Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Ogos 30, 2011

Alhamdulillah Syawal 1432H

alhamdulillah. kita menyambut satu syawal 1432h. tahun ini tahun kedua keluarga saya beraya di lembah kelang. tidak seperti tahun2 sebelumnya. ini kerana nenek tidak sihat dan kini tinggal bersama seorang makcik di hulu kelang.

saya sekeluarga solat aidil fitri di masjid ss19 subang jaya. pada tengahari tadi saya sekeluarga ke rumah makcik di hulu kelang. kami ramai2 berkumpul di sana. menu makanan di rumah makcik termasuklah nasi beriyani dari ttdi, satay kajang dari bandar baru bangi. bilangan ahli keluarga (keluarga adik beradik ibu dan nenek saudara) 2+6+3+5+5+5+1+1+6+5+6+7=52 shj. yg tiada atau tak sempat tadi 2+4+5+3+7=21. jika kesemuanya berkumpul di rumah nenek, termasuk nenek = 73shj.

maka bg saya keseronokan raya dan balik kampung adalah berkumpul bersama ahli keluarga. tidak kira di mana kita berada, keseronokan beraya adalah bersama mereka yg saling mengambil berat tentang kesejahteraan dunia dan akhirat. insyaallah,didoakan agar bilangan kaum kerabat akan bertambah.

Tiada ulasan: