Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Jun 27, 2012

Pakar atau Pakai

seorang cikgu diandaikan akan mengkhususkan dlm satu bidang atau matapelajaran utama. contohnya bahasa malaysia. tetapi selalunya cikgu akan juga mengajar matapelajaran lain. dan bergantung kpd guru besar, masa, keadaan, atau sekolah, ada kalanya cikgu akan mengajar matapelajaran yg bukan bidang beliau tetapi kerana keperluan adalah sedemikian. maka bagaimana dgn kualiti pengajaran dan pembelajaran?

seorang pensyarah di ipt kebiasaannya juga diandaikan akan jadi pakar/pengkhusus dlm satu bidang utama dan mempunyai kebolehan dlm bidang berkaitan. setiap pensyarah dimestikan boleh menyelia pelajar yg menjalani latihan industri dan menyelia pelajar melakukan penyelidikan. sebab seorang pensyarah sekarang minima telah melakukan penyelidikan semasa sarjana muda dan/atau sarjana. tetapi adakalanya ketua, masa, keadaan atau kampus/fakulti memerlukan sebaliknya. maka adalah pensyarah yg mengajar pelbagai (meserba).

sbgmana pernah saya nyatakan dan akan terus nyatakan, seorang pensyarah perlu berkongsi dgn orang lain ilmu berdasarkan bidang asasnya. perlulah ada satu bidang utama beliau dikenali di dlm dan luar kampus. bidang akademiklah jangan pulak bidang putar alam. dan perlu juga ada sekurang2nya satu bidang kedua. 
tadi spt biasa semasa kuliah pertama dgn pelajar, saya akan perkenalkan diri saya dan kelayakan akademik serta pengalaman kerja saya. tujuan utama adalah utk memberi keyakinan kpd pelajar bhw saya mempunyai kelayakan utk mengajar kursus diamanahkan kpd saya. komen pelajar,'encik saya pernah masuk kelas pensyarah XXX dan cara beliau mengajar tidak membantu saya memahami kursus diambil'.

adakah sebab pensyarah ada juga yg nak kaut semua kursus utk diajar? ianya berkaitan dgn kefahaman amanah ke atas kita. tepuk dada dan batuk2lah. jangan kita hanya memakai jawatan pensyarah dlm bidang YYY kerana kita pernah belajar satu kursus semasa pengajian kita. lagi teruk, tak pernah belajar sama ada secara formal atau melalui pengalaman kita mengaku kita pakar dlm bidang ZZZ. maka tidurlah pelajar kita semasa kuliah. tidurlah graduan kita semasa bekerja jika dapat kerja kerana kurang atau tak tahu ilmu berkaitan kerja.

Tiada ulasan: