Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Jun 27, 2012

Memegang Amanah

4 sifat rasulullah s.a.w adalah siddiq, fatanah, amanah dan tabligh. membenarkan apa yg dikata orang, berilmu, memulangkan kembali kpd empunya barang yg dipertanggungjawabkan kpd kita dan menyampaikan berita/maklumat.

memegang jawatan bermakna kita diberikan amanah untuk dijalankan dgn sebaik dan semampu kita. jawatan diberi berdasarkan kepercayaan orang kpd kita. sefaham saya kita adalah pemimpin bergantung kpd masa dan keadaan. dan setiap pemimpin perlu mempunyai 4 sifat dinyatakan. kalau satu tiada maka tidak sesuailah jadi seorang pemimpin. jika ada satu yg kurang kualitinya maka kita perlu perbaiki.

amanah ada kaitan dgn kredibiliti. nama kita boleh dijadikan seumpama kulit buku utk mencerminkan kita. tetapi itu hanya umum shj sebab ada yg mempunyai nama, pangkat atau jawatan yg hakikat pembawaannya adalah bertentangan. contohnya kita tidak punya kredibiliti walaupun nama kita bermakna kita berkredibiliti. atau jawatan kita adalah hakim tetapi kita menghakimi dgn tidak adil. atau kita berpangkat ketua tetapi kita tidak mengetuai pengikut kita dgn baik.

pengalaman berurusan dgn mereka yg kurang (adakah terma ini) atau yg tak amanah menjadi pengajaran kpd kita. orang puteh kata, 'once bitten twice shy' atau peribahasa melayu 'pisang takkan berbuah dua kali'. maka walau pun digunakan taktik simpati atau ugutan, jika kita percaya dgn kuasa Allah, ugutan manusia tidak boleh melawan Allah. 'manusia merancang, Allah merancang, dan Allah sebaik2 perancang/menjadikan realiti'.

Tiada ulasan: