Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Oktober 31, 2010

Tugas Sebagai Ketua

ramai nak jadi ketua. ramai tak nak jadi ketua. ketua mendapat pelbagai faedah tambahan. ada yg halal. dan ada yg boleh melalui yg haram.

ketua mesti membuat keputusan. tiada keputusan adalah satu keputusan. selalunya kita akan lihat tulisan daripada ketua spt berikut, 'sila uruskan', 'sila beri perhatin', 'sila ambil tindakan', dsbnya. pada pandangan pembaca, apakah maksud ketua ni?

ramai kawan2 dimarahi kerana lurus bendul macam saya. kami ikut peraturan dan undang2. maaflah jika nak marahkan kami kerana tidak ikut catatan pada memo atau surat. sila nyatakan dgn jelas apakah keputusan ketua tu. catatkan 'saya sokong dan luluskan permohonan ini'. kemudian tandatangan sebagai bukti ianya adalah daripada seorang yg bertanggungjawab.

ada ketua yg menyuruh anak buah buat keputusan dan tanggung keputusan yg dibuat bg pihak ketua. ini satu contoh ketua yg nak pegang jawatan tapi tak nak bertanggungjawab. jadi, apa shj yg berlaku akan disalahkan kpd anak buahnya. pernah ada kawan dihalau dari bilik bosnya kerana tidak ikut arahan yg tersirat.

arahan dari Allah lebih tepat, betul dan penting. iaitu jalankanlah tugas kita dgn penuh tanggungjawab dan beramanah. jika tidak, kita mesti takut balasan dari Allah, bukannya dari bos yg tidak bertanggungjawab dan tidak amanah kpd diri, organisasi, masyarakat dan kepada Allah.

Ugutan

seorang kawan berkongsi pengalaman semasa beliau bertugas di satu unit.beliau menjadi ketua di unit tersebut. Tempat tersebut dipanggil sebagai satu drpd kerusi panas kerana urusan yg dikendalikan melibatkan wang.

apabila beliau mengambil alih jawatan tersebut, beliau banyak menerima cubaan dan dugaan. antara dugaannya adalah cuba disogokkan dgn wang ringgit utk memberi sesuatu kpd seseorang tanpa perlu menilai kebolehan seseorang itu. beliau menghalau manusia tersebut keluar dari biliknya.

beliau juga pernah menerima panggilan telefon berbentuk ugutan. pemanggil bagitau yg dia tahu nombor kereta kawan saya, isteri kawan saya. juga pemanggil bgtau dia tahu di mana isteri kawan saya bekerja dan di mana anak2 kawan saya bersekolah. kawan saya tidak layan. malah kawan saya juga pernah diugut jika tidak meluluskan permohonan seseorang. dan beliau pernah disantau. disiasat oleh agensi 14bintang krn surat layang.

alhamdulillah. Allah Yang Maha Berkuasa.

Sabtu, Oktober 30, 2010

Majlis Keluarga

semalam saya balik aal dari uitm. 6.45ptg dah sampai rumah. sebab ada majlis keluarga.

ada ahli keluarga akan menunaikan haji ke mekah minggu depan. jadi adalah bacaan yasin, solat hajat dan doa selamat. seronok dpt berjumpa ahli2 keluarga di majlis2 begini. ada yg dpt saya jumpa setelah pada raya lepas tak balik kampung. nenek saudara bgtau 'tak seronok raya apabila saya tak balik. baliklah. biarlah orang lain tak nak balik'. dan beliau turut bertanya saya akan beraya haji di mana pada bulan depan ni.

juadah tersedia amatlah banyak bagi saya. setelah lama cuba jaga makan pada waktu malam, semalam makan amat banyak. semua kalau boleh nak rasa. ada laksam kelantan, ada laksa penang, ada kek carrot, ada nasi tomato, dan pelbagai lagi. alhamdulillah, boleh saya jadikan sebagai tenaga simpanan utk bertugas di taman negara hujung minggu ni.

terima kasih kpd tuan rumah. semoga mendapat haji yg mabrur.

Jumaat, Oktober 29, 2010

Khutbah Jumaat 29102010

tajuk khutbah jumaat hari ini berkaitan pemimpin. kita dijadikan di dunia ini utk menjadi pemimpin/khalifah. dan kita dijadikan tidak lain drpd utk beribadah kpd Allah.

pemimpin perlulah berilmu dlm bidang yg ingin dipimpin. kalau ilmu kita kurang atau tiada dlm bidang yg hendak kita pimpin orang lain, maknanya kita sebenarnya tak layak menjadi pemimpin dlm hal2 sedemikian. kita akan menjadi pemimpin ke arah kesesatan atau kita tidak akan memimpin pengikut kita ke arah matlamat dirancang.

samalah sebagai seorang pendidik/pensyarah. kita adalah pemimpin kpd pengikut kita/pelajar kita berkaitan kursus yg mereka ambil. jadi adalah tugas dan tanggungjawab pemimpin yg memilih kita utk memastikan kita benar2 layak memimpin pengikut kita dlm ilmu/kursus berkaitan. jika tidak, maka pemimpin kita dan kita telah tidak amanah. dan tanda2 seorang munafik adalah bersifat tidak amanah. kita perlu tegas dlm mempertahankan kebenaran.

Berjumaat di Masjid SAAS

saya sekarang kerap berjumaat di amsjid negeri selangor, masjid saas. senang utk saya ke sana drpd pejabat. dan saya terpaksa berjalan lebih sedikit drpd biasa. mungkin dgn ke masjid saas saya dpt penuhi minima 10,000 sehari.

tadi selepas saya solat jumaat, saya mencari tandas. dlm perjalan ke tandas, rupa2nya ada disediakan gerai2 menjual pelbagai barangan spt pakaian, minuman dan makanan kering di bahagian belakang dlm masjid. bagus juga ada gerai2 macam ni. dptlah saya lihat pelbagai barangan yg menarik spt buku2 dan kitab2. selain drpd itu ada gerai2 yg menjual buah2an kering spt kurma dsbnya.

selepas melawat gerai2 tadi, saya ke gerai makan dlm kawasan masjid. bagus juga adanya gerai spt ini. maka masjid tidak hanya jadi tumpuan semasa solat 5waktu shj. saya lihat ada juga pengunjung bukan islam yg menikmati juadah di gerai makan. ini menunjukkan bhw kawasan masjid adalah tempat bermasyarakat utk pelbagai kaum dan agama. dan tidak kira islam atau sebaliknya, perlulah ditutup aurat bukan di masjid aje.

Khamis, Oktober 28, 2010

Anugerah

dalam hidup ini kita berpeluang mendapat pelbagai anugerah. anugerah yg terbaik adalah lahir, hidup, mati dan hidup selama2nya sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, iaitu sebagi seorang islam.

kita dianugerahkan dgn kesihatan. kita dianugerahkan dgn kekayaan. kita dianugerahkan dgn kasih sayang drpd mereka yg kita sayangi. kita dianugerahkan dgn pelbagai lagi. anugerah boleh disamakan dgn rezeki.

selain drpd anugerah yg dinikmati ramai, kita juga dianugerahkan dgn pangkat. ada yg dapat pangkat tinggi. tahniah kpd seorang pakcik yg mendapat anugerah drpd sultan pahang baru2 ini. walau pun saya bayangkan bhw beliau akan dapat anugerah drpd negeri kelahirannya dulu.

saya ditanya oleh seorang drpd bos saya,'kau dah prof madya?'. dan soalan ini pernah saya terima drpd seorang pengarah kampus. saya harap soalan ini menunjukkan keyakinan mereka terhadap kebolehan dan pencapaian saya melalui usaha yg ikhlas dan jujur.

Apabila Stres

ada stres positif. ada stres negatif. kalau dpt stres positif, akibatnya baik. kalau dpt stres negatif, akibatnya buruk.ada penyelidik kata sebenarnya tiada perkataan stres berkaitan psikologi. beliau adalah seorang yg telah lama melibatkan diri mengkaji stres.

bagaimana nak tahu seseorang itu stres negatif? kita boleh lihat secara fizikal, kognitif, dan afektif. dia mungkin tidak bermaya. payah nak senyum. mudah sakit. cepat marah. dlm keadaan murung. dan mungkin juga burnout. kesannya, produktiviti menurun.

kaunseling membantu kita menghadapi stres negatif. dgn bercakap dgn kaunselor, kita dpt luahkan perasaan negatif yg terbuku dlm hati akibat stres negatif. setelah satu sesi kaunseling, kita akan berasa lega. sebab apa yg kita simpan dan jika lama2 tidak dikeluarkan boleh menyebabkan kita dlm keadaan lebih negatif sama ada secara fizikal, emosi atau pemikiran. dan lagi elok, hapuskan punca stres negatif.

Jom Buat Akaun

bila sebut pasal akaun, yg terfikir di kepala adalah berkira. kira duit. tetapi sefaham saya, ianya berkaitan pencapaian kita.

ada yg melihat saya banyak masa terluang. ada yg akan asyik tengok jadual rasmi amanah tugas akademik saya. utk sem ni, ata saya hanya 18. jadi, bg pihak tertentu, saya banyak masa kosong. saya banyak tak buat kerja.

jom kita berkira. jika kira ikut penyelidikan dan inovasi, pencapaian saya setakat ini hanyalah seperti berikut:
2007 - 1 penyertaan di itex 2007 - pencapaian 1 PERAK, 2008 - 3 penyertaan di iid 2008 - pencapaian 1 GANGSA, 1 penyertaan di GENEVA - pencapaian 1 GANGSA, 2009 - 4 penyertaan di IID 2009 - pencapaian 1 EMAS, 3 PERAK, 1 penyertaan di MTE 2009, 1 penyertaan di ITEX 2009, 1 penyertaan di PECIPTA 2009 - pencapaian 1 PERAK, 2010 - 2 penyertaan di IID 2010 - pencapaian 1 PERAK, 1 GANGSA, 5 penyertaan di IID 2010SE - pencapaian 1 EMAS, 1 PERAK, 2 GANGSA.

jadi, kalau ada yg berkata saya tak buat kerja, banyak masa kosong yg tak produktif, bg saya sila buktikan yg anda seorang yg produktif dlm mewakili uitm dlm bidang akademik.

Rabu, Oktober 27, 2010

Outlier

ianya tajuk sebuah buku yg saya beli di klia sebelum saya ke kk pada 15okt yg lalu. saya mula membaca buku tersebut sementara menunggu menaiki kapalterbang. dlm penerbangan teruskan bacaan saya. alhamdulillah, saya berjaya tamatkan baca buku tersebut pada hari sabtu petang. saya mengambil masa antara 4-5jam membaca buku tersebut.

outlier dlm statistik berkaitan data yg terletak di luar norma2. buku tersebut menceritakan mereka yg sangat2 berjaya dlm kehidupan mereka. pada umumnya, kita andaikan mereka ini sangat2 bijak. tetapi penulis mendapati bhw ada beberapa faktor yg membantu mereka ini menjadi sangat2 berjaya.

antara faktor2nya adalah rezeki, minat dlm bidang tersebut, memberikan komitmen minima 10,000jam utk belajar dan berlatih, budaya dan sokongan masyarakat dan keluarga. jadi, kita pun boleh berjaya spt bill gates, beatles, mozart, dll jika kita mempunyai faktor2 spt dinyatakan.

saya kira jika nak jadi seorang pemain bolasepak seperti messi, kita perlukan 8tahun latihan. secara kasar kita berlatih dan belajar serta bertanding minima 4jam sehari dan rehat mungkin 40hari setahun. jadi, jika nak jadi seperti messi, kita kena latih bakal pemain2 bolasepak kita bermula umur 8tahun. pada umur 17tahun,mereka dah boleh bermain di liga2 antarabangsa. amacam FAM?

SUFO

sufo adalah penilaian pelajar terhadap kursus yg diambil pada setiap semester. selain drpd menilai kursus, pelajar turut menilai pensyarah yg mengajar kursus dan infrastruktur utk kursus.

setakat ini, secara purata, saya dpt 3.5 drpd 4 utk kursus2 yg saya ajar pada sem ini kpd 4 kumpulan pelajar. kalau ikut gpa, saya layak dapat anugerah dekan. terima kasih kpd para pelajar. saya harap anda menilai dgn ikhlas dan jujur.

walau bagaimana pun, akan ada 'outlier'. ianya bermaksud keputusan yg luar drpd norma atau abnormal. dlm masyarakat akan ada spt ini. ini adalah biasa. mungkin pelajar tersebut menyatakan secara ikhlas dan jujur, saya tidak tahu.

Minum Di Kedai Kopi

seboleh2nya saya akan elak minum di kedai2 tertentu. tetapi diajak oleh bekas pelajar saya, maka saya terima jemputan utk minum di kedai kopi.

kami berbincang tentang akaun dan perniagaan. saya kongsi dgn beliau tentang sebab perlu sediakan 'trading account, profit and loss account, dan balance sheet'. ianya adalah laporan pencapaian kita. kita apabila berniaga nak tahu berapa untung kasar, berapa untung bersih dan nilai aset bersih kita setelah ditolak tanggungan.

di kedai kopi tu, macam kedai 'fastfood' pula. kita isi borang pesanan berdasarkan menu, kemudian kita panggil 'pelayan'. dan apabil masa utk membayar, ada pula caj cukai perkhidmatan. bekas pelajar saya minta dikecualikan caj perkhidmatan. juruwang beri tanpa banyak soal.

kenapa? sebab pada pandangan saya, kedai kopi sebelah petronas berhadapan tempat letak bas uitm tak layak caj utk perkhidmatan. apakah perkhidmatan yg diberikan? kita yg isi pesanan. kita ambil menu. tiada yg datang kesat meja pun. apabila nak oder, datanglah pelayan, itu pun setelah berkali2 dipanggil. cukai disebut 'service tax', tapi servisnya tiada.

Peserta IID2010SE Bergambar Dgn Dekan FSR



pada tengahari tadi, wakil fsr utk iid2010se berjumpa dgn dekan fsr.kami ingin menyerahkan pingat2 yg dimenangi dan poster2 penyertaan utk dipamerkan di fakulti sebagaimana cadangan oleh dekan.

setelah selesai mesyuarat, kami berjumpa dgn dr hanafiah, dekan fsr. kami tunjukkan kpd beliau hasil pencapaian pnyertaan kami. pada asalnya, nak bergambar setiap kumpulan semasa penyerahan pingat dan poster. tetapi kerana kekangan masa, kami bergambar beramai2 bersama dekan.

setelah bergambar, dekan mempamerkan pingat2 yg dimenangi di dalam bilik beliau. poster2 penyertaan akan dipamerkan di sekitar fsr. selepas ini, poster2 pembentangan dan penyertaan oleh wakil fsr akan dipamerkan sebagai galakkan utk warga fsr sentiasa aktif dlm aktiviti berbentuk p&p di luar fsr. terima kasih kpd dekan dan fsr yg menyokong penyertaan kami di iid2010se.

Selasa, Oktober 26, 2010

Burnout Ke?

saya suka selia kajian berkaitan burnout. saya bercadang buat kajian2 berkaitan burnout.

kalau ikut definisi burnout - ianya terdiri drpd 3komponen, emotional exhaustion, depersonalization, dan achievement. burnout berlaku apabila kita lesu drpd segi emosi, kita kurang minat bersosial, dan kita kurang minat terhadap pencapaian peribadi. kita akan bekerja sambil lewa shj.kita hanya memenuhi syarat2 dan peraturan supaya kita dpt gaji pd hujung bulan.

burnout berlaku bukan shj kpd staf tetapi kpd pelajar2. dan selalunya mereka yg burnout adalah mereka yg cemerlang dlm kerja. tetapi kerana faktor2 tertentu, mereka ini burnout. mereka dah tak kisah apa yg berlaku di organisasi. 'apa nak jadi, jadilah. janji mereka masih dpt gaji atau imbuhan bulanan. maka berlakulah kerugian kpd organisasi. seorng pemimpin perlu peka kpd tahap burnout dikalangan warga organisasinya. jika tudak, beliau akan hanya memimpin biawak hidup atau tunggul kayu shj.

Matlamat Hidup

apakah matlamat hidup kita? adakah untuk miliki rumah yg besar? adakah utk miliki kereta yg laju? adakah utk miliki pasangan yg kacak/lawa? adakah utk miliki anak2 yg ramai? adakah utk miliki jawatan yg tinggi?

pakcik saya berkongsi ceramah oleh seorang ustaz. jadilah seumpama pekerja2 dari indonesia yg bekerja di malaysia. mereka tidak akan berbelanja kesemua rezeki yg mereka dapati di malaysia. mereka tidak akan gunakan rezeki yg mereka dapati utk bina rumah yg besar di malaysia. mereka tidak akan membeli kereta yg mahal dan laju di malaysia. mereka berbelanja di malaysia cukup utk membolehkan mereka terus bekerja di malaysia.

kerana mereka sedar, 'hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hujan batu di negeri sendiri'. maka mereka akan hantar sebahagian drpd rezeki yg mereka dapati ke negara mereka. mereka gunakan rezeki tersebut utk membina rumah yg baik di sana. mereka buat persiapan terbaik di negara mereka. kerana mereka tahu bahawa mereka tidak akan kekal di malaysia selama2nya. mereka mesti kembali ke negara asal mereka.

begitulah kehidupan kita di dunia ini. ianya utk mencari bekalan hidup di akhirat. kita cari rezeki utk membolehkan kita hidup selesa di akhirat. jadi, pastikanlah rezeki kita itu halal. pastikan ianya bukan hasil menzalimi orang lain. pastikan ianya bukan drpd hak orang lain.

Isnin, Oktober 25, 2010

Separuh Masak

separuh masak atau 'half-baked'. ianya bermakna kerja separuh jalan atau hasil tidak sempurna.

matlamat cemerlang. maka perancangan dan pelaksanaan perlulah cemerlang. dan perlu dilakukan semakan utk memastikan pelaksanaan adalah 'on-track' spt dirancang. jika tidak, kemungkinan besar akan berlaku pembaziran atau salahguna sumber yg ada. kesannya juga, sebahagian shj yg dirancang akan terhasil.

sumber manusia amatlah penting utk mencapai matlamat. tetapi jika sumber manusia tidak mempunyai kepakaran yg diperlukan utk menghasilkan sesuatu yg cemerlang, maka kemungkinan hasil adalah cukup2 aje. bayangkanlah dm situasi sukan. jika jurulatih, pakar sains sukan, pakar pengurusan sukan adalah 'half-baked'. maka besar kemungkinan pencapaian sukan kita pun akan sentiasa 'kurang masak'.

chef adalah mereka yg berkuasa dan bertanggungjawab utk memastikan masakan adalah masak sempurna. maka pastikan adunan adalah cukup. dan pastikan mereka yg terlibat dlm memproses utk menghasilkan produk sukan berkualiti adalah berkualiti. kalau tak nanti, kita akan dapata masakan yg separuh masak dan akan ditertawakan oleh mereka dlm industri sukan.

Ahad, Oktober 24, 2010

Apakah Hukuman?

malaysia terkenal dgn pelbagai undang2. tetapi masih banyak salahlaku berlaku. termasuklah di organisasi2. undang2 dan peraturan banyak. tetapi salahlaku masih kerap dan berulangkali berlaku. salah siapa?

apakah hukuman jika kita mengakui sesuatu itu sbg hak kita, sedangkan ianya adalah hak orang lain? di bidang akademik ianya adalah berkaitan plagiarisma. saya kerapkali mengingati pelajar saya utk elakkan plagiarisma. dlm tesis, ianya selalunya berlaku di bab 2. selain drpd itu, ianya akan dijumpai di bab 5.

bagi pensyarah, plagiarisma adalah mengakui penulisan yg dicelup atau diambil drpd orang lain sbg hasil sendiri. contohnya dlm tesis, buku, artikel, modul. dan mereka ini tidak segan silu utk mengambil bayaran drpd plagiarisma. pernah berlaku, ada pensyarah yg meminta nota2 drpd pensyarah lain kononnya utk seminar yg akan diadakan bersama. kemudiannya dimaklumkan seminar ditunda. rahsia terbongkar apabila terbaca laporan yg seminar tetap dijalankan. slot yg asalnya utk kita dibentangkan oleh penganjur. begitu juga mereka yg mengambil nota drpd pensyarah lain utk mengajar bukan bidangnya. maklumlah, tiada asas dlm bidang tersebut. maka yg senang, ambil hasil orang dan akui sbg milik sendiri.

pencuri, perompak, pemecah amanah, perasuh akan bermaharajalela jika undang2 dan peraturan2 tidak dilaksanakan oleh mereka yg diamanahkan utk melaksanakannya. maka kedua2 pihak, pelaksana dan penjenayah sama2 bersalah. tanggunglah akibatnya drpd Allah. hukuman Allah Maha Adil dan tidak dapat dielakkan walaupun mungkin di dunia mereka penjenayah ini berasa mereka amat bijak melakukan jenayah dan kezaliman.

Akuarium dan Muzium Marin UMS

selepas sesi temuduga bakal pelajar dploma fsr utk sesi disember 2010, kami singgah di ums. beberapa tahun yg lepas sy turut melawat ums. sempat bergambar dekat bangunan berkembar ums.

lawatan kali ini,saya singgah di akuarium dan muzium marin ums. diseblah kiri pintu masuk adalah muzium mengandungi rangka2, patung dan cerita2 berkaitan binatang2 marin yg terdapat di sekitar sabah. di sebelah kanan pintu masuk terdapat beberapa akuarium. ianya mengandungi hidupan laut di sekitar sabah. ada akuarium yg menempatkan ikan2 berwarnawarni yg bersaiz kecil. ada akuarium besar yg mengandungi ikan2 besar dan penyu2.

memang seronok melawat ke admm ums. ianya merupakan satu tarikan kpd pelawat2 ke ums. bagaimana dgn uitm? adakah rancangan seumpama akmm ums?

Sabtu, Oktober 23, 2010

Ghairah Dgn Kehidupan Di Dunia

ramai yg ghairah dgn kehidupan di dunia. maka ramai yg terlupa dgn kehidupan di dunia hanyalah sementara. mungkin ramai yg berfikiran bhw masih ada masa utk bersedia ke akhirat. dan mungkin ramai yg berfikiran bhw masih ada masa utk memperbetulkan kesilapan dan kesalahan yg dilakukan.

hidup di dunia adalah ujian. alat utk melalui ujian di dunia dgn jayanya adalah ilmu. tetapi ilmu yg sebenarnya, berpandukan alquran dan hadith. bukannya ilmu2 lain. ingatlah ayat alquran yg bermaksud,'tidak Ku jadikan jin dan manusia selain utk beribadah kpd Ku'. ingatlah ayat2 yg mengingatkan kita, 'isteri2, anak2, harta dan pangkat hanyalah ujian kpd manusia'.

maka jika kita seorang yg bijak pandai dgn ilmu yg sebenar, kita akan tidak mudah tergoda dgn godaan spt pangkat, harta dan lain2. bersedialah dgn anak2 yg soleh, sedekah dan ilmu yg dikongsi utk kebaikan dunia dan akhirat. di dlm kubur, dan di akhirat, kita tidak dipanggil dgn 'tun, tan sri, datuk seri, datuk, prof, dr, penyarah kanan, tuan, puan' dsbnya. dan pangkat2, pingat2, harta berjuta2 tidak boleh membantu utk kesejahteraan didlm kubur dan di akhirat jika ianya adalah drpd hasil rezeki yg tidak halal.

Amanah Sebagai Ketua

ramai yg bercita2 nak jadi ketua. jadi ketua bermakna kita dah berjaya. jadi ketua bermakna pangkat kita lebih tinggi drpd yg bukan ketua. jadi ketua bermakna rezeki kita lebih drpd yg bukan ketua.

tapi ramai ketua lupa. lagi tinggi pangkat, lagi besar tanggungjawab. lagi banyak rezeki, lagi banyak perlu dijawab. sbg ketua, kita mesti pastikan objektif kerja tercapai. kita mesti pastikan sumber2 diurus dgn betul. kalau salah urus, kita kena jawab. kita mesti bersedia terima hukumannya.

utk pastikan produktiviti, kita mesti pastikan apa yg perlu dicapai. kita mesti pastikan sumber2 yg diperlukan. kita mesti lakukan apa yg dirancang. dan kita mesti semak apa yg dibuat adalah seiring dgn apa yg dirancang. jika perlu, buat tindakan penambaikan. kemudian buat laporan. memang banyak tugas ketua. ianya bukan satu tugas yg mudah. sebab ketua akan dipersoalkan lebih banyak drpd orang bawahan.

Sesuap Nasi

dalam menjalankan tugas, saya kerap melihat keadaan yg menginsafkan diri. terutamanya berkaitan dgn rezeki. rezeki sesuap nasi.

semasa saya ddi um, saya bertanya kpd pelajar2 yg makan tengahari berlaukkan sebiji telur dan sayur shj. di uitm saya melihat dua pelajar berkongsi segelas air bandung utk makan tengahari dgn roti. ianya mengingatkan kpd saya bhw ramai yg bersyukur dgn sesuap nasi yg halal. ianya juga mengingatkan saya semasa saya tidak mampu membeli sebungkus mee berharga rm1.20.

semasa di kk baru2 ini, saya melihat pendatang2 asing filipina sibuk mencari rezeki. rezeki utk sesuap nasi. semasa saya sedang makan malam, saya perhatikan seorang remaja makan malam. nasi putih dibbungkus dlm plastik. nasi dimakan dgn seekor ikan. saya perhatikan raut muka dan cara beliau makan. ianya menunjukkan bhw sesuap nasi yg dpt dinikmatinya amat2 bernilai.

tetapi kita lihat bgmana masih ramai yg tamakkan rezeki yg bukan milik mereka. masih ramai yg salah guna kuasa utk menzalimi orang lain. masih ada yg menipu dlm menjalankan amanah utk berebut rezeki. ingatlah, setinggi mana pangkat kita, sekaya mana kita, sebesar mana kita, kita tetap akan kembali kpdNya utk diadili tentang rezeki yg diamanahkan kpd kita.

Rezeki Halal

Ramai secara biasa akan berebut2 mendapatkan rezeki. tiada hadith/ayat alquran menyuruh kita carilah rezeki sebanyak2 yg boleh sebelum mati. yg ada adalah utk beribadatlah sekuat2nya seperti kita akan mati esok hari. bekalan yg dicari utk akhirat bukannya mengkayakan diri drpd segi fizikal.

spt biasa pada setiap sem akan berlaku perebutan rezeki utk sem akan datang. maka akan yg bergaduh mengaku rezeki itu hak dia. akan ada yg mengada2kan peluang utk dpt rezeki. soal halal ditolak ke tepi. soal menjalankan amanah ditolak ke tepi. maka jika tiada yg bertegas menjalankan amanah, maka akan ada pihak yg dizalimi.

memanglah audit jarang diadakan utk menyemak adakah amanah dilakukan. tetapi jika ianya dilakukan, akan ada yg terpaksa mengucapkan selamat tinggal kpd organisasi. pangkatyg diberi akan ditarik balik. kemungkinan rezeki yg dah dapat dulu terpaksa dibayar semula kpd organisasi termasuk denda. kita tidak disuruh mengajar menjadi perompak.

Kursus Yang Seronok

saya menerima banyak maklumbalas drpd peserta kad ined. majoriti memaklumkan bhw ereka berasa seronok menghadiri kad. pada awalnya mereka berpandangan negatif. tetapi setelah melalui kad, mereka amat teruja dan tak sabar2 nak menjalankan tugas berdasarkan ilmu diperolehi.

ada peserta yg siap mengarang pntun dihantar kpd urusetia menyatakan keseronokan berkursus. saya tadi disediakan oleh seorang peserta secawan kopi. terima kasih. saya andaikan ianya tand bhw peserta tersebut gembira dgn kad dilalui.

peserta berasa seronok kerana beberapa sebab. antaranya cara kursus dikendalikan. mereka juga gembira dgn tempat kursus dan makan minum. mereka turut menghargai usaha urusetia. dan yang penting, mereka gembira dan seronok belajar dan bekerjasama dgn para peserta yg saling membantu. terima kasih kpd semua.

Siapa Untuk DiPatuhi?

saya kerap kali pening kepala. pening sebab utk memilih hadir ke majlis yg mana satu. kerap kali majlis yg perlu saya hadiri adalah atas arahan ketua2 saya.

secara umumnya, di fakulti ketua adalah dekan. di ined, ketua adalah pengarah. saya turut menerima arahan drpd pnc inqka utk aktiviti kualiti. saya akan terima arahan berkaitan koperasi uitm drpd tnc p&i. saya menerima arahan drpd tnc jim utk khidmat masyarakat. saya menerima arahan drpd tnc hep utk aktiviti peers. saya juga adakalanya terima arahan drpd tnc akademik utk aktiviti berkaitan akademik. lantikan saya di ined oleh tnc akademik.

dahulunya, saya ada juga surat lantikan drpd nc. maka saya mempunyai ramai ketua pada masa yg sama. dan ada ketua yg mengatakan saya perlu utamakan arahan mereka. yg belum saya terima adalah arahan timb.menteri pendidikan tinggi. bgamana utk memilih yg mana nak dipatuh?

Khamis, Oktober 21, 2010

Jamuan Peserta IID 2010SE FSR

semalam, pada tengahari, para peserta iid2010se dari fsr dibelanja oleh tda dan ketua rmu fsr makan tengahari. terima kasih kpd kedua2nya.

dukacita, tidak kesemua ahli kontingen fsr dpt hadir. encik nagoor masih di sabah. pn siti aishah dah ada temujanji dgn suami. maka yg hadir selain drpd tda dan ketua rmu adalah pn jamatul (ketua), cik maizan, cik azlina dan saya. pn marzura mewakili pengurusan akademik fakulti.

kami makan tengahari di uitm anggerik international cafe. jimat dan sedap. makanan bertambah sedap dengan persekitaran dan kawan2 yg hadir. terima kasih juga kpd dekan dan fsr yg sudi menaja penyertaan kami dan rm100 sbg meningkatkan produk kami. doakan agar kami dapat menyertai pecipta 2011.

Ke Mana?

setelah menamatkan sarjana yg kedua, peluang nampaknya semakin cerah. tetapi ke arah mana?

ada kawan2 nasihatkan ke perakaunan. ada kawan2 suruh ke pendidikan. ada kawan2 suruh di sr shj. ada pula yg bgtau, pi lah ke ipt lain. pening2 lalat juga.

semasa di sabah, tnc bgtau, 'kau dudok aje di sukan. kau boleh tonjolkan dirikau'. petang tadi, timbalan dekan akaun, u datanglah join kami di accountancy'. ada kawan pulak bgtau,'jomkita balik ke besut'.

semuanya berniat baik. terima kasih utk pandangan kawan2 dan kenalan semua. akan saya pertimbangkan. yang penting juga adalah persekitaran kerja yg kondusif utk perkembangan diri secara positif.

Batik dan Songket

hari ini hari khamis. bagi pegawai kerajaan diminta memakai pakaian batik ke pejabat.

dan di dsb tadi, kelihatan pelbagai corak dan rekaan batik dipamerkan mereka yg hadir ke pembentangan aknc. cantik, berwarna-warni. saya tertarik dgn warna batik uitm pahang. lembut.

semasa hendak balik ke hotel uitm, saya berborak dgn tnc hep. beliau ceritakan yg beliau suka membeli batik. beliau juga suka kpd songket. kedua2nya hasil dari kelantan dan terengganu. beliau cuma rasa berat nak kerap memakai batik yg beliau milikki kerana takut merosakkan kecantikannya.

memang ada batik dan songket yg mencecah beribu2 ringgit. sebarang pakaian yg bernilai melebihi rm100 bg saya dah mahal. dan kalau nak kerap memakainya, saya juga akan fikir berkali2. tetapi pakaian yg terbaik dan termahal adalah ilmu kita. guna dan pakailah ilmu utk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Pegawai Siasat dan Dakwa

beberapa hari yg lepas saya berjumpa kawan lama. tugas beliau buat siasatan. tigas seorang kenalan baru adalah buat dakwaan.

mereka bercerita. saya dengar. saya tambah. 'kita ni, ramai orang tak suka. sebab kerja kita'. saya angguk setuju. kita siasat. kita dapat bukti. kita dakwa. pihak lain buat keputusan.

maka jika didapati bersalah, terimalah hukuman. janganlah salahkan orang lain. tapi sedihnya, ada orang, tak buat kerja. pandai bodek bos. dapat naik pangkat. kita yg buat kerja akan sentiasa disuruh buat kerja. apabila utk dapat ganjaran, yg malas dpt habuan dan ganjaran.

kesannya, ramai yg pekerja sebenar 'burnout'. organisasi yg rugi. tapi, kita percaya pembalasan yang adil drpd Allah sahaja akan kita terima di akhirat kelak. pesalah boleh terlepas di dunia. tetapi di akhirat hukuman tetap menanti.

Rabu, Oktober 20, 2010

KAD 2 2010 InED

bermula 18 hingga 21okt 2010, berlangsung kursus audit dalam utk staf ined. pengarah inginkan agar kesemua staf dpt memahami dan membudayakan kualiti secara menyeluruh. staf dari par sampai kpd pengarah.

utk siri 2, 21 peserta hadir termasuk 3 timbalan pengarah. ianya diadakan di hotel uitm. dekat tapi jauh. cadangn utk diadakan di tempat yg lebih jauh dan menarik terpaksa dipinda kerana memikirkan tanggungjawab kpd keluarga oleh peserta.

utk kali ini, saya shj fasilitator. walau pun cuba mencari fasi2 lain, tetapi kesemuanya tidak mempunyai ruang utk membantu. insyaallah, di lain kali. terima kasih kpd peserta yg sudi hadir.

Selasa, Oktober 19, 2010

Sarapan Pagi Di KK

pada pagi ahad, saya bersarapan pagi setelah jam 9pagi di coffee house hotel tempat saya menginap.sehari sebelum itu saya bersarapan pada jam 6.30pagi.

sedang saya bersarapan, saya disapa. 'sorang ajeke?'. saya berpaling drpd pinggan makanan saya dan melihat tnc hep uitm yg menegur saya. terus ke mod formal, 'sorang shj dato'. beliau tanya, 'boleh aku join?'. tentulah 'sila tok' jawab saya. maklumlah, bukan tiap2 hari bahkan sehari dlm setahun pun payah nak bersarapan dgn bos seperingkat tnc.

beliau berpakaian kemas. sy dgn short 3/4 dan tshirt semalam yg dipakai ke gerai makan filipino. kami berbincang tentang sukan di uitm. tentang fakulti. saya selitkan tentang peers. tapi saya sekalisekala akan melihat jam sebab janji dgn pemandu utk ke kkia pd jam 10pagi. pd jam 9.40pagi sy maklumkan kpd pemandu utk ambil saya pd jam 10.20pagi. takkan nak tinggalkan bos sorang2.

pada jam 9.59pagi, tnc bgtau saya, 'kau nak balik kl kan. kau pergilah dulu. aku nak minum kopi pulak'. lega rasa dpt kebenaran utk beredar. dlm hati sebelum ni dok pikir ayat2 yg sesuai nakminta diri drpd bos. ayat2 yg tak menyinggungkan dia. terima kasih dato' kerana sudi bersarapan dan berkongsi imu dgn saya. antara ilmu drpd dato' dollah, 'kita mesti pandai sesuaikan diri kita dgn persekitaran utk berjaya'.

Isnin, Oktober 18, 2010

Makan Malam di Gerai Makanan Filipino



pada malam pertama dan kedua saya di sabah, pada hujung minggu baru2 ini, saya makan malam di gerai2 makanan dikendalikan oleh warga filipino. kali pertama ketika saya bersama peers melawat sabah pada bulan mei 2010. kejapnya 5bulan berlalu.

susunatur gerai2 pada waktu malam mengikut barangan dijual. ada yg menjual sayur2an. ada yg menjual makanan goreng. ada yg menjual minuman spt abc. dan kegemaran saya adalah yg menjual makanan laut yg dibakar.

pada malam pertama, hanya dipesan seekor ikan bakar, seekor sotong bakar dan rumpai laut. oleh kerana badan masih tidak sihat dan tekak sakit, nikmat masakan terhidang tiada. alhamdulillah, pada malam kedua, masakan laut dibakar dpt dinikmati. 2ekor udang bakar, seekor ikan kerapu, seekor ketam, menjadi habuan saya.

insyaallah, jika diberi peluang ke sabah, saya akan ke sana lagi. kos makan malam kedua termasuk minuman = rm39.00 shj.

Temuduga Bakal Pelajar FSR di UiTM Sabah

pada 16okt, sabtu dijalankan temuduga bagi calon2 terpilih utk menjadi pelajar diploma fsr bermula sesi disember 2010. saya membantu pn rezian-na. dua panel dihantar ke sabah kerana senarai calon seramai hampir 70orang.

setibanya kami di uitm sabah, di unit sukan, kami lihat calon2 sudah sedia menanti. staf unit sukan uitm sabah amat membantu dlm persiapan dan perjalanan proses temuduga. terima kasih kpd en wan roslin dan staf beliau. janganlah serik menerima kunjungan penemuduga drpd fsr di masa2 mendatang.

setelah menjalani ujian fizikal, calon2 ditemuduga. setelah jam 2ptg baru sesi tamat. hampir 60% calon yg hadir. yg tidak hadir, kami tidak tahu sebabnya. ada beberapa calon datang sejauh tawau. dan ramai yg berbelanja yg tinggi utk hadir temuduga berbanding pendapatan bulanan keluarga.

ramai yg saya sokong. ramai yg saya tak sokong. ramai calon bercita2 menjadi guru. fsr perlu memberi pendedahan kpd guru2 sekolah tentang peluang kerjaya utk graduan fsr supaya dikurangkan tanggapan bhw mempunya kelayakan akademik drpd fsr dpt menjamin menjadi seorang guru sekolah.

Ahad, Oktober 17, 2010

15Okt KK

kk di sini adalah kota kinabalu. bukannya kuala kangsor. kedua2nya merupakan tempat yg saya suka kunjungi. tetapi kk di perak lebih bermakna kpd saya.

saya kelur utk makan malam pada jam 5.45ptg. di kk, saya set dlm kepala saya bhw waktu di sabah , iaitu di kk adalah satu jam lagi cepat drpd waktu semenanjung jika ikut waktu solat. dan sedang kami menunggu pesann makanan malam tiba, azan maghrib berkumandang.

setelah pengalaman hendak solat subuh dan mendapati matahari dah naik tinggi kalau ikut masa semenanjung, saya akan cuba set dlm kepala utk melihat jam dan dicampur sat jam utk tahu waktu solat. dukacita di hotel tiada makluman waktu solat. yg ada hanya kitab agama lain. agak2 ada tak yg sudi letak salinan kitab alquran di hotel2 kk?

walaupun makanan dipesan adalah enak (ikan bakar, sotong bakar, rumpai laut), tetapi apabila bada tidak sihat, rasa pun tiada. maka nikmaat utk makan ditarik balik utk sementara sebagai peringatan kpd saya. setelah menggosok pakaian utk bertugas pada keesokan hari, saya meneruskan membaca buku yg saya beli di klia sehingga mata sudah ingin tutup. dan setelah menutup lampu, saya rehatkan diri dan berdoa agar saya dapat menajlankan tugas di uitm sabah dgn sebaiknya pada esok hari.

Demam

seperti dlm catitan terdahulu, saya maklumkan saya bangun pada 14okt dgn rasa tidak sedap badan. kemudiannya setelah ke majlis penutup, saya ke pusat kesihatan uitm. hasilnya, saya kutip sijil yg seterusnya utk saya iaitu sijil sakit.

maka saya mendapat kebenaran utk bercuti rehat kerana sakit. tetapi dlm hati dan kepala saya, saya risau. sebabnya, saya sepatutnya ke sabah pada 15okt sehingga 17okt utk sesi temuduga bakal pelajar fsr seramai lebih 60orang. jika saya tidak pergi, teruklah panel 2 diketuai pn rezian-na. 'burnt' ajelah tiket kapalterbang jika saya tidak ke sabah. dan saya mungkin kena bayar surcaj kot.

saya berdoa dan akan ubat sebagaimana arahan doktor perubatan. pada pagi 15okt, cadangan asal utk ke klia pada jam 9pagi saya tunda ke jam 9.45pagi. badan masih lagi tak sedap. suara masih lagi serak. nak bercakap pun sakit. macam mana nak buat temuduga?

setiba di kota kinabalu, saya cuba kurangkan bercakap.ianya bukan mudah bagi seorang pensyarah. tambah2 yg belajar kaunseling. dan pada malam pula saya banyak menerima panggilan drpd pelajar dan kawan2. tak bercakap, macam tak sudi. bila saya bercakap macam saya marah. maaf ya, saya demam dn sakit tekak.

Sijil Terkumpul Diterima Pada 14102010

pada 14okt 2010, saya menerima antara sijil terbanyak dlm beberapa hari seumur hidup saya. jumlah kutipan utama adalah drpd iid2010se.

pada 14okt, saya terima sijil 2 penyertaan utk iid20101se utk penyertaan pada 13okt. saya turut terima sijil pemenang pingat emas. sijil2 utk 3penyertaan pada 12okt telah saya terima. tetapi 3sijil utk 1pingat perak dan 2pingat gangsa belum diterma (terakru). tetapi satu sijil yg saya kurang berminat turut saya terima iaitu sijil sakit utk 14 dan 15okt 2010.

maka jumlah sijil terkumpul termasuk terakru saya pada 14okt adalah sebanyak 10sijil. mana nak gantung sijil2 ni? sijil sakit tak boleh gantung sebab kena serah ke pejabat.

Khamis, Oktober 14, 2010

Penutup IID2010SE



saya bangun pagi tadi dgn rasa sejuk di tangan dan kaki. suara pula serak. alamak, demam ke? badan pun sengal2. mungkin sebab tak cukup rehat buat persediaan utk iid2010se.

pagi tadi saya ke dewan annex uitm. majlis penutup dan penyampaian hadiah iid2010se. dlm kepala saya, 'bagaimana rezeki saya kali ini?'. hanya penerima pingat emas disampaikan pingat semasa majlis penyampaian hadiah. maklumlah, kalau sehingga penerima pingat gangsa, tentulah sehingga tengahari.

alhamdulillah, penyertaan pasukan diketuai dr rozita memenangi emas. dan kerana dr rozita berada di program akept, maka sayalah mewakili pasukan utk menerima pingat emas drpd tnc hep dan alumni, dato' abdullah mohd said. komen beliau kepada saya semasa menyampaikan pingat, 'dia ni lagi. bagus kamu pun berinovasi'. terima kasih dato'.

setelah tamat majlis, spt biasa peserta akan melihat senarai pemenang2 pingat perak dan gangsa. oleh kerana ramai peserta2 berpusu2 maka saya ke gerai saya dahulu. setelah saya selesaikan menanggal poster dan lain2 bahan, saya ke tempat senarai pemenang2 pingat perak dan gangsa dipaparkan.

alhamdulillah, kutipan pada kali murah juga. drpd 5penyertaan, pasukan2 yg samada diketuai oleh saya atau saya sebagai ahli berjaya memenangi 1emas, 1perak dan 2gangsa. ada sedikit kekecewaan juga apabila satu penyertaan tidak menerima sebarang pingat. tahniah kpd pasukan iid2010se dari fsr. insyaallah, kita akan berusaha utk mendapat keputusan yg lebih cemerlang.

Ke Jerman

lewat tengah malam semalam, saya ke klia bersama seorang adik.kami menghantara emak dan ayah kami yg akan ke jerman. mereka akan pergi melawat adik yg sedang bekerja sambil belajar di jerman.

kami turun awal. risau kot2 bertembung dgn mereka yg akan pergi haji. alhamdulillah, perjalanan kami ke klia lancar. dan di klia tiada kelihatan jemaah haji. mungkin pendaftaran menaiki kapalterbang dilakukan di kompleks tabung haji lagi kot.

penerbangan ke jerman melalui doha. kapalterbang dari klia dijangka pada 3.45pagi. maka kami duduklah di sebuah drpd beberapa kedai makan yg ada di klia. cuma minum shj.maklumlah,bajet. pada jam 1.50pagi,kami turun ke tempat berlepas antarabangsa. memang klia kurang warganya dan pelawat pada awal2 pagi.

alhamdulillah,tiada masalah dgn imigresen. setelah emak dan ayah melepasi imigresen, kami berdua pun balik ke rumah. saya dapat tidur selepas jam 3pagi. kepenatan iid terkumpul dlm diri saya.

Rabu, Oktober 13, 2010

Bersama Peers dan Alumni Peers di IID2010SE



semalam semasa berjalan melawat2 gerai2 pameran di iid2010se, saya singgah disebuah gerai yg dijaga oleh pelajar uitm kuala pilah. pelik apabila mereka melihat semacam aje. kemudian barulah saya faham. mereka bertanya,'cik badrul ni penasihat peers?'. saya jawab 'ya'. dan mereka memaklumkan bhw mereka adalah peers uitm kuala pilah.

tadi semasa saya melawat gerai2 iid2010se, saya berjumpa dgn saudara hakim. beliau alumni peers. beliau exco peers dahulu dan juga mpp semasa menjadi pelajar. dan sekarang beliau seorang pensyarah bidang robotik. kemudiannya semasa saya mengunjungi sebuah gerai fspu, pensyarah tersebut bertanyakan kpd saya 'cebad kaunseling?'. 'ya' jawab saya. 'kenapa?'. beliau bgtau bhw dulu beliau adalah peers dan pernah mengambilkokurikulum kaunseling dgn saya.

alhamdulillah. saya sangat gembira dan teruja berjumpa dgn ahli2 peers dari kampus cawangan dan alumni peers. ianya amat menggembirakan saya apabila alumni peers dan peers cemerlang dan aktif sebagai warga uitm. insyaallah,iid yg akan datang, kita pastikan peers shah alam akan turut serta dan memenangi sebuah pingat.

Selesai Penghakiman IID2011SE

alhamdulillah, petang tadi selesai penghakiman iid2010se. 3penyertaan saya dihakimi semalam. 2lagi penyertaan saya dihakimi hari ini.

semalam, gerai saya di galeri inovasi. tempat perasmian. gerai saya betul, menghadap pentas perasmian tetapi terletak sejauh 40kaki. nc sempat melawat sebuah geri shj. dan gerai tersebut terletak bersebelahan gerai saya.

gerai saya di galeri selesai penghakimannya setelah 3.30ptg. gerai diketuai pn jamatul selesai sebelum tengahari. manakala gerai pn aishah selesai dihakimi sebelum gerai saya. hakim2 yg mengadili gerai pn aishah adalah hakim2 utk gerai saya juga. terima kasih dan tahniah kpd pn jamatul dan pn aishah kerana berjaya membentangkan penyertaan kami sebaik yg mungkin kpd para hakim.

hari ini, saya membantu gerai2 yg diketuai oleh pn norlizah dan dr rozita. dukacita kedua2 ketua tidak dpt hadir kerana sebab2 tertentu. walau bagaimana pun, ahli2 iaitu cik maizan dan cik azlina hadir utk membantu dlm pembentangan kpd para hakim. terima kasih kpd mereka berdua.

alhamdulillah, pembentangan berjalan dgn lancar. terima kasih kpd para hakim yg ke gerai2 kami. terima kasih kpd rmi yg menganjurkan iid2010se. esok, keputusan akan diumumkan. doa2kanlah kami mendapat pengiktirafan drpd para hakim dgn minima setiap pingat utk setiap penyertaan.

Isnin, Oktober 11, 2010

Ujian dan Keputusan

tadi saya jalankan ujian kpd 2kumpulan pelajar saya. ianya sebagai memenuhi keperluan kursus. ianya antara penilaian kerja kursus sps550 dan srb201.

saya maklumkan bhw ujian adalah satu cara utk kita menilai persediaan kita sebelum peperiksaan. jadi lakukan ujian dgn jujur. mungkin saya tak nampak, saya tak dengar jika anda tidak jujur. tetapi Allah Maha Mengetahui.

ada orang berbangga apabila berjaya dpt keputusan baik atau cemerlang walau pun dgn secara tidak jujur. bagi saya, mereka ini bukanlah pelajar saya. mereka tidak berkongsi ilmu dgn saya. mungkin mereka terlepas drpd hukuman saya, tetapi hukuman Yang Maha Adil akan menyusul.

janganlah kita bangga dgn pencapaian bukan secara halal. jika anda berbangga dgn pencapaian secara penipuan, ianya bermakna anda telah mencuri hak orang lain. anda telah menunjukkan bhw anda tidak amanah. jadi saya tidak boleh menjadi rujukan anda, itu pun jika anda tamat pengajian dgn sarjana muda.

memang ada yg jadi pensyarah hasil ketidakjujuran. dan mereka juga berjaya dinaikkan pangkat. dan mereka ketawakan mereka yg jujur yg belum mendapat nikmat dan ganjaran drpd kenaikan pangkat. tapi ingatlah bhw kita akan ditanya sumber hasil dan rezeki kita. jika ianya tidak halal, kita tanggunglah ya.

Sehari Sebelum IID2010SE

tadi saya lakukan persiapan akhir utk iid2010se. sedikit perbincangan dilakukan bersama kawan2 yg turut menyertai iid2010se drpd fsr. dan alhamdulillah, persiapan utk penyertaan esok selesai selepas jam 9mlm tadi.

pada asalnya saya bercadang menyangkut banner aje. tetapi melihat peserta2 lain menampal poster, maka esok pagi2 sebelum bermula iid, saya akan tampalkan poster kami. saya ditempatkan di galeri inovasi, sebelah kedai buku uitm. jauh drpd majoriti peserta2 lain. hanya 30peserta sahaja di galeri. agak sedikit masalah utk saya bantu kawan2 di anex semasa penghakiman nanti. kita cuba yg terbaik dan yg yakin boleh.

saya bertemu dr adzrool (tom). beliau antara orang penting utk iid ni. beliau mengeluh sedikit sebab tak dpt puaskan hati semua orang. maklumlah, ramai orang, banyak songelnya. dan booth saya sebenarnya berhampiran ruang perasmian esok. pesan dr tom,'cebad pakai smart2 esok ya'. insyaallah. terima kasih kpd yg membantu saya utk iid2010se. pecipta adalah target kita.

Ahad, Oktober 10, 2010

Benchmarking oleh KRS UPM Bersama Peers UiTM

alhamdulillah, tengahari tadi selesai program benchmarking utk kauseling rakan sebaya. peers uitm shah alam telah menerima kunjungan drpd kelab rakan siswa upm. seramai 30++ krs upm yg hadir. peers telah diwakili hampir 20peers.

antara tujuan utama lawatan krs upm adalah utk berkongsi ilmu 'peers' atau kaunseling rakan sebaya bersaa peers uitm. sesi bermula jam 8.30pagi. para krs hadir dgn pakaian rasmi krs upm. dan peers uitm hadir berpakaian baju f1 peers.

antara aturcara program adalah sesi memperkenalkan ajk setiap persatuan, dan aktiviti2 yg dijalankan oleh peers dan krs upm. krs upm kemudiannya dibawa melawat disekitar uitm. pada pandangan saya sesi lawatan adalah satu pengalaman yg mencabar kpd krs upm kerana upm mempunyai banyak padang. tetapi uitm mempunyai banya bukit (spt kata pengerusi majlis - pa'in). krs upm juga dibawa menikmati 'bukit tonggek' uitm, antara tempat terkenal di uitm.

terima kasih kpd krs upm kerana sudi hadir ke uitm. terima kasih kpd wan (presiden peers) dan ajknya yg berjaya meraikan dan meriakan tetamu. kalau ada sumur di ladang,...

Penyertaan FSR di IID 2010se

insyaallah, pada 12-14 okt ini akan berlangsung IID 2010 SE. ianya adalah pameran dan pertandingan 'invention, innovation dan design' (rekacipta, inovasi dan rekaan?) anjuran rmi uitm. ianya akan berlangsung di dsb, dewan annex dan pusat rekacipta uitm.

pada kebiasaannya, iid diadakan sekali pada setiap tahun. dan pada bulan januari yg lalu, iid 2010 telah dianjurkan oleh rmi. fsr menghantar satu penyertaan dan berjaya mendapat perak. penyertaan fsr diketuai oleh pn siti aishah wahab,ketua program sr221. saya sebagai ahli pasukan.

tetapi kerana uitm akan menjadi penganjur bersama pecipta 2011, maka iid terpaksa diadakan buat kali kedua pada 2010. ianya juga bertemakan tahun inovasi di malaysia. alhamdulillah, fsr akan menghantar sebanyak 6penyertaan, penyertaan terbanyak pernah dihantar oleh fsr. penyertaan2 akan diketuai oleh encik hosni, pn norlizah (tim.dekan akademik), dr rozita, pn siti aishah (ketua program sr221), pn jamatul shahidah (koordinator epjj) dan saya. doakanlah kejayaan kami.

para pembaca dijemput hadit ke iid 2010se utk memberi sokongan kpd penyertaan fsr. 'no pressure', sekurang2nya 2emas, dan yg lain2nya turut mendapat pingat.

Kembalinya Seorang Tokoh Malaysia KepadaNya

pagi tadi semasa saya dlm perjalanan ke uitm, saya menerima panggilan telefon dari rumah. oleh kerana saya sedang memandu, saya tak sempat jawab. sebaik shj saya berhentikan kereta, saya telefon semula ke rumh saya. ayah saya maklumkan bhw seorang datuk saudara (adik kpd nenek saya) telah kembali kepada Allah, Tuhan sekalian alam.

saya pernah menulis tentang datuk saudara saya ini. beliau telah dianugerahkan sebagai seorang drpd penerima tokoh malaysia pada 16september 2010 yg lalu. beliau adalah arwah tan sri ainal abidin bin sulong. beliau juga adalah abang kpd seorang lagi datuk saudara saya, hj kassim sulong, seorang drpd pengasas kassim chan, firma perakaunan di mana saya memulakan kerjaya saya sebagai seorang akauntan.

arwah telah lama sakit. beliau tidak berupaya utk meninggalkan rumahnya utk melawat nenek saya yang sedang sakit. beliau juga kerap dibawa ke hospital utk rawatan. bersamalah kita hadiahkan bacaan surah alfatihah kpd arwah. semoga ruh arwah dicucuri rahmat Allah.

Sahabat dan Usia



Tadi saya ke rumah sahabat utk majlis jamuan makan. sahabat ini saya kenali sejak sekolah rendah. kami kemudian bertemu semula di sekolah menengah. alhamdulillah persahabatan kami mencecah lebih drpd 30tahun. dan telah 26tahun kami tinggalkan sekolah menengah.

di rumah beliau tadi 12orang drpd sahabat seperjuangan sekolah menengah yg hadir ke rumahnya. termasuk beliau, lebih 10% drpd bilangan kami semasa di sekolah menengah. seperti biasa, apabila i majlis yg seumpama ni dan berada dikalangan sahabat2 lama,kami akan berkumpul agak lama, lebih kurang dua jam. isteri2 jika tidak kanal sesama mereka akan merasa bosan menunggu suami2 berborak dan bercerita kisah2 lama.

bapa kpd tuan rumah adalah rakan sekelas pakcik sulong saya semasa sekolah menengah. semasa ayah saya di sekolah menengah yg sama, bapa kpd sahabat saya merupakan guru kpd ayah saya. dan apabila saya sebutkan juga nama seorang pakcik lagi, bapa kpd sahabat saya bgtau bhw beliau juga sempat menjadi guru kpd pakcik saya. alhamdulillah, bapa kpd sahabat saya masih sihat walaupun sudah berusia 75tahun.

semoga tuan rumah sekeluarga sentiasa mendapat rahmat Allah. terima kasih kerana sudi menjemput saya ke rumahnya.

Sabtu, Oktober 09, 2010

Semester Julai 2010

Minggu hadapan adalah minggu terakhir kuliah untuk semester julai 2010 di uitm. begitu cepat 14minggu kuliah berlalu. saya diberi peluang utk berkongsi ilmu perakaunan bersama pelajar sr221/2 dan ilmu kaunseling bersama sr223/4. pada sem ini saya hanya menyelia seorang pelajar utk srw.

drpd kerja bukan akademik, saya terlibat dgn sife, tetapi tidaklah seaktif spt sebelumnya. jadi saya rasa kemungkinan saya tidak akan terlibat dgn sife uitm lagi selepas ini. kemungkinan saya akan terlibat dgn sife malaysia jika bosnya sudi menjemput saya.

aktiviti di kuala tahan dan taman negara juga kurang pada sem ini. tiada aktiviti projek penyelidikan di taman negara tetapi insyaallah, akan ada projek baru melalui pejabat timbalan naib canselor jaringan industri dan masyarakat. aktiviti ke tasik kenyir juga sunyi aje sem ini.

walaupun aktiviti bukan akademik berkurangan berbanding sem2 sebelumnya, masa saya di uitm tetap penuh. dan sem ini saya berpeluang utk lebih aktif bersama peers dan perkama. masa dlm kehidupan kita adalah terhad. penuhilah dgn aktivti2 membolehkan menjadi bekalan baik di akhirat.

Jumaat, Oktober 08, 2010

Insolvensi dan Bankrup

seseorang akan menjadi bankrup apabila diminta oleh sipemiutangnya (creditor) kpd mahkamah utk mengistiharkan seorang itu sbg bankrup atau muflis. permintaan oleh creditor selalunya kerana seseorang itu tidak dapat menjelaskan hutang kpd creditor.

bukan senang jadi seorang bankrup. dia payah mendapat kerja. bakal majikan kurang yakin dgn kebolehan mengurus kewangan seorang bankrup. sebab punca utama seorang menjadi bankrup adalah kerana tidak pandai menguruskan kewangannya. jadi, kalau kita seorang bankrup, kita tiada duit utk hidup, dan tiada sumber utk dpt duit utk hidup. bagaimana seorang bankrup akan hidup?

punca lain menjadi bankrup adalah apabila kita menjadi seorang penjamin. apabila mereka yg kita jamin tak dpt jelaskan hutangnya, maka sipemiutang/creditor datang cari penjamin. apabila penjamin tak boleh bayar hutang anak jaminnya, penjamin pula tanggung beban sehingga boleh diistiharkan sbg seorang bankrup. inilah antar sebab saya kuranmg minat jadi penjamin kewangan kecuali kpd mereka yg saya sangat2 percayai.

Khamis, Oktober 07, 2010

Perbualan Dgn Saudara di Luar Negara

semasa saya bersekolah menengah, saya kerap menelefon ke rumah. antara sebab utama utk meminta duit.

tinggal di asrama, komunikasi dgn keluarga samada melalui telefon atau surat. surat ditulis sebagaimana kita belajar dlm matapelajaran bahasa malaysia. ianya akan dimulakan dgn'ke hadapan ayah/ibu yang dikasihi...'. panggilan telefon ke rumah selalunya secara 'reverse charge'. penerima akan dibilkan panggilan telefon yg diterima.

semasa di itm, komunikasi adalah melalui telefon. itupun jika ada kecemasan, sebab jarak diantara itm dan rumah saya tak sampai 20km. telefon digunakan adalah telefon awam. itu dahulu. sekarang hampir setiap orang/pelajar di ipt memiliki telefon. samada panggilan atau sms kpd keluarga di kampung/desa/bandar lain.

tadi saya 'berskype' dgn adik di jerman. suaranya kelas. dan yg lagi best, dgn kamera pd komputer, kita dpt melihatnya. seolah2 berbual2 dgnnya di tempat yg sama.begitulah kemajuan komunikasi. ianya dpt menghubungkan mereka yg berjauhan walaupun beibu2 batu (km). jadi janganlah hairan jika percakapan kita akan dijadikan bukti perlakuan kita di dunia ini apabila kita dihakimi di akhirat.

Jika Tidak Betul

jika kita tidak betul.jika kita bersalah.jika kita tersilap. jikakita tersasul. mintalah maaf.

saya tidak dpt mengelak drpd melakukan kesilapan. dan saya harapkan sebarang kesilapan saya adalah kerana tidak sengaja. kesilapan boleh berpunca drpd kata, atau laku. ianya boleh berlaku secara tersurat atau tersirat.

sebelum saya katakan sesuatu, saya akan cuba pastikan bhw apa yg saya akan kata adalah yg betul. jika asyik berkata tidak betul, susahlah orang lain nak percayakan kita di masa hadapan.

maka jika kita tidak betul, cepat2lah minta maaf. tetapi jika kita betul, dan kita minta maaf, maka ianya bukanlah tanda bhw kita ini seorang yg lemah. hanya Allah yang maha mengetahui.

Pelajar Cemerlang

saya berasa seronok dan bangga melihat pelajar2 yg menerima anugerah dekan. saya harap mereka layak menerima anugerah tersebut dgn usaha yg jujur. tanpa menggunakan sebarang ketidakjujuran semasa mendapatkan markah utk kursus2 diambil pada setiap semester.

saya lihat penerima anugerah secara umumnya adalah emreka yg sama. tahniah. sebagai pensyarah saya bangga apabila pelajar saya berjaya mencapai prestasi yg cemerlang dlm akademik. dan saya percaya keluarga, sahabat dan saudara pelajar saya juga bangga dgn pencapaian pelajar saya.

kita inginkan pelajar yg cemerlang dlm pelbagai bidang.kata orang putih,'an all rounder'. kita cemerlang dlm akademik, dlm kokurikulum, dlm komunikasi,dlm hubungan sesama manusia, dgn makhluk2 Allah dan yg penting sekali,kita cemerlang sebagai hamba Allah.Tahniah kpd penerima2 anugerah dekan fsr utk sem Dis2009-Apr2010. teruskan kecemerlangan anda.

Rabu, Oktober 06, 2010

Perkongsian Ilmu di IPT

secara umumnya, di ipta2 lain, para pensyarah tidak gemar memberi syarahan lebih drpd 10jam seminggu. masa2 lain digunakan utk bersedia dan menyemak kandungan kursus diamanahkan. para pensyarah akan berkongsi ilmu ikut bidang kelayakan.

jadi saya berasa hairan apabila ada pensyarah yg tidak akan selesa jika amanah mengajar seminggu kurang drpd 18jam. adakah benar2 sebab ikhlas utk berkongsi ilmu dgn pelajar? tapi bagaimana jika cuba mengambil atau merebut kursus yg sebenarnya bukan bidang kelayakan kita? adakah kita layak mengajar dan berkongsi ilmu dgn pelajar utk kursus yg kita mungkin ambil hanya satu atau dua kursus shj semasa pengajian kita?

saya apabila diingatkan tentang keikhlasan berkongsi ilmu dgn pelajar, saya akan takut. saya pernah menolak pelawaan/arahan mengajar kursus yg bukan saya pelajari secara formal. jika kita tiada asas yg kukuh dlm satu2 kursus, bagaimana kita nak berkongsi dgn pelajar.

dan saya cukup tidak suka jika cubaan mengambil kursus atau mengajar kursus yg bukan kepakaran kita utk membolehkan kita mendapat tuntutan mengajar lebihmasa atau sebagai pensyarah sambilan. tugas mengajar adalah amanah. janganlah kita jadi ketam mengajar anaknya berjalan lurus kerana inginkan rezeki tambahan 'at the expenses of the students'. jawablah dgn sprm ya.

Malam Kecemerlangan FSR Okt2010

alhamdulillah, tadi selesai dgn jayanya program malam kecemerlangan fsr okt 2010. tahniah dan terima kasih kpd penganjur.

hampir kesemua pensyarah dan staf pentadbiran fsr hadir sehinggakan tak cukup tepat duduk. walau pun lambat, kp sr223 hadir sama. encik pit sekeluarga bertemakan warna ungu. terima kasih kpd yg hadir dan menyokong progrm yg juga melihat penerima2 anugerah dekan hadir.

dukacita apabila melihat staf sampai dan memenuhi ruang disediakan lebih dahulu drpd pelajar. adakah kerana pelajr yg menerima anugerah maka ianya membolehkan pelajar sampai lewat drpd waktu ditetapkan? turut rasa kecewa apabila hidangan dijamah sebelum majlis makan dimulakan secara rasmi. dan dukacita juga ramai yg meninggalkan majlis sebelum majlis tamat secara rasminya.

alhamdulillah, rezeki saya murah pada malam anugerah tadi. walau pun penghujung, saya berjaya memenangi satu drpd puluhan cabutan bertuah. dan dlm perjalanan ke kereta, saya hadiahkan kpd pelajar2 srb201 saya utk sem ini.

Kerjaya Seorang Graduan FSR

tadi saya ke bigAdam Media Sdn Bhd. syarikat ini memberi perkhidmatan berkaitan percetakan. saya ke sana utk menguruskan percetakan poster utk iid 2010se.

saya telah lama menggunakan perkhidmatan bigAdam. kali pertama semasa melakukan persediaan utk Geneva 2008. utk pertandingan berkaitan rmi pada tahun2 berikutnya, saya terus menggunakan perkhidmatan bigAdam. antara sebabnya adalah kerana perkhidmatan yg cekap dan profesional. antara sebab lain adalah kerana seorang drpd pengarahnya adalah graduan fsr, sdr Raja Adi Putra.

kerjaya Adi menunjukkan dan membuktikan bhw graduan fsr dan uitam adalah versatile iaitu serba boleh dlm mendapatkan rezeki yg halal. tahniah sdr Adi. bagi yg ingin lakukan percetakan melalui bigAdam, kunjungilah bigAdam di A-09-1, Worldwide@7, Lot 24, Jalan Lazuardi 7/29, Shah Alam. dari pintu utama uitm, terus ke seksyen 7 di belakang menara berkembar uitm.

Selasa, Oktober 05, 2010

Berfutsal Semula

tadi saya kembali berfutsal bersama sahabat2. kami hanya berlpan shj.yg lain2 agak2nya dah pencen, di luar stesen, dsbnya.

apabila lapan shj,maka tiada penjga gol.jaringan jika bola kena tiang. setelah hampir sejam,kedudukan jaringn saya tak ingat. drpd beberapa kali mecuba, ada yg berjaya dikira sbg jaringan(tiangan?) oleh saya.kami berhenti sebelum sejam permainan.

alhamdulillah, masalah lutut tidak ketara dan mengganggu futsal tadi. cuma semasa warm-up terasa keras di lutut. insyaallah, saya akan cuba berfutsal pada setip minggu bersama dgn sahabat2 lama. bentuk badan yg kurang menarik menjadi motivasi lebih bersenam.

Isnin, Oktober 04, 2010

Kursus Audit Dalaman InED

saya diarahkan pengarah saya utk menguruskan kursus audit dalaman ined. saya pula mengarahkan staf2 saya utk membantu saya memastikan kursus berjalan dgn lancar.

pengarah mengarahkan supaya kesemua staf ined hadir ke kursus audit dalaman iso. tetapi bagi setiap siri kursus, hanya 20-24peserta shj mampu mengambil bahagian krn beberapa faktor. tadi, hanya 18peserta drpd 20yg dirancang.

objektif utama kad adalah utk memastikan budaya kualiti adalah antara budaya utama di ined. sbg jabatan bertanggungjawab menguruskan program2 uitm bukan secara sepenuh masa di uitm, isu kualiti amatlah penting. mereka yg suka mencari salah dan kelemahan uitm akan cuba menggunakan isu kualiti di ined sbg alat utk memburuk2kan uitm.

jika kita sedar tanggungjawab kita utk mengubah masa hadapan anak2 bangsa, kita akan hanya mengajar atau berkongsi kursus yg kita ada ilmu. contohnya, utk mengajar kursus perakaunan, sebaik2nya kita ada sekurang2nya ijazah sarjana muda dlm perakunan. jika ada sarjana dlm perkaunan lag bagus. jika ada phd dlm perakaunan lagi cemerlang. kita akan ditanya bagaimana kita mendapat dan menggunakan rezeki kita.

Manis Mulut

ianya berkaitan dgn cara kita berbicara. ada orang bila bercakap sangatlah manis.

tetapi hakikatnya adalah sebaliknya, iaitu berkelakuan seperti hempedu kpd kita. di depan manis tetapi di belakang berkata yg pahit terhadap kita. seboleh2nya, saya ingin bermulut manis dgn mereka yg bermulut manis dgn saya. tetapi jika saya tahu hakikat sebenarnya di belakang saya, saya tidk sudi senyum apatah lagi berbicara dgn mereka sebegini.

jika seseorang tidak suka kpd kita, bermacm2 perkara akan dilakukan kpd kita. tetapi lambat laun pecah juga tembelangnya. maka saya dimaklumkan bhw bukan saya sseorang individu ini mulut manis di hadapan dan pahit dibelakang. rupa2nya ramai lagi kawan2 yg terkena.dan antara punca utama adalah kerana tamak. tamak utk dapatkan imbuhan tambahan melalui syarahan tambahan.

semasa saya sbg kp, memang saya bertegas tidak akan membenarkan mereka yg kurang atau tiada ilmu dlm bidang mengajar bidang berkaitan. saya bertanggungjawab kpd pelajar saya. saya kp bermakna saya menjaga kualiti program saya. jika kualiti program dipertikaikan, saya akan dipertanggungjawabkan sebagai ketua. dukacita, saya tidak menyokong atau tidak akan menyokong kenaikan pangkat pengurus tikam belakang.

Puasa 6 di bulan Syawal

alhamdulillah, tadi saya selesai puasa 6 di bulan syawal. tetapi sebelum saya, dah ramai yg telah selesai melakukan puasa 6 di bulan syawal.

seeloknya,kita mula berpuasa pada raya ke 2, iaitu 2syawal. tetapi Allah memberi kelonggaran dn kemudahan kpd kita selama sebulan dlm bulan syawal utk melakukan puasa sunat ini. sebulan berpuasa di bulan ramadan dan ditambah 6hari berpuasa dibulan syawal banyak nikmat dan rahmatnya.

saya aakan cuba berpuasa setiap isnin dan khamis. puasa bukan shj menahan lapar dan dahaga shj. banyak lagi yg perlu kita puasa. dan sebagaimana puasa di bulan ramadan, puasa di bulan2 lain memberi satu nikmat yg kita ambil mudah, iaitu ada masa yg lebih utk kita kerana tidak mengejar masa utk makan dan minum di siang hari.

selamat hari raya setelah berpuasa 6 di bulan syawal. doakanlah semoga kita dapat bertemu ramadan lagi supaya kita juga dapat bertemu syawal lagi.

Tak Cukup?

kita andaikan, secara umumnya apa yg kita terima tidak akan cukup utk keperluan kita. spt dlm ekonomi, selalunya permintaan > penawaran (demand > supply). apa yg kita hendak selalunya lebih drpd apa yg kita mampu dapat.

gaji seorang pensyarah boleh dikatakan tinggi berbanding kakitangan kerajaan yg lain. tetapi jika kita tidak buat bajet, maka ada kemungkinan perbelanjaan kita akan menghabiskan atau membuat kita berhutang. kita akan berada dlm keadaan defisit.

seorang pensyarah boleh mendapat pendapatan tambahan melalui khidmat syarahan tambahan. iaitu melebihi syarahan minima perlu dilakukan. maka jika kita tidak pandai menguruskan kewangan kita, kemungkinan kita tergolong dlm mereka yg sentiasa inginkan syarahan tambahan utk membolehkan kita mendapatkan imbuhan tambahan.

tapi janganlah sehingga kita mengajar kursus bukan bidang kita. pelajar pun boelh mengajar jika diambil nota drpd orang lain. janganlah kita perbodoh2kan pelajar kita.

Ahad, Oktober 03, 2010

Sohaimi Meor Hassan : Misteri Cinta (HQ Audio)



antara lagu yg akan saya nyanyikan jika diminta semasa sesi karaoke. tapi pesan seorang kawan, janganlah nyanyi di majlis tertentu sebab yg muda2 mungkin kurang meminati lagu dan penyanyi ini seperti saya minati.

Sohaimi Mior Hassan : Epilog Cinta Dari Bromley (HQ Audio)

Bertemu Dgn Sohaimi Meor Hassan



membaca tulisan prof kamil dalam blognya adakalanya membuat saya irihati. irihati secara positif.

antara tulisan yg membuat saya irihati adalah tentang kehadiran penyanyi puisi, tn haji sohaimi meor hassan utk pelancaran buku. turut dimuatkan adalah gambar sohaimi meor hassan, penyanyi yg menyanyikan banyak lagu2 yg saya inati.

diantara lagu2 nyanyian sohaimi meor hassan adalah 'epilog cinta dari bromley,misteri cinta, ros, apabila isteriku tertawa, dan banyak lagi'. saya mula meminati lagu2 nyanyian sohaimi pada 1984. saya teikut2 pakcik2 saya. sehingga sekarang, saya masih memiliki kaset asal yg dibeli pada tahun 80an.

Majlis Cukur Jambul Cucu Dekan FSR

tadi saya ke rumah dekan fsr. ada majlis sempena cukur jambul cucu pertama beliau. majlis turut diadakan sempena jamuan raya juga kot bagi yg tak sempat pergi beraya ke rumahnya sebelum ini.

selepas solat zohor, saya terus ke rumah dekan. cadangannya selepas ke rumah dekan, saya nak ke bangi. ke rumah seorang pensyarah fsr sebelum ke rumah pakcik berhampiran dgn rumah datin sarina. tetapi seperti biasa, kita mampu merancang, hasilnya mungkin spt dirancang atau sebaliknya.

sesampai saya di rumah dekan, saya bersalaman dgn tuan rumah. saya join en.rahim dan pn. nadia, pensyarah2 fsr. turut hadir adalah pn baayah sekeluarga dan pn. aidil sekeluarga. setelah pn nadia sekeluarga dan en.rahim meninggalkan majlis, saya berseorangan di meja saya.

kemudiannya datang sepasang suami isteri. saya bersalaman dan menegur mereka. saya tak pernah jumpa mereka sebelum ni. apaila dekan datang ke meja saya, dia tanya saya 'kenal tak siapa ni?'. secara jujur saya cakap, 'maaflah doc, tak'. rupa2nya, yg lelaki duduk bersebelahan saya di meja saya adalah penyanyi puisi, tuan haji sohaimi meor hassan. wow. tergamam sakejap. maklumlah, pada 1984, kawan2 sibuk dgn poster heavy metal. saya dgn poster kalender sohaimi meor hassan. setelah 26tahun, alhamdulillah saya dimurahkan rezeki bertemu penyanyi saya minati secara 'live'. terima kasih kpd dekan fsr, pm dr hanafiah, kerana membolehkan saya bertemu dgn penyanyi yg masih saya minati lagunya.

Jemputan 03102010

saya ingatkan jemputan majlis hari ini tak banyak. rupa2nya setelah diingatkan oleh seorang kawan, masyaallah, banyak. dan merata2.

ada jemputan kahwin di cheras. ada jemputan oleh pelajar di hulu langat. ada jemputan oleh pensyarah di bangi. ada jemputan oleh dekan di shah alam. dan macam2 lagi jemputan di tempat2 berbeza. dan saya harap, jemputan adalah atas keikhlasan.

ada yg berkata, setiap jemputan mesti dipenuhi. bagi saya betul. tetapi kita lihat pula bhw jika utk memenuhi jemputan itu akan menyebabkan kemudaratan atau kepayahan kpd kita, eloklah kita tidak penuhi jemputan tu. bukan tak sudi, tetapi tak berkeupayaan. antara faktor utama adalah masa. dalam sehari, saya mampu penuhi maksima 2jemputan shj.

ketidakhadiran saya secara fizikal tidak bermakna saya tidak hadir. saya, insyaallah akan hadir secara bukan fizikal, melalui ingatan mesra. terima kasih kpd yg sudi menjemput saya ke majlis2 mereka. jangan serik utk terus menjemput saya utk majlis2 akan datang. tahniah kpd azmir dan isteri.

Jika Kita Inginkan - Sejahtera

jika kita ada keinginan, kita akan lakukan segala usaha yg terdaya.kita akan sentiasa berdoa. hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan.

dlm pembentangan konvensyen kaunseling 2010 di uitm, datuk dr ismail alias, tkp(o) jpa, presiden lembaga kaunselor malaysia, timb.presiden perkama, bercerita tentang niat. ianya mesti ada keikhlasan. ada kesungguhan atau komitmen.

maka jika kita inginkan kita hidup selamat, kita kena usahakan. secara kasar, hanya 1%penduduk yg ingin lakukan kejahatan. maka 99%lagi mahukan kebaikan. secara logiknya, 99 lawan 1, sepatutnya 99 lah menang. tetapi jika 99 tak bersatu, maka yg 1 boleh menang.

Suaraya 1 Malaysia FSR

fsr menang 3 hadiah utk suaraya 2010 uitm. staf perempuan berpakaian baju kedah. staf lelaki ber tshirt pagoda. mereka yg bertungkus lumus di gerai fsr yg berpakaian ala2 desa adalah staf pentadbiran dan staf akademik. bersama2 bekerjasama utk kehebatan fsr.

diantara staf lelaki yg bertshirt pagoda adalah dr tan. beliau amat sporting utk bersama2 menunjukkan bhw fsr adalah fakulti yg mengamalkan 1 malaysia. saya andaikan keberadaan dr tan di gerai fsr menyumbangkan markah penting kpd fsr. begitu juga keseragaman pakaian staf2 fsr sbg tuanrumah yg terdiri drpd par kpd pensyarah kanan berpangkat phd menunjukkan semangat bersama2 memeriahkan majlis raya fsr.

dekan sbg tuan rumah dan beberapa pensyarah lain berpakaian baju melayu lengkap atau berbaju kurung berperanan sebagai penyambut tetamu di depan rumah. menu dan hiasan turut menunjukkan ciri2 desa yg sesuai dgn tema suaraya tahun ini. tahniah sekali lagi kpd fsr.

Sabtu, Oktober 02, 2010

Majlis Raya 1 Malaysia

tegahari tadi saya diminta oleh ayah saya utk segera pulang ke rumah dari uitm. tetamu yg berada di rumah sedang menunggu utk berjumpa dgn saya setelah sekian lama kami tidak berjumpa.

ibubapa saya menjemput kawan2 dan kenalan lama kami sekeluarga, selain jiran2 berdekatan. tidak ramai dijemput kerana rumah kecil. tetamu utama adalah sister yap (89tahun) dan aunty mary ong (antara penggerak persatuan skuasy selangor).mereka ini adalah kawan dan kenalan keluarga melebihi 40tahun. mereka kenali saya sejak saya berumur hampir 2tahun.

keluarga saya mempunyai ramai kenalan bukan melayu. semasa saya di sekolah rendah, antara kawan baik saya adalah sdr fong siew keong. ibubapa saya amat mesra dgn jiran2 melayu dan bukan melayu. dan sebentar tadi bekas jiran sebuah rumah lama kami datnag utk makan malam.

sister yap atau lebih mesra sbg mrs yap adalah seorang eurasian. aunty mary seorang cina. bee soo seorang cina. albert chong seorang cina dan isterinya eunice chong adalah eurasian. kami tiada halangan utk bersama meriakan dan meraikan sesama sendiri. perbezaan bangsa bukan alasan utk tidak saling menolong.

Kaya Tetapi Dgn Harta Orang Lain

tadi saya terimapanggilan telefon. seorang saudara saya, rumahnya telah dimasuki pencuri. alhamdulillah beliau dan isteri tiada sebarang kesusahan fizikal kerana ianya kecurian, bukannya rompakan. walau bagaimana pun, kecurian akan menyebabkan gangguan emosi.

ramai drpd kita akan meninggalkan rumah pada setiap hari utk mencari rezeki. kita keluar di awal pagi dan balik apabila senja. maka ramai diantara kita meninggalkan rumah tanpa penghuni. jika jiran2 kita pun sedemikian, maka siapakah yg akan tahu jika berlaku sesuatu di rumah kita atau jiran2 kita?

di kawasan rumah saudara saya ada pengawal keselamatan. selain berada di pondok, mereka akan meronda pada masa2 tertentu. tapi pada pandangan saya, pencuri akan menggunakan peluang tidak kira masa. ada yg berlaku pencuri/perompak melakukan kesalahan mencuri/merompak semasa acara majlis keraian dan 'open house'. pastikan keselamatan harta kita. saya doakan agar keadilan akan terserlah jua.

Jamuan Raya Dgn AF8

petang tadi saya pergi beraya di rumah kawan. jemputan drpd 12.30tgh ke 5ptg. tapi saya sampai pd jam 4.30ptg.

pada mulanya saya ke rumah kawan saya. sampai di depan rumahnya, saya lihat pintu bertutup rapat. aik, betulke hari ni buat rumah terbuka? takkanlah dah tutup.kata sampai jam 5ptg. apabila saya telefon beliau, saya dimaklumkan yg rumah terbuka di rumah mertuanya. maka saya pun ke sana.

sampai di rumah mertua kawan saya, kedengaran ada dendangan lagu secara live. rupa2nya ada nyanyian oleh beberapa artis af. saya mulanya bercadang nak bergambar dgn juara af8. tapi takpelah, insyaallah dilain masa. sebab tadi ramai yg kerumun artis2 utk bergambar. terima kasih kpd sahabat yg sudi jemput saya beraya di rumhnya.

Maaf Kerana Nak Mengata

semasa saya makan malam bersama kaunselor dari melaka dan presiden peers, saya perhatikan seorang perempuan berjalan ke arah tempat kami. tetapi beliau tidak duduk bersama kami. beliau duduk di meja sebelah kami.

saya memang terkejut melihatnya. beliau memakai seluar pendek. dan teman lelaki(?) nya turut berseluar pendek. saya tak kata apa2 kpd rakan2 semeja. tapi saya perasan raut muka dan 'non-verbal cue' kawan saya menunjukkan ketidakselesaan. saya perasan pelanggan2 dan pekerja2 kedai turut perasan kehadiran perempuan tersebut. beliau bukan artis atau yg terkenal.

setelah makan, beliau dan temannya menghisap rokok. komen saya, kesian dia. pakaian tak cukup kain. makan tak kenyang, sebab itu kena hisap rokok. dan beliau ketagihan perhatian drpd orang lain utk meningkatkan keyakinan dirinya bhw beliau seorang yg sentiasa mendapat perhatian kerana dia dihormati. satu andaian ketagihan beliau adalah sebab beliau tak berilmu. alhamdulillah bukan saudara, sahabat atau pelajar saya.

Jumaat, Oktober 01, 2010

Kembali Bersolat Jumaat Di PI UiTM

PI di sini saya merujuk kpd pusat islam uitm. ada satu lagi pi di uitm, perindu inn. dulu2 pasangan perindu inn adalah kenanga inn. perindu inn khas utk pelajar lelaki shj. kenanga inn utk yg nak jumpa kawan2 lelaki dan perempuan. itu dulu2.

tadi saya bersolat jumaat di pusat islam uitm setelah di'renovate' selama lebih setahun. banyak perubahan. dewan solat dah ber'aircond'. bilik air semakin cantik. permaidani dah berubah warna, warna pink. makin selesa bersolat di pi.

dahulunya, sebelum ada pi utk solat jumaat, kami bersolat jumaat di depan surau lelaki di menara saas. saf ada yg dipanjangkan sehingga ke budisiswa. ramai masa tu memilih utk solat di depan ptar, sebab sejuk drpd 'aircond' ptar. memang pelik bentuk saf iaitu yang panjang adalah di laluan yg sekarang digunakan oleh graduan dari budisiswa ke berhampiran atm cimb.

alhamdulillah, ruang utk solat makin selesa. jomlah solat. janganlah sombong.

Bersama Sahabat Lama

tadi saya meraikan sahabat lama. saya mula mengenalinya bermula 1994. sehingga kini, bermakna saya bersahabat dgnnya sudah 16tahun. kalau umur anak, maknanya dah tingkatan 4.

kami makan malam di d'arab di sek7. saya turut menjempu presiden peers, wan utk turut sama. peluang utk berkongsi pengalaman penasihat peers pada tahun 1994-1997. sekarang, encik bakri atau lebih popular dgn nama cik bak, bertugas di lendu.

apabila beliau di lendu, pertemuan dan perkongsian pengalaman dgn peers shah alam amat jarang. saya juga berpeluang berjumpa dgnnya apabila saya ke uitm lendu atau apabila beliau datang ke shah alam. dan beliau di shah alam kerana turut menghadiri konvensyen kaunseling yg diadakan di dsb pada 1 dan 2 oktober, anjuran pusat kerjaya dan kaunseling.

memang melalui peers, saya berpeluang berkenalan dan bersahabat dgn ramai orang. dan kebanyakannya kekal sehingga kini. terima kasih sahabat2 peers.

Suaraya 2010 UiTM

pada jam 2.30ptg tadi, saya di padang kawad uitm. ada majlis suaraya. saya andaikan saya sampai awal. sebab emel saya terima menyatakan majlis bermula jam 3ptg.

tetapi sebenarnya majlis bermula jam 2.30ptg dgn ketibaan menteri pengajian tinggi. saya tidak membaca emel terbaru mengenai masa majlis bermula. tetapi majlis makan bermula jam 3ptg. saya pusing2 di tapak suaraya meninjau juadah di setiap gerai.

ada pelbagai juadah yg memang mengenyangkan. ined dgn buburnya. fsr dgn pulutnya. ad dgn kambing panggang. edu dgn bihun sup. hep dgn masakan perak. uic dgn hidangan antarabangsa. dan macam2 lagi. hidangan utama adalah nasi himpit, rendang, ketupat, kuah kacang. dukacita tiada satay pd tahun ini.

saya singgah di hampir setiap gerai.saya ambil gambar beberapa gerai yg menarik. saya rasa serba sedikit di beberapa buah gerai. insyaallah, lepas maghrib saya akan meraikan sahabat lama, kaunselor dari melaka.

Konvensyen Kaunseling 2010 UiTM

alhamdulillah, tadi bermula konvensyen kaunseling 2010 uitm. saya hadir sebagai peserta. pada majlis perasmian, saya mewakili dekan fsr dan pengarah ined (secara tidak rasmilah), sebagai penasihat peers dan wakil perkama.

peserta dianggarkan seramai 300orang. yg menarik juga adalah terdapat gerai2 utk khidmat kaunseling dan bimbingan bagi kesejahteraan emosi, fizikal, kognitif dan spiritual. dan ianya percuma. esok masih lagi sehari konvensyen.

saya juga berpeluang bertemu dgn kawan2 lama dan baru. tahniah peers dijemput membuka gerai utk mempromosikan peers. kita berjaya mendaftar ahli2 baru. dan tnc hep dan alumni semasa melawat gerai peers amat berbangga dgn sumbangan dan pencapaian peers di uitm.