibu-ibu tunggal dan membantu insan2 yang memerlukan dan meringankan bebanan kewangan ramai umat islam, maka moga Allah memberi rahmat dan keberkatan diatas "ketamakan" tersebut. Rasanya keperluan individu yang bersendirian mungkin tidak sama dgn individu yang mempunyai 3,4,6,8 tanggungan. Oleh itu mungkin keperluan itu tidak dapat dirasai oleh yg golongan bijak. Apapun, berbeza pendapat adalah lumrah alam dan dibenarkan dalam Islam selagi tidak lari dari yang telah jelas. Walaupun Bank Negara kata ok, walaupun pejabat mufti kata ok, walaupun ilmu yang Allah beri digunakan untuk kebaikan umat melalui usaha program yang terbukti tiada unsur penganiayaan, tiada unsur gharar, tiada unsur syubhah dan riba'...mungkin ini semua tidak perlu dikaji oleh golongan yang terlalu bijak...melebihi tahap tepu. Tapi...perlukah berdebat dgn golongan ini..rasanya beribu2 peserta yang mempunyai sifat tawadhuk untuk mendengar, memahami, mengkaji sebelum menilai dan menjatuhkan hukum akan terus menjalankan program yang ada tanpa perlu menghirau golongan yang terlalu amat bijak untuk menilai berdasarkan andaian. Kerana...biarkan si luncai dengan labu2nya. Selagi hukum Allah tidak dilanggar dan yang teraniaya terus dibantu, maka yang baik kita teruskan. Moga Allah memberi petunjuk kepada kita semua dan mencairkan keegoan setiap insan untuk menerima kebenaran dan tidak berselindung disebalik kebijaksaan yang jahil. Wallahualam.

cebad berkata...

terima kasih coachzam kerana ulasan yg panjang dan berisi. benar, kefahaman berdasarkan kpd ilmu. dan perbezaan pendapat adalah lumrah hidup.

dalam kehidupan jika kita gunakan pdca, kita perlu rancang, buat, semak, dan perbaiki jika perlu. keputusan akhir utk melakukan sesuatu atau memperbaiki keputusan asal adalah ditangan diri masing2.
Benar, Allah Jua Yang Maha Bijaksana, Maha Adil, Maha Mengetahui.

cebad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

This is truly a get rich scheme. Kenapalah orang2 kita bebal sangat dan malas berusaha untuk mendapatkan rezeki. Sebaliknya kita mudah sangat terpengaruh dengan skim-skim cepat kaya yang menjanjikan langit... tetapi tiada usaha... lansung. Itulah yang akan terjadi apabila kita kurang ilmu,( not saying i am knowledgeable). Maybe for some, we need to experience it to realise that its a scheme... all the best and dont say that we didnt warn you.