Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Jun 04, 2012

Susu Strawberry

sekarang saya kerap membeli susu perasa strawberry untuk diminum di rumah. tapi saya lebih kerap beli susu perasa cokelat berbanding susu strawberry kerana susu strawberry selalunya lebih cepat habis stoknya di kedai.

apabil saya minum susu strawberry saya akan teringat meminum susu strawberry dalam botol. ianya di beli di sekolah. sekolah rendah pada tahun 70an. dan harganya adalah 30sen sebotol. suatu harga yg tinggi nilainya pada masa tersebut. alhamdulillah bapa saya membekalkan saya dengan duit ke sekolah yg membolehkan saya membeli sebotol susu strawberry. coca cola sebotol pada masa tu pun 30sen. nasilemak biasa 10sen. nasi lemak dgn telur 20sen.

deria kita akan mengingatkan kita dgn kenangan lampau sama ada yg positif atau negatif. kawan2 sekolah rendah menyatakan bhw zaman persekolahan semasa di sekolah rendah adalah zaman sekolah yg paling seronok. bg saya semasa di tadika, di sekolah rendah, di sekolah menengah, di itm masing2 mempunyai kenangan tersendiri. ada yg semanis susu strawberry. ada yg sebaliknya

Tiada ulasan: