Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Jun 30, 2012

Kuasa dan Jahil

kita biasa dengar gila kuasa. biasa juga dengar tentang mabuk kuasa. saya tak tahu bgmana nak menterjemahkan kedua2nya dgn tepat.

tetapi pengalaman berkuasa melalui kebolehan memang ada seronok. ada tak seronok. boleh buat kita jadi berani. boleh buat kita jadi takut. seeloknya ada serba sedikit selagi tidak memabukkan.

sudah beberapa kali saya berpeluang memandu kereta baru (dimilikki) seorang adik saya. fuh..memang berkuasa kereta ni. 0-100kmh dlm masa 8saat. dan kuasa terasa juga melalui jenama kereta ni. maka yg tahu akan beri laluan. tapi ada juga yg tak faham2 atau jahil semasa memandu. menukar laluan/memandu tanpa lampu semasa keadaan kurang jelas kpd pemandu lain jika lampu kereta tidak dipasang.

seorang yg berkuasa sebenarnya adalah yg beramanah. juga bertanggungjawab kpd pihak lain selain kpd diri sendiri. sebarang tindakan akan dilakukan mengikut kemampuan kita. maka sebenarnya mereka yg berilmu adala mereka yg berkuasa. Allah Maha Berkuasa kerana Allah Maha Mengetahui.

Jawatan Ketua

insyaallah, bermula 1 Julai 2012 saya tidak lagi memegang jawatan sebagai seorang ketua berbayar di uitm. jawatan ketua berbayar bermula pada 1 februari 2007. maka sehingga 30jun 2012 saya memegang jawatan ketua berelaun selama 5tahun 5bulan atau bersamaan 65bulan. sebelum itu saya ada memegang jawatan ketua tak berelaun tapi tak ingat bermula sejak tahun bila.

drpd ketua program di fakulti ke ketua kualiti di institut dan berakhir dgn ketua di pejabat tnc di canseleri. saya anggap jawatan ketua saya yg terakhir adalah setinggi2 jawatan sbg ketua di uitm yg terdapat di uitm. jawatan tertinggi tidak bermula dgn ketua bg seorang staf akademik tentulah sbg naib canselor. bawah sikit sbg tnc. bawah sikit lagi sbg pnc atau dekan atau rektor atau pengarah ptj. bawah lagi sbg ketua peringkat universiti atau td atau tr atau tp. jadi kira2 sy telah sampai tahap 4 paling tinggi jawatan staf akademik sbg pentadbir akademik. alhamdulillah.

walau di peringkat mana sekali pun, ianya mempunyai tugas dan tanggungjawab yg perlu dijalankan dgn penuh amanah. sungguh pun jawatan sbg pentadbir akademik telah tamat di jima, insyaallah sy akan terus membantu jima jika diminta oleh tnc. terima kasih sekali lagi sy ucapkan kpd tnc jima dan staf jima yg banyak membantu sy menambah ilmu dlm jaringan industri, masyarakat dan industri. saya mohon maaf jika adalah salah dan silap. apabila ada makan sentiasalah ingat saya ya.

Rabu, Jun 27, 2012

Pakar atau Pakai

seorang cikgu diandaikan akan mengkhususkan dlm satu bidang atau matapelajaran utama. contohnya bahasa malaysia. tetapi selalunya cikgu akan juga mengajar matapelajaran lain. dan bergantung kpd guru besar, masa, keadaan, atau sekolah, ada kalanya cikgu akan mengajar matapelajaran yg bukan bidang beliau tetapi kerana keperluan adalah sedemikian. maka bagaimana dgn kualiti pengajaran dan pembelajaran?

seorang pensyarah di ipt kebiasaannya juga diandaikan akan jadi pakar/pengkhusus dlm satu bidang utama dan mempunyai kebolehan dlm bidang berkaitan. setiap pensyarah dimestikan boleh menyelia pelajar yg menjalani latihan industri dan menyelia pelajar melakukan penyelidikan. sebab seorang pensyarah sekarang minima telah melakukan penyelidikan semasa sarjana muda dan/atau sarjana. tetapi adakalanya ketua, masa, keadaan atau kampus/fakulti memerlukan sebaliknya. maka adalah pensyarah yg mengajar pelbagai (meserba).

sbgmana pernah saya nyatakan dan akan terus nyatakan, seorang pensyarah perlu berkongsi dgn orang lain ilmu berdasarkan bidang asasnya. perlulah ada satu bidang utama beliau dikenali di dlm dan luar kampus. bidang akademiklah jangan pulak bidang putar alam. dan perlu juga ada sekurang2nya satu bidang kedua. 
tadi spt biasa semasa kuliah pertama dgn pelajar, saya akan perkenalkan diri saya dan kelayakan akademik serta pengalaman kerja saya. tujuan utama adalah utk memberi keyakinan kpd pelajar bhw saya mempunyai kelayakan utk mengajar kursus diamanahkan kpd saya. komen pelajar,'encik saya pernah masuk kelas pensyarah XXX dan cara beliau mengajar tidak membantu saya memahami kursus diambil'.

adakah sebab pensyarah ada juga yg nak kaut semua kursus utk diajar? ianya berkaitan dgn kefahaman amanah ke atas kita. tepuk dada dan batuk2lah. jangan kita hanya memakai jawatan pensyarah dlm bidang YYY kerana kita pernah belajar satu kursus semasa pengajian kita. lagi teruk, tak pernah belajar sama ada secara formal atau melalui pengalaman kita mengaku kita pakar dlm bidang ZZZ. maka tidurlah pelajar kita semasa kuliah. tidurlah graduan kita semasa bekerja jika dapat kerja kerana kurang atau tak tahu ilmu berkaitan kerja.

Memegang Amanah

4 sifat rasulullah s.a.w adalah siddiq, fatanah, amanah dan tabligh. membenarkan apa yg dikata orang, berilmu, memulangkan kembali kpd empunya barang yg dipertanggungjawabkan kpd kita dan menyampaikan berita/maklumat.

memegang jawatan bermakna kita diberikan amanah untuk dijalankan dgn sebaik dan semampu kita. jawatan diberi berdasarkan kepercayaan orang kpd kita. sefaham saya kita adalah pemimpin bergantung kpd masa dan keadaan. dan setiap pemimpin perlu mempunyai 4 sifat dinyatakan. kalau satu tiada maka tidak sesuailah jadi seorang pemimpin. jika ada satu yg kurang kualitinya maka kita perlu perbaiki.

amanah ada kaitan dgn kredibiliti. nama kita boleh dijadikan seumpama kulit buku utk mencerminkan kita. tetapi itu hanya umum shj sebab ada yg mempunyai nama, pangkat atau jawatan yg hakikat pembawaannya adalah bertentangan. contohnya kita tidak punya kredibiliti walaupun nama kita bermakna kita berkredibiliti. atau jawatan kita adalah hakim tetapi kita menghakimi dgn tidak adil. atau kita berpangkat ketua tetapi kita tidak mengetuai pengikut kita dgn baik.

pengalaman berurusan dgn mereka yg kurang (adakah terma ini) atau yg tak amanah menjadi pengajaran kpd kita. orang puteh kata, 'once bitten twice shy' atau peribahasa melayu 'pisang takkan berbuah dua kali'. maka walau pun digunakan taktik simpati atau ugutan, jika kita percaya dgn kuasa Allah, ugutan manusia tidak boleh melawan Allah. 'manusia merancang, Allah merancang, dan Allah sebaik2 perancang/menjadikan realiti'.

Isnin, Jun 25, 2012

Berkira dan Mengira

berkira dan mengira adalah perkara biasa. adakala kita kata kita congok2.

bagus sebenarnya berkira. maka kita akan mudah nak menilaikan prestasi kita. berkira berbentuk objektif. bukannya subjektif iaitu ikut suka dan rasa aje. maka dengan berkira senang kita tentukan prestasi adalah cemerlang atau lain2.

tapi kita bukan perfect. kiraan tak akan tepat. ada masanya kiraan kita tak adil. dan kiraan yg tak adil selalunya untuk memberi kelebihan kpd kita. hanya Allah yang maha adil. berkira tentang kerja bukan suatu yang mudah. maka ditetapkan objektif untuk dicapai. di sektor kerajaan kita gunakan skt - sasaran kerja tahunan. cuma penilaian masih lagi subjektif. maka susah juga la untuk kiraan yg adil dan tepat.

skt ditetapkan berdasarkan banyak perkara. skt orang bawah selalunya berdasarkan skt bos. sbg pensyarah akan punyai ramai bos. andaian macam bos adalah tangan di atas iaitu arahan sebanyak 10jari. dan orang bawah adalah tangan dibawah iaitu seorang menerima 10objektif. kalau bernasib baik 10skt drpd 1bos. tapi seorang pensyarah ramai bos. bermula drpd nc, 4tnc, pnc, dekan, td dan lain2. utk senang kira ambil balik tangan di atas tadila. setiap skt adalah tekanan. jika kitatidak pandai menangani tekanan2 ini, ianya boleh menyebabkan kita burnout atau teruk lagi kena 'belaian' negatif (stroke lah).

maka amatlah penting untuk berkira dlm buat kerja. kalau banyak sangat kerja dalam masa terhad boleh patah belakang unta (the straw that broke the camel's back). dan kita juga boleh kena angin ahmar jika orang bawah kurang buat kerja. memang jadi orang di tengah susah. tekanan dari atas dan bawah, dan juga drpd kawan/lawan sama aras. jadi..berdoalah kpd yang maha berkuasa. tekanan drpd hamba2nya hanyalah dugaan dan ujian hidup.

Masa dan Kerja Pensyarah

sehari ada 24jam. dan masa untuk kerja biasanya 8jam sehari. utk 5 hari biasanya maksima masa kerja 40jam. andaian saya kita produktif hanyalah 4jam shj sehari. lain2 masa untuk persediaan dan semakan (termasuklah berjalan ke sana kemari, ke bilik air, minum air, membebel dsbnya). tetapi kelas kalau 4jam sehari pun dah penat.

masa ata digunakan, masa minima kerja seminggu seorang pensyarah uitm adalah 38.5jam seminggu. kebiasaan minima ata adalah 18jam ata. jika diambil kira 1jam persediaan bagi setiap jam ata maka jumlah jam kerja seminggu menggunakan ata adalah 36jam. lagi 2.5jam digunakan untuk pentadbiran spt mesyuarat dan hal2 lain.

walau bagaimana pun pandangan saya seorang berdasarkan minima 2 kod kursus dengan 2kumpulan kelas. dan setiap pensyarah perlu ada 1kursus utama dan 1 kursus kedua. jika saya, kursus utama adalah perakaunan dan kursus kedua adalah kaunseling. maka 2kod kursus dengan jumlah 3kumpulan yg mempunyai 3jam menjadikan jumlah 9jam kuliah. setiap jam kuliah perlukan 2jam untuk persediaan dan penyemakan. ini memerlukan =9x2jam=18jam. maka jumlah untuk pengajaran adalah 27jam. setiap pensyarah akan menyelia satu kod latihan industri = 1jam. dan menyelia 4pelajar=2jam pertemuan dan 4jam persediaan dan penyemakan, menjadikan jumlah 7jam untuk tugasan seliaan. maka jam kerja untuk p&p adalah 34jam seminggu. lagi 4.5jam tu untuk kerja2 pentadbiran lah. sekalisekala kena pergi kursus.

dgn atp, masa amanah pensyarah adalah 39jam seminggu. ada jadual untuk kira. untuk sesi jan-jun 2012 saya dapati jumlah atp saya = >80jam seminggu. kalau ikut peraturan, jika atp kurang drpd 39jam seminggu, kita kena ganti. jadi kalau atp 80jam, maknanya saya dikecualikan daripada bertugas selama satu sem la kot?

tadi saya cuba kurangkan atp saya kpd sehampir yg boleh dgn 39jam seminggu. pada mulanya atp saya dikurangkan sehingga >60jam seminggu. kemudiannya saya tolak3, dapatlah 39.9jam. tetapi adakah ianya akan menjadi realiti? tunggu...

Pesanan dan Peringatan

pesanan ini diberi kpd saya pad 1985. semasa saya di bangunan hep budisiswa itm shah alam. ianya pesanan oleh seorang jurulatih kesatria kpd saya. pesanan atau peringatan kerana saya utamakan kawan drpd diri sendiri.

sebenarnya sy teruja dpt membantu kawan yg sama2 di sekolah menengah di kuale kangsor. apabila beliau mendaftar di itm, beliau minta bantuan utk mendaftar kokurikulum. jadi sy bawa beliau ke hep. rupa2nya saya juga ada yg belum selesai. maka berpesanlah cikgu kesatria kpd saya, 'selesaikan dulu urusan awak sebelum nak tolong orang lain'. lebih kurang begitulah kata2nya sebab maklumlah nak ingat sebijik2 dah 27tahun berlalu.

maka apabila banyak benda nak diselesaikan. banyak pertolongan diminta drpd pelbagai pihak. saya akan teringat kpd pesanan/peringatan ini. memanglah kerja takkan habis. pertolongan diminta kpd kita takkan berhenti. tetapi utk elak drpd burnout. utk elak drpd matlamat tak tercapai, maka saya perlu sentiasa buat analisis swot. fokus. utamakan yg utama. bersedia, rancang, buat, semak dan perbaiki perjalanan hidup supaya masalah diminimakan dan hasil dimaksimakan drpd usaha yg terdaya.

Ahad, Jun 24, 2012

Majlis Keluarga

pagi tadi saya hadir ke satu majlis keluarga bersama ayah dan ibu. ianya majlis tahlil dan kesyukuran oleh bapa sepupu saya iaitu sepupu kepada ayah.

majlis keluarga adalah masa untuk keluarga berkumpul. ada majlis suka. ada majlis duka. majlis tahlil selalunya merangkumi kedua2nya kerana tahlil utk mengingati mereka yg telah tiada bersama kita dan peringatan kpd kita. yg suka adalah kerana peluang bertemu saudara mara dan adakalanya kenalan yg jarang2 dapat dijumpa kerana tugas harian.

seorang pakcik kena stroke beberapa bulan yg lepas hadir tadi. seorang pakcik jika panjang umur akan capai usia 80tahun pada tahun depan juga turut hadir. pakcik ini dikira ahli keluarga paling tua diantara generasi sama dgn ayah saya. dan apabila berkumpul dgn mereka yg lebih tua dari segi umur dan pangkat, ianya membuatkan saya terasa seolah masih lagi muda.

majlis keluarga juga merupakan majlis ilmu sama ada secara formal atau sebaliknya. setiap kali keluarga berkumpul saya sentiasa berharap untuk dapat menambahkan ilmu saya. setiap ahli yg hadir akan hadir bersama ilmu hasil pengajian dan pengalaman. dan utk kita mendapat ilmu kita janganlah malu bertanya, walaupun ada kalanya soalan saya membuat kekeliruan utk mereka yg tidak faham. mempunyai keluarga dan kenalan boleh dikira sbg satu kekayaan bg saya.

Jumaat, Jun 22, 2012

Pangkat dan Nama

seronok juga kalau berpangkat dan ternama. maka ke mana kita pergi selalunya kita akan disambut dan dilayan dgn baik. mungkin inilah antara sebab orang jadi gila pangkat dan nama.

maka ada yg sanggup lakukan apa shj utk dpt keistimewaan pangkat dan nama. ada yg sanggup beli pangkat. ada yg sanggup kahwin utk dpt pangkat dan nama. pangkat dan nama spt kulit buku, dan selalunya orang menilai kita berdasarkan kulit buku kita (to judge a book by its cover). selain drpd pangkat dan nama, kita juga selalunya dinilai melalui jenis kereta yg kita pandu dan rumah yg kita diami. dan ini sebenarnya kebanyakan drpd kita pelajari drpd kedua ibubapa, ahli keluarga, kenalan dan kawan serta tak lupa media.

saya pernah ditanya (sebenarnya kerapkali ditanya) siapa saya ni. mungkin sebab cara pembawaan saya, cara pakaian saya, bojeng rambut saya, dan macam2 lagi kot. jawapan saya, 'saya Badrul..., (tempat kosong ni isilah sendiri bergantung kepada peranan yg perlu saya jalankan mengikut masa dan keadaan).' tapi yg saya suka gunakan 'penjaga tempat letak kereta'. glamor kan.

Nyanyian dan Lagu

pada makan malam oleh pihak ums sbg menghargai spada usim sempena konvensyen kaunseling ke 18 di intan sabah, setiap meja perlu menghantar sekurang2nya seorang wakil berkaraoke. penyanyi pertama dekan sekolah sosial dan psikologi ums. bagi saya dia tak layak berkaraoke tetapi lebih sesuai sbg seorang penyanyi profesional. karaoke utk mereka yg bersuara sumbang spt saya.

saya hadir ke majlis makan malam tersebut dgn ehsan su agung perkama. beliau menjemput saya dan seorang lagi exco yg sebenarnya mencari2 kenderaan utk menikmati makanan laut di kk dan membeli-belah cenderahati. ahli meja saya mencadangkan saya sbg wakil meja utk berkaraoke. lagu pilihan saya 'nak dara rindu'. selalunya lagu ni tak ada dan membolehkan saya memberi alasan jika lagu tiada maka penyanyi pun tiadalah.

tetapi set karaoke yg canggih ada lagu p ramlee tu. maka saya terpaksalah menyanyi. hanya beberapa orang shj yg teruja dgn lagu saya (bukan nyanyian saya). dan mereka selalunya adalah orang2 lama. berbanding dgn lagu nyanyian wakil2 meja lain, lagu saya lagu lama (60an) dan berentak perlahan. seingat saya penonton/pendengar diam aje semasa nyanyian saya. mungkin tergamam atau menghormati sumbangan saya.

walau bagaimana pun, kebiasaan nyanyian dgn karaoke adalah tanda majlis seperti mesyuarat atau seminar atau konvensyen telah selesai. maka kita dah boleh 'lepaskan rambut kita' (let our hair down).  dan antara lain2 lagu yg saya biasa nyanyikan sebagai sumbangan jika diminta adalah lagu2 suhaimi meor hassan, jay-jay dan carefree,  sheila majid. lagu terbaru (lagu lama) yg saya suka adalah penantian cinta nyanyian a razak ahmad. tapi kalau nyanyi semasa karaoke akan buat orang tidur sebab panjang selama 6minit.

Jawatan

dlm menjalankan tugas dan tanggungjawab sbg seorang pensyarah di uitm, saya turut memegang pelbagai jawatan lain di dlm dan di luar uitm. alhamdulillah bermula 2012 ianya diambilkira sbg sebahagian drpd kiraan tugas seorang staf akademik uitm.

tugas2 saya secara rasmi (bersurat atau melalui lantikan) di uitm adalah: ketua di pej tnc jim&a, penasihat peers di hep, penilai kualiti inqka, koordinator khidmat masyarakat fsr, ajk kualiti fsr, ajk perasa fsr(?). manakala di luar uitm adalah: bendahari kuib, bendahari mpm, pemeriksa kira2 perkama international. itu yg saya ingat. jadi kena rujuk balik fail atp 2012 dan fail tugas dan tanggungjawab staf uitm 2011 dan sebelumnya utk lantikan yg tidak tamat pada 2012.

perancangan dan pengurusan masa amatlah penting. jika tidak boleh burnout. maka kenalah tahu dan berani berterima kasih kpd jawatan ditawarkan tetapi menolak dgn baik kerana perlu lakukan tugas secara berfokus utk pastikan kualiti kerja. jawatan/pangkat, harta dan 'opposite sex' adalah dugaan nafsu. adakalanya kita terleka dan terpedaya. tetapi jika kita sedar tujuan kita dihidupkan di dunia dan kehidupan abadi di akhirat, ketiga2 'ta' adalah ujian dunia.

saya telah biasa menamatkan jawatan diberi sebelum tamat tempoh. bukan sebab tidak sudi tetapi baik kita pergi secara rela drpd secara paksa. saya jadikan sbg satu 'habit' utk elak terlampau seronok memegang jawatan sehingga gila jawatan. ramai yg ada jawatan sanggup lakukan perkara2 yg tidak betul utk terus pegang jawatan walaupun sebenarnya sudah tidak mampu dan berdaya memegang jawatan dengan penuh tanggungjawab. memegang jawatan boleh menyebabkan kita'intoxicated' dgn keistimewaan yg diterima dgn jawatan. tapi ramai yg apabila sudah hilang jawatan tidak lagi dihormati (ditakuti) kerana sebelum ini yg dihormati adalah jawatan.

Sabtu, Jun 16, 2012

Tugas dan Tanggungjawab di UiTM

tugas dan tanggungjawab di uitm selalunya diukur berdasarkan skt. bagi staf akademik dikhususkan dgn ata setiap semester. dan tahun ini diukur dgn atp.

saya mula bertugas diuitm sbg jurulatik ko kaunseling rakan sebaya. mula sbg pensyarah kontrak pada 2001 gred 41. menjadi pensyarah tetap pada 2005 gred 45. semasa di uitm sy berjaya mendapat dua master.

sbg pensyarah dan ketua program saya dibawah tnc akademik melalui dekan fsr dan td hea. sbg penasihat peers sy dibawah tnc hep dan sbg fasilitator ki melalui td hep fsr. sbg ketua di pej tnc jim&a dan khidmat masyarakat melalui td pjima fsr. sy pernah bertugas di bawah tnc p&i melalui projek penyelidikan taman negara. dibawah pnc inqka utk kualiti melalui iso,aknc dll. sy turut dibawah hea semasa di ined melalui pengarah ined.

terima kasih untuk pengetahuan dan pengalaman. lupa, juga sbg jaga jalan dan jaga vip mengikut arahan.

Jumaat, Jun 15, 2012

Selera Makan

selera makan bergantung kpd banyak perkara. antaranya adalah nafsu kita. setelah berusia bukan lagi sbg orang muda, maka kebiasaan adalah faktor kesihatan.

saya suka makan kambing. terutama yg dipanggang. baru2 ini saya goreng tawar aje. oleh kerana bukan chef bertauliah maka silap teknik. minyak digunakan yg menyebabkan meletup2 semasa daging digoreng. walaupun ditudung kuali, minyak masih meleleh keluar kuali. memang banyak kerja mencuci.

sekarang saya cuba kawal selera makan. saya biasanya makan pertama setiap hari pada jam 10.30pagi ke atas. alhamdulillah sekarang terasa kurang selera untuk makan malam. tapi malam ni nafsu menyebabkan saya makan pulut kuning dengan rendang daging dan kari hijau tuna (dari tin). harap2 senaman yg sedang bersemangat saya lakukan dpt menukarkan 13kg lemak kpd otot sbgmana catitan drpd ukuran kesihatan di fsr beberapa minggu yg lalu. selera makan boleh ke kita kawal?

Rezeki Hari Jumaat

pagi tadi saya hadir ke mesyuarat agung tahunan ke 28 koperasi uitm bhd. kuib lebih dikenali sbg koperasi kedai buku. perniagaan utama adalah menjual dan membekal buku. perniagaan lain adalah menguruskan cafetaria di menara saas uitm shah alam. kuib juga ada menguruskan perniagaan kedai runcit onestop centre dan turut beroperasi di puncak perdana, puncak alam dan kampus kuala pilah.

spt biasa, hanya beberapa orang tertentu shj yg aktif semasa mat. saya kira tak sampai 10anggota kuib yg aktif. yg lain2 hanya menunggu cabutan bertuah dan rm30 sebagai elaun kehadiran. bg ramai anggota, rm30 adalah satu nilai yg berimpak kpd mereka. tambah2 jika pendapatan rm1500 ke bawah adalah pendapatan 60% drpd gaji harian.

alhamdulillah, setelah sekian lama, saya bertuah hari ini dan memenangi rice cooker. sebelum ni dapatlah sekotak peralatan tulis dan hamper (tak ingat tahun bila tapi terakhir 2tahun lepas). kehadiran saya sekarang di mat sbg bendahari kuib. jika alk lain bersetuju utk saya terus memegang jawatan tersebut, insyaallah saya akan terima. spt kata prof syed noh selepas mat pagi tadi,'serve for the members and koperasi'. terima kasih kerana keyakinan prof terhadap kemampuan saya.

Khamis, Jun 14, 2012

5 Dalam 1

pagi tadi saya diuji kemampuan saya. alhamdulillah berjaya melepasi ujian dengan tiada yg berkecil hati (rasa2nyalah).

pertama saya mempunyai temujanji dgn wakil perkama pada 9pagi. cadangan asal tamat pada 10.30pagi. sempat untuk mesyuarat dibawah jim&a fsr. pada waktu sama, 9pagi pelajar srw655 saya nak jumpa saya tentang persiapan draf lapuran penyelidikan mereka. kemudiannya saya terima panggilan daripada koperasi untuk tandatangan cek sbg bendahari.lebihkurang pada jam 12.30tgh saya perlu melakukan 5 tugas dan tanggungjawab pada masa yg sama. tugas kelima adalah perbincangan ringkas dgn gerakerja khidmat masyarakat fsr.

alhamdulillah, pada 1.30tgh selesai 3tugas. tugas dgn perkama settle jam 3.30ptg. tugas dgn srw655 saya tangguh pada 7.05mlm. pada jam 5.20ptg sempat adakan sesi kaunseling. tajuknya lebihkurang macam burnout la. bukan saya tetapi seorang kawan.

Rabu, Jun 13, 2012

Terima Kasih LZS, Terima Kasih Pembayar Zakat


pagi tadi saya bersama pengarah kebajikan fsr dan krew ke kuala langat. ianya sebagai lawatan tinjauan untuk dua program khidmat masyarakat fsr yg bakal diadakan pada bulan julai dan ogos.

sebelum ke tapak lawatan, kami singgah di pejabat2 berkaitan utk menyerahkan surat memaklumkan program yg bakal diadakan. seterusnya kami ke tapak rumah yg dibina dgn bantuan lembaga zakat selangor. kami disambut oleh bakal puan rumah. walau pun kekurangan kekayaan dunia tetapi beliau kaya dgn kemahiran insaniah iaitu beliau cepat2 menyediakan minuman utk kami. sekejap kemudian pegawai lzs dan bakal tuan rumah sampai. nenek berusia 84tahun iaitu ibu kepada puan rumah dan mertua kpd tuan rumah turut meraikan kami. kami turut dihidang dgn buah rambutan yg disedekahkan oleh orang kampung.

seterusnya kami melawat rumah anak yatim yg akan fsr raikan dlm majlis berbuka puasa pada 3ogos. 2 buah rumah kecil menjadi pelindung kpd 52anak yatim/miskin. tanah adalah milik arwah bapa kpd penjaga rumah anak yatim. memang banyak organisasi yg mengadakan program untuk membantu kehidupan anak2 yatim di rumah ini. saya bertanya kpd penjaga rumah apakah yg sesuai utk disedekahkan kpd rumah tersebut. jawab beliau ''lebih baik disededahkan duit tunai utk mudah dibelanjakan'. beras yg berlebihan akan menyebabkan beras jadi rosak sebelum sempat dijadikan nasi. pakaian mungkin tidak sesuai atau muat dgn anak2 yatim.

bagi yg berminat nak beramal jariah sama ada kpd keluarga miskin atau anak yatim/miskin, sila hubungi fakulti sains sukan dan rekreasi tel-03-5544-2904/05/07/12 atau 03-5543-7809 atau faksimili 03-5544-2910.

Jaga Jalan

pagi tadi saya jadi jaga jalan masuk ke bangunan akademik 3. macam2 alasan diberi oleh mereka yg tak sepatutnya kereta mereka berada di kawasan bangunan akademik 3 uitm.

ianya berpunca drpd palang yg rosak. palang di bangunan akademik 3 ni kerap rosak. suspek yg pernah gambar diambil termasuk staf dan pelajar. suspek biasa adalah pelajar sepenuh masa dan separuh masa. tapi jika tindakan tegas tak diambil, maka kita mendidik pesalah utk terus buat salah. peraturan perlu dipatuhi dan janganlah nak popular peraturan ditolak ke tepi.

semasa saya berdiri sbg jaga ada pensyarah yg berterima kasih dari dalam kereta mereka. maklumlah staf tak dihormati mungkin diajar dari rumah atau staf lain yg ajar menyebabkan staf berpusing2 mencari tempat letak kereta yg diambil oleh pelajar yg kurang atau kemahiran insaniah atau masih tidak pandai membaca.

seorang staf maklumkan kpd saya bagaimana ada pelajar yg tak layak lulus penyelidikan tetapi diluluskan oleh penilai kedua atau fakulti. hmmm jadi saya buka shj sbg jaga jalan tetapi tempat utk staf yg tak puas hati meluahkan kesedihan dan kekecewaan mereka terhapa pihak tertentu. memang saya pernah dimaklumkan bgmana kekecewaan oleh jaga lain apabila mengambil tindakan terhadap pelajar, jaga pula disalahkan. pelakuan pelajar dan staf lain adalah antara punca burnout.

Selasa, Jun 05, 2012

Banyak Berjalan

kerja saya memerlukan saya banyak berjalan. sama ada berjalan kaki atau menggunakan kenderaan. maka saya kerap tiada di pejabat.

kawan/kenalan/bos saya bertanya tentang minat saya dan berada di pejabat. saya jawab saya lebih kpd kerja operasi bukan admin. di pejabat utk buat perancangan dan laporan. hasil didapati dgn berada di luar pejabat. kenalan baru dan merapatkan lagi kenalan lama lebih mudah di luar pejabat. ianya juga membantu saya mengingat kenalan yg jika lama tak berjumpa mungkin saya lupa nama.

banyak berjalan maka banyak makan,  perut banyak kenyang. maka saya perlu jaga kesihatan saya. tugas di seremban memerlukan saya membuat senaman lebih drpd biasa. kesannya - balik ke rumah terpaksa tidur atas lantai utk kuarngkan sengal2 di badan. akibat lebihan senaman drpd biasa untuk mengimbangkan lebihan makan drpd biasa. jadilah lebihan sakit drpd biasa. pepatah 'jauh perjalanan, luas pemandangan' amatlah tepat.

Isnin, Jun 04, 2012

Susu Strawberry

sekarang saya kerap membeli susu perasa strawberry untuk diminum di rumah. tapi saya lebih kerap beli susu perasa cokelat berbanding susu strawberry kerana susu strawberry selalunya lebih cepat habis stoknya di kedai.

apabil saya minum susu strawberry saya akan teringat meminum susu strawberry dalam botol. ianya di beli di sekolah. sekolah rendah pada tahun 70an. dan harganya adalah 30sen sebotol. suatu harga yg tinggi nilainya pada masa tersebut. alhamdulillah bapa saya membekalkan saya dengan duit ke sekolah yg membolehkan saya membeli sebotol susu strawberry. coca cola sebotol pada masa tu pun 30sen. nasilemak biasa 10sen. nasi lemak dgn telur 20sen.

deria kita akan mengingatkan kita dgn kenangan lampau sama ada yg positif atau negatif. kawan2 sekolah rendah menyatakan bhw zaman persekolahan semasa di sekolah rendah adalah zaman sekolah yg paling seronok. bg saya semasa di tadika, di sekolah rendah, di sekolah menengah, di itm masing2 mempunyai kenangan tersendiri. ada yg semanis susu strawberry. ada yg sebaliknya