Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Ogos 27, 2011

Seronoknya Balik Kampung

ramai yg sedang bersiap2 utk balik kampung. ada yg dlm perjalanan balik kampung sekarang. malah ada yg dah sampai di kampung halaman.

bagi majoriti muslimin di malaysia, fenomena balik kampung selalunya pada raya syawal. jalan2 akan jam, tersumbat, bolok, dsbnya. media dalam beberapa hari ini akan memaparkan berita warga kota balik ke kampung masing2. memang seronok balik kampung. tambah2 lagi bg kita yg hidup di bandar dgn keluasan rumah yg kecil.

kenapa seronok balik kampung? kanak2 sebab dapat berjumpa saudara mara yg ramai. dapat bermain2 dgn sedara dan kawan2 di kawasan yg luas berbanding di bandar. dan selalunya keselamatan lebih terjamin, maka bebas utk bermain di luar rumah.

bg yg bekerja, balik kampung mungkin bermakna kerana meninggalkan masalah di kota. kerja dilupakan buat sementara. tapi bagaimana dgn yg duduk di bandar yg tak balik kampung, iaitu yg kampungnya adalah dirumah yg diduduki sepanjang tahun? sebenarnya seronok juga. sebab utama seronok balik kampung adalah utk bersama mereka yg seronok dan gembira bersama kita. kpd yg akan, sedang dan sudah balik kampung..selamat balik kampung dan selamat kembali ke kota.

Tiada ulasan: