Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Jun 22, 2012

Jawatan

dlm menjalankan tugas dan tanggungjawab sbg seorang pensyarah di uitm, saya turut memegang pelbagai jawatan lain di dlm dan di luar uitm. alhamdulillah bermula 2012 ianya diambilkira sbg sebahagian drpd kiraan tugas seorang staf akademik uitm.

tugas2 saya secara rasmi (bersurat atau melalui lantikan) di uitm adalah: ketua di pej tnc jim&a, penasihat peers di hep, penilai kualiti inqka, koordinator khidmat masyarakat fsr, ajk kualiti fsr, ajk perasa fsr(?). manakala di luar uitm adalah: bendahari kuib, bendahari mpm, pemeriksa kira2 perkama international. itu yg saya ingat. jadi kena rujuk balik fail atp 2012 dan fail tugas dan tanggungjawab staf uitm 2011 dan sebelumnya utk lantikan yg tidak tamat pada 2012.

perancangan dan pengurusan masa amatlah penting. jika tidak boleh burnout. maka kenalah tahu dan berani berterima kasih kpd jawatan ditawarkan tetapi menolak dgn baik kerana perlu lakukan tugas secara berfokus utk pastikan kualiti kerja. jawatan/pangkat, harta dan 'opposite sex' adalah dugaan nafsu. adakalanya kita terleka dan terpedaya. tetapi jika kita sedar tujuan kita dihidupkan di dunia dan kehidupan abadi di akhirat, ketiga2 'ta' adalah ujian dunia.

saya telah biasa menamatkan jawatan diberi sebelum tamat tempoh. bukan sebab tidak sudi tetapi baik kita pergi secara rela drpd secara paksa. saya jadikan sbg satu 'habit' utk elak terlampau seronok memegang jawatan sehingga gila jawatan. ramai yg ada jawatan sanggup lakukan perkara2 yg tidak betul utk terus pegang jawatan walaupun sebenarnya sudah tidak mampu dan berdaya memegang jawatan dengan penuh tanggungjawab. memegang jawatan boleh menyebabkan kita'intoxicated' dgn keistimewaan yg diterima dgn jawatan. tapi ramai yg apabila sudah hilang jawatan tidak lagi dihormati (ditakuti) kerana sebelum ini yg dihormati adalah jawatan.

Tiada ulasan: