Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Jun 25, 2012

Masa dan Kerja Pensyarah

sehari ada 24jam. dan masa untuk kerja biasanya 8jam sehari. utk 5 hari biasanya maksima masa kerja 40jam. andaian saya kita produktif hanyalah 4jam shj sehari. lain2 masa untuk persediaan dan semakan (termasuklah berjalan ke sana kemari, ke bilik air, minum air, membebel dsbnya). tetapi kelas kalau 4jam sehari pun dah penat.

masa ata digunakan, masa minima kerja seminggu seorang pensyarah uitm adalah 38.5jam seminggu. kebiasaan minima ata adalah 18jam ata. jika diambil kira 1jam persediaan bagi setiap jam ata maka jumlah jam kerja seminggu menggunakan ata adalah 36jam. lagi 2.5jam digunakan untuk pentadbiran spt mesyuarat dan hal2 lain.

walau bagaimana pun pandangan saya seorang berdasarkan minima 2 kod kursus dengan 2kumpulan kelas. dan setiap pensyarah perlu ada 1kursus utama dan 1 kursus kedua. jika saya, kursus utama adalah perakaunan dan kursus kedua adalah kaunseling. maka 2kod kursus dengan jumlah 3kumpulan yg mempunyai 3jam menjadikan jumlah 9jam kuliah. setiap jam kuliah perlukan 2jam untuk persediaan dan penyemakan. ini memerlukan =9x2jam=18jam. maka jumlah untuk pengajaran adalah 27jam. setiap pensyarah akan menyelia satu kod latihan industri = 1jam. dan menyelia 4pelajar=2jam pertemuan dan 4jam persediaan dan penyemakan, menjadikan jumlah 7jam untuk tugasan seliaan. maka jam kerja untuk p&p adalah 34jam seminggu. lagi 4.5jam tu untuk kerja2 pentadbiran lah. sekalisekala kena pergi kursus.

dgn atp, masa amanah pensyarah adalah 39jam seminggu. ada jadual untuk kira. untuk sesi jan-jun 2012 saya dapati jumlah atp saya = >80jam seminggu. kalau ikut peraturan, jika atp kurang drpd 39jam seminggu, kita kena ganti. jadi kalau atp 80jam, maknanya saya dikecualikan daripada bertugas selama satu sem la kot?

tadi saya cuba kurangkan atp saya kpd sehampir yg boleh dgn 39jam seminggu. pada mulanya atp saya dikurangkan sehingga >60jam seminggu. kemudiannya saya tolak3, dapatlah 39.9jam. tetapi adakah ianya akan menjadi realiti? tunggu...

Tiada ulasan: