Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Ogos 03, 2011

Selepas Ni Apa Prof?

itu soalan saya kpd seorang yg berjaya mendapat jawatan profesor penuh beberapa tahun yg lalu. beliau akaui bhw cita2 beliau sbg seorang akademik di sebuah universiti adalah untuk berjaya menjawat jawatan seorang profesor. dan beliau berjaya mencapai cita2 tersebut sebelum beliau berusia 40tahun.

alhamdulillah, cita2 seterusnya prof ini lebih ke arah islam. maka matlamat akhirat menggantikan nikmat dunia. maka beliau akan bersara drpd uitm pada hujung bulan ini (tak silap saya). dan beliau akan hijrah ke madinah utk menjadi tenaga akademik di sana. tiada lagi nikmat dunia di padang golf. bos yg perlu diikuti hanyalah yg satu shj.

prof berbeza akan mempunyai cita2 berbeza. spt juga tenaga akademik yg lain. tetapi sebenarnya yg mudah utk seorang akademik adalah utk fokus kpd pengajaran & penyeliaan, penyelidikan & penulisan, dan khidmat universiti & sosial. cuma lebih mudah jika arahan adalah jelas dan kurang perubahan arahan dalam masa yg singkat. ianya memeningkan dan mengecewakan seorang akademik.

Tiada ulasan: