Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Ogos 30, 2011

Alhamdulillah Syawal 1432H

alhamdulillah. kita menyambut satu syawal 1432h. tahun ini tahun kedua keluarga saya beraya di lembah kelang. tidak seperti tahun2 sebelumnya. ini kerana nenek tidak sihat dan kini tinggal bersama seorang makcik di hulu kelang.

saya sekeluarga solat aidil fitri di masjid ss19 subang jaya. pada tengahari tadi saya sekeluarga ke rumah makcik di hulu kelang. kami ramai2 berkumpul di sana. menu makanan di rumah makcik termasuklah nasi beriyani dari ttdi, satay kajang dari bandar baru bangi. bilangan ahli keluarga (keluarga adik beradik ibu dan nenek saudara) 2+6+3+5+5+5+1+1+6+5+6+7=52 shj. yg tiada atau tak sempat tadi 2+4+5+3+7=21. jika kesemuanya berkumpul di rumah nenek, termasuk nenek = 73shj.

maka bg saya keseronokan raya dan balik kampung adalah berkumpul bersama ahli keluarga. tidak kira di mana kita berada, keseronokan beraya adalah bersama mereka yg saling mengambil berat tentang kesejahteraan dunia dan akhirat. insyaallah,didoakan agar bilangan kaum kerabat akan bertambah.

Isnin, Ogos 29, 2011

Salam Syawal 1432H dan Berakhirnya Ramadan 1432H




selamat tinggal ramadan. insyaallah, jika dipanjangkan usia kita akan bertemu ramadan 1433h.

selamat datang syawal 1432h pada maghrib tadi. tahun ini kita cuma berpuasa hanya 29hari shj. negitu cepat masa berlalu, 29hari berlalu dgn pantas. pejam celik dah selamat tinggal ramadan.

Kepada kerabat, saudara mara, sahabat taulan, dan kenalan, saya ucapkan salam satu syawal 1432h. saya memohon berbanyak maaf zahir dan batin. daripada saya cebad, pensyarah fakulti sains sukan dan rekreasi, uitm, ketua mobiliti pelajar, pejabat jaringan industri dan masyarakat uitm.

hanya Allah sahaja yg Maha Adil dan Maha Mengetahui. tiada yang disembah melainkannya. bersyukurlah kita kepada Allah pemberi rezeki. tiada tuhan melainkan Allah. dan nabi Muhammad s.a.w itu pesuruhNya.

Ahad, Ogos 28, 2011

Ego dan Kepimpinan

sehari sebelum saya bercuti, saya ada mesyuarat dgn bos besar dan besar atas saya. mesyuarat pertama berkaitan pecipta anjuran uitm. mesyuarat kedua berkaitan cadangan perkongsian strategik satu organisasi dgn uitm.

semasa mesyuarat seperti biasa bos besar akan selitkan pengajaran dan peringatan utk dirinya dan kami. kali ini berkaitan ego (sombong/bongkak). bos besar mendapat peringatan ini drpd anak buahnya. dan beliau mengakui bhw beliau ada bersikap ego dlm menjalankan tugas. kadang2 beliau terlupa bhw kita perlu berbicara dgn berhemah dgn anak buah. walau pun pangkat kita lebih tinggi, tetapi apabila memberi arahan kita perlu menggunakan kemahiran berkomunikasi supaya arahan adalah jelas dan dijalankan dgn sebaiknya.

saya setuju dgn bos besar saya. kita mungkin lebih tinggi jawatan. kita mungkin lebih baik keturunan. kita mungkin lebih tinggi ilmu. tetapi tidak semestinya kita akan secara automatik lebih tinggi budibahasa dgn jawatan, keturunan, kekayaan dan ilmu kita berbanding mereka yg lain. budibahasa yg tinggi (ego yg rendah) akan membolehkan kita mempunyai ramai kawan. dan kawan lebih senang bekerjasama berbanding dgn lawan. seorang pemimpin perlukan kawan utk membolehkan matlamat organisasi dicapai dgn sebaiknya.

Satay

semalam semasa di bazaar ramadan, saya beli satay. harganya 50sen secucuk (atau semacok dlm bahasa kelate). mula2 saya beli 10cucuk di sebuah gerai. kemudiannya saya beli 10cucuk lagi di gerai yg lain.

saya suka makan satay/sate. satay adalah daging ayam/lembu dll yg halal yg dimasak secara dibakar pada lidi. dan satay adalah antara menu utama pada pagi raya di rumah nenek di kelate. pada malamnya seorang pakcik akan pergi mengambil satay yg telah ditempah awal2 lagi. dulu2 saya antara yg akan ikut pakcik saya mengambil satay. bilangan satay ditempah selalunya 300 cucuk. tetapi dua tahun lepas 400cucuk ditempah.

setelah sampai di rumah nenek, selalunya kami (semestinya saya) akan merasai dulu beberapa cucuk satay. selebihnya akan disimpan di dlm peti sejuk. keesokannya di pagi raya, saya diantara crew ditugaskan membakar satay. dan sebagai crew, saya diantara mereka yg awal menikmati satay sebelum ahli keluarga yg lain. ada yg akan makan beberapa cucuk sebelum solat raya. tetapi selepas solat raya, satay akan dinikmati ramai2. selalunya satay hanya sempat dihidanhg sehingga makan tengahari kerana ia akan jadi tumpuan tuan rumah dan tetamu.

menyambut raya di sini, lembah kelang, satay selalunya/hanyalah yg ditempah oleh seorang makcik. ianya adalah satay zaini, iaitu anak kpd seorang penjual satay yg terkenal juga, majid satay. mungkin satay ini kurang dikenali berbanding satay kajang kerana ianya tidak dijual spt satay kajang haji samuri. walau bagaimana pun, walau apa pun jenama satay, menikmati hidangan satay akan mengingatkan kpd majlis hari raya.

Emas dan Sutera

seseorang yg mempunyai emas dan sutera yg banyak dikira sbg seorang yg kaya. maka ramai yg suka memakai emas dan sutera. mereka dpt menunjukkan kpd org lain bhw mereka adalah seorang yg kaya. dan ramai yg berebut2 utk mendapatkan emas dan sutera di dunia ini.

kaya di dunia tidak semestinya kaya di akhirat. miskin di dunia tidak semestinya miskin di akhirat. yg penting bg kita adalah kaya di akhirat. utk kaya di akhirat tidak perlu menipu, berbohong, merompak, dan melakukan pelbagai perkara yg menyusahkan diri dan orang lain. alat yg penting adalag ilmu yg betul. maka bacalah dan amalkanlah kandungan alquran dan hadis.

jika amalan kita adalah tepat sebagai seorang islam, maka dijanjikan kehidupan yg kekal di syurga. kita akan mendapat istana, ditemani pasangan yg beriman, makan dan minum menggunakan piala (gelas) dan pinggan mangkuk drpd emas, dan memakai sutera di syurga. maka ucaplah dua kalimah syahadah setiap waktu, solat, berzakat, berpuasa dan lakukan haji jika mampu. selagi kita hidup di dunia ini, masih belum terlambat utk kita menyediakan bekalan utk kaya sebenar2nya dan selama2nya.

Sabtu, Ogos 27, 2011

Bazaar Ramadan 1432H

petang tadi saya ke bazaar ramadan di ss18 subang jaya. ianya kali ketiga saya pergi utk tahun ni. saya pergi pada hujung minggu aje.

pesan emak, tolong beli nasi kerabu dan sedikit lauk lain, air kelapa. sampai di bazaar, saya tercari2 gerai nasi kerabu. takde peniaga nasi kerabu. dah balik kampung atau jualan cepat habis dan dah balik awal kot. penjual air kelapa hanya seorang saja tadi.

banyak ruang yg kosong. peniaga mungkin balik awal atau dah balik kampung. terdengar peniaga bgtau hari ada last mereka berniaga. ada yg bagitau esok hari terakhir mereka buka gerai. isnin kemungkinan bazaar tiada yg berniaga sebab ramai atau hampir kesemua berasal dari luar subang jaya.

alhamdulillah, pusingan saya ke3 di bazaar, saya lihat gerai nasi kerabu baru di buka. lambat rupanya sebab dah hampir 6.30 baru buka. saya beli 5bungkus nasi kerabu. kemuadiannya beli air kelapa, satay ayam dan ayam percik. habis >rm50 utk 6 orang. kurang drpd berbuka di majoriti hotel yg anjurkan majlis berbuka.

hari ini 27ramadan 1432h. tinggal 2-3 hari shj lagi di bulan mulia ini. insyaallah panjang umur, tahun depan saya akan kunjung bazaar ramadan di ss18 lagi.

Seronoknya Balik Kampung

ramai yg sedang bersiap2 utk balik kampung. ada yg dlm perjalanan balik kampung sekarang. malah ada yg dah sampai di kampung halaman.

bagi majoriti muslimin di malaysia, fenomena balik kampung selalunya pada raya syawal. jalan2 akan jam, tersumbat, bolok, dsbnya. media dalam beberapa hari ini akan memaparkan berita warga kota balik ke kampung masing2. memang seronok balik kampung. tambah2 lagi bg kita yg hidup di bandar dgn keluasan rumah yg kecil.

kenapa seronok balik kampung? kanak2 sebab dapat berjumpa saudara mara yg ramai. dapat bermain2 dgn sedara dan kawan2 di kawasan yg luas berbanding di bandar. dan selalunya keselamatan lebih terjamin, maka bebas utk bermain di luar rumah.

bg yg bekerja, balik kampung mungkin bermakna kerana meninggalkan masalah di kota. kerja dilupakan buat sementara. tapi bagaimana dgn yg duduk di bandar yg tak balik kampung, iaitu yg kampungnya adalah dirumah yg diduduki sepanjang tahun? sebenarnya seronok juga. sebab utama seronok balik kampung adalah utk bersama mereka yg seronok dan gembira bersama kita. kpd yg akan, sedang dan sudah balik kampung..selamat balik kampung dan selamat kembali ke kota.

Rancangan TV

tv antara media yg mempengaruhi kehidupan manusia. ada rancangan tv yg bagus sbg teladan dan peringatan. ada rancangan tv yg menjadi ikutan yg salah.

semalam kisah dlm tanah kubur amat menarik. jika sehari sebelum itu menunjukkan balasan baik kpd yg berniat dan melakukan amal kebajikan. semalam adalah balasan sebaliknya kpd yg makan harta anak yatim.

arwah dlm kisah semalam semasa hidupnya akan menjemput media utk mewar2kan 'sedekah' drpdnya kpd anak yatim dan ibu tunggal. tetapi sebenarnya beliau menyampaikan sedekah drpd orang lain. beliau hanya sbg wakil tetapi menunjuk2 seolah2 dia yg bersedekah. yg lebih menyedihkan, arwah tidak amanah. arwah seorang ahli politik, cakap tak serupa bikin. beliau hanya menyerahkan hanya sebahagian drpd sedekah org ramai melalui arwah utk anak yatim.

arwah hadapi masalah semasa hendak dimasukkan ke dlm liang lahad. sebelum dikebumikan, jenazah dikerumuni kala jengking. liang lahad menjadi lebih kecil. berair. berdarah. semoga ini menjadi pengajaran kpd kita dan mereka yg menunjuk2 terutamanya semasa pada bulan yg mulia ini.

Rabu, Ogos 24, 2011

Burnout dan Kerja

pada asalnya saya medapat 14pelajar yg menawarkan diri mereka utk saya selia bg kursus srw655 secara sepenuh masa. tetapi kerana bebanan ata yg tinggi, melebihi 22jam, maka hanya tinggal 2 pelajar drpd sr221 shj, tiada drpd sr223. alhamdulillah, setelah pelajar merayu kpd kp223, saya mendapat serama 5pelajar utk saya selia pd sem sep2011. saya pernah mendapat minima seorang shj. paling ramai seramai 11orang.

bekerja dlm sektor perkhidmatan spt pendidikan, perakaunan, perkhidmatan pelanggan, perubatan dll sptnya amat berbeza dgn bekerja dgn mesin. tambah2 dlm bulan puasa ni. walau pun berpuasa, tetapi nafsu amarah masih ada lagi. jadi kebijaksanaan yg akan mengatasi nafsu amrah kita. itu antara pentingnya berilmu. tidak semestinya pangkat menunjukkan taraf ilmu seseorang.

jika kita tidak mempunyai atau kurang kemahiran interpersaonal, kemungkinan kita atau orang yg berurusan dgn kita akan burnout. dan antara tanda2 burnout adalah tidak hadir ke tempat kerja, sakit, asyik hilang drpd tempat kerja dsbnya. ini akan menjejaskan produktiviti diri dan organisasi. maka tingkatkanlah ilmu kita utuk sejahtera dunia dan akhirat. juga utk melalui hari2 akhir ramdan dgn lebih berpahala.

Isnin, Ogos 22, 2011

Cubaan

cubaan. ujian. dugaan. prof kamil bertanya kpd pembaca blognya 'apakah ujian terbesar pernah mereka hadapi'. ramai yg menjawab - sakit, miskin, dan pelbagai perkara yg dianggap negatif. prof kamil memaklumkan mengikut pemahaman beliau ujian adalah seperti kekayaan, kelebihan, jawatan tinggi dsbnya yg positif. ianya dikira sbg ujian kerana Allah ingin melihat sama ada hambaNya bersyukur kpdNya dgn setiap rahmat yg diberiNya.

ianya satu yg menarik. sebenarnya kita sentiasa diingatkan sedemikian dlm alquran. tapi kita cepat lupa. apabila sakit kita akan ingat Allah. apabila susah kita ingat Allah. apabila miskin kita ingat Allah. kita lebih ingat kpd Allah apabila kita berada dlm keadaan negatif. sepatutnya kita sentiasa mengingati Allah dlm keadaan negatif dan positif.

saya pun termasuk dlm golongan ramai. mudah lupa bersyukur kpd nikmat Allah. tetapi apabila berjumpa dgn mereka yg lebih susah, ianya peringatan kpd saya. janganlah kita irihati dgn mereka yg berjawatan tinggi drpd kita, yg kaya drpd kita, dsbnya. mereka mempunyai tanggungjawab yg lebih berat utk menjelaskan bagaimana mereka memperolehi kelebihan tersebut dan bagaimana mereka gunakan kelebihan tersebut. sentiasalah berpesan2 dgn kebaikan dan dgn penuh kesabaran.

Jay Jay

alhamdulillah. tadi berbuka posa di depalma shah alam. bersama2 kawan2 dari ined. terima kasih kpd nur krn sudi belanja saya berbuka. terima kasih kpd cik deris, kak kis dan muiz krn sudi meraikan saya (perasan?).

memang banyak juadah dihidangkan. yg pertama saya ambil adalah popiah. lepas tu ambil masa juga tengok2 juadah yg banyak. ianya berkonsepkan makanan ikut negeri. negeri ambo hide nasi dage dgn nasi kerabu. ada grai melaka, nogori sembilan. haajt nak makan daging kambing tak kesampaian sebab q panjang. dan terdengar meja sebelah komplen daging kambing tak berapa masak. maka kempunan la jugak.

selepas berbuka ada persembahan. mula2 oleh kumpulan friends(?). menyanyi sambil berdakwah. tapi yg saya tunggu2 adalah persembahan oleh jay jay. beliau mendendangkan lagu fevret saya iaitu rindu bayangan dan belaian jiwa. jay jay turut menyanyikan beberapa buah lagu lain. setelah hampir semua tetamu balik, saya turut mengambil peluang bergambar bersama jay jay. insyaallah, esok saya upload gambar saya bersama jay jay.

Sabtu, Ogos 20, 2011

Kepulangan Yang Dinanti

ibu memandang ke gambar anak yg telah pergi tak akan kembali. sudah enam bulan mereka mendapat berita yg anak mereka hilang dan diandaikan telah mati. kehadiran dua tetamu drpd organisasi anaknya memberi kejutan kpd mereka sekeluarga. 'tuan haji, kami drpd..., kami ingin memaklumkan bhw dgn penuh dukacita, anak tuan haji ... telah hilang semasa bertugas. kami hanya dpt maklumkan sekarang kerana urusan keselamatan. semoga rohnya dicucuri rahmat illahi.

begitu kuat bunyi helikopter di tengah2 hutan belantara. tuan, kita akan berangkat sekarang. destinasi kita adalah ... utk pemeriksaan lebih rapi ke atas tuan. abdullah memandang kpd pengiring2nya. sebentar, benarkan saya mengucapkan terima kasih kpd tok batin dan orang2nya. saya banyak terhutang budi kpd mereka. jika tanpa bantuan mereka, saya tiada lagi di dunia ini.

Memegang Jawatan

diberi jawatan memang seronok. ada yg cita2 nak pegang jawatan. ada yg minta jawatan.

memegang jawatan bukan senang. ada yg minat pegang jawatan pentadbir akademik. ada pelbagai alasan. utk kenaikan pangkat. utk dpt pengalaman. utk kurangkan tugas mengajar. tak cukup kursus utk diajar. utk dpt elaun tambahan. utk menjadi teladan. utk salah guna kuasa.

apabila kita memegang jawatan, ramai akan menilai kemampuan kita. ada yg tak diberi jawatan kerana pihak atasan tiada keyakinan individu berkenaan tak mampu jalankan tugas dgn penuh tanggungjawab. ada yg tak nak jawatan. boleh fokus sepenuhnya kpd tugas sbg pensyarah.

jawatan di pejabat spt di padang bola. ada yg sentiasa diberi bola/jawatan sebab dia antara yg boleh jalankan tugas dgn baik. maka ada yg tak diberi bola atau kurang diberi bola sebab apabila dpt bola hanya merugikan organisasi/pasukan sendiri aje. lakukanlah swot analisis dulu sebelum menerima atau menawarkan diri utk jawatan pentadbir akademik.

Sedekah Hasil Hak Orang Lain

di bulan mulia ini ramai yg bersedekah. maklumlah nak dapat berkat dan pahala yg berganda.

tapi ada yg bersedekah drpd rezeki yg diambil drpd hak org lain. boleh diandaikan macam robin hood. tapi bukan curi/rompak drpd org kaya utk bg kpd orang miskin. ambik drpd hak org miskin/org ramai utk diberi kononnya kpd org miskin. dan ada yg rompak secara terang2 rm10 dan disedekahkan kpd org miskin rm1. rm9 tu kononnya profesional fee.

dan mereka ini bangga diwar2kan kononnya kemurahan hati mereka oleh media. hulur sana sini. sebagai seorang insan yg mulia. tetapi sebenarnya sebaliknya. begitu jugalah jika kononnya nak bantu rg miskin. tetapi semasa diberi tanggungjawab, dia yg kaut banyak. buktinya..memandu kereta jenama mahal yg sebenarnya drpd hak orang lain. betul ke..Allah Maha Mengetahui.

Kay Ef See

semalam saya berbuka dgn 2ketul kfc. ianya adalah pemberian oleh ayah hanif, anak bongsu arwah tok sof. beliau 'spend' (the correct word is treat) saya sekeluarga sempena dgn gaji pertama (?) beliau di tnb. terima kasih ayah hanif, semoga sentiasa ayah hanif mendapat rahmat Allah.

kfc banyak makna. kelantan football club, dsbnya. tapi kfc lebih dikenali adalah jenama ayam goreng dari usa. banyak cerita utk saya ceritakan berkaitan kfc. saya pernah gelarkan ia sbg kent** tok ki fc sebab gambar 'trademark' adalah seorang lelaki tua (rambut, misai dan janggut puteh = tua).

pernah pada 1983, saya ajak seorang saudara pi makan kfc di pj (yg asal, bukan puchong jaya, bukan putra jaya). sebelum keluar rumah kira duit cukup2 utk tambang teksi dan makanan. tetapi saya lupa bhw ada cukai utk makanan. nasib baik saudara ada bawa duit. kalau tak dah balik berjalan kaki ke rumah yg bukannya dekat.

kalau dulu2, boleh makan banyak ketul kfc. skrg, maksima 2 ketul. kalau lebih pun, jika makan drumstick dan sayap aje. dan dulu2 pernah mak goreng ayam dgn tepung kfc kerana anak2 nak makan kfc. skrg dah ada kelantan fried chicken. tak tau lah brp harga seketul skrg. dulunya rm1 (tak silap saya).

Khamis, Ogos 18, 2011

Hormat dan Takut

ianya membawa maksud yg berbeza. tapi adakala ramai yg melihatnya memberi makna yg sama.

kita hormat kpd yg berilmu. kita takut kpd yg berkuasa. tetapi jika yg berkuasa tidak berilmu, ketakutan akan menjadi kebencian. yg berilmu selalunya berkuasa. mungkin secara fizikal, atau lain2. seorang pemimpin mestilah berilmu.

4 sifat wajib rasulullah adalah - siddiq, fatanah, amanah dan tabligh. ianya berkaitan ilmu. kita tak percaya kpd yg bercakap jika dia tak berilmu. pemimpin tak amanah selalunya tidak berilmu (baik). dan pemimpin yg tidak menyampaikan maklumat selalunya tidak berilmu.

sesuai dgn ayat pertama alquran, maka bacalah. bacalah. bacalah. bacalah dgn nama tuhan mu... belajar, buat dan ajar. janganlah berlagak tetapi sebenarnya bodoh sombong. yg berlagak selalunya kurang ilmu. jika bercakap tidak betul (menipu), ianya menunjukkan seseorang itu tidak diberi rahmat utk mempunyai ilmu daripada Allah.

Majlis dan Keramaian

memang seronok mengadakan majlis. tambah2 lagi apabila ramai yg hadir. ianya menunjukkan bhw penganjur berjaya menganjurkan majlis yg memang ingin dihadiri orang ramai.

tetapi dukacita, tidak semuanya begitu. ada majlis memang ramai yg hadir. tetapi ramai yg hadir kerana diangkut utk ramaikan majlis. ada yg hadir kerana terpaksa hadir. kalau tak hadir akan diambil tindakan yg tidak adil. ini kerana majlis yg dianjurkan bukan utk memanafaatkan yg dipaksa hadir. sebaliknya majlis adalah utk menonjolkan penganjur kpd tetamu utama (saya tak guna kehormat kerana apabila terpaksa hadir majlis, tetamu tidak lagi dihormati).

sampai bila kita hidup berpura2 begini. dan jika dilakukan dlm bulan puasa, penganjur akan mengurangkan pahala puasa mereka yg dipaksa hadir. maka bukan shj penganjur akan kurang dihormati, tetapi juga tetamu utama. mereka akan dipandang sbg telah pecah amanah kerana kos pembaziran semasa bulan puasa ini. bukan kos makan aje, tetapi kos masa yg terpaksa hadir.

Isnin, Ogos 15, 2011

Tanda Berjaya Dalam Kerjaya

ada pelbagai tanda berjaya dlm kerjaya. antaranya adalah kenaikan pangkat.

tadi semasa nak buka pintu pejabat saya di pejabat jim menara 2 kompleks kejuruteraan uitm, saya lihat saya dah ada tanda jawatan saya di pintu pejabat. saya tersenyum dan memanggil staf saya. saya ketawa samabil bertanya 'bila saya naik pangkat?'. sebab tanda di pnitu bilik saya menyatakan di bawah nama saya, jawatan saya sebagai pengarah mobiliti pelajar. merasa juga saya jadi pengarah, walau sekadar silap cetak tanda jawatan.

dalam bidang akademik, jawatan yg menunjukkan kejayaan adalah sebagai profesor. seorang yg diiktiraf mempraktikkan ilmu dlm bidang khusus dan menjadi rujukan pihak dalam dan luar universiti. gred seorang profesor adalah vk7. saya tak tahu apa maksud vk dan kenapa 7. seorang pensyarah selalunya bermula dgn jawatan dm45 (berkelayakan sarjana). jika tiada sarjana, maka jawatan adalah dm41 (pensyarah muda). kemudiannya drpd dm45 ke dm52 (pensyarah kanan). jika mula bertugas di ipt, berpeluang mula dgn dm52. seterusnya dm54 (prof madya). dan jika cemerlang, vk7.

dulu2 jadi profesor tak eprlu phd. skrg sebab dah ramai ada sarjana dan phd, maka perlu ada phd kalau nak jadi profesor. majoriti ipt memerlukan phd utk menjadi seorang prof madya. tetapi ada kalanya bergantung kpd rezeki dari Allah. sebab Allah yang menentukan segalanya.

Batuk

dah berbulan2 saya batuk. bukan batuk biasa iaitu batuk di awal pagi. ianya batuk bukan kerana selsema. 2 ogos lepas saya ke klinik dan diberi cuti sakit utk rehat. ianya juga berkaitan batuk yg teruk saya alami pada hujung minggu sebelum puasa.

pada tahap teruk, saya akan batuk setiap sejam. ianya mengganggu tidur saya. apakah punca batuk saya ni? adakah ianya batuk kering iaitu tibi? saya tidak merokok jadi batuk saya bukan berpunca drpd merokok. pemeriksaan di klinik tidak membimbangkan jika berdasarkan reaksi doktor.

kebaikan batuk kpd saya? suara serak, jadi kurang bercakap di bulan puasa.selera makan pun kurang. muscle di bahagian bawah perut kuat. ada baik juga batuk ni disebalik mengganggu suasana bersama rakan kerja dan tetamu.

saya cuba batuk di awal pagi utk memudahkan pernafasan. utk memudahkan pernafasan. utk memudahkan memenuhi hajat. insyaallah, batuk saya akan sembuh.

Ahad, Ogos 14, 2011

Majlis dan Keluarga

tadi saya di rumah seorang pakcik. cadangan diadakan 3majlis serentak. tetapi hanya majlis berbuka dan khatam quran yg dapat dijalankan. insyaallah majlis tahlil di lain kali.

di rumah pakcik tadi, 7 drpd adik beradik mak saya hadir. 7 lagi tidak dpt hadir (2 sudah meninggal dunia). walau pun ruang adalah kecil, tetapi apabila sekali sekala berkumpul, memang seronok. semasa berbuka hanya seramai hanya 16 orang shj. jika berbuka di kampung pada malam2 terakhir ramadan, selalunya sehingga 60orang yg hadir.

majlis bersama keluarga memang menyeronokkan. pelbagai kisah dan cerita akan dikongsi. ada cerita baru, ada cerita lam yg diulang2. di rumah pakcik ada 4 bilik air 6orang. tetapi di kampung, rumah nenek hanya 3bilik air utk 60orang. tapi ianya bukan masalah besar. sebab kami dah tahu waktu kesukaan masing2 menggunakan bilik air.

ada cadangan, kerana tahun ini kali ke 2 tak beraya di kampung, bagaimana jika kita sambut raya di luar kl? cadangan shj...

Sabtu, Ogos 13, 2011

Salam Perpisahan

ramai tidak suka berpisah. ramai lebih suka tiada perpisahan. tetapi lumrah kehidupan, bertemu dan berpisah. ada perpisahan hanya sementara. ada perpisahan selama2nya.

salam perpisahan mungkin bermakna kita bersalaman sebelum berpisah. ianya juga bermakna ucapan selamat dgn perpisahan kita. ianya berlaku dlm majlis kecil. dalam majlis besar. ianya berlaku dgn yg hidup, dan dgn yg mati.

kita tahu bahawa yg kekal abadi hanyalah Allah. kita adalah manusia, makhluknya. makhluknya pasti akan mati. maka kita perlulah bersedia sebelum salam perpisahan kita dgn mereka yg masih hidup di dunia. saya galakkan kita tengok drama tv 'tanah kubur' sebagai peringatan.

perpisahan bukan shj dgn manusia. setiap tahun apabila hampir penghujung ramadan, kita akan berasa sedih. kita tidak tahu adakah kita akan bertemu dgn ramadan akan datang. tetapi ramai lebih sedih dgn perpisahan syawal drpd ramadan. perpisahan syawal berkaitan kegembiraan dunia. semoga kita berpisah utk kebaikan dan mendapat kebaikan.

Jumaat, Ogos 12, 2011

Berbuka Puasa Bersama SR113 SPS223 Mei2011



alhamdulillah, tadi saya berbuka puasa bersama pelajar sr113 yg mengambil sps233. turut hadir pelajar kumpulan sama tapi yg tak ambil sps233. tetamu kehormat, dr vincent. kp 113 en nagoor tidak dpt hadir di saat2 akhir.

juadah berbuka memang menyelerakan bg saya. nasi beriani, lauk ayam masak merah, kurma daging, acar dan papadom. minuman air sirap dan teh panas. buah2an kurma, plum, dan tembikai. kuih akok berlauk dan istimewa, ais krim dan kek cokelat. walau pun simple, tapi yg menyeronokan adalah hadirin yg ceria berbuka bersama saya.

terima kasih kpd dr vincent dan para pelajar sr113 part 5 sem mei 2011 yg sudi berbuka puasa dgn saya. terima kasih krn sudi menjamu saya dgn ais krim dan kek coklat. macam makan kat hotel.

Senarai Pelajar SRW655 Sep2011

pagi tadi saya lihat senarai pelajar dan penyelia utk srw655. tiada nama saya sebagai penyelia. maka saya tiada pelajar sr223 utk saya selia bg sem sep2011.

pada asalnya lebih drpd 10pelajar meminta saya menjadi penyelia mereka. saya cuba kurangkan sehingga 8shj. dan 2telah jumpa saya utk kali kedua pd minggu lepas. pada pagi tadi sepatutnya saya jumpa lagi 4pelajar. tetapi saya dah bgtau mereka utk semak senarai di depan pejabat kp223.

maka saya tidak berjumpa dgn seorang pun pelajar utk saya selia srw655 pd pagi tadi. kp memaklumkan bhw ata saya teramat banyak. maka pengurusan bersetuju utk meringankan beban ata saya dgn tiada pelajar 223 utk saya selia srw655. terima kasih kpd pihak pengurusan fsr. alhamdulillah. boleh bernafas elga.

walau bagaimana pun, saya dimaklumkan ada seorang yg tercicir. jadi saya akan menyelia beliau. insyaallah. kpd pelajar2 lain, terima kasih kerana sudi ingin menjadikan saya sebagai penyelia srw655 anda. saya mohon maaf hajat anda tak dapat dipenuhi.

Khamis, Ogos 11, 2011

Kerja Saya

apakah kerja saya? saya seorang pensyarah. tapi saya nyatakan saya sbg seorang pemudahcara. saya cuba memudahkan pelajar saya memehami perakaunan dan kaunseling. kalau saya memberi syarahan, kenalah di atas pentas.

sekarang kerja saya banyak hadir mesyuarat dan perbincangan. pagi tadi termesyuarat dgn wakil utk johan cruff institute di malaysia. kemudiannya berbincang dgn dekan, tda, tdpji dan pengerusi icssr tentang jci dan icssr. sebelah petang meeting di miti. esok alhamdulillah, jadual utk mesyuarat dgn aoei ditunda.

di jawatan bukan hakiki sekarang, saya diberi 2 kerja besar. merekabentuk gdc uitm dan membantu mewujudkan sistem utk latihan industri uitm. selain drpd itu, saya perlu bermesyuarat berkaitan latihan industri dgn pihak berkaitan. saya juga perlu membantu mendapatkan instrumen utk menilai prestasi pelajar latihan industri. itu antara tugas ketua mobiliti pelajar.

maka saya seorang arkitek, perunding ict, pegawai perhubungan organisasi, pegawai pemasaran, akauntan, kaunselor dan pelbagai lagi. saya tidak bersyarah tetapi membantu memudahkan pelajar saya mendapatkan kebolehdapatan kerja (employabiliti).

Meeting @ MITI

petang tadi saya meeting di miti. bukan mesyuarat atau perbincangan. ianya satu meeting/ discussion. kerana ianya telah diadakan dlm bahasa inggeris.

meeting tadi berkaitan membincangkan bagaimana utk meningkatkan keberkesanan latihan industri. ada wakil dari ipt, mohe, mhr, miti dan dari industri/wakil chamber of commerce. kecuali dari miti, kesemua wakil kerajaan (ipt/kementerian) adalah pribumi. kecuali seorang (tak silap saya) yg lainnya bukan pribumi mewakili swasta.

meeting sekejap shj. pengerusi ada meeting lain pula lepas meeting dgn kami. alhamdulillah, sempat balik sebelum trafik memeningkan kepala. pemandu yg lebih lega drpd saya. cuma saya tidak tahu apakah cadangan atau kesimpulan setelah meeting di miti tentang bagaimana nak meningkatkan keberkesanan latihan industri.

Rabu, Ogos 10, 2011

Kos Kehidupan Sekarang

hidup di lembah kelang makin kurang menyenangkan. kos kehidupan meningkat secara tidak rasional. ada yg mengatakan bhw jika pendapatan bulanan kurang drpd rm3ribu, orang itu dikira sbg miskin.

apa punca kos kehidupan yg tinggi? kos rumah, kedai, pejabat yang tinggi. ini menyebabkan sewa atau bayaran balik pinjaman bulanan yg tinggi. kalau ikut kata pihak tertentu, kos tempat tinggal maksima 30% drpd pendapatan bulanan. maka jika 30% drpd rm3ribu adalah bersamaan rm900 shj. kalau sewa hanya dok apartment sederhana jae. kalau beli, harga rumah atau apartmen maksima rm150ribu shj. adakah lagi projek abru yg rumah atau apartmen bernilai rm150ribu di lembah kelang.

kos pengangkutan juga antara punca kos kehidupan yg tinggi. kerajaan benarkan pinjaman maksima 30% drpd pendapatan bulanan utk bayaran balik kereta. ianya bersamaan rm900ringgit. secara kasar kereta bernilai rm30ribu yg sesuai sebab baki utk tol, minyak, maintenance dsbnya. kalau tak, makan pasir lah kita.

bagaimana nak kurangkan kos kehidupan? buatlah projek perumahan harga maksima rm150ribu keluasan 1,000kaki persegi. maksima jika apatmen atau flat hanya 5 tingkat. tempat yg sesuai sekarang adalah di tapak flat pekeliling, dan lapangan terbang sg besi. juga di kawasan pudu dan sentral. ianya tanggungjawab pemimpin sekarang. jika rakyat kelaparan kerana kos kehidupan tinggi, pemimpin akan jawab di akhirat.

kita perlukan juga sistem pengangkutan yg cepat dan murah. janganlah kerana nak mengkayakan segelintir manusia yg tamak, majoriti menderita. kedudukan kawasan perumahan yg sederhana di tempat strategik boleh dilaksanakan jika ada kehendak dan kesedaran tugas dan tanggungjawab yg telah diamanahkan sbg pemimpin.

Buka Puasa Di Intekma 2011

tadi saya berbuka puasa dgn rakan sekerja semasa di ined. mereka banyak membantu saya semasa saya bertugas di unit pengurusan kualiti ined.

telah lama saya ingin makan bersama2 rakan sekerja semasa di ined. tetapi tugas baru saya membuatkan saya mempunyai masa yg terhad. alhamdulillah, bulan puasa membolehkan saya bertemu dgn mereka semua dalam satu waktu setelah lama tidak berjumpa, setelah saya bertukar drpd ined ke jim.

begitu cepat masa berlalu. ramadan muncul kembali. dan seperti biasa saya cuba berbuka puasa sekurang2nya sekali di intekma. tahun2 sebelumnya ada sehingga 3-4kali. berbuka bersama kawan, sahabat dan rakan sekerja.

menu tahun ini lebih drpd tahun lepas. itu komen saya kpd seorang kawan yg bekerja di intekma. kediaman kita sekarang dan cara hidup sekarang kurang membolehkan kita melayan kawan2 di rumah. jadi, terima kasih intekma kerana sudi meminjamkan tempat utk saya jadikan ruang makan saya bersama kawan2.

Kerjaya

krjaya atau gabungan perkataan kerja dan berjaya. mengikut kaunseling, untuk mempunyai kerjaya, kita perlu ada minat, bakat dan kebolehan.

kenapa kita bekerja? kenapa kita bekerjaya? kerja nak cari duit. kerjaya nak manafaat berbentuk kewangan dan bukan kewangan secara jangkapanjang. ada yg sanggup tolak kerja bergaji lumayan kerana manafaat bukan kewangan tiada atau pun kurang. contoh manafaat bukan kewangan adalah kesronokan bekerja. ianya melibatkan hubungan dgn rakan sekerja. maka komunikasi antara rakan sekerja adalah penting.

komunikasi penting untuk memastikan arahan dan penerimaan tugas adalah jelas dan tepat. ini akan membantu pencapaian objektif kerja yg dibuat. ianya memerlukan perancangan yg baik. tidak boleh tergesa2.

jika kita kurang kemahiran berkomunikasi, maka pi lah belajar. umur bukan alasan kita tak boelh terus belajar. ada hadith yg menyebut bhw tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad (saat kita akan mati). jangan bodoh sombong.

Selasa, Ogos 09, 2011

Gaji dan Bonus

alhamdulillah, semalam pm mengumumkan bonus 1/2 bulan gaji utk kakitangan awam. bagi pesara pula sebanyak rm500.

bonus kalau ikut sebenarnya utk prestasi kerja yg melangkau sasaran. ada juga yg bagi bonus jika sasaran tercapai. kalau di swasta, bonus jika keuntungan bersih melebihi sasaran. bagi pekerja yg tidak mencapai melebihi sasaran, kebiasaanya tiadalah bonus. bonus adala ganjaran senagai membalas penatlelah kerja kita.

setengah bulan gaji bagi saya adalah banyak. jadi kita mestilah pandai merancang dan menggunakan dgn sebaik2nya. janganlah digunakan sebagai duit muka utk kereta baru, perabut baru. telefon bimbit baru dsbnya. nanti lepas raya adalah barang yg ditayang2 masa raya ditarikbalik oleh penjual kerana kita hanya mampu bayar duitmuka aje.

saya cadangkan sedekahlah sebahagian drpd bonus yg bakal diterima. tak perlu banyak. insyaallah, rezeki diterima sbg ganjaran terhadap sedekah akan lebih besar, ataupun, pahal diterima utk sedekah di bulan mulia ini akan jadi bekalan kita di akhirat nanti. bonus yg bagus utk kita adalah yg memberi kebaikan dunia dan akhirat.

Isnin, Ogos 08, 2011

Kayo Dooh

kayo dooh atau dlm bahasa melayunya bermaksud terlampau kaya. terjemahan bahasa inggeris adalah extremely rich.

bukan saya la. selalunya orang kaya dooh ni dikatakan punya kereta besar dan mahal. punya rumah besar macam istana. biasa makan pagi, tengahari dan malam di hotel dan restoran mahal. bercuti ke luar negara. dan macam2 lagi yg saya bukan.

tetapi definisi kaya berbeza pada orang. bg seorang sepupu saya seorang yg kaya mempunyai pintu pagar ebrukir dan bercat emas. seorang sepupu lagi pada suatu masa dulu mengandaikan seorang yg kaya adalah seorang datuk dan memberi duit raya 10x nilai diberi oleh orang ramai.

apakah kaya kpd saya? sihat tubuh badan. boleh makan utk mengenyangkan. boleh berkongsi makan dgn orang lain. boleh memenuhi keperluan ibubapa. ada kereta yg dah habis bayar. tiada hutang besar yg membebankan pada setiap hujung bulan. dapat menikmati keindahan alam. dapat mengsyukuri nikmat Allah. anda bagaimana?

Ahad, Ogos 07, 2011

Sahur dan Puasa

sahur seumpama sarapan pagi. sarapan pagi dlm bahasa inggeris adalah breakfast. tetapi breakfast dlm bulan puasa bermakna berbuka puasa. bingung?

berbuka puasa adalah antara lainnya makan pertama setelah lama tidak makan. jadi kebiasaan kita berpuasa daripada makan masa tidur. maka kebiasaan kita tak makan paling lama antara 6-8jam iaitu semasa kita tidur. pada siang hari kita biasanya sarapan pagi pada jam 8pagi. kemudiannya makan tengahari pada jam 1 tgh (setelah 5jam sarapan), tetapi ada yg pi coffee break antara sarapan dan makan tghari.

kemudiannya makan malam pd jam 7 atau 8 malam. kebiasaan ada tea break diantaranya. dan ada yg sebelum tidur ada supper dulu. maka secara purata bolehlah kita andaikan kebiasaan dlm sehari ada yg makan selang setiap 3 jam - 8pg,10.30pg, 1.30tgh, 4ptg, 7mlm dan 10mlm. dan kita biasanya minum sebelu tidur. ini menjadikan antara 10mlm dan 8pg waktu puasa biasa kita iaitu 10jam.

tetapi dugaan pada bulan puasa adalah menahan diri drpd makan dan minum yg sebenarnya. sahur pada jam 5.30pg dan berbuka pd 7.30mlm (14jam puasa)pada waktu ini di malaysia. memang benarlah makna break fast pada waktu maghrib. pada bulan puasa, kita biasanya minum atau makan sebelum tidur pd jam 12tgh (puasa makan 4jam selepas berbuka dan 5jam sebelum sahur).

ini membuatkan sahur amat penting kpd kita. ianya sumber tenaga utk kita menjalani hari yg mendatang. soalannya, juadah sahur atau berbuka lebih penting? juadah sahur atau berbuka lebih baik banyak kita makan? sahur tadi saya cuma makan cornflake semangkuk dan roti bakar 3keping. insyaallah cukup utk saya lalui puasa hari ini.

Sabtu, Ogos 06, 2011

Puasa dan Makan

puasa melibatkan menahan diri daripada makan setelah subuh sehingga maghrib. dan juga beberapa perkara lain.

tapi kebiasaannya pada bulan puasa orang ramai seronok dgn juadah yg terdapat di bazar dan tempat berbuka puasa. ada pelbagai juadah. setengahnya hanya boleh didapati semasa bulan puasa shj. maka pembeli sanggup beratur utk membeli juadah istimewa spt popiah di sek 14 petaling jaya.

apabila kita berpuasa, selalunya berat badan akan berkurang. tapi ada juga yg berat badannya bertambah. sebab makan benda2 yg jarang dijumpa pada bulan2 biasa. juga kerana nak memastikan berbaloi dgn bayaran utk berbuka.

memang seronok berada di bulan ramadan. saya berdoa utk dpt mengurangkan berat badan. dan nampak gayanya ianya dimakbulkan. saya dah lama batuk2. selera makan pun berkurang. ubat dah habis dimakan. sekarang ambil teh dan madu. insyaalah akan sembuh drpd batuk yg berpanjangan ni.

Bersahur Bersama Sahabat 06082011



alhamdulillah, tadi saya bersahur dgn sahabat2 drpd sekolah menengah. ini kali pertama kami lakukan (andaian saya dan bagi saya). kebiasaan kami akan berbuka bersama2 pada setiap ramadan, jika diizinkan Allah.

untuk tahun ini kita cuba buat kelainan. pada awalnya memang diandaikan tak ramai dpt hadir berbanding kehadiran utk majlis berbuka. jika dpt 10 orang dah kira ok. saya cadangkan di shah alam, dan seorang kawan cadangkan di hotel concorde.

alhamdulillah, cukup2 10 orang yg hadir. 2 tidak dpt hadir kerana masalah kesihatan. 2 orang tidur dan hanya tersedar pada jam 5 pagi. kami mulakan majlis pada jam 3pagi. insyaallah, kita akan lakukan majlis spt ini lagi. terima kasih kpd yg hadir. terima kasih kpd penganjur. berbanyak terima kasih kpd penaja majlis. semoga anda sentiasa mendapat rahmat Allah.

Rabu, Ogos 03, 2011

Perlukah Beraya Sakan

ramai sudah bersedia utk beraya. ramai yg sudah ada berhelai2 pakaian utk sambut raya. dan ramai juga yg sudah tempah pelbagai kuih utk raikan tetamu.

tiap tahun cerita sama. akan ada yg sewa kereta utk dibawa balik ke kampung. akan ada juga yg beli kereta baru utk raya. alasan, raya sekali shj setahun. perabut ditukar. tirai2 tingkap ditukar. memang belanja sakan. akan ada yg ke pajak gadai utk menggadaikan barangan kemas utk membolehkan berbelanja utk raya. dan ada yg tebus barangan kemas di pajak gadai utk bergemerlapan pada hari raya.

pakaian spt fesyen show. berkilauan. kalau baju tak cukup kilau, akan ditambah dgn perhiasan. malah muka akan diconteng rambut2 diletak bahan berkilau. sudah lupa akan tujuan raya. maka ramai menggunakan raya nanti utk menunjuk2. berbeza dgn tujuan puasa dan tujuan raya selepas puasa. berjimatlah perbelanjaan utk hidup di dunia, berboroslah dgn ibadah utk kehidupan di akhirat.

Selepas Ni Apa Prof?

itu soalan saya kpd seorang yg berjaya mendapat jawatan profesor penuh beberapa tahun yg lalu. beliau akaui bhw cita2 beliau sbg seorang akademik di sebuah universiti adalah untuk berjaya menjawat jawatan seorang profesor. dan beliau berjaya mencapai cita2 tersebut sebelum beliau berusia 40tahun.

alhamdulillah, cita2 seterusnya prof ini lebih ke arah islam. maka matlamat akhirat menggantikan nikmat dunia. maka beliau akan bersara drpd uitm pada hujung bulan ini (tak silap saya). dan beliau akan hijrah ke madinah utk menjadi tenaga akademik di sana. tiada lagi nikmat dunia di padang golf. bos yg perlu diikuti hanyalah yg satu shj.

prof berbeza akan mempunyai cita2 berbeza. spt juga tenaga akademik yg lain. tetapi sebenarnya yg mudah utk seorang akademik adalah utk fokus kpd pengajaran & penyeliaan, penyelidikan & penulisan, dan khidmat universiti & sosial. cuma lebih mudah jika arahan adalah jelas dan kurang perubahan arahan dalam masa yg singkat. ianya memeningkan dan mengecewakan seorang akademik.

Duduk Diantara 2 Profesor

pada beberapa tahun yg lepas, di gym fsr, saya duduk diantara 2 bakal profesor. masa tu mereka berdua masih prof madya. di hadapan saya adalah profesor penuh. ianya di satu majlis makan malam yg sering diadakan oleh gym fsr.

sekarang, ekdua2 prof maday telah menjadi profesor penuh. seorang telah merantau sehingga ke india. seorang akan merantau ke madinah. saya masih tetap di uitm shah alam. saya masih di takuk yg lama. insyaallah, kejayaan kedua2 prof akan saya jadikan dorongan utk saya berjaya. bilakah saya boleh jadi prof juga agaknya?

setiap drpd kita mempunyai kelebihan masing2. utk berjaya, kita belajarlah drpd mereka yg berjaya. tetapi mereka yg gagal juga boleh memberi pengajaran kpd kita. jawatan bukan akademik bukan satu tugas hakiki seorang pendidik. tak perlu kita kejar. sebab ada hadith nabi berkaitan meminta jawatan dan tanggungannya nanti

Selasa, Ogos 02, 2011

Ramadan Ketemu Lagi

alhamdulillah, hari ini 2 ramadan. insyaallah kejap lagi cukup 2 hari berpuasa di bulan ramadan tahun ini.

semalam di pejabat, ramai yg bercuti. mungkin balik kampung berbuka dgn keluarga di kampung. hari ini saya cuti. cuti tidak sihat. setelah lama tak ke klinik swasta, saya pergi pagi tadi. batuk dah lama tak sembuh. dicampur hari pertama puasa, saya akan selalunya sakit kepala kerana kurang air.

pagi tadi saya ambil peluang ke agrobank di sebelah klinik. buka akaun baru. persediaan utk berkecimpung dlm pertanian (insyaallah). setelah itu terus berbojeng. insyaallah, sebelum raya akan berbojeng lagi.

puasa kali ini disambut tanpa astro. maka rumah sunyi banyak. tidak banyak gangguan drpd tv. maka suasan yg kurang bising membolehkan membuat analisis puasa dan kita. petang tadi tengok cerita 'the messenger'. terdapat banyak perbezaan dgn buku saya baca berkaitan rasul junjungan kita.

kepada pembaca blog saya,'selamat beribadah di bulan puasa. saya mohon maaf jika ada melakukan kesliapan dan kesalahan secara sengaja atau tidak sengaja. halalkan segala makan, minum dan rezeki yag dikongsi dgn saya'. semoga kita akan ketemu ramadan di tahun hadapan.