Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Jun 22, 2012

Nyanyian dan Lagu

pada makan malam oleh pihak ums sbg menghargai spada usim sempena konvensyen kaunseling ke 18 di intan sabah, setiap meja perlu menghantar sekurang2nya seorang wakil berkaraoke. penyanyi pertama dekan sekolah sosial dan psikologi ums. bagi saya dia tak layak berkaraoke tetapi lebih sesuai sbg seorang penyanyi profesional. karaoke utk mereka yg bersuara sumbang spt saya.

saya hadir ke majlis makan malam tersebut dgn ehsan su agung perkama. beliau menjemput saya dan seorang lagi exco yg sebenarnya mencari2 kenderaan utk menikmati makanan laut di kk dan membeli-belah cenderahati. ahli meja saya mencadangkan saya sbg wakil meja utk berkaraoke. lagu pilihan saya 'nak dara rindu'. selalunya lagu ni tak ada dan membolehkan saya memberi alasan jika lagu tiada maka penyanyi pun tiadalah.

tetapi set karaoke yg canggih ada lagu p ramlee tu. maka saya terpaksalah menyanyi. hanya beberapa orang shj yg teruja dgn lagu saya (bukan nyanyian saya). dan mereka selalunya adalah orang2 lama. berbanding dgn lagu nyanyian wakil2 meja lain, lagu saya lagu lama (60an) dan berentak perlahan. seingat saya penonton/pendengar diam aje semasa nyanyian saya. mungkin tergamam atau menghormati sumbangan saya.

walau bagaimana pun, kebiasaan nyanyian dgn karaoke adalah tanda majlis seperti mesyuarat atau seminar atau konvensyen telah selesai. maka kita dah boleh 'lepaskan rambut kita' (let our hair down).  dan antara lain2 lagu yg saya biasa nyanyikan sebagai sumbangan jika diminta adalah lagu2 suhaimi meor hassan, jay-jay dan carefree,  sheila majid. lagu terbaru (lagu lama) yg saya suka adalah penantian cinta nyanyian a razak ahmad. tapi kalau nyanyi semasa karaoke akan buat orang tidur sebab panjang selama 6minit.

Tiada ulasan: