Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Jun 24, 2012

Majlis Keluarga

pagi tadi saya hadir ke satu majlis keluarga bersama ayah dan ibu. ianya majlis tahlil dan kesyukuran oleh bapa sepupu saya iaitu sepupu kepada ayah.

majlis keluarga adalah masa untuk keluarga berkumpul. ada majlis suka. ada majlis duka. majlis tahlil selalunya merangkumi kedua2nya kerana tahlil utk mengingati mereka yg telah tiada bersama kita dan peringatan kpd kita. yg suka adalah kerana peluang bertemu saudara mara dan adakalanya kenalan yg jarang2 dapat dijumpa kerana tugas harian.

seorang pakcik kena stroke beberapa bulan yg lepas hadir tadi. seorang pakcik jika panjang umur akan capai usia 80tahun pada tahun depan juga turut hadir. pakcik ini dikira ahli keluarga paling tua diantara generasi sama dgn ayah saya. dan apabila berkumpul dgn mereka yg lebih tua dari segi umur dan pangkat, ianya membuatkan saya terasa seolah masih lagi muda.

majlis keluarga juga merupakan majlis ilmu sama ada secara formal atau sebaliknya. setiap kali keluarga berkumpul saya sentiasa berharap untuk dapat menambahkan ilmu saya. setiap ahli yg hadir akan hadir bersama ilmu hasil pengajian dan pengalaman. dan utk kita mendapat ilmu kita janganlah malu bertanya, walaupun ada kalanya soalan saya membuat kekeliruan utk mereka yg tidak faham. mempunyai keluarga dan kenalan boleh dikira sbg satu kekayaan bg saya.

Tiada ulasan: