Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Ogos 28, 2011

Satay

semalam semasa di bazaar ramadan, saya beli satay. harganya 50sen secucuk (atau semacok dlm bahasa kelate). mula2 saya beli 10cucuk di sebuah gerai. kemudiannya saya beli 10cucuk lagi di gerai yg lain.

saya suka makan satay/sate. satay adalah daging ayam/lembu dll yg halal yg dimasak secara dibakar pada lidi. dan satay adalah antara menu utama pada pagi raya di rumah nenek di kelate. pada malamnya seorang pakcik akan pergi mengambil satay yg telah ditempah awal2 lagi. dulu2 saya antara yg akan ikut pakcik saya mengambil satay. bilangan satay ditempah selalunya 300 cucuk. tetapi dua tahun lepas 400cucuk ditempah.

setelah sampai di rumah nenek, selalunya kami (semestinya saya) akan merasai dulu beberapa cucuk satay. selebihnya akan disimpan di dlm peti sejuk. keesokannya di pagi raya, saya diantara crew ditugaskan membakar satay. dan sebagai crew, saya diantara mereka yg awal menikmati satay sebelum ahli keluarga yg lain. ada yg akan makan beberapa cucuk sebelum solat raya. tetapi selepas solat raya, satay akan dinikmati ramai2. selalunya satay hanya sempat dihidanhg sehingga makan tengahari kerana ia akan jadi tumpuan tuan rumah dan tetamu.

menyambut raya di sini, lembah kelang, satay selalunya/hanyalah yg ditempah oleh seorang makcik. ianya adalah satay zaini, iaitu anak kpd seorang penjual satay yg terkenal juga, majid satay. mungkin satay ini kurang dikenali berbanding satay kajang kerana ianya tidak dijual spt satay kajang haji samuri. walau bagaimana pun, walau apa pun jenama satay, menikmati hidangan satay akan mengingatkan kpd majlis hari raya.

Tiada ulasan: