Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Februari 05, 2010

Susu Kacang Soya

Saya suka minum susu kacang soya. Ianya lebih dikenali dgn soya bean drink. Sekarang amat mudah didapati dlm kotak.Semasa saya bersekolah ditahun 70an, harga sebotol susu kacang soya yeos adalah 30sen, iaitu harga sama dgn sebotol coca cola. sekarang yeos menjual susu kacang soya dlm kotak. susu kacang soya dlm botol adalah antara minuman saya ambil drpd kedai arwah datuk saya. selain drpd minuman dlm botol dan dlm kotak (dan tin), kita juga boleh beli susu kacang soya segar atau dikenali sebagai air taufu.

untuk beberapa minggu, satu jenama minuman menjual 1liter susu kacang soya pada harga rm1.55. maka saya akan kerap ke kedai tertentu membeli beberapa kotak susu kacang soya utk minuman saya dan keluarga, saya pernah ditanya oleh seorang pekerja di kedai mini market kenapa saya membeli banyak kotak susu kacang soya. mungkin beliau anggap saya menjualnya kembali kot. jawab saya, ianya utk minuman saya dan keluarga saya.

setiap kali saya minum susu kacang soya, ianya akan mengingatkan saya ke masa2 lampau. mengingatkan kpd pelbagai kenangan. dan susu kacang soya adalah diantara minuman utk berbuka puasa pd bulan ramadan. ianya lebih enak jika dicampur dgn cincau.

Tiada ulasan: