Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Februari 08, 2010

Pencuri, Perompak

Semalam semasa saya hendak ke Melaka saya perlu menyimpan sandal saya dlm kembra saya. Saya cuba buka pintu depan sebelah penumpang dgn kunci saya. Malangnya usaha saya tidak berjaya. Saya perasan rupa2nya ruang kunci telah cuba dibuka oleh bakal pencuri atau perompak mungkin dgn skru.

Beberapa buah kereta adik2 saya pun ada kesan cubaan dibuka secara paksa. Maka kali ini giliran saya. Saya yakin cubaan tidak berlaku di uitm. Mungkinkah semasa saya letak kereta utk bersolat jumaat pd minggu lepas? atau mungkin ketika waktu malam di kawasan perumahan saya? Saya lebih yakin di kawasan perumahan saya.

Walau pun kami mempunyai pegawai keselamatan di kawasan perumahan yg dibayar setiap bulan, ianya tidak menjaminkan keselematan harta kami sepenuhnya. Maklumlah bilangan pengawal adalah terhad. Kita merancang, Allah jua yang menetukan. Alhamdulillah, setakat ini Allah tidak membenarkan cubaan untuk mencuri harta drpd kereta saya.

Saya berdoa dan bermohon kpd Allah agar Allah terus tidak membenarkan sebarang usaha untuk mencuri harta yg diamanahkan kpd saya. Saya juga berdoa agar balasan sewajarnya kepada mereka yg mencuri, merompak, merogol, menipu, pecah amanah akan mendapat pembalasan seadil2nya daripada Yang Maha Adil, di dunia dan di akhirat. Hanya Allah, Tuhan yang disembah dan dimohon pertolongan.

Tiada ulasan: