Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Ogos 28, 2011

Ego dan Kepimpinan

sehari sebelum saya bercuti, saya ada mesyuarat dgn bos besar dan besar atas saya. mesyuarat pertama berkaitan pecipta anjuran uitm. mesyuarat kedua berkaitan cadangan perkongsian strategik satu organisasi dgn uitm.

semasa mesyuarat seperti biasa bos besar akan selitkan pengajaran dan peringatan utk dirinya dan kami. kali ini berkaitan ego (sombong/bongkak). bos besar mendapat peringatan ini drpd anak buahnya. dan beliau mengakui bhw beliau ada bersikap ego dlm menjalankan tugas. kadang2 beliau terlupa bhw kita perlu berbicara dgn berhemah dgn anak buah. walau pun pangkat kita lebih tinggi, tetapi apabila memberi arahan kita perlu menggunakan kemahiran berkomunikasi supaya arahan adalah jelas dan dijalankan dgn sebaiknya.

saya setuju dgn bos besar saya. kita mungkin lebih tinggi jawatan. kita mungkin lebih baik keturunan. kita mungkin lebih tinggi ilmu. tetapi tidak semestinya kita akan secara automatik lebih tinggi budibahasa dgn jawatan, keturunan, kekayaan dan ilmu kita berbanding mereka yg lain. budibahasa yg tinggi (ego yg rendah) akan membolehkan kita mempunyai ramai kawan. dan kawan lebih senang bekerjasama berbanding dgn lawan. seorang pemimpin perlukan kawan utk membolehkan matlamat organisasi dicapai dgn sebaiknya.

Tiada ulasan: