Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Ogos 10, 2011

Kos Kehidupan Sekarang

hidup di lembah kelang makin kurang menyenangkan. kos kehidupan meningkat secara tidak rasional. ada yg mengatakan bhw jika pendapatan bulanan kurang drpd rm3ribu, orang itu dikira sbg miskin.

apa punca kos kehidupan yg tinggi? kos rumah, kedai, pejabat yang tinggi. ini menyebabkan sewa atau bayaran balik pinjaman bulanan yg tinggi. kalau ikut kata pihak tertentu, kos tempat tinggal maksima 30% drpd pendapatan bulanan. maka jika 30% drpd rm3ribu adalah bersamaan rm900 shj. kalau sewa hanya dok apartment sederhana jae. kalau beli, harga rumah atau apartmen maksima rm150ribu shj. adakah lagi projek abru yg rumah atau apartmen bernilai rm150ribu di lembah kelang.

kos pengangkutan juga antara punca kos kehidupan yg tinggi. kerajaan benarkan pinjaman maksima 30% drpd pendapatan bulanan utk bayaran balik kereta. ianya bersamaan rm900ringgit. secara kasar kereta bernilai rm30ribu yg sesuai sebab baki utk tol, minyak, maintenance dsbnya. kalau tak, makan pasir lah kita.

bagaimana nak kurangkan kos kehidupan? buatlah projek perumahan harga maksima rm150ribu keluasan 1,000kaki persegi. maksima jika apatmen atau flat hanya 5 tingkat. tempat yg sesuai sekarang adalah di tapak flat pekeliling, dan lapangan terbang sg besi. juga di kawasan pudu dan sentral. ianya tanggungjawab pemimpin sekarang. jika rakyat kelaparan kerana kos kehidupan tinggi, pemimpin akan jawab di akhirat.

kita perlukan juga sistem pengangkutan yg cepat dan murah. janganlah kerana nak mengkayakan segelintir manusia yg tamak, majoriti menderita. kedudukan kawasan perumahan yg sederhana di tempat strategik boleh dilaksanakan jika ada kehendak dan kesedaran tugas dan tanggungjawab yg telah diamanahkan sbg pemimpin.

Tiada ulasan: